CT141. DARI LENSA MATAKU (1): FOTOGRAFER AMATUR

17 Dec

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

LensaFatima1Mataku

DUNIA  FOTOGRAFI atau dunia kamera memang memberi “kegilaan” kepada sesiapa sahaja dan di mana-mana berada. Tanpa mengira usia, jantina, bangsa dan darjat, aktiviti ketik mengetik sudah menjadi kebiasaan dan tidak menghairankan. Cuma mereka yang mengetik foto sahaja kadang kala merasa diri diperhatikan saat sedang merakam. Timbul rasa malu dan ini menghadkan pergerakan untuk mencari sudut terbaik bagi menghasilkan gambar yang menarik dan memuaskan.

Sayang sekali, kalau saat yang indah, tragis, mengkagetkan, menghairankan, menyentuh hati dan apa sahaja, berlalu tanpa dirakam dengan sesungguhnya. Oleh itu, buangkan sifat malu ketika sedang memberi tumpuan kepada objek yang telah menarik perhatian. Lupakan sesiapa yang berada di sekeliling. masuklah ke dalam dunia lensa kita. Kita pasti rasa “berbaloi” apabila telah memiliki apa yang kita hajati.  Segalanya akan menjadi kenangan indah yang tak terlupakan.

Saya mampu menahan rasa malu untuk mengabdikan sesuatu yang telah mencuri hati saya ketika berada di khalayak ramai. Prinsip saya, malu harus ada tempatnya. Selagi tingkah laku saya tidak melanggar syariat dan etika fotografi, saya akan melakukan rakaman foto sebanyak yang saya kehendaki. Inilah dinamakan KEPUASAN yang tidak ada bandingan apabila momen tersebut tidak dapat dicapai lagi di lain masa dan ketika.

Kerana maksud mencintai dunia fotografi ini, selain menganggap diri termasuk dalam golongan amatur yang masih berusaha menanam minat terhadap bidang kamera, saya memberi ruang untuk diri sendiri kerana tiada siapa yang berani menghalang mengabdikan foto-foto yang telah dirakam sepenuh jiwa, penuh dengan keberanian, ada yang dirakam dengan rasa geli geleman, rasa takut-takut, rakam curi-curi dan bermacam emosi yang bercampur gaul saat mengetik DARI LENSA MATAKU.

KAMERA IDAMAN

Kini, cabaran dunia kamera sungguh mengujakan saya. Impian untuk memiliki kamera CANON EOS 650D atau dikenali di Amerika Syarikat sebagai CANON EOS REBEL T4i yang telah direka untuk jurufoto baharu atau bagi peminat jurufoto yang sudah berjaya dalam kerjayanya akan saya realisasi dalam waktu terdekat ini. CANON EOS 650D, benar-benar membuat saya semakin teruja meneroka dunia fotografi yang memiliki citra rasa tersendiri.

“…sebagai DSLR Pertama (untuk kamera DSLR dengan LCD Berpanel Sentuh Pelbagai  Sudut berintuitif sejak Jun 2012) di dunia, kamera CANON EOS 650D TERBARU memudahkan penangkapan gambar yang sempurna….”

CanonEOSFatima1650D

Foto dirakam dari majalah DUNIA KAMERA edisi Oktober 2012 dengan telefon bimbit Blackbery Torch,  5 megapixel.

*

Entah mengapa saya sangat berminat untuk memiliki kamera ini pun tidak saya ketahui secara jitu. Cuma, setelah melihat iklan promosinya di layar tv yang memapar seorang jurufoto wanita dengan cergas dan tangkasnya berlari-lari mengejar sang burung helang di langit tinggi, terbang laju menuju ke kawasan pergunungan, lalu seiring kelajuan (yang tidak masuk akal), jurufoto  wanita itu mendaki bukit berbatu dengan penuh semangat dan berjaya mengetik puluhan foto secara berurutan dengan hasilan foto yang memukau mata.

