CT221. KEAJAIBAN AIR ZAMZAM (2): MERAWAT SAKIT KEPALA (MIGRAIN)

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuuh

*ZamZam2Fatima1SakitKepalaMigrain

Daripada Jabir r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “AIR ZAMZAM IALAH UNTUK APA IA DIMINUM. Sesiapa yang meminumnya untuk penawar penyakit, maka Allah SWT akan menyembuhkannya. Atau untuk menghilangkan lapar, maka Allah akan mengenyangkannya. Atau untuk memperolehi sesuatu hajat, maka Allah akan menunaikannya.” – HR al-Mustaghfiri.

*

Sesungguhnya Allah Maha Pengasih Maha Penyayang. Apa sahaja permintaan para hamba akan dimakbul. Nikmat apa lagi yang hendak didustakan, semuanya sudah terbukti perkenan Allah SWT ke atas doa-doa saya. Alhamdulillah wa Syukrulillah.

Saya akan berkongsi lagi pengalaman dengan penyakit kedua yang tidak kurang hebatnya dan lebih lama ditanggung berbanding sakit lutut. Saya menginsafi kedua-dua sakit yang diuji Allah SWT sebagai jalan mendekatkan diri kepada-NYA.

Mudahan memberi manfaat untuk semua teman pembaca mengambil iktibar bahawa jika kita yakin Allah SWT sebagai punca penyembuhan segala penyakit, maka tidak ada yang lebih hebat dari Allah melainkan semua itu berlaku atas izin dan perkenan-NYA.

*

SEJARAH AWAL

Bermulanya sejarah serangan sakit kepala adalah ketika saya menyandang jawatan GURU SEMENTARA (Temporary Teacher) selama 2 tahun (1993/1994) di sekolah menengah. Saya mengajar di Tingkatan 1 dan 2 dan sesi persekolahannya dijalankan di sebelah petang bermula dari jam 1  hingga 5 petang.

Setiap kali balik sekolah, saya merasa kepala berdenyut kuat, berat dan sebesar kepala gajah. Saat itu saya memerlukan rehat (tidur) apabila sampai ke rumah. Sakit kepala datang tiba-tiba selepas mengajar. Ketika itu saya fikir ia berpunca kerana letih dengan tingkah laku pelajar yang nakal dan menggugah kesabaran.

Daripada sakit kepala biasa, saya mula mengalami migrain sebelah kepala setelah beberapa tahun menyandang jawatan pensyarah di Maktab Perguruan. Sakit tersebut semakin kerap berlaku terutama apabila cuaca matahari bertambah panas.

*

SERANGAN MIGRAIN

Siapa yang pernah mengalami migrain, tahu kesakitan yang sedang dialami. Biasanya migrain akan menyerang saya apabila cahaya matahari muncul seawal jam 10 atau 11 pagi walaupun ketika itu, saya berada di dalam rumah atau pejabat (ofis).

Apabila cahaya matahari semakin panas di tengah hari, denyutan kepala saya semakin menjadi-jadi. Ia berlaku hanya sebelah kepala sama ada kiri atau kanan. Kadang kala terasa di tengah kepala. Denyutannya datang sedikit demi sedikit barulah rasa pening kepala semakin meningkat, sebelum migrain menyerang dengan kuat.

Saya dapat merasakan, kulit kepala kembang dan bila dipicit akan terasa benjolan lembut yang membukit. Saya akan memicit kepala untuk meredakannya, tetapi tidak berhasil. Kemudian jika denyutannya semakin mengganas, saya akan menggumpal rambut dan menariknya. tetapi tetap tidak memberi kesan.

Jika sudah tidak mampu lagi untuk mencari jalan mengurangkan rasa sakit, saya membiarkan sahaja sambil istighfar, menggenggam tangan menahan sakit dan menangis mengenangkan diri yang sedang diuji Allah SWT dengan serangan migrain.

Apabila sampai tahap ini, barulah saya mengambil sebiji tablet panadol atau paracetamol dan merehatkan diri untuk tidur sebentar agar dapat melupakan segala kesakitan yang sedang melanda. Alhamdulillah, setelah tidur sekitar 30 minit, biasanya migrain saya akan reda dan hilang.

