CT446. CABARAN HAJI (30): TANDAS MINA (2) – WAHAI HAJJAH ! PELIHARALAH AURAT KAKIMU

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

INI AURAT KITA

Saya tidak akan membicarakan tentang AURAT WANITA dengan panjang lebar lagi di sini kerana sudah saya tulis dalam satu artikel khusus di CT150. CABARAN HAJI (10): AURAT WANITA. Anda boleh merujuk kepada artikel tersebut untuk pemahaman lanjut.

Allah SWT telah menetapkan hukum WAJIB dalam menutup aurat baik lelaki mahu pun wanita mengikut batas yang telah ditentukan.

*

Illustrasi yang comel…. saya suka.

*

Macam saya pulak… hehehe

*

Dengan ini, seorang muslim dan muslimah yang berakal dan berilmu pasti memahami dengan jelas tentang kewajiban tersebut tanpa ada dolak dalih yang menjadi alasan untuk melonggarkannya.

Oleh itu, dalam penulisan pengalaman haji di Mina kali ini, saya berharap dapat mengingatkan lagi apa yang pernah dilalui untuk dikongsikan bersama.

Apabila ia menjadi keresahan saya , sudah pasti anda juga sebagai saudara seislam saya turut merasai keresahan tersebut kerana ia berkaitan dengan perintah Allah SWT.

*

*

Catatan ini khusus buat para hajah dan bakal hajah,  JUGA kepada PARA SUAMI atau MAHRAM wanita yang dipertanggungjawabkan.

Bukan untuk menggurui atau mengajar sesiapa,  tetapi sekadar mengingatkan tentang pentingnya tanggungjawab menjaga perintah Allah SWT walau di mana kita berada.

*

KEDUDUKAN KHEMAH DI MINA

Untuk pengetahuan anda sebagai gambaran umum, kedudukan khemah-khemah di Mina sangat rapat. Khemah kaum lelaki dan wanita hanya dipisahkan oleh lorong-lorong sempit untuk berjalan kaki. Ia bukan ruang yang selesa.

Oleh itu, suasana ini mewujudkan pertemuan yang tidak dapat dielak antara jemaah lelaki dan wanita. Lorong-lorong antara khemah menjadi laluan padat untuk keluar masuk dari kawasan khemah. 

Maka, para hajjah perlulah menyedari bahawa aurat mereka hendaklah dipelihara dengan baik apabila hendak ke mana-mana sebaik keluar dari khemah.

*

*

*

KEDUDUKAN TANDAS

Kawasan tandas yang menjadi tumpuan untuk berhajat dan membersih diri berada di lokasi yang pelbagai jarak. Kawasan tandas pula tidak dipisahkan dengan jarak antara tandas lelaki dan tandas wanita. Hanya bersebelahan sahaja.

Untungnya, jika khemah anda dekat, tidak perlu menapak lama untuk sampai ke tandas. Hanya berjalan beberapa langkah. Sedangkan  khemah yang jauh seperti khemah saya, terpaksa berjalan melalui lorong-lorong sempit antara khemah yang menjadi laluan orang ramai.

*

Khemah jemaah lelaki hanya beberapa langkah dari tandas. Begitu sesak dan panjang. Saya dapat melihat keresahan para “penunggu” giliran yang ramai sehingga ada yang berkonflik kerana tidak sabar. Tandas wanita hanya bersebelahan.

*

KAKI : AURAT YANG DILUPA

Wahai kaumku wanita…. kenapa aurat bahagian kaki selalu dilupa atau sengaja dilupa oleh anda dalam menutup auratnya ? Kenapa susah sangat untuk memeliharanya ?

Begitu juga kepada kaum lelaki sama ada ayah, suami, abang dan adik lelaki, kenapa tidak memberi perhatian tentang aurat kaki kaum wanita dalam kalangan keluarga anda? Ini tanggungjawab anda sebagai wali kepada mereka. Susah sangatkah ?

Hmmmm, beginilah, tahukah anda bahawa kita hanya ada ……

DUA KAKI SAHAJA

*

*

Bukan EMPAT kaki seperti unta, kambing, harimau atau ENAM kaki seperti semut, lebah, kumbang atau LAPAN kaki seperti labah-labah, kala jengking atau lain-lain. HANYA DUA KAKI.

Susah ke nak jaga dan TUTUP DUA KAKI kita ni ?

*

Kenapa bayi kita pakaikan sarung kaki. Kenapa kita tidak ? Cuba fikir dengan baik apa yang aneh dengan perbuatan kita.

*

HADIS : AURAT WANITA

Kita tentu faham hanya dua bahagian pada anggota tubuh wanita yang dibenarkan untuk didedah. Semua imam mazhab pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah (SYAFIE, MALIK, HAMBALI DAN HANAFI) bersepakat bahwa:

SELURUH TUBUH WANITA ADALAH AURAT KECUALI MUKA DAN KEDUA TELAPAK TANGAN iaitu yang biasa nampak padanya.

Ini didasarkan melalui sabda Rasulullah SAW kepada Asma’ binti Abu Bakar (r.hma):

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya”HR Abu Dawud

*

Setelah kita faham maksud hadis di atas, maka apa yang perlu kita buat dengan kaki adalah WAJIB TUTUP. Dan untuk menutup kaki, tidak semestinya wajib pakai stokin.