Masya Allah, kerana asyik diulang tayang iklan tersebut, mata saya jadi terpukau dan hati seperti digaru-garu untuk memilikinya. Sungguh dahsyat penangan dunia ini menggoda saya.😀 Insya Allah, akan saya kongsikan REVIU KAMERA : CANON EOS 650D dari majalah DUNIA KAMERA kepada anda yang berminat tentang kamera terbaharu di pasaran. Harganya tidak mahal dan berpatutan untuk dimiliki oleh jurufoto baharu seperti saya, sekitar RM2599 hingga RM3899.

**************

KENANGAN DARI KAMERA JENOPTIK JD6. 023C, 6 MP

JenoptikFatima1

Berikut dikongsikan beberapa ketikan foto lama tahun 2009 yang saya rakam melalui kamera kompak  JENOPTIK JENDIGITAL model JD6.023C buatan Jerman yang kini sudah “berkubur tanpa tanda”, entah di mana hilangnya (dalam rumah sendiri… :D).

BIARKAN MATA BERBICARA TENTANG BUAH NAGASARIKU

Foto-foto tanaman pokok buah nagasari yang saya rakam sebagai kenangan di masa depan di ambil mengikut perkembangan dan pertumbuhannya sehinggalah ia berbuah ranum dan dimakan enak sebagai hasil yang benar-benar membanggakan. Kitaran kehidupan Nagasari merah isi ini, hanya tinggal kenangan bahawa suatu waktu dahulu, rumah kami pernah dimeriahkan oleh keindahan bunga dan keranuman buahnya.

NAGAKU1

1. Pokok Nagasari sedang sihat dan mulai mengeluarkan putik

NAGAKU2

2. Putik-putik merah muncul sebelum membesar menjadi putik hijau bagi mengeluarkan kuntuman awal bunga

NAGAKU3

3. Kuntuman awal bunga menjadi semakin besar dalam beberapa hari sebelum membuka kelopaknya

ratuku4

4. Bunga nagasari yang dikenali sebagai Ratu Malam – The Queen Of The Night kerana kembangnya hanya semalaman membawa ke separuh dari siang keesokkannya.

ratuku7

5. Kembang si Ratu Malam sempat saya rakamkan dengan rasa teruja sebelum ia mulai menguncup kembali, terkulai layu dimamah mentari yang cemburu dengan kehadiran sang Cantik berseri ini apabila panas semakin tinggi menjelang ke petang.

ratuku6

6. Inilah Ratu Malam yang mekar sepenuhnya (masa kemuncak) di sebelah awal pagi sekitar jam 7-8. Sangat cantik melihat keindahannya dan tentu sekali jika tidak dirakam akan menyesal di kemudian hari. Alhamdulillah, hari ini saya bertuah kerana masih memiliki kesegaran wajah Ratu Malam ini walau sudah bertahun-tahun “kematian”nya. Hmmm… rindu sekali melihat kembangnya kembali.

ratuku9

7. Setelah bunga Nagasari menguncup, beberapa hari kemudian, muncul buah naga yang lebat kelopaknya bagai rambut Naruto, mencacak tajam sehinggalah mengembang buah yang semakin berisi. Rasa tidak sabar menunggu buahnya masak untuk dimakan.

ratuku10

8. Alhamdulillah, setelah berbulan-bulan menunggu dengan sabar, akhirnya buah Nagasari telah masak ranum dan dimakan buat kali pertama sebagai hasil tanaman sendiri. Demikianlah apabila kita berbudi pada tanah.

*

Rakaman indah dan lebih menarik dari pacuan hebat kamera kompak Jenoptikku, yang kini hanya tinggal kenangan, boleh di renung dan ditatapi dalam posting CT19. SESAT DI KOTA BATU… PUTRAJAYA. Sebagai fotografer amatur, kamera Jenoptik  ini amat bermakna buat saya dan telah berkhidmat dengan berkesan kerana jarang saya dapati tangkapan gambarnya mengecewakan. Ya Allah, mudahan saya bertemu kembali dengan kamera comelku semula. Aamiin.

