CT150. CABARAN HAJI (10): AURAT WANITA

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

AuratWanitaFatima1CabaranHaji10

Yang di tengah, berkaca mata dan bertudung putih itu Umi, :D… Neni di mana ? Oh.. di sebelah Umi, pakai tudung hijau. 😉  Saya ditemani juga oleh BintangZohra, Kakaakin (di belakang sekali), Mintarsih, Monda (di sebelah saya), EviUmmu ElNurien (di depan saya) Mila, Idah Ceris dan Chrismanaby (di depan sekali). Maaf, tidak sempat ambil foto teman-teman yang lain. Lain kali sahaja. 😀

*

MENUTUP AURAT adalah kewajiban ke atas muslim dan muslimah mengikut batas-batas yang ditetapkan syariat baik di dalam solat mahupun di luar solat. Oleh itu, sebelum anda bergerak untuk melaksanakan Rukun Ke-5 ini, eloklah kiranya mulai dari sekarang berusaha untuk menutup aurat, jika sekarang penutupannya belum sempurna. Belajarlah mentaati perintah Allah dan menjadi hamba yang selalu bersyukur atas segala nikmat pemberian-NYA.

Batas aurat bagi lelaki telah saya bincangkan dalam posting CT148. CABARAN HAJI (9): AURAT LELAKI untuk dijadikan panduan berhubung kemuliaan peribadi yang seharusnya dipelihara dan dijaga oleh kaum lelaki. Allah mencipta lelaki sebagai pemimpin bagi wanita. Sewajarnya, mereka menjadi contoh teladan terbaik untuk diikuti oleh wanita yang berada di sekeliling kehidupan mereka. Mudahan sedikit informasi dan perkongsian hikmah yang dipaparkan, dapat dijadikan pengajaran dan ibrah. Aamiin.

*

SEPAKAT IMAM MAZHAB

Apabila membincang dan memahami konteks penutupan aurat bagi wanita muslimah, semua imam mazhab pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah (SYAFIE, MALIK, HAMBALI DAN HANAFI) bersepakat bahwa SELURUH TUBUH WANITA ADALAH AURAT KECUALI MUKA DAN KEDUA TELAPAK TANGAN, yang biasa nampak padanya. Ini didasarkan melalui sabda Rasulullah SAW kepada Asma’ binti Abu Bakar (r.hma):

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya”HR Abu Dawud

Namun tidak dinafikan adanya beberapa perbahasan dalam mazhab-mazhab tersebut berhubung perkara di atas terutama berkaitan “KECUALI MUKA DAN KEDUA TELAPAK TANGAN”. Saya tidak akan membahaskan secara panjang lebar tentangnya. Mungkin maklumat DI SINI, dapat membantu untuk memudahkan apa yang dibahaskan. 😀 Satu artikel menarik yang menganalisis secara ilmiah tentang SALAH FAHAM berhubung memahami aurat wanita dalam Islam. TIDAK BACA, RUGI.

Terdapatnya batasan-batasan yang dibahaskan, tidak bererti menghalang pergerakan wanita sedangkan semua ini diperintahkan sebagai memelihara kemuliaan fitrah mereka. Berbanggalah kerana kita dapat melaksanakan perintah Allah tanpa rasa malu dan berbahagialah dapat menyebarkan syar’iat Allah di muka bumi ini dengan cara berpakaian menurut syariat Islam.

Namun realiti yang berlaku semasa di bumi Haramain, ramai para hajjah yang mengambil ringan akan penutupan aurat baik dalam solat ataupun di luar solat. Malah ada yang tidak segan silu membuka auratnya di hadapan lelaki ajnabi semasa di hotel. Kemungkinan ini berlaku disebabkan amalan hidup dan budaya setempat atau mereka dari mazhab yang bukan berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Wallahu’alaam.

cara tutup aurat

Capaian Googles: Pemakaian menutup aurat menurut syari’at Islam

*

PAKAIAN

Islam telah melarang dengan keras terhadap wanita yang membuka aurat dan meninggalkan hijabnya (pakaian yang menutupi seluruh tubuh). Wanita Islam era modenisasi sama ada tinggal di bandar atau di kampung, sudah banyak yang terjebak dengan fesyen-fesyen pakaian yang dianggap “UP-TO-DATE” (mengikut fesyen semasa) sehingga mengenepikan kehendak syariat. Malah ada yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita jahiliah.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti  orang jahiliah yang terdahulu.” – Surah al-Ahzab: 33

Rasa takut kepada Allah SWT telah hilang. Segala hukum hakam yang menjadi perintah dan larangan Allah dilanggar dengan sewenangnya tanpa rasa gerun dan gentar kepada peringatan dan azab yang dilampirkan melalui nas al-Quran dan al-Hadis. Mereka lebih merasa malu apabila berada di khalayak ramai dengan penampilan diri yang dilihat  seperti “OUT-OF-DATE” (ketinggalan zaman) seandainya mereka berpakaian menutup aurat mengikut landasan syariat. ASTAGHFIRULLAH.

