CT83. MUAZZIN MUDA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

8 BULAN LALU (Mei 2011) – PERSEDIAAN MUAZZIN MUDA

Sebaik kata putus diambil untuk menunaikan fardhu haji tahun ini (2011), saya bertekad dan berhasrat bahawa satu-satunya anak lelaki kami, Muhd. Nor Akram (9 tahun) akan menjadi muazzin pada hari keberangkatan saya dan suami ke tanah suci pada bulan Oktober nanti. Keinginan itu saya suarakan kepada suami. Beliau bersetuju dengan apa yang saya rancang. Kemudian saya maklumkan kepada Akram (panggilan seharian saya adalah Muhammad dan Akram pula membahasakan dirinya abang).

PENYEDIAAN MUAZZIN MUDA ADALAH PERANCANGAN UNTUK PELABURAN AKHIRAT KAMI


Akram, anak solehku itu, orangnya pemalu tetapi sangat patuh dan taat. Apa tah lagi kalau arahan dan perintah itu datang dari Mamanya ini. 😀 Dia akan cuba berusaha untuk memenuhi setiap kebaikan dari hasrat yang dimahukan oleh saya. Akram sangat suka mencuba sesuatu dengan bersungguh-sungguh jika betul cara menaikkan semangatnya.

“Muhammad, Mama mahu Muhammad belajar azan. Nanti boleh azan sewaktu keberangkatan Mama dan Abah ke Makkah. Mama akan jadi orang yang paling bahagia jika anak lelaki Mama ini yang alunkan azan. Lagipun kelebihan jadi muazzin ini sangat besar dan mulia di sisi Allah.” kata saya untuk memujuk dan memberi semangat padanya. Kemudian, saya menyuruh Akram membaca tulisan saya tentang kelebihan azan di CT48. SUBHANALLAH…ENGKAUKAH MUAZZIN ITU ?. Tujuannya supaya Akram memahami kelebihan dan keutamaan muazzin di sisi Allah.

“Abang malulah, ma. Abang tak pandai azan. Suara abang tak baik. Nanti picthing lari. Siapa nak ajar abang nanti ?” kata Akram memberi alasan. Saya ketawa kecil mendengar alasan yang tidak kukuh itu. “Hmm.. mama boleh ajar,” ujar saya. “Bolehkah mama azan. Maksud abang, bolehkah perempuan azan ? tanya Akram dengan wajah serius. “Insya Allah, suara mama kan bagus. Sebenarnya, azan untuk lelaki sahaja, perempuan tidak boleh. Jadi mama hanya mengajar bagaimana hendak azan.” tambah saya sambil tersenyum.

“Kalau perempuan boleh azan, Mama orang pertama akan selalu mengalunkan azan kerana sangat banyak kelebihan jadi muazzin ini. Muhammad tahu kenapa para muazzin digelar BILAL ?, tanya saya. “Tahu Ma, Bilal adalah muazzin Nabi Muhammad. Bolehkah Mama cerita tentang Bilal ? jawab Akram dengan pantas. “Alhamdulillah, Mama gembira Muhammad tahu siapa tukang azan Rasulullah. Insya Allah, nanti Mama akan cerita tentang sejarah Bilal dan keistimewaan Bilal di sisi Allah dan para malaikat.

“Bagaimana, mahu belajar azan dengan Mama sekarang ? “Anak Mama ni pandai dan boleh lakukan. Cuba dulu ? pujuk saya sambil mencium dahi Akram. “Ok boleh ma, dengan syarat Mama jangan ketawa kalau suara abang sumbang. ” balas Akram dengan malu-malu. “Iya nak, Mama janji tak akan ketawa. Ok, sekarang dengar Mama azan dulu, lepas itu Muhammad ikut sebagaimana bacaan Mama. Suara tak merdu tak apa, yang penting makhraj huruf mesti betul. Boleh ?”  kata saya sambil senyum mengharap. “Ok ma, insya Allah, abang cuba.”

Alhamdulillah, saya sangat gembira dan bahagia mendengar pengakuan Akram. “Kalau Muhammad sudah pandai azan di rumah, Mama harap suatu hari nanti Muhammad akan azan pula di sekolah, di surau atau di masjid. Subhanallah, mana tahu jika Allah  izinkan Muhammad dapat azan di Masjid Nabawi, Madinah atau di Masjidil Haram, Makkah. Wah… tentu Mama akan jadi ibu paling bahagia di dunia. Nanti Mama doa dengan Allah di depan Kaabah ya. ” sambung saya panjang lebar sambil menaruh impian yang besar ini. “Insya Allah, ma.” ucap Akram sambil tersipu malu dan ketawa mendengar impian mamanya.