****************

17 Disember 2012 (Isnin)/ 4 Safar 1434H/ 10.50 pagi – Sarikei, Sarawak

AKU…. tidak akan pernah kalah menghadapi setiap kesengsaraan yang hadir dalam hidup kerana aku yakin semua orang merasainya walaupun dengan cara berbeza. Tidak akan pernah menyerah dalam menghadapi kegagalan yang datang tanpa diduga kerana aku pasti semua orang tidak akan terlepas darinya. Tidak akan pernah lelah mencari kebahagiaan yang menjadi milik semua insan kerana aku faham, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak akan membiarkan hamba-NYA sengsara dan gagal untuk selama-lamanya. Selagi ada keinginan untuk mencari dan terus mencari, selagi itu ruang dan peluang ada di depan mata kita.

– SITI FATIMAH AHMAD –

****************

akuhijau

SAAT INI… TIDAK ENGKAU KETAHUI, AKU SEDANG TERSENYUM PADAMU

23 Responses to “CT141. DARI LENSA MATAKU (1): FOTOGRAFER AMATUR”

  1. SITI FATIMAH AHMAD December 17, 2012 at 12:01 pm #

    Assalaamu’alaikum wr.wb…

    DUNIA ini adalah pentas permainan manusia yang telah diatur supaya manusia tahu mencari jalan bagaimana mahu memenangi setiap perlumbaan dan persaingan yang diciptkan di dalamnya. Hanya mereka yang berakal sahaja yang akan berjaya mencapai destinasi akhiratnya. Mudahan itu adalah kita yang dipilih Allah SWT bagi memenangi setiap pancaroba yang melanda. Aamiin.

    IT’S A GAME by SAMI YUSUF

    DEDIKASIKU UNTUK MU….. Hidup ini memberi kita sejuta seri, andai kita tahu bagaimana cara untuk mencintainya dengan tatacara syariat yang dibenarkan Allah SWT. Oleh itu, hargailah setiap nafas yang berhembus ini untuk mencari redha-NYA. Semoga Allah SWT memberi kita keindahan cinta yang sejati dalam mendekorasikan dunia sementara ini untuk mendapat kebbahagiaan hakiki di akhirat kelak. Tidak ada kenangan paling indah dalam hidupku selain dapat melihat senyumanmu.

    Wassalaam.😀

  2. mintarsih28 December 17, 2012 at 4:49 pm #

    wah klo di indonesia cukup di kenal buah naga. klo nagasari nama jajan tradisional dari tepung beras yg di dalamnya di isi pisang dg dibungkus daun pisang.

    • SITI FATIMAH AHMAD December 17, 2012 at 8:14 pm #

      Hai mbak. Mintarsih..
      Lama sudah kita tidak bersilaturahmi. Terima kasih sudi berkunjung lagi kemari. Senang menerima kunjungan mbak.

      Di sini juga ada kuih tradisional namanya Nagasari, mbak.
      Sama seperti bahan yang mbak sebut di atas. Tentu disebabkan kita ini senusantara, pasti ada yang sama antara dua negara kita.

      Salam mesra mbak.😀

      • bluethunderheart December 17, 2012 at 11:40 pm #

        Bunda sayang
        senang sangat blue masih diberi usia tuk menemui bunda disini
        p kabar Bunda?
        oya buah naga kesukaan blue lho bunda? kapan kapanblue dibawakan y…..heheh kidding
        kapan kapanjuga blue diphoto dengan kamera bunda y……….hehehhe
        senang rasanya masih bs membaca postingan bunda
        semoga sehat selalu sekeluarga disana y bunda
        salam hangat dari blue

        • SITI FATIMAH AHMAD December 18, 2012 at 6:09 pm #

          Alhamdulillah, bunda sihat dan baik di sini, nanda Blue.
          Didoakan Blue juga dalam kondisi yang sama. Aamiin.