Mereka lebih selesa dan berbangga memperlihatkan perhiasan diri dan memperagakan kecantikan tubuh badan di samping memakai jilbab (tudung) yang jelas tidak menepati syariat. Pakaian yang menyaluti badan pula tidak sempurna seperti yang disebut Rasulullah SAW sebagai  “BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG”. Perkara ini disebut dengan jelas dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang aku belum melihat mereka sekarang. (Yang pertama,) suatu kaum yang bersama mereka ada rotan-rotan seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk merotan manusia. (Yang kedua,) para wanita yang berpakaian tapi hakikatnya telanjang, mereka miring lagi membuat orang lain miring. Kepala-kepala mereka seperti bonggol unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wangi syurga, padahal wanginya boleh tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian’.” (riwayat Imam Muslim)

Apa yang disabdakan Rasulullah SAW itu sudah banyak berlaku di zaman kita ini, tetapi tidak berlaku di zaman baginda SAW. Jelas dalam pengetahuan kita, kefahaman “MENUTUP AURAT” masa kini, hanya pada tudung yang membaluti kepala dengan pelbagai fesyen dan gaya hiasan. Manakala tubuh dibaluti dengan baju sendat, t-shirt lengan pendek, seluar ketat, kain berbelah menampakkan paha, baju blaus memperlihatkan leher dan pangkal lengan.

Banyak berlaku di kalangan jemaah haji wanita yang tidak mampu mengekalkan penutupan aurat semasa di Tanah Suci kerana kebiasaan amalan hidup sedemikian. Sukar untuk berubah walaupun sudah bergelar hajjah. Masya Allah, alangkah ruginya segala amalan haji yang dilaksanakan jika tidak mampu mengubah kehidupan kita. Yang paling dibimbangi apabila haji kita tidak mabrur, tidak diterima Allah SWT. Masya Allah.  Memang rugi.

aurat3wanita

Capaian Googles : Cara penutupan aurat yang salah

*

PERINTAH MENUTUP AURAT BAGI WANITA

Islam telah MEWAJIBKAN kepada kaum wanita untuk berhijab demi menjaga kemuliaan, kehormatan dan keturunannya. Di samping itu, penampilan wanita muslimah yang menutup aurat adalah supaya mereka lebih mudah untuk dikenali dan kerana itu, mereka tidak akan diganggu.  Perintah menutup aurat bagi wanita muslimah telah dijelaskan di dalam al-Quran dengan begitu banyak, antaranya:

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar). Cara yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik), kerana dengan itu mereka tidak di ganggu. Dan (ingatlah) Allah, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” – Surah Al-Ahzab: 59

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka. ” – Surah An-Nur : 31

Kita mesti faham bahawa aurat wanita Islam tidak hanya terletak pada tudung semata-mata seperti pemahaman dari sebahagian umat Islam masa kini.  Wanita Islam mesti memahami bahawa batasan aurat dalam kehidupan khusus dan umum menurut syariat Islam.

Menutup aurat juga bukan semata-mata mengikut begitu sahaja tanpa mengetahui kepentingan dan kewajarannya perintah yang dianjurkan sebagai satu kefardhuan bagi wanita untuk menjaga kehormatan dan kemuliaan diri mereka. Menutup aurat hendaklah disertai dengan iman dan taqwa dalam mengharapkan keredhaan Allah untuk menjadi muslimah sejati di dunia dan akhirat.

AuratWanitaFatima3Pemakaian

Ilustrasi ihsan dari buku Ensiklopedia Solat

*

BATAS AURAT BAGI WANITA

Para imam mazhab (SYAFIE, HANBALI, MALIKI dan HANAFI), sepakat dalam mensyaratkan wanita untuk menutup aurat KETIKA SOLAT dan DI LUAR SOLAT, tetapi berbeza pendapat dalam batas aurat itu sendiri. Penutupan aurat ke atas wanita muslimah mempunyai batasan-batasan yang telah digariskan di dalam al-Quran, sebagaimana firman Allah SWT, yang bermaksud:

“….. dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan”.  (QS. An-Nur : 31)

Pada dasarnya, batas aurat wanita muslim dengan mahramnya adalah ANTARA PUSAT DAN LUTUT. Namun begitu, wanita dikehendaki untuk menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun di kalangan mahram sendiri.

Tujuannya adalah untuk memelihara adab dan kesopanan wanita terutama bagi menjaga kehormatan dan kemuliaan diri dari perkara-perkara sumbang yang tidak diingini.  Kita maklumi dengan cara berpakaian labuh, longgar dan menutup tubuh badan dapat menutup keinginan nafsu lelaki.

Informasi DI SINI, diharap dapat menambah pengetahuan berhubung dengan penutupan aurat dalam Islam. Allah yang mencipta manusia dan Allah juga menjadikan nafsu dalam diri manusia bagi menyeimbangi tuntutan kehidupannya. Oleh itu, Allah lebih mengetahui cara bagaimana seharusnya manusia untuk menjinak dan mengawal hawa nafsu yang membelenggu diri manusia agar tidak melanggar hukum-hukum syariat yang telah ditetapkan.

tudung-standard-islam

Capaian Gooles: Pemakaian menutup aurat bagi wanita muslimah

*

pesonafatima4ku

*

INSAFI DAN HAYATI

Kebiasaan saya ketika melayari kehidupan di bumi Haramain (Madinah dan Makkah) adalah menghayati kehidupan yang dilalui oleh umat Islam secara rawak. Sambil-sambil berjalan menuju ke masjid, mencari makanan untuk mengisi perut saat kelaparan memanggil diri atau berbeli belah pada waktu kesempatan yang ada, tidak saya lepaskan peluang untuk melakukan pemerhatian sebagai menilai diri sendiri dalam usaha meningkatkan iman.