TERIMA KASIH ANAKKU, SEMOGA ALLAH MERAHMATIMU

Muhammad sedang azan dengan ditemani adiknya, Ieesyah (6 tahun) yang turut sama azan setiap kali Muhammad mengalunkan azan. “Ieesyah, mari azan sama dengan abang, abang nak azan ni,” ajak Muhammad kepada Ieesyah setiap kali mahu melaungkan azan. “Ok, bang.” jawab Ieesyah dengan cepat dan berdiri di sebelah abangnya mengikut rentak alun azan Muhammad. Alhamdulillah. Sejuk hati saya melihat tingkah keduanya setiap kali masuk waktu solat. Terima kasih Ya Allah atas kurnia-Mu untuk pelaburan akhirat ini.


***************

8 OKTOBER 2011 (SABTU) – HARI KEBERANGKATAN

Hampir 5 bulan saya melatih Akram belajar azan dengan cara latih tubi. Pembelajaran dan pengajaran azan bukan hal yang mudah, harus ada kekuatan, keiginan dan azam yang teguh. Banyak teguran, nasihat dan “kemarahan” saya tujukan kepada Akram jika dia tidak bersungguh-sungguh, main-main dan bergurau senda ketika berlatih azan. Bagi saya, jika mahu mencapai sesuatu harus dengan kesungguhan dan usaha yang lebih.

Saya mahu Akram menjadi MUAZZIN untuk saya dan keluarga di rumah walau tidak di luar sana. Biar rumah kami sentiasa ada seruan DAKWAH YANG PALING SEMPURNA (Allahuma rabba hazihi da’wati tammah) iaitu SERUAN AZAN untuk keluarga kami yang sentiasa bergema setiap masuk waktu solat.

Yang saya pentingkan bukan kepada suara tetapi kepada tiap makhraj huruf yang dikeluarkan hendaklah betul sebutan tajwidnya. Pembelajaran semakin berkesan apabila Akram dikehendaki mengalunkan azan setiap kali masuk waktu solat sebagai pelatihan untuk keyakinan diri dan menanamkan sifat berani. Alhamdulillah, Akram semakin mahir dan yakin untuk melantunkan suaranya ketika mengumandangkan azan di rumah. Saya sangat bahagia dan gembira atas kesungguhannya dalam merealisasi “pelaburan” ibubapanya ini. Aamiin.

AKHIRNYA HARI YANG DITUNGGU-TUNGGU...

“Muhammad, sudah bersedia untuk azan hari ini.” tanya saya sambil mengemas beg pakaian bagi pemeriksaan terakhir sebelum keluar dari rumah untuk menuju ke Airport Sibu. “Sudah ma, tapi abang rasa malu kerana ramai orang kat bawah tu.” balas Akram. “Mari sini, nak. Mama mahu dengar azan Muhammad hari ini, mana tahu hari ini merupakan hari terakhir Mama mendengar suara Muhammad.” kata saya sambil mencium kedua-dua pipinya.

Tanpa diduga, Muhammad menangis teresak-esak sambil memeluk saya. “Jangan kata macam tu, ma. Abang sedih. Jangan tinggalkan abang, Ma. Abang akan azan untuk Mama Abah.” Masya Allah, saya sedih sekali mendengar kata-kata Muhammad. Pelukan saya semakin erat dan cuba menahan airmata dari gugur. “Tabahkan hatiku, Ya Allah.”

NAMUN BEGITU, saat kepergian yang semakin dekat, Akram tidak berupaya untuk mengeluarkan suaranya walaupun dia sudah bersedia untuk azan. Akram sangat sedih dan tangisannya mula kedengaran. Akhirnya yang mengalunkan azan adalah abang sulung saya, Haji Shaidi. 

