CT209. BUBUR ASYURA SARAWAK

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

AsyuraFatima1BuburLambukSarawak

ALHAMDULILLAH, kita diizinkan Allah untuk bertemu bulan Muharran tahun ini. Apakah yang telah kita lakukan ketika hadirnya 9 dan 10 Muharram setiap tahun ? Jika masih belum mengetahui tentang peristiwa dan kelebihan di bulan Muharram. SILAKAN BACA DI SINI. Insya Allah, kita mendapat banyak manfaat dan membesarkan kemuliaan HARI ASYURA (10 Muharram) di dalam kehidupan akan datang. Aamiin.

*

TRADISI 10 MUHARRAM

Sudah menjadi tradisi masyarakat Islam di Malaysia akan memasak satu menu istimewa apabila menjelangnya 9 dan 10 Muharram. Menu tersebut dinamakan BUBUR ASYURA atau BUBUR LAMBUK. Penyediaan BUBUR ASYURA ini bukan wajib tetapi sebagai usaha memeriahkan kehadiran 9 dan 10 Muharram.

Aktiviti memasak dilakukan secara individu, berkumpulan atau sekampung. Kemeriahan amat terasa apabila aktiviti memasak dilakukan secara bergotong royong. Kemudian BUBUR ASYURA akan diagihkan kepada sesiapa sahaja secara percuma.

Semasa zaman kanak-anak, saya dan adik-adik selalu diarah oleh Mak Nek dan Emak untuk membawa kaleng (bekas minuman dari aluminium) ke surau kampung kami untuk mengambil BUBUR LAMBUK (sebutan di kampung saya) yang siap dimasak.

Zaman sekarang, BUBUR ASYURA sudah siap sedia di dalam plastik untuk diagihkan. Dengan beralihnya zaman, jarang kita melihat acara gotong royong menyediakan BUBUR ASYURA di kampung-kampung, apa tah lagi di bandar. Hanya segelintir mayarakat kampung yang masih melaksanakannya.

*

PELBAGAI BUBUR ASYURA DARI MALAYSIA

Tidak diketahui siapakah yang memulai usaha menyediakan menu BUBUR ASYURA sebagai satu hidangan tersohor pada 10 Muharram di Malaysia. Terdapat beberapa negeri di Malaysia mempunyai menu dan resepi BUBUR ASYURA tersendiri yang sudah terkenal seperti Sarawak, Kelantan, Kedah, Terengganu dan Johor.

Walaupun begitu bahan dan rasanya juga pelbagai. Terpulang kepada masing-masing untuk mempelbagaikan bahan yang disukai asal. Ada masin, manis, pedas, berempah dan berlemak. Bentuknya juga berjenis. Ada seperti bubur (berair) yang biasanya disebut BUBUR LAMBUK. Ada yang lembut seperti kuih dan ada yang pejal.

*

Berikut saya kongsikan beberapa contoh BUBUR ASYURA atau BUBUR LAMBUK dari negeri-negeri di MALAYSIA sebelum menatap BUBUR ASYURA SARAWAK khas dari CHEF SITI FATIMAH. πŸ˜€

AsyuraFatima2BuburAyuraMalaysia1

Bubur Asyura Terengganu, Utara dan Sarawak.

*

AsyuraFatima3AsyuraMalaysia2

Bubur Asyura Kelantan, Kedah, Penang dan Johor

*

BUBUR ASYURA AYAM -KHAS DARI CHEF SITI FATIMAH

9 Muharram 1435H- 13 November 2013 -Rabu, jam 5.30 petang. Sebaik kaki melangkah masuk ke rumah setelah pulang dari kerja, tiba-tiba Izzah (anak kedua) meminta saya memasak Bubur Asyura (Bubur Lambuk) kerana esok 10 Muharram. Saya pernah menyatakan hasrat kepada anak-anak untuk menyediakan Bubur Asyura apabila tibanya 10 Muharram. Kemudiannya, saya lupa kerana kesibukan tugas yang sedang dilalui.

Bila lupa, maka segala bahan-bahan memasak khusus untuk Bubur Asyura langsung tidak dibeli. Akhirnya, apa sahaja yang difikirkan ada di dalam peti sejuk akan menjadi “mangsa” Chef Fatima. πŸ˜€

Setelah semua anak tidur pada jam 9.00 malam, saya memulakan aktiviti memasak dengan menyelongkar apa sahaja bahan yang ada di dalam petik sejukΒ  dan freezer. Bahan yang terbatas tetapi cukup “menyelerakan” setelah dimasak dengan idea dan resepi tersendiri yang muncul secara spontan.