Berdasarkan pemerhatian dan penelitian saya terhadap cara berpakaian jemaah haji wanita, selalu menimbulkan kemusykilan dan tanda tanya berhubung dengan penutupan aurat yang tidak sempurna sama ada ketika solat atau di luar solat. Jika meneliti batas aurat yang disepakati oleh empat mazhab di atas, tentu kita yakini bahawa tidak ada yang perlu dipertikaikan. Semuanya jelas mengikut landasan yang ditetapkan Allah SWT melalui al-Quran, di samping kuatan hujjah dari al-Hadis.

Dalam beberapa peristiwa yang ditemui, di mana terdapat para hajjah yang mendirikan solat dengan stokin berlubang di ibu jarinya, ada yang koyak stokin di belakang tumitnya, ada yang berstokin tetapi sangat nipis sehingga nampak kulitnya. Yang lebih dahsyat, langsung tidak memakai stokin. Masya Allah. Itu baru dalam bab menunaikan solat. Kalau berada di luar solat pula, ada yang nampak leher dan rambut walaupun bertudung labuh, ada yang memakai baju dan seluar sendat menampakkan bentuk badan walaupun dibaluti kain telekung di luar.

Malah yang mengejutkan saya ketika berada di hotel, ada beberapa hajjah yang langsung tidak hirau tentang aurat apabila suami teman mereka masuk ke dalam bilik. Malah ada yang hanya pakai anak tudung di luar bilik dan lebih memeranjatkan, ada yang berkemban (berkain separuh dada tanpa berpakaian) berdiri di pintu biliknya sambil bercakap-cakap dengan teman. Hati saya merasa sedih dan sayu mengenangkan perbuatan segelintir hajjah yang ketika itu sedang berada di Tanah Suci dengan tujuan menunaikan haji. Masya Allah.

Untuk menggelakkan haji yang kita perolehi membawa kepada HAJI MARDUD (tidak diterima Allah) kerana tidak memenuhi syarat dan rukunnya atau sebab lain yang melanggar larangan semasa ihram atau HAJI MAQBUL, sah hajinya tetapi belum mendapat ganjaran pahala kerana melakukan ibadah haji tanpa penghayatan dan kesungguhan, maka hendaklah kita memahami tujuan haji kita serta menghayati konsep haji itu sendiri.

Walau bagaimanapun, suasana Islamik dapat dirasai dalam kehidupan selama di sana,  di mana penampilan kaum muslimah terlihat anggun menawan dengan pakaian yang sopan. Sungguh saya menyukai keadaan ini kerana tidak ada pakaian-pakaian yang menggugah iman dan menaikkan nafsu.

Sebaliknya, apabila berada di Jeddah yang jaraknya hanya 73 km dari Makkah. Pemandangan Islamik itu terus dikabui oleh kehidupan sebenar dunia. Hilang dari kedamaiannya. Masya Allah, bumi Haramain itu benar-benar dalam peliharaan Allah SWT dannhati merasa tenang berada di dalamnya.

Semoga Allah memberi kekuatan dan kesabaran atas kita dalam menuruti perintah dan menjauhi larangan Allah SWT terutama dalam bab menutup aurat yang menjadi ujian paling besar atas para hajjah. Mudahan dengan ketaatan kepada Allah dalam melakukan ibadah haji dan ibadah-ibadah lain, dapat meningkatkan keimanan serta menambah pengetahuan dalam semua aspek kehidupan di setiap masya’ir yang di dalamnya terkandung jutaan hikmah untuk diambil pengajaran. Didoakan PULANG BERSAMA HAJI MABRUR. Aamiin.

PesanFatimaku

KEPADA PARA BAPA, SUAMI, ABANG

Padamu ada kekuatan yang diberikan Allah SWT untuk menjadi pemimpin bagi isteri, anak dan adikmu. Jangan sekali dilepaskan amanah dalam mengajak kebaikan beragama dan menyeru kepada perintah Allah SWT. Hidupmu dalam “bahaya” jika engkau tidak menoleh kepada kebenaran yang nyata. Dirimu akan dihumban ke dalam “kawah neraka” lebih dahulu jika engkau cuba “bermain-main” dengan perintah suruhan dan larangan-NYA.

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa ang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” – Surah At-Tahrim:6

Selamatkanlah keluargamu di dunia ini. Didiklah isterimu, anakmu dan adikmu menjadi muslimah solehah dengan mememelihara diri mereka dalam menutup aurat bagi menjaga kehormatan diri agar mereka dikenali sebagai WANITA YANG BAIK-BAIK di kalangan manusia dan dimuliakan Allah di sisi-NYA. Jangan engkau biarkan mereka menjadi bahan bakar api neraka yang tidak ada sesiapa yang memapu membantunya, juga dirimu sendiri. Takutlah ! Janji Allah itu adalah benar dan Allah tidak pernah menyalahi janji-NYA.