Tangisan Akram memenuhi ruang tamu. “Lebih pula tangisan Akram ni daripada kakak-kakak dan adiknya.” kata saya dalam hati. Tangisannya semakin deras disertai batuk. Sangat mengharukan suasana ketika itu. Setelah kami berpelukan dan bersalaman bersama anak-anak dan ahli keluarga yang lain, Kami memasuki kereta yang dipandu oleh suami Irah, adik ipar suami saya. Saya memegang erat tangan suami ketika berada dalam kereta dan menangis apabila kereta semakin menjauhi rumah. Suami saya berusaha memujuk agar tenang dan sabar.

Saya masih melihat Akram menangis sendirian ditepi kereta kancil saya. Tangannya memegang kain tuala untuk mengesat air mata sambil memandang kami dengan sayunya tanpa lambaian. Saya kuatkan hati untuk tidak menangis. Tapi, tangisan saya akhirnya pecah juga saat keluar dari bandar Sarikei apabila mengingatkan anak-anak yang ditinggalkan sendirian bersama nenek mereka. “Ya Allah lindungilah anak-anak dan ahli keluargaku”, doa saya berpanjangan dalam hati sambil air mata ini bercucuran keluar dengan deras dalam suara yang tertahan.

TELEFON DARI MADINAH

Setelah dua hari berada di Madinah, suami membeli dua telefon bimbit Nokia yang paling murah berharga RYS 80. Kami tidak membawa telefon “canggih” dari tanah air. Telefon hanya sekadar alat untuk berkomunikasi antara kami suami isteri semasa di tanah haram dan anak-anak di tanah air. 

“Mama, maafkan abang kerana tidak azan ketika Mama dan Abah berangkat dulu. Abang sangat sedih dan menangis memikir akan berpisah jauh dengan Mama Abah masa itu.” kata Akram pada pertama kali kami berhubung. “Tak apa, nak. Mudahan Mama dan Abah dapat mendengar suara azan Muhammad lagi ketika balik nanti. Jangan sedih ya. Mama berbangga, Muhammad sudah berusaha keras dan pandai azan sekarang. Suara Muhammad pun sangat baik dan bagus didengar.” pujuk dan puji saya untuk menenangkan hatinya yang sudah mulai tersesak-esak di hujung kejauhan sana. 

Ditanya kenapa suka azan disudut rumah, Muhammad menyatakan itu lebih dekat dengan kiblat. Kelihatan Ieesyah sedang azan mengiringi azan Muhammad. Nada suara Ieesyah akan mengikut rentak kekuatan suara Muhammad. Mereka sepertinya akan bersaing untuk melaungkan azan dengan suara yang kuat.  Ya Allah, semoga anak-anakku akan menjadi anak yang mudah dibentuk akhlaknya, Aamiin.

***************

HARI INI – 18 JANUARI 2012 (RABU) – SEJARAH MULA DIRAKAM

“Akram, sudah bagi tahu mama berita gembira.” tanya suami kepada Akram. “Belum abah,” ujar Akram. “Mama, tadi abang azan Zohor di surau sekolah.” kata Akram memulakan perbicaraan di dalam kereta ketika mengambilnya dari sekolah jam 5.10 petang. “Subhanallah walhamdulillah… betul ni Muhammad.” balas saya dengan begitu teruja sekali, bagai tak percaya mendengar khabar yang disampaikan oleh Akram. “Bagaimana boleh azan ni. Cerita sedikit dengan Mama, ” balas saya.

“Hari ini giliran kelas abang, 4 Arif  untuk azan di surau sekolah. Waktu tengah hari Ustaz Naim datang ke kelas abang dan tanya siapa yang boleh mewakili kelas untuk azan zohor. Semua kawan lelaki abang tidak mahu dan beri pelbagai alasan. Abang hanya diam sahaja. tetapi bila abang ingat pesan Mama untuk cuba azan di sekolah, abang terus angkat tangan, walaupun suara abang serak.” cerita Akram dengan cerianya. “Cikgu Kesuma beri abang satu ringgit, ma. Sebab abang mahu azan.” sambung Akram dengan senyum malunya.

“Kenapa suara Muhammad serak,” tanya saya sambil mengerut dahi. “Mama lupakah, semalam Mama suruh abang azan sekuat hati ketika hujan lebat turun petang semalam.” jawab Akram. “Oh iya, baru mama ingat. kata saya sembil senyum meleret mengingatkan Akram dan Ieesyah melaungkan azan sekuat hati mereka untuk melawan bunyi deras air hujan yang turun petang semalam.

