CT384. TANAM SAYUR SENDIRI MELALUI BLOG KEBUNBANDAR.COM

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

TanamFatima1KebunBandar

*

Awal perkenalan saya dengan Blog Kebun Bandar ini adalah pada 21 April 2016 (Khamis) yang lalu ketika membaca satu artikel slot Varia di dalam akhbar Kosmo Online yang sangat menarik minat saya untuk mengetahui kandungan ceritanya.

Setelah membaca keseluruhan kandungan artikel bertajuk “AHLI-AHLI BERTUKAR BENIH, KONGSI MAKLUMAT” saya terus tertarik untuk melayari satu blog yang dinamakan KEBUN BANDAR.

Pengasas blog ini bernama Izham Alias, seorang graduan Bacelor Sains Hortikultur, Universiti Putra Malaysia.

*

Sebagai peminat dalam dunia perkebunan, sudah tentu kenyataan yang disebut oleh SITI FATIMAH MOHD SALLEH menerusi laporan artikel di bawah, sangat memberi manfaat kepada saya untuk mengetahui cara berkebun dan bertani terutama yang menghasilkan sayur-sayuran.

*

TanamFatima2KosmoOnline

*

DAFTAR EMAIL DI KEBUNBANDAR.COM

Setelah saya membaca banyak tulisan saudara Izham yang semuanya menurut saya sangat bermanfaat. Tips yang dikongsikan ternyata mudah difahami dan senang diperolehi. Hanya yang diperlukan memahami apa yang difikirkan sesuai dengan kemampuan kita untuk mengusahakan kebun di tanah “sekangkang kera”.

Tanpa berfikir panjang, saya berminat untuk mendaftarkan email di website KebunBandar agar saya memperolehi banyak maklumat berkaitan ilmu kebun sayur yang mungkin jarang diketengahkan di dunia maya secara ilmiah.

Jika anda juga ingin bersama mengetahui perkongsian maklumat yang lebih lengkap dan khusus untuk ahli KEBUNBANDAR.COM, terus dari saudara Izham, sila isi email anda dengan mengikuti langkah-langkah mudah seperti berikut:

*

TanamFatima3WebsiteKebunBandar.com

*

TanamFatima4DaftaremailKebunBandar.com

*

TanamFatima5Aktifsubskrib

*

TanamFatima6Pengesahanterimaemail

*

TanamFatima7ConfirmSubskripKembaliKeBlogKB

*

TanamFatima8KlikMasukBelajarKebunBandar

*

TanamFatima9TerimaEmailKebunBandar

Email seperti ini akan selalu diterima oleh sesiapa yang berdaftar sebagai ahli KEBUNBANDAR.COM. Sangat bermanfaat sekali.

*

MANFAAT PERKONGSIAN

Setakat hari ini (28 April 2016) sejak saya mendaftar email KebunBandar pada 21 April 2016 (Khamis) yang lalu, saya sudah menerima 6 email yang memberi pelbagai maklumat berhubung dengan aktiviti yang dijalankan oleh admin KebunBandar.Com, saudara Izham Alias.

Malah ada perkongsian video you tube yang disarankan untuk dilihat di mana beliau dijemput untuk mengisi slot 15 minit di TV1 berhubung dengan Asas Perkebunan seperti :

  1. Panduan cara mudah untuk menyemai biji benih dan memindahkan anak pokok.

*

*

Yang lebih menariknya melalui email yang dikirimkan, kita mendapat terus maklumat tentang pelbagai aktiviti yang dikelolakan seperti Bengkel Asas Berkebun dan posting-posting yang sesuai untuk kita baca dan teliti sebelum berkebun.

Terima kasih KEBUNBANDAR.COM

*

BERTANAM BUNGA SUDAH KINI BERTANAM SAYUR PULA

DUNIA PERTANIAN sangat rapat dengan saya. Pak Nek saya seorang petani dan mempunyai tanah sawah yang luas. Pak Nek juga pekebun yang sangat rajin dengan tanaman kopi, koko dan sayuran pelbagai jenis. Beliau juga sangat mahir dalam bidang pertukangan.

Emak saya sendiri adalah mantan pegawai Jabatan Pertanian. Emak bekerja seperti seorang “guru” dalam bidang pertanian. Beliau mengajar para ibu dan bapa di rumah-rumah panjang orang Iban cara-cara bertani dan berkebun juga masakan.