Sabda Rasulullah saw:

“Orang-orang yang menunaikan haji dan umrah adalah TETAMU ALLAH  swt. Apabila mereka memohon (doa) kepada-NYA, pasti diperkenankan. Dan apabila mereka memohon keampunan-NYA, pasti diampunkan. TETAMU ALLAH swt ada TIGA iaitu orang yang menunaikan haji, orang yang menunaikan umrah dan orang yang berperang fisabilillah.” – Riwayat Nasa’i, Ibnu Hibban dan Hakim

**************

21 Januari 2013 (Isnin)/ 9 Rabi’ul Awwal 1434H/ 1045 malam – Sarikei, Sarawak

AKU…. sangat mendambakan kasih sayangmu yang tidak pernah lelah menyirami hatiku dengan bunga-bunga cinta yang mekar dan harum dalam setiap kehidupan yang ku lalui hingga ke hujung nyawa. Maafkan aku, jika pernah berpaling dari sayangmu, tetapi di dalam hatiku tetap engkau yang bertahta. Maafkan aku, jika pernah berburuk sangka kepadamu, tetapi di dalam jiwaku tetap engkau yang ku puja. Hidupku, matiku dan seluruh perjalanan hidupku, hanyalah semata-mata keranamu yang selalu aku rindu. WAHAI YANG MENCINTA… AKU CINTA PADAMU.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

RinduFatima3

JIKA HUJAN DI TEMPATMU DAN TEMPIASNYA MENAMPARI PIPIMU…. ITULAH RINDUKU PADAMU

48 thoughts on “CT150. CABARAN HAJI (10): AURAT WANITA

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb….

    SEBAIK-BAIK PERHIASAN DUNIA adalah WANITA SOLEHAH. Jadi… kenapa harus menunggu masa dan waktu yang sesuai untuk menjadi sebaik-baik perhiasan dunia. Ini bukan kata-kata kosong dari lisan manusia yang tidak bertulang. Tetapi pengiktirafan ini adalah dari kalam Allah SWT Yang Maha Perkasa untuk memartabatkan ketinggian darjat wanita muslim di dunia dan akhirat. Rebutlah peluang ini sebelum terlambat. Ya Allah, aku merindui syurga firdausmu. Aamiin.

    SEBUAH SYAIR INDAH TENTANG WANITA ISLAM SUDAH MELUPAI PERINTAH TUHANNYA TERHADAP PENUTUPAN AURAT.

    *

    BALQIS by Uniqe

    DEDIKASIKU UNTUKMU…. dalam setiap waktu, kita harus menjadi diri kita sendiri. Kita harus berani menempuh segala ujian dan dugaan untuk menjadi lebih dewasa dari semalam. Jangan takut andai kita menemui jalan buntu yang memisahkan kita dari segala impian dan cita. Untukmu… doaku selalu mengiringi setiap kehidupan yang engkau tempuhi. Senyum selalu. Ada hati yang akan bahagia…iaitu aku.

    Wassalaam. 😀

  2. Walaikummusalam.

    Cikpuan Ustazah yang dirahmati dan diberkati Allah dan disayangi Nabi. Didoakan Ustazah sentiasa dalam rahmat dan dibawa lindungan-Nya. Aamiin.

    Sudah lama tidak menyapa dalam blog yang penuh dengan sumber yang menyihatkan lagi mengurangkan bebanan pemikiran apabila membacanya.

    Insya-Allah, sedang menghayati maksud dan ayat demi ayat yang terkandung terlebih dahulu.

    • Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Kepada Allah SWT, kita mengharap untuk dilimpahi rahmat dan lindungan-NYA agar selalu dapat berkongsi ilmu dan hikmah yang bermanfaat.

      Alhamdulillah, senang menerima kunjungan dari Muhammad Suhaily, pakar motivasi yang sudah lama tidak didengari khabarnya di sini. Tentu semakin sibuk dengan kursus-kursus motivasi yang sedang dijalankan. Selamat berjaya dan dimurahkan rezeki. 😀

      Didoakan Muhammad sihat. Begitu juga segala urusan dalam memotivasikan manusia untuk menjadi hebat dalam hidupnya akan dimudahkan dan diiringi ganjaran yang besar dari Allah SWT. Aamiin.

      Terima kasih kerana masih ingat laman ilmu yang sederhana ini. Sudilah hadir lagi jika ada waktu terluang. Semoga beroleh kebaikan dari secuil nikmat menulis yang diizinkan Allah SWT untuk disebarkan di sini.

      Salam hormat takzim. 😀

  3. yeah kedip kedip mata pas kepotret mbak fat, makasih ya atas kado terindah.

    jadi ingat perjuangan kami pakai keredung di masa SMA. tahun 1988 kerudung di ind masih dilarang. maka waktu itu kami hanya bisa pakai kerudung bila mau berangkat dan pulang sekolah. ketika di kelas harus melepas kerudung. tetapi alhamdulillah perjuangan kami berhasil mbak fat. kalau di perguruan tinggi perjuangan kami pasfoto ijazah harus melepas kerudung. dan sekarang di indonesia untuk dokumen apa saja sudah boleh.

    • Hai mbak Mintarsih… hehehe… saya juga kedip-kedip mata mahu memilih di mana harus diletakkan mbak Mintarsih di dalam foto di atas. Semuanya cantik2 mbak. 😀

      Subhanallah, saya mengkagumi usaha mbak dan teman-teman dalam mempertahankan iman walaupun banyak halangan yang harus di tempuh. Itulah nikmat iman dan nikmat Islam, mbak. Alhamdulillah, kini sudah terlihat hasilnya.

