CT440. KEBUN FATIMA (15): POKOK BUNGA ROS PERTAMA SUDAH BERBUNGA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

Pada tulisan CT432. KEBUN BUNGA FATIMA (14): PERTAMA KALI MENANAM BUNGA ROS pada tarikh 7 Mei 2017 (Ahad), saya sangat teruja apabila membaca kembali catatan tersebut. Ia mengingatkan tentang bunga Ros pertama yang saya tanam.

*

*

TIGA HARI LEPAS, setelah sebulan berlalu dan hampir setiap hari saya menguruskannya, menatap pandang dengan penuh kasih, membelai mesra dengan kata bicara dan menyiram sayang dengan sabar tanpa berbelah bagi…..

(kerana dalam masa yang sama juga saya telah mempunyai 7 pasu bunga ros kampung berwarna merah dan pink sertaΒ  7 pasu bunga Ros pelbagai warna dan bentuk dari Cameron Highland – Kini saya mempunyai 15 pasu bunga Ros. Namanya perlu dicari lagi. Nanti akan saya tulis di kemudian hari. :D).

*

*

NAMANYA – SN MS. EYE CANDY

…… akhirnya dalam penantian yang sering didoa, Allah SWT menganugerahkan dua kuntum bunga berwarna campuran Merah Hati Lapis Merah Jambu dari pokok pertama tersebut. Saya juga belum tahu jenis dan namanya. Bunganya tidaklah besar sangat, lebih kurang 2 inci bukaanya.

Jika merujuk kepada BLOG ROSA SIFU, nama bunga Ros ini ialah SN MS. Eye Candy. Saya teliti foto bunga Ros-nya hampir serupa dengan bunga saya. Mungkin spesis yang sama. Harap begitu. Wallahu’alaam.

Sungguh….. saya sangat teruja dan terharu. Ini rupanya WAJAH bunga ros yang saya beli kerana terlupa mengambil foto ketika pertama kali membelinya dahulu. Teka teki tersebut sudah terjawab. Bunganya berkembang mekar dan menawan hati.

Orang kata, apabila kita sayang kepada seseorang atau sesuatu, maka kita juga akan mendapat balasan sayang yang sama. Cuma kita tidak tahu bagaimana ia ditunjukkan.

Alhamdulillah, melalui banyak pembacaan hasil pengalaman orang lain kini saya sudah tahu sedikit-sedikit bagaimana hendak menjaga dan memelihara bunga Ros dengan baik.

*

FOTO BUNGA ROS PERTAMAKU

Bersama ini saya kongsikan kegembiraan yang tidak terhingga kerana saya juga sudah mempunyai tanaman bunga Ros untuk menghias halaman rumah dan taman hati saya. πŸ˜€

*

*

*

ALHAMDULILLAH…. bunga Ros saya bersemi di musim hujan dalam bulan Ramadhan yang mulia. Terima kasih Ya Allah kerana memperlihatkan keindahan mawar tanamanku sendiri. Semoga akan banyak lagi yang bakal menyusul.

*

BUNGA MAWAR – GAYA ZAKRI

Gaya Zakri mempunyai suara yang unik. Saya suka mendengar suaranya. Lagu ini dirakam pada tahun awal 80-an. Lagu paling saya suka nyanyian Gaya Zakri ialah KESEDARAN.

*

*

*

SELAMAT BERPUASA

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima12 Jun 2017 (Isnin)/ 17 Ramadhan 1438H/ 1.30 petang/ Bintangor, Sarikei, Sarawak

*

AKU…. merenung sejenak awan yang mendung tanpa siulan burung menemani sepi yang berkunjung. Ku memujuk hati menatap hari yang kian kelabu menahan rindu pada sekuntum senyum yang hanya ada dibayang mata. Indah pastinya walau hanya satu kerdipan.

*

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Dalam setiap detik waktu…. ada doa buatmu di seluruh ingatanku padamu. Aamiin Allahumma Aamiin.Β  Wassalaam. πŸ™‚

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

8 thoughts on “CT440. KEBUN FATIMA (15): POKOK BUNGA ROS PERTAMA SUDAH BERBUNGA

  1. ASSALAM DIK SITI FATIMAH MOGA SHT SJHTRA SEKELUARGA..CANTIK SUNGGUH BUNGA ROS TU GABUNGAN WARNA NIPIS N TEBAL SGT SERASI..BOLEH TMBH LBH BNYK LAGI KOLEKSI ROS YG TAHAN DGN CUACA TEMPATAN

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Paridah Ishak dikasihi…..

      Alhamdulillah, kami sekeluarga sihat wal’afiat di sini. Didoakan akak juga demikian sama di sana. Insya Allah, kak. Saya akan berusaha mendapat spesis bunga Ros yang lain pula. Bila lihat bunga cantik bermekaran ni, hati jadi meriah pula untuk membanyakkannya tetapi sesuai dengan kemampuan masa dna tenaga juga kak.

      Terima kasih kak sudah berkunjung dan salam manis selalu. πŸ™‚

  2. Assalamu’alaikum wr wb puan Fatimah

    foto bunga ros terkena air musim hujan .. sangat indah
    saya suka bunga ros … menurut saya sih bunganya eksotis

    salam sehat bahagia dari Jakarta

  3. Wa’alaikum salaam wr.wb, mas…..

    Benar dan saya setuju, sangat eksotis…. memang cantik terutama apabila air melekat pada kelopaknya. Saya sangat suka mengambil foto dalam cuaca begini.

    Terima kasih dan salam sejahtera.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.