Biasanya saya lebih senang memasak seorang diri tanpa diganggu sesiapa kerana kerja memasak akan lebih cepat disiapkan. Anak-anak sangat memahami kerja saya di dapur kecuali jika saya meminta bantuan sahaja atau “diganggu” oleh Ieesyah yang selalu beralasan untuk “berbakti dengan orang tua dan mencari pahala untuk masuk syurga”.

AsyuraFatima4AsyuraAyamFatima

Dengan 5 cawan beras sahaja, saya dapat menghasilkan Bubur Asyura di atas dan dapat disedekahkan kepada 10 keluarga. Alhamdulillah. Mudahan diberkati Allah SWT. Aamiin.

*

BUBUR ASYURA saya kali ini sangat ringkas, entahlah boleh ke tidak dinamakan Bubur Asyura. Yang penting ada rasa rempah dan ada santan untuk melemakkannya. Untuk Bubur Asyura ini saya hanya menggunakan bahan – 5 cawan beras, bawang putih, halia, daging ayam cincang, lobak, biji jagung, rempah ratus dan santan.

“RINGKASNYA”, kata saya sambil menggaru kepala. Setelah itu saya cari pula kacang goreng (saya lebih suka guna kacang Hong Kong kerana bentuknya besar). Tdak ada ubi kentang yang selalu menjadi pilihan saya untuk mencantikkan warna bubur.

Bubur Asyura Sarawak boleh dipelbagaikan bahannya sama ada menggunakan ayam, daging, udang hidup atau udang kering atau apa sahaja yang boleh dijadikan bahan utama kepada Bubur Asyura tersebut selain rempah-rempah yang menaikkan baunya.

ALHAMDULILLAH…. setelah memulakan acara memasak jam 9.30 malam, akhirnya BUBUR ASYURA paling ringkas resepi KHAS CHEF FATIMA selesai pada jam 11.10 malam. Penatnya seluruh badan amat terasa kerana tidak sempat berehat setelah pulang dari kerja. Namun, semua itu hilang apabila mengingatkan anak-anak akan menjamah BUBUR ASYURA ini dengan seleranya, esok pagi.

Apakah di tempat anda juga ada juadah 10 Muharram ?

*

AsyuraFatima5AsyuraAyamSiapHidang

SILAKAN MENIKMATI KELAZATAN BUBUR ASYURA AYAM DARI SAYA. πŸ˜€

*

****************

SalamFatima3SalamFatima 19 November 2013 (Ahad)/ 15 Muharram 1434H/ 7.49 pagi – Sarikei, Sarawak

AKU…. Menulis dengan tinta yang penuh dengan kata-kata bermakna. Ku torehkan segala rasa yang bersarang di hati agar engkau fahami butir aksara yang menyirat sejuta bahasa. Tidak pernah aku merasa lelah walau kita tidak saling berhadapan, berbicara meskipun hanya sepatah. Tidak saling kedengaran, bersuara meskipun tidak senada. Telah ku baca segalanya tentangmu dari naluriku yang mengalir indah tinta rasamu di setiap penjuru hatiku. Di mana-mana, rindu ini tidak pernah pudar.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Dedikasiku Untukmu…. didoakan sukses dan bahagia selalu. Wassalaam. πŸ˜€

IslamItuIndahFatima

HARGAILAH SETIAP YANG DIHADIRKAN ALLAH DALAM HIDUPMU KERANA ALLAH MENGHENDAKI IA BERLAKU KEPADAMU

*

21 thoughts on “CT209. BUBUR ASYURA SARAWAK

  1. Kemarin tanggal 14 nov kamis…di panti lia juga mengadakan acara Hari Asyura Kak..
    tapi juadahnya nasi rendang… ada yang sumbang ke acara itu… ^_^

    nampak sedap bubur ayam ..nak nak…. πŸ™‚

    • Maksudnya di sana tidak ada juadah spesial untuk Hari Asyura seperti di Malaysia, begitukah ?

      Silakan nikmati foto juadah di atas. πŸ˜€
      Saya yakin Delia tahu memasaknya dan bagus untuk anak-anak panti.

      Terima kasih atas kunjungan dan ceritanya.
      Salam ceria. πŸ˜€

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi….

      Iya mbak, mudahan akan berlanjutan di masa akan datang, jika generasinya masih mahu mempertahankan.

      Terima kasih, mbak Evi dan selamat beristirehat di penghujung pekan.
      Salam manis. πŸ˜€

  2. Assalamu’alaikum Bu Fatimah
    entah kenapa dari kecil sampai sekarang perut saya kok belum bisa menerima bubur jenis apapun ya Bu. Saya kurang bisa menikmati jenis makanan ini. Padahal anggota keluarga saya yang lain senang sekali sarapan bubur ayam

    • Wa’alaikum salaam wr. wb, Pakies….