      Kalau di lihat pada tahun 1988, mbak ketika itu sedang berjuang untuk memakai tudung di Indonesia sedangkan saya (kami) di Malaysia tidak mempunyai masalah tentang hal ini. Malah digalakkan kepada kaum muslimah untuk bertudung dan diwajibkan ke atas pelajar muslimah di sekolah-sekolah.

      Semoga kita akan selalu istiqomah dalam memenuhi perintah Allah SWT. Setiap perjuangan menegakkan agama Allah, tentu ada manisnya di kemudian hari. Syurgalah ganjarannya. Aamiin.

      Terima kasih mbak, sudi menerima jemputan foto dari saya.
      Salam manis selalu. 😀

  4. Hehehehe, fotonya menik2, Bunda. 🙂

    Alhamdulillah, beruntunglah perempuan yang sudah berhijab ya, Bunda.
    Selain diwajibkan berhijab, dengan menutup aurat dengan baik kita akan merasa aman dan nyaman ketika ada dijalan. 😉

    Kalau menggunakan pakaian yang baik (menutup aurat), pastinya tidak ada kernet BUS yang mengganggu kita. 😆

    Terimakasih sudah sudah berbagi, Bunda. 🙂

    • Pastilah, Idah. 😀

      Alhamdulillah, mudahan kita tergolong dalam Sebaik-baik Perhiasan Dunia itu. Selain nampak manis, cantik dan anggun dengan penampilan yang indah, sudah pasti hati kita juga akan menjadi tenang dan damai kerana terpelihara dari perkara mungkar dan maksiat.

      Terima kasih kembali menerima jemputan bunda.
      Salam ceria buat Idah. 😀

  5. Subhanallah foto [saya] cantik sekali Bunda 😛

    Alhamdulillah, menutup aurat bukan masalah lagi untuk saya, tapi tulisan Bunda kembali mengingatkan bagaimana menutup aurat yang sebenar benarnya, memperbaiki lagi kualitas niat dalam mengejar gelar “perhiasan dunia” tersebut, terimakasih Bunda

    Best regards 🙂

    • Iya, sangat cantik seperti Mila sendiri. ,)

      Alhamdulillah, jika kita tidak bermasalah untuk menutup aurat dengan rela hati. Itu lebih memudahkan urusan agama kita. Semoga Allah akan terus membimbing dan meluruskan kita pada jalan-NYA. Aamiin.

      Insya Allah, gelar “sebaik-baik perhiasan” itu, akan dapat diraih, jika Mila istiqomah dalam menunaikan perintah Allah dan meninggalkan larangan-NYA. Bunda selalu mendoakan.

      Terima kasih sudah hadir menerima jemputan berfoto.
      Salam mesra selalu. 😀

  6. wa ‘alaikum salam warahmatullah wabarakatuh

    fotonya cantik-cantik, Terimakasih mba, semoga ukhuwah semakin erat dan Allah temukan kita di jalanNya.

    mungkin karena iman yang terlalu lemah sehingga rasa takut dan syukur kepada Allah semakin berkurang.. Allahumma j’alnaa mutahajjibat..

    Terimakasih mba atas cabaran ilmunya..

    • Aamiin, Ya Rabbal’alamiin.
      Semoga Allah SWT meredhai persaudaraan yang dihulurkan lewat maya.Semua itu sudah tersirat dan tersurat di Lauh Mahfuz. 😀

      Insya Allah, mbak. Jika kita mempunyai kesedaran untuk menjadi baik, pasti Allah SWT akan memudahkan jalan ke arah tersebut. Jangan berputus asa dengan rahmat dan ampunan Allah.

      Terima kasih kembali, mbak.
      Salam mesra selalu. 😀

    • Alhamdulillah, saya sihat dan ceria hari ini. Didoakan ElFarizi juga dalam kondisi yang sama.

      Mudahan, kebaikan akan menyusul bagi mereka yang mahu mencapai redha Allah SWT. Semoga Elfarizi juga berperanan mengajak saudara-saudara perempuan El ke arah yang mengikut syariat. Aamiin.

      Terima kasih atas kunjungan ke blog ini lagi.
      Salam ceria. 😀

  7. wah, ada saya yang berkudung pink ya kak…., alhamdulillah….kita semuanya cantik ya kak..he..he…, dan tetap muda belia…
    terima kasih akak tulisan yang indah sekali ini, ini bisa berkumpul dengan para blogger pintar…, mudah2an saya terutama bisa semakin memperbaiki diri,

    • Iya Monda. Monda dan kita semua memang cantik. Mudahan menjadi calon ahli syurga semuanya. Kalau di dalam syurga nanti, semua kita muda belia dalam umur sekata iaitu 35 tahun.

      Cuba bayang kembali ketika usia kita dulunya 35 tahun, wah… kemuncak cantik seorang wanita tu. 😉

      Insya Allah, sekarang tentu semakin cantik kerana masa mendewasakan kita dan mematangkan kita untuk sentiasa menjaga kecantikan luaran dan batin dengan amal dan ibadah secara berterusan. Aaamiin.