Malah saya dan adik-beradik yang lain akan dibawa mengikuti Emak ke rumah-rumah panjang apabila tiba musim cuti sekolah.

Tidak hairan kalau minat berkebun itu sudah disuntik sejak usia muda dan tidak dapat dipisahkan. Untungnya saya berbanding 5 adik beradik yang lain kerana halaman rumah saya sangat luas untuk aktiviti bertanam bunga dan berkebun sayur.

Saya mempunyai rencana untuk bertanam sayur dalam masa terdekat tetapi masih belum dilaksanakan kerana keadaan cuaca di Sarikei yang selalu hujan di waktu petang.

Di samping itu, kesibukan rutin harian dengan tugas kuliah dan pejabat juga menghadkan masa saya menumpukan perhatian untuk bertanam bunga dan berkebun sayur.

Setelah membaca banyak tips tentang berkebun sayur saya mengambil keputusan untuk mencuba menanam sayur di dalam pasu dan batas timbun. Ia sesuatu yang menarik untuk dicuba di awal kegiatan berkebun sayur ini.

Insya Allah, saya akan mengikuti cadangan yang disarankan oleh saudara Izham Alias. Mudahan berhasil. Untuk sekarang ini, saya sedang memikir bagaimana membuat batas timbun dan mencari bahan-bahan yang diperlukan.

Jika cuaca semakin baik, saya akan memulai aktiviti menyemai benih dalam masa terdekat ini. Mungkin cuti persekolahan Penggal Pertama pada hujung bulan Mei menjadi target masa terbaik untuk saya mula berkebun sayur. Harap begitulah. 🙂

Jika menanam bunga memberi kepuasan pada mata dan hati. Sudah tentu menanam sayur memberi kepuasan kepada mata dan perut…hehehe. Aamiin Ya Rabb.

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima28 April 2016 (Khamis)/ 20 Rejab 1437H/ 1.30 petang, Sarikei, Sarawak

AKU…. selalu mengharapkan hidup ini  yang tidak meresahkan jiwa. Namun aku faham sebagai manusia, ujian merupakan jalan penentu iman di sisi-NYA. Aku selalu  menyabarkan hati untuk menerima semuanya dengan redha. Aku yakin bahawa Allah tidak pernah berpaling dari sisiku walau aku seorang pendosa yang mungkir dengan taubatnya. Maha Suci Allah yang Maha Pengampun. Ilahi rabbi.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Mencari kasih tidak perlu jauh-jauh, yang kita suka tentu kita kasihi. Mencari sayang perlu dengan tandanya iaitu hati. Lalu kita ingat dan terbayang. Tapi sukar menemui cinta kerana perlukan pengorbanan hingga ke mati. Ajaibnya hati ini, tidak ada sesiapa yang dapat memaksa dan memenjara. Doa untukmu selalu di sini…DIHATIKU, wahai yang menyentuh hati.   Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

8 thoughts on “CT384. TANAM SAYUR SENDIRI MELALUI BLOG KEBUNBANDAR.COM

    • Wa’alaikum salaam wr.wb mas Alris….
      iya benar, selama ini saya tidak terfikir ada blog seperti KebunBandar.Com di dunia maya. Tips yang dikelolakan sangat bermanfaat untuk yang tidak ada tanah untuk berkebun.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam sejahtera.

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb puan Fatimah
    saya juga mulai tertarik untuk mencoba berkebun sayur sayuran di rumah.
    baru niat saja .. hehe … tapi mulai baca2 di internet bagaimana cara melakukannya.
    Saya senang sekali kalau rumah banyak tanaman dan tumbuhan … asri dan enak dipandangnya .. apalagi bisa di makan 🙂

    salam sehat bahagia dari jakarta

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas bersapedahan…

      Membaca perihal berkebun dari orang lain memang dapat meningkatkan semangat kita untuk berkebun walau hanya baru dengan niat. Itu sudah menunjukkan keinginan yang hanya perlu dilakukan di kemudian hari setelah benar2 bersedia. Mudahan akan menjadi kenyataan akhirnya.

      Memakan sayur tanaman sendiri tentu akan memberi kepuasan yang tidak terhingga kerana kita tahu kebersihan dan penjagaannya. Maka, kesihatan kita pasti terjamin dari sebarang kekotoran

      Terima kasih dan salam sejahtera.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.