Serangan migrain terus berlaku sehinggalah saya berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji.  Seperti  posting CT220. KEAJAIBAN AIR ZAMZAM (1): MERAWAT SAKIT LUTUT (OSTEOARTHRITIS), begitu jugalah kisah bagaimana saya menggunakan air Zamzam bagi usaha merawat migrain.

ZamZamFatima1

Tong-tong putih berisi air Zamzam di bahagian solat lelaki di dalam Masjid Nabawi, Madinah

*

AIR ZAMZAM MERAWAT MIGRAINKU

DI RUANG SOLAT BAHAGIAN NISAK, MASJID NABAWI, MADINAH. Setelah selesai berdoa dan mengusap air Zamzam ke lutut, saya mengambil sedikit air Zamzam bagi sakit migrain. Saya membuka sedikit atas telekung dan mengusap ke bahagian kepala untuk membasahkannya sambil membaca doa yang sama seperti doa untuk sakit lutut.

“Ya Allah, dengan berkat Rasulullah SAW tercinta dan keberkatan air zamzam yang dimuliakan oleh-MU, aku memohon bantuan dan hajat dari-MU untuk menyembuhkan terus sakit migrain di seluruh kepalaku ini selama-lamanya. Aku mohon Ya Allah kerana hanya Engkau tempatku meminta pertolongan dan tempat aku bergantung harapan. Kasihanilah hambamu ini, Ya Allah, Aamiin Ya Rabbal’aalamiin.”

Air mata masih berjuraian dan mengharap Allah SWT sepenuhnya ketika itu untuk membantu menyembuhkan migrain yang sering mendatangi di sebelah siang. Setelah selesai berdoa dan mengemas diri kembali, kami (Saya, Kak Kasma dan Kak Senah beredar ke ruang solat untuk beribadah.

*

SEMBUH

Masya Allah, seperti juga sembuhnya lutut saya, tidak disedari bilakah ia bermula. Pada siang pertama solat Zohor di tengah matahari yang sedang memancar terik dengan suhu Madinah mencecah 42 darjah selsius, saya tidak perasan akan migrain saya. Apakah ia menyerang atau tidak. Saya lupa kerana keinginan untuk beribadah di dalam Masjid Nabawi melebihi semua rasa sakit yang saya alami kecuali batuk yang semakin menjadi-jadi.

Cuaca Madinah dan Makkah ketika musim haji 2011 adalah sangat panas dengan debu pasir yang menerawang di ruang angkasa. Hal ini saya tulis dalam CT110. CABARAN HAJI (2): CUACA. Keesokan harinya (hari kedua di Madinah) apabila jemaah haji KT 33 Sarawak melakukan Ziarah Luar, barulah saya perasan bahawa sakit kepala dan migrain tidak lagi menyerang.

Hal ini disedari saat kami sedang mendengar taklimat dari mutawwif Abdul Salam tentang Bukit Uhud seperti yang ditulis dalam posting CT155. ZIARAH MADINAH (9): BUKIT UHUD. Jam menunjukkan hampir 10.30 pagi. Matahari sedang memancar dengan tahap kepanasan yang tinggi, mungkin hampir mencecah 40 darjah selsius. Saya langsung tidak merasa sakit kepala.

Ketika itu barulah saya sedar bahawa tiada serangan migrain. Sedangkan semasa di Tanah Air, sedikit sahaja panas  matahari muncul, kepala saya mulai sakit. Allahu Akbar. Keadaan sembuh dari migrain ini, lebih disedari saat saya mendirikan solat Jumaat di tengah terik mentari pada jam 12.09 di Dataran Masjid Nabawi seperti di dalam tulisan CT125. AKU DIUJI LAGI.

Alhamdulillah, dengan sembuhnya  sakit lutut dan migrain menjadikan perjalanan ibadah saya sepanjang musim haji dapat berjalan dengan lancar kecuali batuk yang menjadi ujian kesabaran. Namun batuk bukan penghalang untuk meneruskan rutin kehidupan dalam beribadah kepada Allah SWT. Batuk saya sembuh setelah sebulan pulang dari haji.