      Terima kasih kembali Monda kerana sudi hadir bersama dalam sesi foto itu. Senang juga dapat berkumpul dengan teman blogger yang selalu menceriakan dunia maya.

      Salam manis selalu. 😀

  8. Assalamualaikum Fatimah

    Comelnyaaaaa, gambar itu dari lukisan awak ke?
    Izinkan saya menyimpannya di blog saya.

    Sempena bulan maulid saya berdoa semoga sepanjang hidup kita mendapat syafaat Rasulullah saw.

    Terima kaseh kerana sertakan saya di dalam fhoto koleksi awak.
    Salam dari seberang.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, sahabatku Zohra…

      Foto itu dari capaian googles. Sudah lama menyimpannya kerana tertarik dengan ilustrasi yang dipaparkan. Harapan hati, suatu hari nanti akan berguna untuk posting yang sesuai. Alhamdulillah, akhirnya dapat dipaparkan dalam posting ini. 😀

      Silakan Zohra, dengan senang hatinya, jika dapat dijadikan kenangan sepanjang zaman. Oh ya, terima kasih sudah memberi post khas untuk foto di atas. Saya terharu dan sangat gembira mengetahuinya. Nanti saya kunjungan setelah semua urusan selesai. 😀

      Malaysia cuti satu hari, hari ini sempena sambutan Maulidur Rasul. Kalau di Singapura, cuti juga kah ? Aamiin… semoga kita mendapat syafaat dari Rasulullah SAW di padang Mahsyar nanti. Aamiin.

      Terima kasih kembali kerana Zohra sudi bersama-sama untuk berfoto ria…hehehe. Semuanya cantik menawan. Aamiin.

      Salam mesra selalu. 😀

  9. Pingback: ala comel-comel «

      • Alhamdulillah, Umi sihat dan ceria di sini. Umi doakan Neni sentiasa sihat bersama keluarga di kampung. Mudahan selalu bahagia.

        Iya sudahlah, jangan nangis… Umi sentiasa ada di hati Neni, kan. Senang sekali Umi mengetahuinya. Umi juga tidak pernah lupakan Neni.

        Tidak apa, sudah balik ke kota lagi, Neni boleh lumba dengan Umi semula. Umi akan pastikan yang Neni akan kalaaaaah. 😉

        Terima kasih sudah menyapa Umi. Salam Umi buat Mama.
        Salam sayang selalu. 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Neni yang diingati…

      Alhamdulillah, bagus kalau koneksinya kurang baik, maka Umi dapat jadi yang pertama di blog sendiri….hehehe. 😉

      Ok. ok, Umi juga rindu dengan Neni.
      Insya Allah, eloklah koneksinya dan kita dapat bersua kembali di maya.
      Semoga sihat dan ingati Umi dalam doamu. 😀

      Salam rindu dari Umi.

  10. waalaikumsalam,
    di zaman sekarang ada perbedaan yang sangat mendasar tentang hal menutup aurat, kebanyakan dari kaum yang merasa sebagai muslimah hanya menggunakan baju untuk membungkus aurat saja…padahal yang diperintahkan agama adalah baju untuk menutup aurat,
    ternyata mereka belum memahami apa perbedaan makna dari kata menutup dan kata membungkus,
    kalau menutup, maka benda yang ditutup tak akan nampak wujud aslinya,
    dan kalau membungkus maka benda yang dibungkus akan nampak jelas membayang wujud aslinya…

    salam hangat dari Makassar – Indonesia

    • Salam homat, mas Hariyanto….

      Membaca awal komentar di atas, sempat membuat saya ketawa apabila cuba memahami istilah “membungkus aurat” dan menutup aurat. Sungguh kreatif cara mas Hariyanto berfikir untuk membuat banding beza yang sangat jelas jauh dari pemahaman yang sebenarnya.

      Terima kasih telah mengajak kita semua berfikir tentang istilah “membungkus aurat” tersebut. Memang benar bahawa wanita Islam sekarang ini banyak yang sudah jauh dari cara penutupan aurat yang disarankan oleh syariat. Semoga kesadaran akan segera menyinggahi hati mereka untuk menutup aurat dengan benar.

      Semoga kita selalu berusaha mendekatkan diri kepada perintah dan larangan Allah SWT agar selamat di dunia dan di akhirat. Aamiin.

      Terima kasih mas Hariyanto atas kunjungan dan berbagi hikmah yang bermanfaat di sini. Salam sejahtera dan hangat kembali. 😀

      • hadir kembali,
        sungguh senang saya mampir di blog ini, di sini saya bisa belajar banyak hal tentang Islam dari sudut pandang wanita…alhamdulillah,
        terimakasih banyak sudah berkenan berbagi informasi yang bermanfaat….salam 🙂

        • Alhamdulillah dan terima kasih atas kunjungan yang menyenangkan. Mudahan kongsian ilmu yang sederhana ini dapat meningkatkan iman dan membaikkan kehidupan beragama kita. Aamiin.

          Terima kasih kembali atas penghargaan dari mas Hariyanto.
          Saya berharap banyak manfaat yang diperolehi dari pengalaman ini.