“Alhamdulillah. Tahniah atas keberanian Muhammad untuk azan di sekolah. Insya Allah, bolehlah pula azan di surau atau masjid. Mama rasa sangat bahagia hari ini. Lepas solat Asar nanti, mama akan buat sujud syukur sebagai tanda kesyukuran kepada Allah kerana Muhammad telah berjaya merealisasikan harapan Mama.” ucap saya. “Terima kasih, mama. Abang sayangkan Mama dan Abah.” ucap Muhammad dan mencium pipi saya. “Sama-sama dan Mama juga sayangkan Muhammad.” balas saya dengan senyuman.

****************

20 Januari 2012 (Jumaat)/26  Safar 1433H/ 5.30 petang Sarikei, Sarawak

AKU…. dan segenggam kepercayaan dapat mengubah dunia yang sedia ada menjadi sesuatu yang berbeza dengan keyakinan dan keberanian yang dikurniakan Allah. Jika takut merempuh badai, jangan berumah di tepi pantai. Jika takut dilambung ombak, jangan belayar di lautan dalam. Engkau akan menjadi apa yang engkau fikirkan. Berusahalah, tiada satu kejayaan dapat diraih tanpa susah payah.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Muhammad suka memakai pakaian hitam di luar dan jubah putih di dalamnya ketika azan dengan kopiah hitam pemberian khas dari abahnya. Saya maklumkan bahawa mungkin begitulah pakaian muazzin di Masjid Nabi, Madinah dan di Masjidil Haram, Makkah ketika mengalunkan azan. (sebenarnya saya tidak tahu pakaian para  muazzin di kedua-dua masjid tersebut kerana tidak pernah melihat mereka ketika azan, hanya mendengar suara di dalam masjid atau tv siaran langsung di sana setiap kali masuk waktu solat. :D)

**************

ALHAMDULILLAH, INILAH DIA MUAZZIN MUDAKU. SEMOGA ALLAH MERAHMATIMU, NAK. AAMIIN.

56 thoughts on “CT83. MUAZZIN MUDA

  1. Pingback: ini blog yang saya baca

  2. subhanallah.. iri rasanya bunda,,

    betapa Akram kelihatan sangat bersungguh – sunguh untuk menyenangkan bundanya..
    semoga Allah merahmatinya dan memberkahi hidupnya..

    • Alhamdulillah, aamiin Ya Rabbal’alamiin.
      Terima kasih untuk doa yang disertakan buat Akram.

      Insya Allah, Sayyidah juga bisa melakukannya.
      Hanya perlukan komitmen dan ketegasan dalam mendidik.
      Hasilnya akan diliat kemudian dalam jangka panjang dan berterusan.

      Salam mesra. 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Achoey…

      Insya Allah, Achoey juga bisa punya anak soleh dan solehah di kemudian hari. Didiklah mereka denga kasih sayang dan siramilah jiwa dan akalnya dengan ilmu.

      Anak adalah seperti kanvas lukisan. Ibu bapalah yang mencorak setiap goresan yang ada di dalamnya. Jangan berputus asa dalam mendidik anak.

      Terima kasih dan salam hangat kembali dari bunda. 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kang KC…

      Aamiin, Ya Rahmaan Ya Rahiim.
      Terima kasih atas doanya,
      Akram sudah membaca mesej ini dan menjawab salam dari Kang KC.
      Sangat gembira dia mendapat salam dari Kang KC.

      Salam mesra. 😀

      • iya umi, neni kagum pada adik neni yang satu itu, semakin kuat rasanya neni mahu jumpa dengan umi,………….
        kangen……….kangen……kangen………..kangen……….

        neni sedang sibuk merawat bapak, dia sedang ada di makassar tuk perawatan yang lebih baik, setiap hari neni harus mengurus segala keperluan bapak, … neni pengen sekali melihat bapak dapat berjalan seperti dahulu lagi, neni jadi sedih saat menatap wajah bapak, saat neni memijat dia, tak berani rasanya menatap wajah bapak…………. ummmmiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii………………….. apa yang neni lakukan, semoga bermanfa’at, neni ingin membahagiakan keduaorangtua neni…

        miss uuuummmmmmmiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii……

        muach..muach…

        • Umi juga kangen sama Neni.
          Semoga usaha pengajian S2nya bisa diurus baik dan sukses ya.