      Iya, sesuatu makanan itu enak bagi orang lain tetapi belum tentu enak bagi kita. Terpulang kepada selera kita tatkala melihat makanan dan menghidu baunya. Mungkin Pakies ada sejarah tersendiri hingga tidak mahu makan bubur yang dianggap sangat lazat. Apa pernah mencubanya, Pakies ?

      Salam takzim dan terima kasih ata kunjungan. πŸ˜€

  3. Assalamu’alaikum mba Fatimah,

    Saya memperhatikan bubur Asyura (ayam) nya dengan seksama. Walau bumbunya kemungkinan mirip dengan bubur ayam yang saya kenal, terlihat ada perbedaan. Tapi kalau saya lihat bubur racikan mba ini, sepertinya lezat sekali ya…

    Oh ya di Sukabumi, banyak sekali yang jualan bubur ayam. Itu yang sering saya nikmati kalau minggu pagi seandai saya pulang ke sukabumi. Lain dengan di Bekasi, disini jarang sekali yang jual bubur ayam.

    Setelah memasak bubur ayam ini, barangkali masakan selanjutnya yang disiapkan adalah pisang goreng? Hehehe…saya masih tunggu posting perihal gaya masak mba dalam meracik pisang goreng ini…

    Salam,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa…

      Di Malaysia, jarang kita menemui orang berjual bubur ayam di restoran atau kedai makan. Kalau di hotel-hotel ia menjadi rutin dalam hidangan sarapan pagi untuk penginapnya.

      Bubur nasi dalam apa jenis menunya selalu menjadi hidangan di rumah untuk kanak-kanak, orang tua dan orang sakit. Hanya ketika Hari Asyura (10 Muharram), bubur ini menjadi sangat istimewa kepada segelintir penduduk yang meraikan hari tersebut.

      Insya Allah, nanti akan saya paparkan goreng pisang yang pernah dikomentari saya di laman ilmu mas Titik Asa.

      Terima kasih atas kunjungan dan kongsian bubur ayam dari Sukabumi.
      Salam hormat. πŸ˜€

  4. waalaikumsalam,
    kalau ditempat saya ada juga bubur yang berwarna merah dan putih..diletakkan dalam satu piring…namanya bubur merah putih,,, dan itu biasa disajikan pada hari asyura, yang putih rasanya tawar dan yang merah rasanya manis…. nikmat sekali menyantapnya ,
    salam dari makassar Indonesia untuk keluarga besar ukhti Fatimah… πŸ™‚

    • Ternyata di sana juga ada bubur khusus yang disajikan pada hari Asyura. Apakah diberi nama kepada bubur tersebut seperti nama negeri -Bubur Asyura Makassar – atau lainnya ? dan di negeri lain di Indonesia tentu ada juga.

      Terima kasih mas Hariyanto atas kunjungan dan informasi yang mencerahkan tentang budaya di sana.

      Salam hormat. πŸ˜€

  5. Assalamu’alaikum wr.wb.
    Apa kabar Mbak, semoga senantiasa baik dan dalam rahmat Allah Swt.

    Alhamdulillaah…, tampaknya bubur asyura itu nikmat sekali ya, Mbak, apalagi yang buatan spesial Chef Siti Fatimah untuk keluarga itu, hmmm….

    Salam takzim dari Jogjakarta,
    Akhmad Muhaimin Azzet

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Alhamdulillah, sihat dan didoakan mas Amazzet juga demikian sama. Aamiin. mungkin di Jogjakarta juga ada sajian khusus untuk meraikan hari Asyura yang lalu.

      Terima kasih atas apresiasi dan kunjungan.
      Salam hormat takzim. πŸ˜€

    • Memang sangat lazat. Kalau Bubur Asyura Sarawak memang seperti membuat bubur ayam tetapi ditambah dengan rempah ratus dan santan untuk menambah rasa lemak lazatnya.

      Jauh sekali dari Bubur Pedas yang mempunyai bumbu khas untuk memasaknya. Saya pernah menulis sedikit maklumat tentang Bubur Pedas Sarawak di sini,

      https://webctfatimah.wordpress.com/2012/08/04/ct120-hidangan-ramadhanku/

      Mungkin sama dengan Bubur Pedas di tempat mas Zainal.

      Terima kasih.
      Salam takzim. πŸ˜€

        • Di Sarawak juga, bumbu bubur pedasnya pelbagai. Cuma harus tahu memilih yang baik kerana ada bumbu yang tidak elok buatannya sehingga rasanya tidak sedap dirasa.

          Saya biasanya memesan bumbu Bubur Pedas dari orang yang terkenal pandai membuat bumbu dan TIDAK MENIPU bahannya.

          Terima kasih.
          Salam sejahtera. πŸ˜€

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.