CT490. REUNION SHOAW 84 DI MAJLIS PERKAHWINAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

Alhamdulillah, ada juga baiknya saya dan suami (baca: SPH) berpindah kerja di Kuching dan Kota Samarahan atas sebab penyuraian pensyarah IPGK Rajang yang bakal bertukar fungsi, namun akhirnya tidak jadi apabila kerajaan baru Pakatan Harapan memerintah. Itulah takdir Allah, kami hanya terlewat sebulan setelah tarikh berfungsi semula diumumkan.

Kami redha walau berat hati menerima perpindahan ini. Rajang tetap dalam kenangan abadi, tidak akan pernah dilupa setelah 23 tahun berbakti dengan penuh taat setia.

Banyak kebaikan yang dapat kami perolehi hasil perpindahan ini, antaranya menghadiri majlis perkahwinan anak guru kami, Cikgu Sharkawi Haji Batu yang tidak pernah bersua selama 34 tahun yang diadakan pada 24 November 2018 (Sabtu) yang lalu. Selain itu, kami juga dapat bertemu dengan Cikgu Ishak, rakan sekelas juga rakan sekolah dalam majlis tersebut.

Cikgu Sharkawi telah mengajar kami di Sekolah Menengah Kerajaan Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, Matang Kuching. Beliau memang guru kesayangan dan sangat rapat dengan pelajar. Sikap dan gerak badannya masih sama dan tidak berubah, hanya misai semakin lebat dan tebal apabila semakin berumur. Awalnya saya tidak mengenali beliau kerana dulu semasa muda, beliau tidak bermisai.

Tidak hairanlah apabila Cikgu Sharkawi menjemput pelajarnya ke majlis perkahwinan anak bongsu beliau, kebanyakan kami tidak mampu untuk menolak. Maklum guru kesukaan pelajar. Pasti semua ingin bertemu kembali dan bertanyakan khabar guru.

Dengan menghadiri majlis perkahwinan tersebut, secara tidak langsung   menjadi ruang untuk mengadakan reunion bagi pelajar tingkatan 5 tahun 1984. Senang dan riangnya hati saya dan SPH dapat bertemu dengan rakan sekelas dan rakan sekolah yang sudah lama tidak bersua dan hanya berhubung untuk mendengar khabar dari WA sahaja.

Bayangkan dulu kami muda remaja baru berusia 18 tahun pada tahun 1984. Kini kami semua berusia 51 tahun dan rata-ratanya masih kelihatan awet muda sejahtera. Yang lebih seronok, ada beberapa teman kami sudah ada cucu dan bergelar atuk dan nenek. Bestnya… bila pula giliran saya dan SPH. Hmmm… nampaknya lama lagi.

Saya pasti Cikgu Sharkawi, Cikgu Ishak dan guru-guru kami yang lain amat berbangga dengan pencapaian dan kejayaan kami. Pelajar-pelajar yang dulunya nakal kini berjaya dalam kerjaya mereka. Yang lebih membanggakan, ramai dalam kalangan kami pelajar keluaran tahun 1984 telah menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan Persekutuan dan kerajaan tempatan.

Antaranya ada yang menjawat jawatan Mufti, Pengarah Jabatan Mufti , Yang Amat Arif Ketua Hakim Mahkamah Syariah , Pengarah Jabatan Integriti Negeri Sarawak, Timbalan Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Negeri Sarawak, Pegawai Daerah Bahagian, Pensyarah Kanan IPGK, Pengetua, Guru Besar, Guru, Kaunselor, Usahawan dan lain-lain pekerjaan.

Alhamdulillah, semua kejayaan yang dicapai pastinya diiringi berkat doa dan ajaran para guru dan ibu bapa. Terima kasih atas jasa dan pengorbanan yang selama ini dicurahkan sehingga kami memperolehi kebaikan dalam kehidupan di dunia juga mudahan kebaikan untuk kehidupan di akhirat juga.

Berikut adalah antara foto-foto kenangan saya dan SPH bersama Cikgu Sharkawi dan rakan sekelas yang telah diabadikan melalui pelbagai jenis telefon bimbit. Cuma lucunya, kami tidak bergambar dengan pengantin, kami lebih teruja berfoto dengan cikgu kami…. :D.

Riuh rendah suara kami (kawan perempuan sahaja ni) saat bersua. Mereka teruja bertemu dengan saya…hehehe (perasan). Begitu juga saya. Kami berpelukan erat dan banyak cerita hendak dikhabarkan tetapi majlis nak bermula. Hai…kena skip semua cerita lama untuk pertemuan di lain hari.

 

*

*

*

Berfoto dengan rakan sekuliah semasa belajar di Akademi Islam Universiti Malaya (AIUM), Kuala Lumpur tahun 1992. Kanan saya (tudung pink) isteri kepada SS Datu Mufti Negeri Sarawak dan kiri (tudung biru) isteri kepada Yang Arif Hakim Mahkamah Syariah. Best Friend Forever (BFF) saya Siti Zulaiha ada Pengetua SMK TUNAZ (bertudung kuning tua).

