CT331. DUBU-DUBU (1): URBAN KOREAN FOOD

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

DubuFatima1UrbanKoreanFood

*

LAPAR

“krrruuuukkhhh….” Perut saya sudah lapar dan minta diisi. Bunyinya membuat saya malu sendiri. Harap tidak ada sesiapa yang mendengar termasuk SPH. Jam di tangan menunjukkan pukul 7.50 malam.

“Bang, cepatlah cari tempat makan, perut Mah dah lapar ni ?” gesa saya kepada SPH yang berjalan laju sambil menggenggam erat tangan saya menuju tangga eskalator ke Level 4 di dalam bangunan NU Sentral yang terletak di Lot G, Kuala Lumpur Sentral.

Saya dan SPH baru satu jam sampai ke Kuala Lumpur dari KLIA 2 menaiki teksi menuju Bandaraya Kuala Lumpur. Setelah mendaftar diri di hotel berhampiran KL Sentral, kami rehat sebentar untuk solat Maghrib. Kemudian SPH mengajak saya makan di NU Sentral yang baru dirasmikan pada 29 Mac 2014 yang lalu.

*

DubuFatima4NUKLCentral

*

Bangunan ini sangat baru bagi saya, namun sudah dikenali oleh SPH yang pernah datang sekali atas urusan rasmi pekerjaan. Saya dan SPH sedang mencari restoran makan yang sesuai dengan selera saya. “Ok, sekarang kita berada di Level 4, tempat makan. Mah pilih mahu makan di mana ?  ujar SPH sambil memandang restoran yang banyak di sekitar kami.

Kami pun mula melangkah mengelilingi L4 untuk memilih restoran terlebih dahulu. Saya jadi bingung untuk memilih kerana banyaknya restoran. Terdapat 20 permis restoran di L4. Anda boleh SEMAK DI SINI Setelah meneliti satu persatu sampai sakit kepala saya pusing kanan, pusing kiri, mata saya selalu berhenti ke Restoran DUBU-DUBU, Urban Korean Food (Seoul Food). Apa yang menariknya ya ?

*

DubuFatima2PintuDepan

*

PILIHAN HATI

Hati saya terus teringin pula hendak merasa masakan bandar Seoul. Perut sudah mula berbunyi nyaring dan tanpa bertangguh, “Bang, kita makan di Restoran Dubu-Dubu, teringin hendak rasa makanan orang Korea.” usul saya. Saya mengajak SPH melihat dahulu makanan yang dipamerkan di cermin hadapan pintu masuk.

Setelah berkira-kira untuk memilih menu yang dipaparkan, saya memerhati dari luar, suasana dalam Restoran melalui kaca jernih yang tembus di depan mata. Tiba-tiba ? Mata saya bercahaya dan senyum terukir segar apabila bertumpu ke satu arah sebelah kiri yang memekarkan lagi rasa ingin masuk dan makan di Restoran Dubu-Dubu. Apakah tarikan tersebut ?

BUNGA MATAHARIIIIIII…

*

DubuFatima3BungaMatahari*

RAGU DAN BIMBANG

“Bang, jom masuk. Mah dah lapar ni.” ajak saya sambil menarik lengan SPH menuju pintu masuk ke Dubu-Dubu. “Tunggu sekejap!” tahan SPH. Saya terus menghentikan langkah dan melihat ke arah SPH.

“Hmm… kita kena cari logo HALAL JAKIM dulu. Makanannya halal ke tidak ? jelas SPH sambil memandang ke dalam restoran. Saya mengangguk setuju. Bimbang juga jika yang dimakan itu bukan halal. “Tapi bang, kan ada beberapa pelanggan Islam yang sedang makan di dalam Restoran ini. Tentulah halal.” balas saya sambil menunjuk tiga meja yang diduduki oleh pelanggan Muslim.

SPH tetap menyuruh saya mencari logo HALAL JAKIM.  SPH sangat cerewet dan serius dalam bab makanan halal ini. Saya berusaha mencari logo HALAL JAKIM di papan iklan sebelah kanan pintu. Rupa-rupanya tingkah laku saya dan SPH yang serba salah hendak masuk itu menarik perhatian pelayan lelaki berbangsa Bangladesh. Pelayan itu menghampiri kami dengan senyuman.

Berlakulah sesi soal jawab tentang halal makanan di Dubu-Dubu. Kami mempersoalkan kenapa tidak ada tanda halal dipamerkan. Pelayan tersebut berusaha menyakinkan kami bahawa makanan di Restoran Dubu-Dubu memang mempunyai sijil HALAL.