Sehingga posting ini di tulis, saya tidak lagi diserang migrain. Begitu juga dengan batuk, tidak pernah saya alami lagi setelah sembuh. Alhamdulillah, semoga semua sakit (lutut, migrain dan batuk) yang telah saya lalui akan sembuh dan hilang selama-lamanya. Aamiin.

*

BEKALAN SATU TAHUN

Kini, bekalan air Zamzam tidak pernah putus dalam simpanan di rumah untuk kegunaan kami keluarga selama satu tahun. Saya berjanji dengan diri bahawa rumah saya akan sentiasa ada bekalan air Zamzam untuk dijadikan minuman harian dan menjaga kesihatan. Hal ini seperti keadaan Rasulullah SAW yang ingin selalu mempunyai bekalan air Zamzam di rumah.

Bekalan air Zamzam ini saya beli di Pejabat Pos Sri Aman (kampung saya). Setiap tahun selepas musim haji, Pejabat Pos Sri Aman menyediakan bekalan air Zamzam untuk penduduk yang inginkan bekalan air Zamzam. Bekalan air Zamzam ini dibawa terus dari Makkah. Biasanya saya akan membeli 10 botol yang berkapasiti 10 liter untuk satu tahun. Satu botol berharga RM150.

ZamZam2Fatima210LiterRM150

*

BERSYUKURLAH

Setiap manusia akan diuji Allah SWT mengikut kadar kemampuannya. Oleh itu, redha dan syukurilah setiap ujian yang dihadirkan dalam hidup kita. Apa pun jenis sakit dan penyakit yang diberikan, semuanya untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan sebagai cara menghapuskan dosa jika kita bersabar menghadapinya.

MAKA, NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH HENDAK ENGKAU DUSTAI ?

*

***************

SalamFatima3SalamFatima12 Januari 2014 (Ahad)/ 10 Rabi’ul Awal 1435H/ 3.18 petang – Sarikei, Sarawak

AKU…. berjanji untuk tidak pernah berpaling dari mengingatimu. Walau sejauh mana jarak yang memisah, seluas mana laut yang mengombak, setinggi mana langit yang mencecah dan sederas mana ribut yang meredah, ingatan padamu tidak pernah lelah. Kau selalu ada di sini…. DI HATIKU. Percayalah. 

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu…. Selamat sejahtera dan ku doakan keberkatan Allah SWT mengiringi kehidupanmu yang indah di dunia dan akhirat. Bermimpilah kerana Tuhan sedang memeluk segala mimpi-mimpimu. Aamiin.  Wassalaam. 😀

FatimaRindu3Untukmu

*

UNTUKMU YANG SELALU ADA DI HATIKU…..

“This is why we love you, Ya Rasulullah SAW”

*

Video klip ini sangat menyentuh hati, saksilah sendiri pasti akan menitis air mata. Betapa dekatnya Rasulullah di hatiku. 

Allahuma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad. Ya Rasulullah, aku amat merindui pertemuan denganmu. Ku sebut namamu…. namun ada rindu yang lebih dari itu.

*

setiap nafas yang berhembus, setiap degupan jantung… aku selalu memikirkanmu.

*

21 thoughts on “CT221. KEAJAIBAN AIR ZAMZAM (2): MERAWAT SAKIT KEPALA (MIGRAIN)

  1. Waalaikumsalam Warahmatullah Wabarakaatuuh,
    alhamdulillah senang hati ini mengetahui migrain dan sakit lutut saudariku Fatimah sudah sembuh dikarenakan meminum air zam zam ini, dimana air zam zam ini memang benar sangat-sangat manjur mengobati aneka penyakit dan memilki manfaat yang sangat banyak, namun yang patut diingat adalah bahwa air zam zam hanyalah alat atau media untuk menyehatkan, karena segala sesuatunya adalah berasal dari Kekuasaan Allah yang Maha Besar, …..terimakasih sudah berbagi kisah yang sangat inspiratif tentang air zam zam….salam takzim dari Banjarbaru, Kalimantan Selatan untuk keluarga besar Fatimah di Malaysia

    • Wa’alaikumn salaam Wr.Wb waRidhwaanuh, mbak Wieka….