          Salam takzim. 😀

  11. Assalamu’alaikum wr.wb., Mbak Fatimah.

    Alhamdulillah…, kabar saya baik bersama keluarga. Semoga Mbak juga demikian bersama keluarga.

    Mengenai menutup aurat, sungguh demikianlah yang diajarkan. Menutup aurat bagi wanita, juga bagi pria tentunya, karena Allah betapa Maha Mengetahui bahwa manusia adalah cintaannya yang baik dan terhormat, maka harus ditutup auratnya. Oleh karena itu, barang siapa yang tidak mau menutup auratnya berarti ia tak menghormati dirinya sebagai manusia yang baik. Semoga kesadaran ini menjadi pemahaman yang baik kita bersama keluarga dan saudara-saudara.

    Salam dari Jogja.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Alhamdulillah, saya dan keluarga semuanya sihat wal’afiat. Aamiin. Ya Rabbal’alamiin.

      Mudahan sedikit kongsian yang mendorong ke arah pembaikan diri dan agar turut dicintai Allah SWT yang menciptakan kita. Jika benar mengakui Allah sebagai tumpuan kecintaan dan sembahan, maka taati dan dengarilah apa yang menjadi perintah dan larangan-Nya melalui al-Quran dan sunnah Rasul-NYA.

      Sangat malu kita mengaku Islam tetapi cara hidup Islam tidak melekat di dalam diri kita. Kita lebih memuja barat yang sudah berjaya mengikat cinta umat Islam dengan dunia. Masya Allah, apakah jawaban kita apabila bertemu dengan Allah nanti.

      Hanya mereka yang beriman sahaja akan rasa gementar hatinya apabila disebut nama Allah. Mereka takut dan tunduk kepada setiap aturan yang diturunkan kepada Nabi-NYA, Muhammad SAW dan kitab-NYA, al-Quranul Kariim.

      Terima kasih mas Amazzet atas kongsian fikrah di atas. Kunjungan yang menyenangkan dari sahabat guru yang dedikasi.

      Salam hormat selalu. 😀

  12. Assalamualaikum,
    Senang sekali Mbak Siti, melihat kita cantik seperti bidadari di surga. Insya Allah kita benaran dipertemukan disana ya dan jadi gadis2 cantik seperti itu..:)

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi…

      Aamiin Allahumma Aamiin. Berdoalah agar kita dapat menjadi calon ahli syurga dan dipertemukan di sana, mbak. Insya Allah di sana nanti kita semuanya berusia muda belia dan lebih cantik dari diri kita semasa di dunia dulu. 😀

      Semoga Allah SWT membuka hati kita untuk selalu mencintai-NYA. Aamiin.

      Terima kasih mbak Evi sudah sudi menyertai fotografi blogger wanita muslimah tercantik di maya…. 😉

      Salam manis buat mbak. 😀

    • Salam kenal kembali Ahmad Mu’azim Abidin…

      Iya, kerana wanita ibarat permata dan berlian yang berharga. Masya Allah, hebatnya Allah menjaga dan memelihara kehormatan kaum wanita. Cuma sayang, ramai yang tidak menghargai kecintaan Allah kepadanya.

      Saya doakan Ahmad Mu’azim tetap istiqamah dalam menjaga perintah Allah dan larangan-NYA. Aamiin.

      Terima kasih sudah berkunjungan. Semoga ada manfaatnya. 😀

  13. Jue nggak bisa ngomen banyak-banyak mi, karena tulisannya sudah banyak dengan nasehat dan ilmunya. Intinya saya sepakat tentang haji dan aurat itu. Hanya yang disayangkan banyaknya perancang mode yang tidak banyak mengetahui ilmu menutup aurat ini, sehingga muncul tren jilbab jean, jilbab syaithon, dan semacamnya 🙄 Apakah fenomena ini di Serawak / Malaysia juga ada?

    • Tidak apa-apa. Membaca apa yang ditulis dan mendapat manfaat darinya, sudah lebih dari cukup. 😀

      Pereka fesyen yang berselindung atas nama jilbab muslimah juga berperanan besar membantu untuk menyebarkan Islam dan memahamkan masyarakat tentang pakaian menutup aurat yang sebenarnya.

      Namun, tidak ramai yang benar-benar berniat ke arah tersebut selain dari keinginan besar untuk meraih keuntungan dengan menjadikan pakaian itu berubah kepada bentuk “tabarruj”, penuh dengan gemerlapan hiasan batu-batu bersinar, benang warna warni, diberi tali agar fleksibel untuk dibentuk pada tubuh. Masya Allah.

      Fesyen-fesyen yang dikatakan mas Wandi di atas, sudah menjadi trend muslimah di seluruh dunia, Malah di Makkah juga ada berjualan pelbagai fesyen pakaian muslimah yang cantik-cantik. jilbab jean pun ada.

      Jika begini pengeluaran pakaian muslimah, saya yakin keberkesanan kepada penutupan aurat berlandaskan iman dan takwa belum sepenuhnya dapat dikecapi kerana banyak unsur-unsur riak menonjol pada pakaian muslimah ini. Wallahu’alaam.

