CT389. KEBUN FATIMA (10): AJI NO MOTO (MSG) MENINGKATKAN TUMBESARAN POKOK BUNGA KEMBANG 8 PAGI

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

MSGFatima1TumbesaranBunga8Pagi

*

TERUJA

Suka menggunakan perasa makanan seperti MSG Ajinomoto ? Saya tidak suka dan tidak pernah menggunakannya dalam masakan saya setelah mengetahui kesan disebalik penggunaannya dalam makanan dan tubuh.

SEBALIKNYA,  setelah membaca tulisan admin KEBUN BANDAR.COM pada posting bertajuk SEMBURAN MSG MENINGKATKAN HASIL TANAMAN, saya teruja untuk membuat ujian penggunaan MSG alternatif iaitu jenama AJI NO MOTO.

Apakah itu MSG ? MSG akronim bagi Mono Sodium Glutamate yang telah dibuat kajian dan dianggap sebagai satu penggalak tanaman yang berfungsi memberi “booster” kesuburan pokok selepas baja. (maklumat dari KB.com)

Saudara Izham Alias (Admin KB.com) menjelaskan terdapat DUA KAEDAH bancuhan Ajinomoto untuk tanaman pokok. Saya fikir lebih mudah menggunakan KAEDAH PERTAMA daripada KAEDAH KEDUA. Kenapa ?

Kerana keadah kedua harus melakukan sukatan tertentu. Walaupun mudah juga tetapi MALAS untuk melakukannya. KAEDAH PERTAMA dilihat SANGAT PRAKTIKAL dan TERLEBIH MUDAH. 😀

Apakah KAEDAH PERTAMA itu ? Caranya begini. 

Anda hanya perlu menggunakan SATU SUDU TEH (kecil) atau sukatan 5 gram aji no moto dan TERUS TABUR  di sekeliling pokok. Kemudian jangan lupa siram air padanya. ITU SAHAJA. TERLEBIH MUDAHKAN !

*

BUNGA KEMBANG 8 PAGI

Saya kembali menanam bunga Kembang 8 pagi sebanyak 5 pasu. Di awal penanaman minggu pertama, 5 pasu bunga Kembang 8 pagi tumbuh seperti kehidupan biasanya. Daun kecil dan bunganya tidak galak mekar

Apabila datang idea untuk menggunakan MSG Ajinomoto, saya menabur serbuk Ajinomoto pada 4 pasu bunga dengan satu sudu teh dan disiram air atasnya. Manakala satu pasu dibiarkan seperti biasa.

Ternyata hasilnya sungguh menakjubkan. Dalam tempoh 6 hari sahaja, pertumbuhan bunga Kembang 8 Pagi yang ditaburi MSG Ajinomoto sangat mengkagumkan. Daunnya bertambah lebat dan besar. Segar dan mekar. Begitu juga dengan bunganya yang kian nampak besar dan “bakal” banyak .

TIDAK PERCAYA ? Ini buktinya dan anda lihat sendiri

*

DENGAN TABURAN MSG AJINOMOTO

*

MSGFatima2Kembang8Pagi1

*

MSGFatima3Kembang8Pagi2

*

MSGFatima4Kembang8Pagi3

*

MSGFatima5Kembang8Pagi4

*

TANPA TANBURAN AJINOMOTO

MSGFatima6Kembang8Pagi5

*

PERBANDINGAN

MSGFatima7Kebang8Pagi6

*

MSGFatima8Kembang8Pagi7

*

JIKA ANDA INGIN MENCUBA, SILAKAN. TAPI UNTUK TANAMAN SAHAJA, YA.

PASTI ANDA PUAS DENGAN HASIL KERJA MSG AJINOMOTO INI.

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima29 Mei 2016 (Ahad)/ 23 Syaaban 1437H/ 8.45 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. memahami setiap kali kita bersabar dan bersyukur dengan kurnia Allah baik berupa nikmat atau musibah, pasti ada kebaikan yang diperolehi di kemudian hari yang tidak kita ketahui saat kita menerimanya. Oleh itu, berbaik sangkalah kepada Allah dan jangan berpaling dari-NYA. Terima kasih Wahau Tuhanku. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU….  Aku berdiri di sini, menatap langit luas yang dilatari gemawan seputih salju. Ingin ku lakari kanvas langit dengan namamu yang selalu ada disini…. DI HATIKU.  Doa yang tidak pernah padam dalam lafaz tahajjud cintaku padamu.  Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

20 thoughts on “CT389. KEBUN FATIMA (10): AJI NO MOTO (MSG) MENINGKATKAN TUMBESARAN POKOK BUNGA KEMBANG 8 PAGI

  1. Saya juga tidak pernah pakai MSG kalau masak Kak… tapi rambutan msg pada tanaman sepertinya layak dicoba. Terima kasih informasinya…

  2. Assalamu’alaikum wr.wb., Mbak Fatimah

    Oooo saya baru tahu kalau Ajinomoto bisa bermanfaat untuk semcam pupuk bagi tanaman. Wah, boleh juga ini saya ingin ikutan mencoba. Apakah harus merk Ajinomoto? Ataukah merk yang lain bisa, yang penting MSG?

    Salam dari Jogja.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet…

      Yang pentingnya adalah MSG, tidak kira apa jenamanya. Silakan mencuba dan mendapat hasil yang memuaskan hati.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam takzim.

  3. assalamu alaikum,
    dulu tanaman suplir ibuku juga dikasih msg kak, daunnya jadi lebat..
    atau kadang2 disiram dengan air cucian daging atau beras

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Monda…

      Alhamdulillah, ibu mbak Monda lebih dulu menggunakan MSG ini. Saya baru tahu mbak. Saya juga menggunakan air basuhan beras tetapi belum pernah menggunakan air basuhan daging. nanti akan dicuba.

      Terima kasih sudah berkongsi pengetahuan mbak dan salam manis selalu. 🙂

  4. Pingback: CT408. KEBUN FATIMA (12): BUNGA DAISY TERTARIK DENGAN AJI NO MOTO | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.