Setelah rasa yakin, saya dan SPH masuk ke dalam Dubu-Dubu dan memilih tempat duduk di belakang berhampiran pelanggan muslim yang lain. Saya sengaja memilih tempat duduk yang menghadap bunga matahari.

Lega rasanya dapat masuk setelah berlama-lama di luar memerhati dan cuba menghilangkan segala keraguan di hati. Rasa puas. Semoga Allah meredhai kami yang menjaga kualiti halal dalam diri.

*

DubuFatima5PintuMasukDubu

Pintu masuk ke dalam Restoran Dubu-Dubu

*

DubuFatima6RuangDalamanRestoran

Saya memilih tempat duduk yang menghadap bunga Matahari.

*

PERTAMA KALI

Saya tidak sabar hendak melihat menu yang akan kami pilih. SPH hanya mengikut makanan kesukaan saya. Pelayan datang membawa buku menu. Kali ini pelayannya gadis Melayu yang bertudung dan ramah. SPH menyerahkan semua pilihan kepada saya.

Kami bersetuju untuk berkongsi makan. Semua serba SATU. Tujuannya untuk merasai dahulu kerana inilah pertama kali kami makan masakan Korea (Seoul). Harganya boleh tahan dan berpatutan. Namun ia tetap dianggap MAHAL. Sesuailah dengan kedudukan restoran itu di NU Sentral. 😀

*

DubuFatima7BukuMenu

Buku Menu Dubu-Dubu (kulit depan)

*

Saya mula membelek setiap muka surat untuk memilih makanan yang dirasakan sesuai dan menepati cita rasa. Saya berbincang dengan pelayan dan meminta pendapat apakah makanan yang boleh dicadangkan untuk kami cuba dahulu. Dengan sabar pelayan muda itu menjawab semua soalan yang saya tanya.

*

DubuFatima8MenuAir

Pilihan minuman

*

DubuFatima9MenuMakanan

Pilihan Makanan

*

DubuFatima10menuair

Minuman teh halia dan teh citron (gambar dalam buku Menu)

*

DubuFatima11MenuGogi

Korean Gogi – antara menu yang dipamerkan dalam buku Menu

*

DubuFatima12Coverback

Kulit belakang Buku Menu yang bertulis bahasa Korea. Jika tidak kerana adanya translate bahasa Inggeris di sisi tulisan itu, pasti kepala saya pening memutar buku untuk mencari kedudukan tulisan yang betul. 😀

*

RUGI

Setelah lama berbincang, saya bersetuju memilih menu-menu yang menepati cita rasa saya. SPH hanya mengangguk dan membenarkan apa yang diminta oleh saya.

Setelah gadis pelayan berlalu dari meja kami, saya memerhati keadaan sekeliling restoran. pelanggan semakin ramai masuk. ternyata Restoran Dubu-Dubu menjadi pilihan warga Kuala Lumpur yang ingin menikmati kelazatan “URBAN KOREAN  FOOD – SEOUL”

TIBA-TIBA…. mata saya terlihat satu menu yang selama kami duduk memang terpacak di situ. Saya mengambil menu tersebut. Ia sesuatu yang “memeranjatkan” kerana adanya “MEAL SET FOR 2” – (set hidangan untuk dua orang) dengan harga semurah RM49.00. Terasa geram pula di hati kerana gadis pelayan tadi tidak pun memaklumkan kepada kami adanya menu tersebut.

Saya mengadu pada SPH tentang set menu yang berada di tangan saya. Rugi rasanya mengambil menu yang dipilih dalam Buku Menu. Pasti lebih mahal. SPH memujuk saya agar bersabar dan merasai dahulu menu pesanan saya. Esok boleh datang lagi dan memesan menu yang dipromosikan. Saya menurut dan ber’istighfar” dalam hati.

Aduhhh….sifat “tamak” ini muncul, pasti akibat dari perut saya yang lapar dan sedang menyanyikan lagu keroncong kesukaan saya masa muda dulu. – KERONCONG UNTUK ANA. 😀

Jam ditangan menunjukkan pukul 8.37 malam.

*

DubuFatima13MenuPack

*

Apakah menu yang saya pilih ?

Insya Allah, nanti akan saya tulis pada episod selepas ini. Sebab kami sedang menunggu makanan maka fotonya belum lagi diambil.