      Alhamduilillah, kesembuhan itu atas izin Allah SWT dengan keberkatan air Zamzam yang menjadi alat kepada kehebatan dan kebesaran Allah SWT untuk menunjukkan kekuasaan-NYA.

      Jika diteliti dengan mendalam, yang lebih hebat dari air Zamzam itu adalajh DOA KUDUS dari hamba yang memohon setulus hatinya kepada Allah SWT. dan bergantung segala harapan kepada-NYA.

      Mudahan kita mengambil banyak keberkatan yang diizinkan Allah ke atas air Zamzam untuk menjadi penawar kesihatan kita agar menjadi lebih cergas dan cerdas. Aamiin.

      Terima kasih mbak Wieka atas kunjungan pertama dan ingatan yang sangat bermanfaat untuk dijadikan pengajaran.

      Salam takzim dan manis selau buat mbak dan keluar besar di Banjarbaru. 😀

  2. Assalamualaikum Wr Wb…..

    Air zamzam memang memiliki keajaiban yang luar biasa ya Bunda, dan hal ini merupakan salah satu keajaiban yang di perlihatkan nyata oleh lloh bagi umat manusia akan kebesaran Nya.

    Salam,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra….

      Semoga kita tidak melepaskan peluang untuk berubat dengan air Zamzam sebagai kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang muslim.

      Terima kasih mas Indra atas kunjungan.
      Salam hormat. 😀

    • Alhamdulillah wa syukrulillah. Mudahan akan sentiasa lancar dalam segala aktiviti penganjaran dan pembelajaran.

      Iya, sekarang tidak susah mencari air Zamzam. Banyak dijual di kedai tetapi harganya sangat mahal iaitu harga satu botol (500 ml) berharga RM13-RM15 berbanding dengan membeli satu botol (10 liter) berharga RM150 sebotol.

      Rasulullah SAW menggalakkan kita menyimpan air Zamzam di rumah sebagai satu maslahat yang boleh diguna bila-bila masa terutamanya dalam merawat penyakit. Wallahu’alaam.

      Terima kasih Wahyu atas kunjungan.
      Salam sejahtera. 😀

  3. Assalamu ‘alaikum wr. wb. umiku sayang,

    ternyata umi, pernah mengalami yng aku alami saat ini, ciri dan akibat dari sakit kepala ini, hampir sama,. neni juga selalu mengalaminya, terutama saat panas dan merasa lelah, 😀 , neni hnya mengkonsumsi pil minyak zaitun, alhamdulillah sakitnya berkurang, tdk seperti biasanya, yng setiap hari migran ini menyerang, biasanya selama 3 hari. awal sebelah kanan, lalu hari berikutnya sebelah kiri lalu kedua-duanya.. tips dari ummi, syukran yah 😀

    salam rindu dan salam syng buat ummi..
    ma’af baru sempat menyapa

    • Wa’alaikum salaam wr.wb anakku Neni sayang…..

      Umi doakan Neni akan sihat dan tetap sabar dan tabah apabila diuji Allah dengan sakit migrain ini.

      Cuba cari air Zamzam dan berdoalah seperti doa Umi dengan ikhlas hati memohon bantuan Allah SWT.

      Yakin dan penuhkan harapan hanya kepada Allah semata-mata.