*

*

*

*

*

*

Begitulah takdir yang menentukan segalanya. Apa yang tidak pernah dirancang dalam hidup sudah direncana Allah dalam ketentuannya. Perpindahan kami memberi banyak pengalaman baru dalam mengharungi kehidupan di bandar yang sibuk dan penuh kesibukan manusia siang dan malam.

ReUnion SHOAW terutama keluaran tahun 1984 amat disyukuri kerana selama ini saya dan SPH tidak pernah menghadirinya setelah banyak kali diadakan. Peluang bertemu rakan sekolah amat dihargai kerana belum tentu bertemu lagi di lain masa kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya.

*

SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA GURU DAN PELAJAR DI MALAYSIA. JUMPA LAGI DI TAHUN 2019.

*

***************

SalamFatima3SalamFatima30 November 2018 (Jumaat)/ 22 Rabiul Awal 1440H/ 9.50 malam/ Sarikei, Sarawak –  SITI FATIMAH AHMAD

 

 

 

 

10 thoughts on “CT490. REUNION SHOAW 84 DI MAJLIS PERKAHWINAN

  1. Assalamualaikum wr.wb Bu Hajjah Fatimah.
    Semoga ibu sekeluarga dalam keadaan sehat wal’afiat. Aamiin.

    Tampak seru dan menyenangkan acara reuni-nya. Silaturahmi insya Allah memperpanjang usia. Semoga semua selalu dalam keberkahan Allah swt.

    Salam hangat dari Jakarta Pusat 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Frany Fatmaningrum….
      Aamiin Allahumma Aamiin, alhamdulillah, saya dan keluarga sihat sejahtera. Didoakan mbak sekeluarga begitu juga dalam rahmat Allah SWT.

      Maaf ya mbak kerana lama untuk membalas kerana sangat sibuk hujung tahun ini. Maklumlah cuti sekolah, ada sahaja perkara nak buat setelah lama meninggalkan rumah.

      Memang bahagia dan gembira sekali dapat bertemu rakan sekelas dan rakan sekolah yang sudah puluhan tahun tidak bertemu. Banyak cerita lama diingat kembali dan penuh ceria saat mengisahkannya. Begitulah bila orang-orang berusia berkumpul mengingati zaman remajanya.

      Terima kasih mbak sudah berkunjung dan salam kasih selalu. 🙂

  2. Assalamualaikum wr.wb kak Siti,

    Best-nya. Pasti excited bila jumpa kawan lama. Apalagi tidak bersua sudah lama sekali. Reunion seperti ini pasti membicarakan kenangan lama masa sekolah dulu.

    salam

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Alris….

      Sangat teruja dan memang ditunggu selama ini untuk bertemu kembali dengan rakan-rakan baik satu kelas dan satu sekolah. Terasa indah dapat bersama semula dan sangat sedih mengingatkan ada rakan yang sudah pergi terlebih dahulu. Semuanya mempunyai sejarah tersendiri kerana kami adalah pelajar asrama sepenuh masa dari datang dari seluruh negeri Sarawak ketika itu.

      Terima kasih mas Alris sudah datang berkunjung dan salam takzim. 🙂

  3. Assalamu’alaikum wr. wb. Mbak Fatimah apa kabar?

    Ah senangnya bila berjumpa dengan sahabat-sahabat lama. Bercanda dan berbincang seakan kembali ke masa lalu dan sejenak melupakan usia kita yang tak muda lagi…

    Salam persahabatan dari saya di Sukabumi.

    • Wa’alaikum salaam mas Titik Asa…..

      Alhamdulillah, kami semuanya sihat dan didoakan mas Titik sekeluarga juga sihat dalam rahamat Allah SWT.

      Benar sekali, saat bertemu teman sekelas dan teman sekolah, tidak terasa umur itu sudah beranjak tua. Rasanya masih seperti anak sekolah menengah dengan pelbagai kenangan untuk diceritakan.

      Terima kasih sudah berkunjung mas Titik dan salam takzim.
      Selamat Tahun Baharu 2019.

  4. Assalamualaikum wr.wb puan Fatimah.

    karena sudah sibuk masing masing jadi susah ketemuan .. beruntungnya ada majlis perkahwinan, perkahwinan jadi berkah untuk ajang reunian … ketemu kawan kawan lama yang tahunan sudah tidak ketemu .. ketemu ketemu lagi sudah pada tua .. 🙂

    salam sehat bahagia dari jakarta

    • Wa’alaikum wr.wb, mas Bersapedahan….

      Alhamdulillah, begitulah perancangan Allah SWT untuk menyatukan hamba-hamba-NYA. Amat bahagia sekali kerana pertemuan itu dalam suasana bahagia juga. Indahnya suasana dapat kembali bersama teman yang lama dirindui. Mudahan silaturahmi itu akan terus berpanjangan walau selepas itu masing-masing kembali kepada asalnya.

      Terima kasih mas sudah hadir berkomen dan salam tahun baharu 2019.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.