          Pokok naga itu sudah tidak ada lagi. Hanya ada foto kenangan aja sebagai mengenang kewujudannya.😀

          Terima kasih kerana masih ingat dengan bunda di sini.
          Mudahan silaturahminya sentiasa baik dan terjaga sampai bilapun.

          Salam hangat kembali dari bunda.😀

  3. Kopral Cepot December 18, 2012 at 8:55 am #

    Sungguh ini hobby yang seruuuu… melengkapi kata dengan gambar nyata.
    btw.. ternyata bunda punya kebun juga😀

    Salam jelang tahun baru… moga nambah lagi foto2 yang seruuu.

    • SITI FATIMAH AHMAD December 18, 2012 at 6:14 pm #

      Salam hormat Kang KC…
      Senang mendapat kunjungan sahabat yang dihormati.
      Semoga selalu berbagi hikmah yang bermanfaat bagi meningkatkan ilmu masa lalu.

      Kebun ? Tidak juga, hanya ada sedikit tanaman untuk keperluan dapur sahaja.😀

      Selamat tahun baru juga dari saya.
      Mudahan banyak pembaharuan yang bakal dilakukan.
      Salam sejahtera selalu.😀

  4. MUXLIMO December 18, 2012 at 9:38 am #

    Salam alaikum, Mbak..
    Sebenarnya, saya pengen banget bisa ngisi gambar ilustrasi blog pakai foto hasil jepretan sendiri, Mbak.. tapi gak punya skil dan alatnya..😦

    • SITI FATIMAH AHMAD December 18, 2012 at 6:18 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Muxlimo yang dihormati…

      Sebenarnya tidak sesukar yang kita sangkakan. Yang penting ada minat. Saya fikir, mas Muxlimo harus masuk kelas fotografi kalau mahu lebih banyak skil.😀

      Terima kasih hadir mencoret di sini dalam kesibukan melanda.
      Salam ceria selalu.😀

  5. yisha December 18, 2012 at 3:28 pm #

    wah, pic keren…

  6. zaki19482 December 19, 2012 at 7:42 am #

    Salam kenal, nagasari itu kalau di Indonesia mungkin namanya Buah Naga. Buah yang kaya manfaat. hehehehehe….!!!!! Selamat belajar fotografi. Saya baru belajar menulis. hehehehe…!!!! Salam Kenal dari Solo Jawatengah Indonesia. http://www.dhaharan.wordpress.com

    • SITI FATIMAH AHMAD December 19, 2012 at 9:25 am #

      Salam kenal juga.

      Memoto lebih susah dari menulis. Tetapi kedua-duanya memberi daya kreativiti tersendiri kepada pemiliknya. Masing-masing ada cabaran yang harus ditempuh.

      Teruskan menulis dengan senang hati.

      Terima kasih Zaki atas kunjungan perdana ke blog ini.
      Salam sukses.😀

  7. awan putih December 20, 2012 at 6:06 am #

    assalamu alaikum wr. wb.

    nyam..nyam..nyam..
    bagi dong buah naga ummi, lezat tak ?
    neni pernah beli buah naga tak senang rasanya, aneh, apa karena pertama kali neni mencobanya, tak ada manis2nya🙂

    klw punya umi, rasanya gimana yach ?😉

    miss umi,
    sayang dan rindu selalu,
    duuhhh pagi ini neni rasa kurang kompromi perutnya, kurang nyaman, kenapa yach, apa karena semalam bnyk makan… hufftt…

    • SITI FATIMAH AHMAD December 21, 2012 at 8:19 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Neni….

      Buah naga ini ada tiga jenis warna isinya iaitu putih, merah dan kuning.
      Isi warna putih, rasanya masam dan tawar. Isi warna merah, rasanya manis dan ada jugar tawar. manakala isi kuning rasanya … umi belum rasa lagi.😀

      Kalau buah naga Umi itu rasanya sangat manis dan enak sekali.

      Terima kasih mengunjungi Umi. Umi doakan sakit perut Neni akan kebah kembali. Kasihan anak Umi yang baik ini.