      Salam rindu dan sayang selalu dari Umi buat Neni yang dikasihi dan sentiasa dalam ingatan. 😀

  4. Assalamualaikum, air zam zam memang sudah populer dengan segala khasiatnya bagi pemeluk agama Islam, bahkan ilmuwan-ilmuwan dari seluruh dunia telah menyelidiki tentang air zam zam ini, dan memang terbukti air zam zam tidak mudah terkontaminasi oleh segala jamur dan bakteri, tak sama dengan air lainnya yang ada di bumi ini, dan dibalik segala khasiat air zam zam, maknanya adalah bahwa ilmu pengetahuan yang dimiliki manusia tidak sebanding dengan ilmu milik ALLAH SWT yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui….dan semoga kisah ini bisa menyadarkan kita semua bahwa manusia hanyalah segelintir debu di alam semesta ini..tak ada tempat bersandar dan berlindung kecuali hanya kepada Allah SWT semata……karena DIA-lah penguasa alam semesta beserta segala isinya.DIA-;ah Sang Pemilik Kehidupan….. ..
    salam hormat selalu dari Makassar – Indonesia 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Hariyanto….

      Sabda Rasulullah SAW : “Sebaik-baik air di muka bumi adalah air Zamzam”.

      Ini disebabkan air Zamzam adalah mata air dari syurga yang dikurniakan khas Allah SWT kepada keluarga Nabi Ibrahim dan kemudiannya tetamu Allah SWT di Tanah Suci.

      Khasiat dan kelebihan air Zamzam ini akan saya kongsikan di posting akan datang agar kita mendapat maslahat dan kebaikan dari keberkatan yang mengungguli zat air tersebut dengan izin Allah SWT.

      Oleh itu, sesiapa sahaja yang diizinkan Allah SWT untuk sebarang hajat yang diminta, seharusnya bertambah iman dan taat kepada perintah Allah. bagi yang membaca pengalaman orang lain, hendaklah mengambil iktibar dan berusaha untuk meningkatkan amal taqa agar menjadi hamba yang tahu bersyukur.

      Terima kasih mas Hariyanto atas pandangan berbobot yang dikongsikan dan kunjungan yang mencerahkan minda untuk manfaat bersama.

      Salam sejahtera dan sukses. 😀
      .

  5. Assalamualaikum wr wb
    Mbak fatimah
    Masih berbagi seputar Air zam zam ya mbak…
    Dan memang ternyata berkhasiat dan menyembuhkan beberapa keluhan di tubuh kita 🙂

    Salam maulidul rasul..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Purnomo Jr….

      Iya, tubuh kita sangat memerlukan air untuk menjadi sihat. Mudahan kongsian dari beberapa kurnia Allah dapat menjadi usaha kepada saudara muslim yang lain untuk melakukannya juga.

      Terima kasih Purnomo atas kunjungan.
      Salam sejahtera. 😀

  6. saya pernah diberi air zamzam, oleh-oleh dari saudara yang pulang umroh. kala itu wajah saya banyak jerawat, setelah dibasuh air zamzam sekarang jadi bersih 🙂
    ternyata selain merawat sakit kepala, air zamzam juga bagus untuk kulit.

    • Alhamdulillah, tentu kongsian dari mbak Elsa ini sangat mengujakan mereka yang ada jerawat banyak di wajahnya. Demikianlah manfaat air zamzam jika kita yakin dengan kebesaran Allah yang diberkati atasnya (air zamzam).

      Terima kasih mbak Elsa atas kunjungan perdana dan salam kenal dari saya. 😀

  7. Pingback: CT94. KERANA RINDU ITU…. | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  8. Waaah banyak sekali manfaat air zam-zam ya bu, saya sendiri belum pernah minum air zamzam terlalu sering, hanya beberapa x saja..
    beruntung sekali yang bisa minum karena ke ajaibanya membuat tubuh semakin sehat

    • Alhamdulillah, fadhilat air zam-zam memang tidak dapat diragui lagi kerana mempunyai dalil nakli yang jelas dari hadis Nabi SAW. Kini tidak susah memperolehi air zam-zam di tanah air, cuma harganya mahal kerana kos penghantarannya berbanding kita minum di Haramain secara percuma.

      Terima kasih mas Priangga atas kunjungan dan salam sejahtera. 🙂

  9. Pingback: CT379. KISAH DI MASJIDIL HARAM (4): SEKADAR 24 JAM | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  10. Pingback: CT452. MUHARRAM DAN SEPTEMBERKU YANG KE – 50 | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.