      Terima kasih Wandi atas pertanyaannya. Mudahan dapat dijawab.
      Salam sejahtera. 😀

  14. Ass.wr.wb. Membaca tulisan mbak, saya teringat lirik lagu si raja dangdut Rhoma Irama berjudul kerudung Putih: “….dibalik kerudung wajahmu bersembunyi, kau cantik alami anugerah ilahi, tapi bukan karena itu aku sayang padamu, juga bukan karena itu aku cinta padamu….kau hiasi diri dengan budi pekerti, kau hambakan diri ke hadirat Ilahi, itulah yang menyebabkan aku sayang padamu, itulah yang menyebabkan aku cinta padamu….”. Intisari dari lagu itu adalah bahwa menutup aurat itu wajib karena perintah agama.

    Bagiku wanita akan lebih terlihat cantik dengan berjilbab atau bertudung, dan akan terlihat lebih cantik lagi bila dihiasi dengan budi pekerti yang baik dan penghambaan diri kepada Ilahi. Namun sayangnya, banyak wanita sekarang–karena mengikut fesyen barat, karena ingin terkesan wanita gaul– maka mereka mencampur adukkan tudung/jilbab dengan celana ketat sehingga terlihat seperti: “berjilbab tapi telanjang”.

    Tapi itu sudah lumayan dibanding tak menutup aurat sama sekali, seperti wanita muslim pakai celana panjang yang ketat, rok pendek terlihat seksi. Mungkin benar kata Rasul SAW bahwa kelak di akhir zaman baru keluar rumah saja sudah dapat maksiat (ini hadist apa nggak, ya?).

    Contohnya mungkin saat keluar rumah langsung tak sengaja melihat wanita dengan pakaian seksi di jalanan. Bagi pria mukmin, mungkin yang terucap saat pertama melihat dan memalingkan muka adalah ucapan astagfirullah, tapi mungkin –sambil sesekali mencuri pandang—juga berucap alhamdulillah…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Wajidi…

      Masya Allah…andai lelaki mukmin sudah tergoda walau sesekali mencuri pandang, tentu akan lebih hebat jadinya jika lelaki tidak beriman memandang wanita yang berpakaian seksi. Kalau sudah namanya lelaki…. jika tidak bernafsu itu berarti tidak normal atau “mati pucuk”. hehehe. (maaf. 😀 )

      Fitrahnya, lelaki menyukai wanita, tidak kira cantik atau sebaliknya. Ukuran cantik sangat abstrak, tidak terjangkau sama ada yang zahir mahupun batin. Umumnya, lelaki menyenangi wanita yang dapat menjaga akhlak dan kehormatan dirinya agar mampu melahirkan zuriat yang baik dan mulia.

      Kehidupan sosial umat Islam akhir zaman ini sudah berada di peringkat kemuncak yang hampir memusnahkan umat Islam itu sendiri. Mereka sudah tidak takut dengan Tuhan dan tidak hirau segala peringatan-NYA. Nafsu menjadi ikutan dan dunia menjadi kecintaan.

      Melihat gejala sosial yang menimpa umat Islam, ternyata umpan yang dipasang oleh musuh-musuh Islam sudah mengena melalui banyak faktor hegemoni yang dicipta oleh mereka terutama dalam aspek hendonisme. Remaja Islam kita semakin jauh, hanyut oleh nafsu dan mengejar dunia.

      Masya Allah. Memang benar, akhir zaman ini, keluar sahaja dari rumah, sudah dapat maksiat. Wallahu’alaam, saya juga kurang pasti, apakah itu hadis. 😀

      Terima kasih mas Wajidi atas pandangan dan komentar yang dikongsikan. Semoga diberkati Allah SWT. Aamiin.

      Salam hormat.

  15. Assalamualaikum mbak Fatim…sungguh lengkap uraiannya mengenai aurat wanita. dan terimakasih atas nasihat nya untuk para kaum Adam, yang terkadang suka khilaf. Ini akan menjadi khasanah ilmu yang patut dijalankan oleh setiap muslim di seluruh dunia agar Islam kembali bangkit dan Allah akan selalu memberkati dan melimpahkan kasih sayangnya pada kita semua. amiiiiin ya rabbal ‘alamiin

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Elmoudy….

      Aamiin. Allahumma Aamiin.
      Alhamdulillah, dengan sedikit informasi yang diperolehi dari pelbagai sumber dan pengalaman sendiri, diharap dapat membuka hati dan kesedaran kepada yang ingin menuju cinta Ilahi. Semoga Allah memudahkan setiap jalan kita untuk mencapai keredhaan-NYA.

      Terima kasih Elmoudy atas kunjungan ke blog ini dan komentar yang mencerahkan.
      .
      Salam ceria. 😀

    • Hai Fir,

      Insya Allah, setelah mengetahui lebih mendalam tentang apa yang disuruh dan dilarang oleh Allah, Tuhan yang kita sembah, maka jangan bertangguh barang seminit untuk mendapat hidayah dan petunjuk Allah bagi meningkatkan iman kita.

      Hal yang sukar pasti menjadi mudah apabila kita benar-benar mengenali Allah Yang Maha Perkasa itu. Tambah senang lagi apabila cinta pada-NYA kian mekar di hati. Berusahalah menjadi muslim sejati. Aamiin.

      Terima kasih sudah hadir berkunjung.
      Salam sejahtera. 😀

  16. Pingback: CT446. CABARAN HAJI (30): TANDAS MINA (2) – WAHAI HAJJAH ! JAGALAH AURAT | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.