          Umi juga doakan bapak akan cepat sembuh walau tidak seperti dulu sekurang-kurang jiwanya tenang dengan adanya Neni di samping. Jagai dan rawti bapak dengan baik sementelah masih hidup, Nen. Kedekatan anak-anak kepadanya memberi ketenangan dan kebahagiaan buatnya.

          Semoga Allah akan selalu merahmatimu, Neni kerana berbakti kepada orang tua.

          Terima kasih menyapa Umi, Miiisssssss you too.
          Wah… pipi ini jadi gebu dan memerah aja nih. Kenapa ya..hehehe.

          Salam sayang dari umi. 😀

            • Lho Umi OL.Neni… kok ngak liat umi.
              Umi ngak mahu nyapa Neni bimbang Neni masih sibuk.
              Jangan sedih ya, umi sapa nih…segeraaaaaaaaaaaaa ke TKP.

              Rindu sama Umi ya ?
              Umi juga dong. 😀

              ************
              Lho, kenapa offline, Nen.
              Baru aja Umi mahu menyapa. 😦

  3. subhanallah, Muhd. Nor Akram yang baru berusia 9 tahun ternyata sudah fasih jadi muazin. semoga kelak dia menjadi anak yang benar-benar shaleh, taat beribadah, luhur budi pekertinya, dan taat kepada kedua ortunya.

    • Aamiin… Ya Adl Ya Kariim…
      Alhamdulillah dan terima kasih atas doanya, Pak Sawali.
      Usaha yang bukan mudah di peringkat awalnya. Mudahan demikianlah harapan semua orang tua untuk anak-anak.

      Salam hormat dari saya. 😀

  4. Subhanallah….saya terharu dan sekaligus ingin seperti mbak yang berhasil mendidik Akram. Anakku sulung bernama Luthfi, semoga Allah juga senantiasa merahmatinya. amin.

    • Aamiin, Ya Maliik Ya Salaam.

      Alhamdulillah dan terima kasih doa untuk Akram.
      Saya doakan, Luthfi juga akan menjadi muazzin muda.
      Anak lelaki harus diajar sesuatu yang bisa menjadi tanggungjawabnya apabila dewasa nanti, mas.

      Semoga sukses untuk Luthfi juga.
      Salam hormat. 😀

    • Insya Allah, pasti anak Elfarizi nanti bisa jadi anak soleh suatu hari nanti. Yang penting perhatian dan keinginan untuk membentuknya mesti ada mulai sekarang. Aamiin.

      Terima kasih.
      Salam kenal kembali. 😀

  5. Assalamualaikum Bunda,
    Sungguh lama nian nanti terbuai oleh kemalasan untuk melakukan blog walking karena banyaknya pekerjaan dan hari ini, puja dan puji kepada Allah SWT, adikku sudah fasih mengumandangkan azan, semoga suatu saat kelak nanda mendapat ijin dari-Nya untuk bertemu dan mendengarkan langsung suaranya.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Aldy…

      Subhanallah walhamdulillah, bunda senang menerima kunjungan nanda Aldy ini. Lama sekali tidak berkunjung dan mendengar khabar dari nanda. Didoakan sihat dan bahagia bersama keluarga di sana.

      Mudahan kembali aktif dan bisa bersilaturahmi untuk berbagi hikmah sepanjang ketiadaan lalu. Iya, insya Allah semoga yang baik selalu diperkenankan Allah.

      Salam mesra dari bunda. 😀

  6. subhanallah… tulisan ini yang bunda maksudkan ya..
    abang hebat sekali. didikan dari bunda yang sabar dan tenang menjadikan muhammad tidak malu mengumandangkan adzan di surau sekolahnya.. 😀
    semoga menjadi anak sholeh dan sholehah ya bunda.
    abang hebat.. buah dari keikhlasannya diberi uang 1 ringgit ya? wahh..siapa tau kelak jika muhammad besar dan adzan di masjid nabawi dapat rezeki yang melimpah.. 😀
    cuba si abang baca komentar ini bun..hehe
    jika dia tau bahasa indonesia..
    salam

    • Iya, Ari. Alhamdulillah.
      Aamiin, Ya Salaam Ya Mukminun. Terima kasih untuk doa dan kunjungannya. Semoga diizinkan Allah jua suatu hari nanti. Siapa tahu kan ! 😀

      Anak-anak memang malu di peringkat awal pembelajaran apa pun. Maka, ortu atau guru mesti sabar dan optimis terhadap sikap mereka.

      Jika sudah selalu ada latihan di samping semangat ditiupkan ke jiwa mereka, insya Allah akan wujudlah sikap berani dan ingin mencoba. Selain itu, doa juga harus disertakan.

      Akram sudah baca dan dia sangat gembira setiap kali ada doa untuk dirinya. Akram faham apa yang Ari tulis. Dia juga faham semua tulisan di atas.

      Salam mesra dan ceria selalu. 😀

  7. ternyata seiring kegerusnya oleh globalisasi masih ada yang istiqomah dalam bimbingan agama. . .. semangat terus ngarahin sikecil biar jadi khalifah dikemudian hari amiin…
    salam kenal buk haji hehehe. . .

  8. Alhamdulillah Akram sudah bisa adzan. saya lihat banyak mushola yang muadzinnya anak-anak. hampir tak ada orang dewasa. apa orang dewasa tidak malu anak kecil yang adzan sedangkan orang dewasa malah duduk di luar. salut dengan anak anda, Bu Siti.

    • Alhamdulillah, mudahan Akram akan istiqomah.

      Satu perkembangan yang bagus jika ramai anak-anak kecil sudah pandai azan,

      Namun begitu, sayang sekali jika orang dewasa tidak mengambil kesempatan dari keutamaan azan di sisi Allah.

      Terima kasih Wahyu. 😀

  9. Alhamdulillah ya Bun, telah memilki anak berbakat yang dapat menjadi penolong kita di akhirat kelak. Semoga hal ini selalu dapat bertahan hingga besar nanti dan seumur hidupnya. Amiiiin !

    Sukses selalu untuk Bunda sekeluarga.
    Salam
    Ejawantah’s Blog

    • Aamiin… Ya Latiif Ya Haliim

      Alhamdulillah, mudahan demikianlah hendaklah harapan saya agar “pelaburan akhirat” ini dapat membantu kemudahan bekal ke alam hidup abadi di sana.

      Terima kasih, mas Indra untuk doa yang disertakan.

      Salam hormat dan sukses selalu. 😀

    • Nanda Blue…

      Alhamdulillah bunda dan keluarga semuanya baik dan sihat. Mudahan Blue juga demikian sama di sana.

      Terima kasih hadir berkunjung dan senang menerima khabar dari nanda Blue.

      Akram sudah menerima salam dari Blue dengan senyum malunya dan mengucaokan terima kasih juga salam kepada nanda Blue. 😀

      Semoga sukses selalu dan salam hangat kembali dari bunda.

  10. assalamu’alaikum Bunda,, senang sekali aku bisa berkunjung lagi kesini,, ternyata Bunda tahun lalu cuti ngeblog mau berangkat ke tanah suci,, baru terjawab tanya hatiku waktu itu Bund. Selamat ya Bund..

    Dari awal tulisan Bunda aku udah berasa sedih,, ketika membaca Muhammad menangis aku berasa ada disampingnya dan ikut menangis, sederas tangisan muhammad sederas itu pula air mataku mengalir tak bisa ditahan Bund, untung tidak ada yg lihat, kalau ada orang lihat aku nangis di depan komputer aku bisa malu Bund.

    Aku ikut senang karena Muhammad udah berani azan di sekolah mengikuti impian Bunda,, kirim salam dari aku ya Bund..

    Setiap kali mampir ke sini kangenku pada Bunda terobati, trimakasih Bund aku selalu dapat pelajaran yg berharga.

    Salam sayang selalu dari Jakarta buat Bunda..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Fitray…

      Alhamdulillah, bunda juga demikian sama menyenangi kehadiran Fitray setelah lama kita tidak bersapa. Maaf kalau kepergian ke tanah suci tidak dimaklumkan kepada teman-teman kerana itukan urusan ibadah sahaja seperti solat, puasa dan berzakat.Semoga apa yang telah bunda lalui diterima Allah. Aamiin.

      Sudajh bunda sampaikan salam Fitray kepada Akram. Dia semyum menjawab dan suka kerana ada yang bertanya tentang dirinya..Terima kasih ya, Fit untuk ingatan dan kebaikan Fitray. 😀

      Bunda juga menangis tika menulis tentang Akram menangis, serasa kejadian itu baru terjadi di depan mata saat mengingatinya. Kondisi ketika itu amat menyentuh hati.

      Salam sayang juga dari bunda, semoga sukses dalam apa jua yang diceburi.

  11. subhanallah walhamdulillah…
    abang akram, mudah2an selalu jd anak yg sholeh..
    dan memang ya bun, harus dilatih sejak dini.
    sayapun belajar adzan dulu sejak dini, namun ya sama seperti abang akram ini, masih merasa malu dan takut juga sekiranya kalua disuruh untuk adzan di mushola lingkungan rumah.
    sampai pada akhirnya mushola sekolah lah yang menjadi panggung pertama untuk menyuarakan adzan 😀

    • Aamiin, Ya Kariim Ya Rahiim…

      Alhamdulillah, mudahan demikianlah hendaknya seperti doa Mabruri dan teman2 semuanya untuk Akram.

      Hehehe… saya yakin semua anak-anak menghadapi keadaan yang sama untuk memulai sesuatu yang baru iaitu malu sedangkani rasa ingin mencoba itu ada dalam hatinya. Maka, keberanian dan keyakinan harus diterap sejak kecil.

      Mabruri telah melalui pengalaman yang sama dan pasri rasa bangga dan gembira bila dapat merealisasikan impian untuk azan di surau sekolah. Pengalaman sangat bagus untuk meningkatkan semangat anak-anak untuk azan.

      Terima kasih Mabruri kerana telah berkongsi di sini. 😀

      Salam mesra selalu.

  12. Luar biasa kisah ini, seorang anak yang pandai azan dididik oleh orang tuanya. akan sangat bangga apabila saat keberangkatan dapat mengalunkan azan itu untuk kedua orangtuanya.

    Namun tak apa, karena kebanggaan terhadap orang tua dan anak, juga anak dan orang tua akhirnya tercapai.. Bagi seorang anak laki-laki, mampu azan di masjid terutama pada sholat2 penting, merupakan kebanggaan tersendiri.

    Suara yang dilantunkan, didengar oleh banyak orang sebagai panggilan sholat. Kalau tiba saatnya nanti, ia akan bisa juga menjadi muazzin tidak saja pada sholat2 lima waktu saja.. tapi juga pada sholat jum’at dan lainnya…

    Bangga sekali tentu saja menjadi kedua orang tua dari Muhammad Nor Akram ini…

    • Benar Azzahra, Muhammad sendiri sudah merasa bangga kerana dapat azan di sekolah, malah kini namanya sudah tersenarai dalam muaazin di sekolahnya.

      Alhamdulillah, kini Akram sedang saya ajar untuk menghafaz al-Quran bermula dari juzuk 30 – juzuk ‘Amma. Sudah banyak juga surah dihafaznya kerana dia mahu masuk sekolah tahfiz.

      Syukur, doa saya setiap hari di Masjidil Haram dan tika melihat Kaabah agar Akram mahu hafaz al-Quran dan menjadi hafiz al-Quran suatu hari nanti diberi perhatian oleh Allah. Doakan juga untuk Akram agar cita-cita mamanya ini tercapai. punya anak yang hafiz al-Quran, Allah bina buat orang tuanya sebuah istana di syurga. Saya mahu istana syurga itu.

      Iya, saya berbangga punya anak seperti Muhammad yang sangat mencintai orang tuanya juga suka belajar ilmu agama walau masih kecil.

      Terima kasih Azzahra untuk kongsian bersama. Saya senang menanngapi buah fikir Azzahra.

      Salam hormat dan mesra selalu. 😀

  13. cemburu bila saya lihat ibubapa yang begitu berjaya mendidik anak-anak ke jalan Allah.. insya Allah bila saya berkeluarga nanti, saya akan jadikan anak-anak juga mengatur langkah ke jalan agama

    • Mudahan rasa cemburu Sabree itu diredhai Allah dan usaha untuk memperolehi anak-anak yang soleh dan solehah akan diberi “perhatian”. Aamiin.

      Maka, jangan tunggu lama-lama jika sudah ada niat yang baik untuk mencapai cita-cita ke arah tersebut.

      Oh ya, terima kasih kerana menjawab persoalan saya dengan satu posting khas. Saya sangat menghargainya. Sudah ke sana untuk membaca dulu tetapi belum sempat berkomentar kerana masih sibuk.

      Selamat maju jaya.

  14. Pingback: CT292. SUARA MUAZZIN PALING MERDU DI DUNIA | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.