😀

*

KERONCONG UNTUK ANA – M. NASIR

*

Alaaaamak… mendengar lagu ini membuat perut saya semakin berkeroncong. Rasa lama pula menunggu hidangan apabila perut sedang lapar. 20 minit kemudian….. Alhamdulillah. Sabar ya. 😀

*

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima11 Jun 2015 (Khamis)/ 24 Syaaban 1436H/ 1047 malam, Sarikei, Sarawak

AKU….  mengerti bahawa perjalanan yang dilakar untuk meraih kejayaan tidak semudah yang disangka. Di sana, ada angin kencang yang menggoyang, ada gelombang lintang yang bergelora, ada arus deras yang memintas. Semua ujian itu akan ku usaha untuk terus maju tanpa menoleh ke belakang yang sudah ku tinggal jauh dari perjalanan masa dan tidak akan pernah kembali. Kini, aku di sini berada di tempat ku berdiri merenung malam yang panjang.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU… Setiap garis kasih yang dilukis pada takdir hidup ini menjadikan aku terasa keindahannya. Saat pertemuan itu membuka pintu sayang seluas langit, lalu bumi menjadi saksi, aku bersyukur mengenalimu. Saat hati ini membentang kasih, rindu pun jatuh di atasnya. Doaku mengiringi jalan hidupmu selamanya.  Aamiin. Wassalam. 🙂

*

RinduFatimaku1RindukuBerlabuh

*

ENGKAU ADALAH PELANGI HATIKU

*

12 thoughts on “CT331. DUBU-DUBU (1): URBAN KOREAN FOOD

  1. Assalaamu’alaikum Wr Wb.
    Menu pilihannya pending dulu ya, jadi penasaran hehe…
    Btw, saat kita lapar dan dihadapkan pada menu yang masing asing memang sering dihantui rasa ragu.
    Salam hangat selalu!

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kip..

      iya, harus skip dahulu untuk membuat suspen sedikit. Biasanya begitulah reaksi kita apabila mencuba makanan dari luar yang amat asing kepada kita sehingga inginkan kepastian halal haramnya. Hal ini untuk menjaga kesihatan dan rohani kita.

      Terima kasih dan salam sejahtera. 🙂

  2. Assalamu Alaikum kat mana ini ukhty daerah KL sentral dulu waktu ke malaysia hanya sempat ke putrajaya, sah alam dan menara petronas, daerah saya belum ada lagi restoran jepun atau korea jadi ya tengok saja menu-menu ini dan terliur he he
    Salam dari Sulawesi

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, akhi Abdullah.

      Alhamdulillah sudah sampai ke Malaysia. Tempat-tempat yang akhi lawati itu merupakan tempat pelancungan yang terkenal di Malaysia. Mudahan banyak kenangan baik selama di sana.

      KL Sentral adalah sebuah kawasan pembangunan transit yang menempatkan stesen kereta api utama Kuala Lumpur, KL Sentral ialah stesen kereta api terbesar di Asia Tenggara.

      Menu-menu makanan Seoul memang lazat dan menepati cita rasa kerana hampir sama bahannya kecuali sos yang dipakai mungkin berbeza rasa.

      Terima kasih akhi dan salam hormat. 🙂

  3. Assalamu ‘alaikum warahmatullah, Kak Siti Fatimah.

    Dubu-dubu, namanya unik. aku membayangkan menunya juga uni-unik.. 🙂

    Salam manis dari sini, Banjarmasin.. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ummu ElNurien…

      Memang benar, sangat unik pada nama dan rasa, Namun bahannya sama seperti masakan kita juga, mbak. Nanti saya paparkan di posting baru akan datang.

      Salam manis kembali mbak dan terima kasih sudah hadir menyapa. 🙂

    • Alhamdulillah, walau tidak pernah ke Korea Selatan (Seoul), sekurang-kurangnya dapat menikmati makanan bandar Korea di Malaysia. Ia sebahagian dari nikmat yang tiada tara dari Allah SWT.

      Terima kasih mas Ilyas dan salam hormat. 🙂

  4. Assalamualaikun wr wb
    Wah lezatnya kak hidangan restonya, oh ya sekarang chinese dan korea food sudah banyak yang mengutamakan label halal di makanannya ya kak 🙂

    Salam manis buat kak Fatimah 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Sussi…

      Iya benar mbak. Jika tidak mereka akan rugi kerana sekarang ini orang Islam memang suka menikmati makanan luar negara.

      Terima kasih hadir menyapa dan salam manis kembali buat mbak Sussi. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.