      Kalau makan itu, jangan banyak sangat, harus sederhana dan makannya perlahan.😀

      Salam sayang dan rindu juga dari Umi.😀

  8. ruangimaji December 21, 2012 at 10:18 am #

    Assalamu’alaikum Wr. Wb…

    Wah, ternyata Mbak Fatimah ini multitalent ya, banyak sekali kebisaan yang Mbak tekuni. Saya senang menikmati sajian ini, foto-fotonya bagus dan menarik. Objeknya ada di kebun sendiri Mbak? Wah, wah, wah… sudah senang menulis, memasak, merangkai bunga, fotografi, berkebun pula.

    Salah satu cara untuk mendekatkan diri pada Yang Kuasa, sebagai bentuk rasa syukur pada Sang Pencipta adalah dengan memanfaatkan karunia yang ada pada diri kita untuk hal-hal yang baik kan Mbak. Alhamdulillah, saya selalu memperoleh manfaat setiap kali berkunjung ke LMGS G2.

    Salam hormat penuh takzim…

    • SITI FATIMAH AHMAD December 21, 2012 at 3:30 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Raden….

      Subhanallah walhamdulillah. Tanpa saya sedari ternyata banyak kurnia Allah yang saya nikmati dan dapat dilakukan sebagai minat dan hobi.😀

      Sebenarnya, menguasai pelbagai kemahiran dan melakukan banyak aktiviti berlainan amat mengujakan. Hidup terasa penuh terisi dengan kegiatan masa lapang yang menceriakan.

      Semoga setiap aktiviti yang dikongsikan di sini akan dapat bermanfaat kepada semua pembaca yang mahu mengambil kebaikan darinya. Aamiin.,

      Terima kasih mas Raden kerana selalu betah kemari untuk mencoret katan dan pesan yang berguna buat semua. Semoga diberkati Allah swt hendaknya.

      Salam hormat takzim dan sukses selalu.😀

      • ruangimaji December 21, 2012 at 4:10 pm #

        Amin ya robbal ‘alamin…

        Insya Allah saya selalu betah bersilaturahmi di LMGS G2, bukankah silaturahmi dalam kebaikan akan memanjangkan usia dan menambah rizki? Nah, rizki itu telah saya dapatkan di sini, di antaranya mendapat doa dari Mbak Fatimah serta memperoleh pencerahan inspirasi atas ide-ide yang Mbak tuangkan di media ini.

        Semoga Allah Swt memberkati niat baik kita.
        Salam hormat takzim dan sukses pula…

        • SITI FATIMAH AHMAD December 21, 2012 at 6:03 pm #

          Alhamdulillah, terima kasih mas raden atas penghargaan dari silaturahmi yang baik antara dua negara berjiran selain saudara seagama.

          Mudahan dengan ini akan dapat saling bertukar ilmu dan pesan untuk mendidik anak bangsa. Aamiin Ya Rabbal’alamiin.

          Salam sejahtera dan takzim.😀

  9. Madu di Semarang October 13, 2015 at 4:09 pm #

    kalau lensa mata sih pasti super Tera Pixcel Bund :3

  10. Trainer NLP 0821.4150.2649 October 28, 2015 at 12:15 pm #

    Menurut saya jepretan bunda , sudah Pro

Trackbacks/Pingbacks

  1. CT144. REVIU KAMERA: CANON EOS 650D « LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2 - December 23, 2012

    […] saya maklumkan dalam posting CT141. DARI LENSA MATAKU (1): FOTOGRAFER AMATUR bahawa kamera CANON EOS 650D adalah kamera idaman saya. Kenapa saya ingin memilikinya telah saya […]

  2. CT193. PEMILIK CANON EOS 650D | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2 - September 22, 2013

    […] semakin minat untuk mencari ruang belajar fotografi. CANON EOS 650D pernahku tulis dalam posting CT141. FOTOGRAFER AMATUR dan CT 144. REVIU KAMERA: CANON EOS […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: