CT125. AKU DIUJI LAGI

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Kami sudah merasa selesa duduk di saf bersama jemaah haji Afrika dan menganggap matahari tidak akan beralih di tempatnya. Rupanya, sangkaan kami meleset. Secara Sunnatullah, perjalanan matahari sudah diatur dalam orbitnya menuju ke angka 12 tengahari dengan kedudukan tegak di atas kepala.

Mata kami seakan menyempit diri menahan sinar mentari yang kian mengganas. Cuaca panas semakin membara. Kipas angin besar yang melekat di kiri kanan tiang payung “bunga kembang pagi” seakan tidak mampu menghalau kegelisahan para jemaah haji wanita untuk mengelus kedinginan bayunya.

Kami sudah tidak mampu bertahan di kawasan hajjah Afrika tersebut. Mereka seakan sudah lali dengan cuaca panas. Kami mengambil keputusan untuk bergerak mencari tempat lain yang sedikit teduh. Saat kami melarikan diri dari sinaran mentari, azan masuk waktu solat Jumaat mulai berkumandang.

“Senah, di depan sana ada tempat kosong. Cepat jalan, nanti di ambil orang.” teriak Kak Kasma dalam keadaan cemas sambil menunjukkan tempat yang dimaksudkan. Tempat itu di bahagian belakang hampir kepada kawasan payung. Tetapi lantainya adalah ubin yang tidak menyerap haba dan serasa panas ketika memijaknya. Tiada sesiapa yang menempatinya. Hanya kami bertiga.

Kami pun menghampar sejadah dan duduk dengan senyap sambil menahan panas yang tetap tidak mengalah dengan kekalutan manusia.  “Ya Allah, panasnya.  Tidak ada tempat lain lagikah nak solat ni” keluh Kak Kasma sambil merasai panasnya ubin yang diduduki. “SHHH… JANGAN BERCAKAP KETIKA AZAN, KAK.” balas saya. Kak Senah yang bersebelahan kiri saya kelihatan sibuk meluruskan sejadahnya sambil berbisik dengan Kak Kasma. Mungkin menjawab keluhan Kak Kasma sebentar tadi. Saya tidak mempedulikan keduanya.

Azan yang masih berkumandang selalu membuat saya menekur diri menghayati setiap baris alunannya. Penuh khuyuk dan mengetarkan. Suhu kepanasan semakin tinggi dalam sinar yang kian menyilau mata. Saya menutup muka dengan kain telekung bagi meredakan gigitan panas sambil menghayati alunan azan yang  masih bersenandung merdu tanpa mempeduli keadaan sekeliling. Selesai azan, saya berdoa dan masih menutup muka sambil memejam mata. 

Tiba-tiba saya tersedar keadaan sekeliling saya menjadi senyap sunyi tanpa suara sesiapa. Saya jadi pelik dan diserbu pertanyaan. Tiada kedengaran suara Kak Kasma yang merungut sejak tadi. Sentuhan badan Kak Senah di sebelah saya juga tidak terasa.

Saya cepat-cepat melabuhkan kain hadapan telekung saya yang menutupi muka dengan mata yang sepet menghindari silau mentari. Saya sangat terkejut apabila mendapati saya HANYA KESEORANGAN di tengah-tengah tempat tersebut. Di manakah Kak Kasma dan Kak Senah ? Hati saya jadi tidak keruan kerana ditinggal sendirian seperti berada di padang pasir yang tandus tanpa teman.

Kemudian saya menoleh ke kiri. Dari kejauhan saya melihat Kak Senah dan Kak Kasma sedang sibuk menyusun sejadah dan membetulkan kedudukan mereka. Tanpa berfikir lagi, saya terus berjalan laju ke arah mereka dan mengambil tempat duduk di sebelah Kak Kasma.

Rasa malu bersarang juga di hati kerana duduk seorang diri di tengah panas terik mentari. Serasa semua mata memandang saya. “Sampai hati Kak Kasma dan Kak Senah meninggalkan aku seorang diri,” keluh hati dengan rasa sedih, pedih.

Dalam kekesalan kerana tidak diberitahu perpindahan tempat itu, saya bertanya Kak Senah, “Kak kenapa tidak beritahu saya akak berdua hendak pindah tempat. Saya seorang-seorang sahaja di sana tadi ? “Tadi kan, awak kata, JANGAN BERCAKAP KETIKA AZAN BERKUMANDANG. Jadi akak tidaklah beritahu awak untuk berpindah tempat. lagipun akak lihat awak sangat khusyuk sekali mendengar azan sambil tutup muka. Maka akak berdua tidak mahu ganggu awak.” Jawab Kak Senah sambil ketawa dan disambut pula oleh tawa Kak Kasma. Saya terkedu mendengar jawaban itu dengan hati yang geram.

Dengan hati yang belum puas lagi saya membalas. “Akak boleh maklum kepada saya dengan sentuhan. Bukan susahpun.”  Subhanallah, merajuk pula saya ni. 😀

**************

SEKALI LAGI

Tidak lama kemudian, kedengaran khatib membaca khutbah dalam bahasa Arab. Saya menekuni khutbah tersebut walaupun tidak memahami semua yang dikatakan. Bahang cuaca semakin panas. Sekali lagi, saya menutup muka dengan telekung bagi mengurangi gigitannya di wajah saya.

Kulit muka sudah terasa kering dan mengelupas akibat cuaca siang di Madinah yang meningkat suhunya. Saya memejamkan mata dan berusaha memahami butir-butir kata yang diucapkan oleh Khatib. Bahasa Arab yang digunakan, sangat indah dipendengaran saya.

Tanpa saya sedari, Kak Kasma dan Kak Senah sekali lagi meninggalkan saya terkantung-kantung seorang diri di atas sejadah duka. Sebaik saya mengalih kain telekung dari wajah, saya terpinga-pinga melihat teman-teman saya sudah tidak ada di samping. Saya menoleh ke kiri dan kanan. Subhanallah, kedua-dua orang tua itu (sudah mula hendak  marah ni.. :D) beralih ke bahagian belakang pula.

Dengan hati yang bercampur geram, saya terus mengekori arah keduanya. Masih ada ruang kosong untuk saya duduki. Tempat itu sedikit teduh dan selesa. “Kak, kenapa tidak bagi tahu kepada saya yang akak nak pindah tempat.” sayu sahaja ucapan saya kepada Kak Senah sambil membentang sejadah di sebelahnya.

Dengan selamba Kak Senah menjawab, “Semasa khutbah, kita tidak boleh bercakap. Jadi, akak tidaklah beritahu awak.”  Lalu saya bertanya, “saya ada cakap seperti itu tadi ya kak.” “Tak ada”, ujar Kak Senah sambil senyum kepada saya. Huuhhh.. keluh hati saya.

Masya Allah, dalam terik mentari ini, ada lagi ujian Allah buat saya. Diuji dengan teman-teman yang saya sayangi. Tidak diketahui kenapa jadi seperti itu. Adakah saya telah melukakan hati keduanya ? Tapi saya lihat mereka berdua OK sahaja. Tidak nampak marah atau berkecil hati dengan saya. Aahhh… perasaan saya sahaja agaknya. Saya meyakini, mereka tidak berkompromi untuk menyakiti saya. Cuma cuaca panas yang membuat perasaan manusia tidak tentu hala dan resah gelisah.

Saya berusaha berbaik sangka dengan Kak Kasma dan Kak Senah. Apa yang berlaku tentu mempunyai hikmah tersendiri untuk mengajar saya erti sabar dan redha dengan segala ujian Allah. Saya beristighfar sambil mendengar khutbah yang masih berlangsung dalam kehangatan tengah hari yang semakin mencapai puncaknya. Alhamdulillah, tiada lagi pergerakan yang “luar biasa” dari teman-teman saya sesudah itu. Keadaan kembali tenang dan kami solat di tempat terakhir ini.

Selesai sahaja khutbah, solat Jumaat terus didirikan dalam suasana harmoni yang mendamaikan hati. Semoga Allah mengampuni segala kesilapan kami bertiga dan seluruh umat muslimin yang berada di bumi Haramain dan seluruh dunia. Aamiin.

Kami bertiga solat di sini, di tengah terik mentari jam 12 lebih waktu solat Jumaat

****************

8 September 2012 (Sabtu)/ 21 Syawal 1433H/ 0950 pagi – Bintangor, Sarawak

AKU….  selalu mengharap keampunan dari-MU atas segala yang khilaf dan salah dalam setiap jejak hidupku. TERIMA KASIH,  kerana sesekali membayangkan tentang sepi dan sunyi yang ku dakap. TERIMA KASIH, kerana secara perlahan menghulurkan simpati pada apa yang ku alami. Tanpa perhatian dan kasih sayang-MU aku sudah mati sebelum masanya. Hanya pada-MU tempatku mengadu segala rinduku padanya. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

SEPI ITU… TANDA KESETIAANKU PADAMU. RENUNGLAH BULAN PAGI, ADA SENYUMKU YANG BERMUKIM DI SANA.

37 thoughts on “CT125. AKU DIUJI LAGI

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb…

    WHEREVER YOU ARE by Sami Yusuf untuk kita selalu mengingati bahawa Allah selalu bersama kita di dalam senang dan susah.

    DEDIKASIKU UNTUKMU… di mana sahaja engkau berada, aku tetap selalu ada di sana dengan senyum dan hatiku.

    Wassalaam. 😀

  2. assalaamu’alaykumuwarohmatullohi wa barakaatuh…. hihihi kebayang banget deh ini kisah bagaimana keadaanya,….. hehe…. memangnya disana panas bangeut ya cuacanya??? 😮

    tapi memang disana itu tidak banyak pohon ya, banyaknya juga pasir 😀 hahahai, kalo disini sih malah langka pasir, kalo mau pesan itu harus nyari dulu atau pesan dulu ke tempat yang jauh hehe…

    btw, jadi itam seperti orang afrika tidak Teh diam lama disana? hehe 😀 alhamdulillah pertama komentar!!!

    • Wa’alaikum wr.wb wamaghfiraatuh, Kaze Kate…

      Iya, cuaca di Madinah ketika itu sangat panas dan terasa perit apabila berada di tempat lapang. Kebetulan masa itu musim panas dan menghampiri musim sejuk. Kepanasannya menyebabkan kulit muka mengelupas tumit kaki pecah-pecah. Ada yang berdarah baik bibir atau tumit kakinya.

      Hehehe… tidaklah sampai jadi hitam apabila tinggal di sana hanya sekadar bertukar coklat sekejap. Selepas kembali ke tanah air, keadaannya seperti biasa semula.

      Terima kasij Kaze kate untuk kunjungan pertama.
      Semoga sukses dan salam ceria selalu. 😀

      • aamiin 😀 | waduh perjuangan menuju kepada-Nya sangat berat juga ya keliatanya, semoga ibadahnya mabrur ya dan selalu mendapat Rahmat serta barokah selalu dari-Nya.. aamiin

        like ur story… veryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy likeeeeeeeeee 😀

        • Melakukan kerja haji, bukan kerja yang mudah. Saya mengibaratkannya sebagai ibadah profesional kerana untuk melakukan segala manasik haji di semua masya’irnya hendaklah mempunyai ilmu yang menjadikan ibadah kita sempurna dan diterima Allah.

          Tanpa ilmu, pekerjaan haji hanya ikut-ikutan dan dikhuatiri akan jadi haji mardud. Wal’iyazubillah.

          Thanks for your appreciation, Kaze Kate.
          Saya senang mengetahuinya . Semoga beroleh manfaat dari setiap pengalaman yang dilalui ini.

          Saya sarankan pergi haji dalam usia muda kerana tenaga masih kuat untuk melakukan hal-hal yang mencabar di Tanah Suci.

          Salam ceria. 😀

                • Alhamdulillah, semoga umrahnya tercapai dengan diredhai Allah perjalanan menuju masa yang dihajati.

                  Berdoalah banyak-banyak kerana Allah yang bisa menjemput kita ke sana. Kita hanya menrencana sahaja. Aamiin.

                  Salam sore. 😀

                  • waiki aamiin aamiin aamiin ya Allah ya Rabbal’alaamiin…..

                    semoga mambrur juga setalhnya dan juga sebelumnya, aamiin

                    btw : kaze minta saran untuk fetih 1453.. itu bagaimana ya? mendingan saya hapus atau gimna ya -__- jujur saya belum nonton sepenuhnya karena waktu untuk belajar dan kerja saya untuk sekarang2 padat….. gimana ya? ditunggu jawabanya teteh

                    • Aamiin… Ya Rabbal’alamiin.

                      Untuk Fetih 1453, saya fikir elok dikekalkan kerana postingannya hanya satu sinopsis.

                      Cuma, filemnya, hendaklah ditonton dengan ilmu, iman dan akal bagi menapis hal-hal yang tidak sepatutnya ada dalam filem sehebat itu.

                      Terima kasih Kaze. 😀

  3. Ass…..
    Terkadang dalam kesendirian kita menyadari dengan segala kekurangan kita ya Bun. Seperti itulah manusia yang selalu memerlukan waktu untuk merenungkan dengan segala kekurangan kita.

    Dengan peristiwa seperti itu, sudah barang tentu kita akan mendapatkan pelajaran yang sedang Alloh samapikan kepada kita.

    Sukses selalu untuk bunda sekeluarga.
    Salam
    Ejawantah’s Blog

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra…

      Tidak sesiapa yang dapat menjangka apa yang bakal berlaku kepada kita di sana atau di mana-mana pun. Dengan siapa kita bersama dan bila waktu yang bakal menerima semua dugaan itu. Sesungguhnya Allah ingin kita melihat setiap ibrah yang dilampirkan untuk membina iman dan meningkat taqwa.

      Pekerjaan haji memerlukan persiapan mentai, emosi, rohani dan jasmani yang mantap. Setiap yang dilalui ada sahaja cerita yang bakal ditempuh. Seronok, sedih, bahagia dan ketawa adalah lumrah kehidupan yang menjadi kenangan tak terlupakan sepanjang di bumi Haramain.

      Terima kasih mas Indra untuk pencerahannya.
      Semoga sukses dan diberkati Allah.
      Salam hormat. 😀

  4. Assalamu’alaikum Wr. Wb…

    Barangkali ujian terberat di samping cuaca yang kurang bersahabat adalah melalui orang-orang terdekat ya Mbak. Apalagi di saat sedang khusyu’ beribadah, yang membutuhkan suasana tenang, eh malah diajak bercakap-cakap…

    Mudah-mudahan ujian yang berat itu akan mendapatkan pahala yang sepadan… Amin.
    Salam selalu…

    • Wa’alaikum salam wr.wb, mas Raden…

      Saya dapati, ujian dan cabaran yang banyak di hadapi di tanah haram baik Madinah atau Makkah adalah cabaran sesama manusia selain cabaran-cabaran lain yang mendokong.

      Namun begitu, jika sabar menjadi teman dan redha dengan segala apa yang dihadirkan Allah, kemudian diiringi dengan banyak berdoa, Insya Allah, semua itu dapat dilalui dengan hati yang tenang dan bahagia.

      Aamiin. Semoga setiap ujan, dugaan dan cabaran yang dilalui mendapat perhatian Allah dan diredhai-NYA.

      Terima kasih mas Raden.
      Salam harmoni. 😀

  5. haduh saya sudah tidak bisa lagi koment di atas…. bikin ruang lagi ah disini 😀

    >.< tapi kaze pasang link downloadnya lho teh… coba lihat di bawahny… semoga mereka membaca slogan yang kaze pasang di blog. "AMBIL BAIKNYA DAN BUANG BURUKNYA" aamiin

    • Iya, silakan menyambung di ruangan lain, Kaze. 😀

      Insya Allah, jika mereka memahami mesej sebenar yang disampaikan, pasti tidak akan terlarut oleh adegan yang tidak sesuai dan mengarut itu. Adegan seperti ini hanya sekadar memancing untuk kelarisan filem tersebut sedangkan jika tidak adapun, filem Fiteh 1543 ini tetap hebat dan mengkagumkan.

      Mudahan yang menyaksikannya dapat mengambil yang baik dan membuang yang buruk.

      Terima kasih Kaze.
      Salam ceria. 😀

  6. Bunda Fatimah, emang agak kesal pastinya dua kali dibiarkan sendiri oleh dua orang sahabat Bunda, tapi…insyaallah Bunda juga ikhlas sama kejadian itu:)

    aku suka baca cerita di atas;)

    oya, terpinga-pinga itu artinya apa Bun? sama ya dengan terheran-heran dalam bahasa indonesia?

    Love u

    • Hai Wits comei… senang menerima kunjungan Wits yang selalu sibuk di sana. 😀

      Subhanallah, kesal itu memang wujud di hati. Malah mahu marah juga…hehehe. Namun harus banyak bersabar dan mengawal emosi kerana tekanan memang ada di mana-mana dalam kondisi yang mencabar seperti ini.

      Iya, apa boleh buat… itukan tingkah laku yang tidak dapat dikawal tetapi sebenarnya boleh diurus.

      Terpinga-pinga itu maksudnya, tercengang-cengang atau terkejut (untuk lebih mudah difahami bahasa yang paling dekat maknanya. :D) Boleh juga seperti terheran-heran, Wits.

      Terima kasih Wits.
      Love you 2.

  7. assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh……..
    tok…tok..tok…
    ada ummi tak, aku mahu bertamu..

    eehhh…ummiii ada toh, apa ummi kangen dengan aku… (kedip-kedip mata).
    mmhhh…ummi tak kangen, yah udah neni balik lagi pulang dech… .hehe

    ummiiiiiiiiiiii aku datang, kangen rasanya ingn terus bersama ummi
    berkaca mata neni dan senyum2 bahagia menoreh komentar ini..hiks.hiks..

    peluk ummi, cium ummi….

    miss ummiii………………

    • Wa’alaikum salam warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh…

      Eissy… siapa pula yang mengetok pintu banyak kali tu.. Roboh pula pintu rumah ini nanti.

      Subhanallah… anak Umi yang disayangi rupanya. (kedip-kedip mata juga sambil senyum manis semanis gula) 😀

      Iya Neni, Umi juga rinduuu dengan Neni. Sibuk sangat dengan kuliah dan kerja sekali gus hingga lama tidak menyapa Umi di sini. Umi doakan Neni selalu sukses mengejar impian yang dicita-citakan selam ini. Usaha tangga kejayaan. Asal berani bermimpi, Nen. pasti akan menemui hasilnya. Aamiin.

      Sudahlah tu, jangan menangis. Nanti jika ada kelapangan, hubungi aja Umi dan kita boleh bicara lagi semahunya. Tentu Neni rindu mendengar celoteh Umi, kan…hehehe.

      Salam yang sama juga (pc) untuk anak Umi yang baik dan solehah.
      Miss you 2, Neni. 😀

      • iya ummi, neni kangen dan rindu sanggaaaaaaaaaatttttttttttttt…..

        tak nyangka akhirnya aku bersua lagi dngn ummi didunia maya ini, dgr celoteh ummi yang membuat hati neni jadi damai dan tenang..ckckc..

        ummiiiiiiiiii………………..

        • Iyaaaaaaaaaaaaaa… Umi kembali nih setelah sibuk melanda.

          Alhamdulillah, umi juga rinduuuuuuuu sama Neni. 😀
          Wah…………………… aneh sekali, penuh misteri. (kerut dahi) memikirkan celoteh Neni… hehehe Ada apa anak Umi ini, demam ya ?

          Umi yakin, Neni sedang bermimpi mendengar celoteh Umi yang bagai malu-malu harimau ini. Tenaaaaaaaaaaaaaaaang ya, jangan ckckck nanti tercekik ayam penyet. Susah Umi mahu bantu dari kejauhan ini. hehee.

          Salam sayang dari Umi untuk anak Umi yang solehah. 😀

  8. Assalamualaikum wr. wb
    ya kalo di bilang kasarnya “Wajar” dalam dunia Nyata. Tapi yakin deh, pasti ada hikmahnya.

    pasti tau lah, jika kita berbuat baik akan di balas baik, dan sebaliknya.

    Salam Kenal

    • Wa’alaikum salaam wr.wb….

      Setiap kejadian, ada hikmahnya sama ada baik atau buruk.
      Mudahan kebaikan lebih banyak dari keburukan. Tentu itu semua untuk meningkatkan iman dan kesabaran kita terutama di bumi Haramain. Cabarannya sangat besar dan penuh menduga hati.

      Tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku dan apa yang akan kita temui. Allah yang menrencana segala perancangan hebat buat hamba-NYA. Kita hanya berusaha untuk melalui dan meredhainya.

      Terima kasih Toko Online untuk pencerahannya.
      Salam kenal kembali. 😀

  9. Assalamu’alaikum Wr. Wb…

    Puistis dan romantis nih kalimat Bunda, “SAAT resah itu terjadi, aku tiba-tiba seakan ingin memanggil NAMAMU. Aku selalu MENGINGATIMU dan tidak akan pernah berpaling untuk selalu MERINDUIMU. Apapun kepedihannya, demi CINTA akan kutempuh jua.” Kami senang membacanya.

    Saat hati resah, saat jiwa gelisah, remuk redam tak tentu arah, ke mana lagi kita berlari kalau tak menuju Allah. Iya kan Bunda? Cuma kadang kita malu, mengapa lebih mengingat-Nya hanya di saat seperti itu? Semoga kita selalu mampu mengingat Allah dalam kondisi apapun jua, sebagai bentuk rasa syukur kita.

    Salam selalu teriring senyum dari Galeri Siswa…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Galeri Siswa (GS)…

      Alhamdulillah, terima kasih atas apresiasi untuk kalimat di atas. Jika GS senang membacanya, bunda senang mengetahuinya. 😀

      Iya, kita patut merasa malu jika hanya mengingati Allah saat susah, menderita dan sedih mengapai diri. Sesungguhnya mengingati Allah hendaklah setiap waktu tanpa henti sama ada sedang berdiri, duduk, berjalan atau berlari (maksud ayat).

      Mudahan kita menjadi hamba yang selalu bersyukur dan mengingati Allah saat senang dan susah, saat bahagia dan derita, saat berjaya dan gagal atau saat kaya dan miskin supaya kita mengerti hanya Allah, Tuhan segala tumpuan pengharapan.

      Terima kasih sekali lagi GS, untuk pencerahan yang bermanfaat ini. Semoga sukses semuanya dalam pengajian yang diceburi. Aamiin.

      Salam senyum kembali di penghujung pekan. 😀

    • Melelahkan tetapi ada sejuta kebahagiaan terukir di kanvas bumi suci itu sehingga kelelahan menijadi satu nikmat yang besar sebagai tetamu Allah swt. Alhamdulillah.

      Terima kasih AnnisaMuslima.sudah berkunjung ke sini.
      Salam kenal. 😀

  10. Pingback: CT165. CABARAN HAJI (14): CABARAN HAJI MUDA | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  11. Pingback: CT221. KEAJAIBAN AIR ZAMZAM (2): MERAWAT SAKIT KEPALA (MIGRAIN) | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.