Apa sahaja barang yang boleh menutup kaki, boleh digunakan agar terpelihara aurat kaki dari pandangan orang yang tidak berhak untuk melihatnya. JANJI KAKI TUTUP.

*

LUPA DAH AURAT KAKI

Alhamdulillah, apabila kita keluar dari bumi Arafah setelah berwukuf, maka itulah kemuncak haji yang telah dilaksanakan. Panggilan nama dengan HAJI dan HAJJAH mula kedengaran di mana-mana. Wajah ceria kita jelas terpancar dan kepuasannya sampai menusuk ke jantung hati. Gembira tidak terkata.

Sayangnya, segelintir jemaah hajjah mula mengabaikan tuntutan menutup aurat yang dulunya dipelihara sebelum wukuf di Arafah.  Kini aurat terutama KAKI sudah mula dipandang ringan terutama apabila hendak ke TANDAS.

Kaki sudah tidak lagi di tutup. Malah dengan bersahaja dan selamba para hajjah berjalan ke tandas dengan selipar yang ber”telanjang” kakinya. Saya melihat dengan hati yang “terluka” kerana perintah Allah SWT sudah tidak lagi dihiraukan. Bukan jauh pun, hanya ke tandas sahaja.

Antara alasan yang diberi apabila saya bertanya, ” sayang kalau stokin (sarung kaki) basah kena air. Terpaksa pula hendak menjemurnya hingga kering”.  “Tak suka, nanti stokin berbau busuk kalau basah.” Allah, Allah, Allah….. itulah alasan demi alasan untuk tidak menutup kaki.

*

“Ya Allah… apa pun keadaan yang aku hadapi hingga masuk ke dalam tandas, aurat kakiku akan aku pelihara sesuai dengan perintah-MU. Kuatkan imanku, Ya Allah.”

*

Begitulah doa yang sering saya baca sepanjang perjalanan menuju ke tandas apabila melihat kaki-kaki para hajjah yang tidak “berbaju. ” Sungguh saya sedih dan terluka hati kerana saya tahu, Allah juga sedih dengan hamba-NYA yang begitu.

*

*

WAHAI PARA HAJJAH

….. yakinlah setiap kali kita mematuhi perintah Allah dalam apa keadaan yang kita lalui – senang atau sukar – bersama hati yang ikhlas dan redha, Allah pasti membalasnya dengan memudahkan urusan kita.

PERCAYALAH. Allah pasti suka dan Allah juga tersenyum dengan hamba yang taat dengan perintah-NYA. Bukankah kita mengaku sayang dan cintakan Allah. Maka, buatlah apa yang disukai oleh orang yang kita sayang dan cinta. Pasti kita suka melakukannya agar tidak terluka hatinya.

*

*

*

*

KEPADA LELAKI YANG HEBAT

Ingin ku berpesan…. anda dipandang hebat apabila mampu mengurus aurat yang sempurna terhadap ahli keluarga anda… baik emak, isteri, anak perempuan atau kakak. Sayangi mereka sepenuh hati untuk menyintai perintah Allah SWT.

JAUHILAH ANDA DAN MEREKA DARI…

API NERAKA

*

*

Wahai wanita muslimah…. pilih lelaki hebat menjadi teman hidupmu.

*

bunga*

***************

SalamFatima3SalamFatima2 Ogos 2017 (Rabu)/ 9 Zulkaedah 1438H/ 1.30 petang, Bintagor, Sarikei, Sarawak

AKU…. dan keyakinan diri tidak boleh dipisahkan. Yakin membuat aku bersemangat untuk menghadapi segala cabaran di mana aku percaya Allah memilihku untuk melaluinya dengan kemampuanku. Maka, aku yakin dapat melakukannya tanpa pernah mengizinkan putus asa meroboh keyakinanku. Ya Allah, aku yakin sepenuh hati pada-MU. Sayang Allah.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

 DEDIKASIKU UNTUKMU….  Selalu ada doa buatmu tanpa pernah menoktahkannya dalam aksara kataku. Maaflah, jika pernah terlupa dengan tidak disengaja. Mungkin aku terlena dalam tidur yang panjang. Percayalah aku selalu ingat. Terima kasih kerana ingat juga padaku.   Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

10 thoughts on “CT446. CABARAN HAJI (30): TANDAS MINA (2) – WAHAI HAJJAH ! PELIHARALAH AURAT KAKIMU

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Paridah Ishak yang diingati….

      Aamiin Allahumma Aamiin. Begitulah harapan dan doa yang kita perlu panjatkan setiap hari, agar Allah memelihara iman dan teguhkan hati kita untuk berbuat yang diperintahkan Allah SWT.

      Terima kasih kak sudah membalas kunjungan.
      Salam mesra dan tahniah atas kejayaannya. 🙂

  1. Assalamualaikum puan Fatimah,

    terimakasih sudah di ingatkan, betul .. hal kecil yang hampir selalu dilupakan oelh wanita.
    mudah2-an dengan sharing tulisan ini banyak yang sadar dan tetap menjaga aurat . termasuk aurat kakinya

    salam sehat bahagia

  2. Saya ingin bertanya perihal aurat sesama jemaah wanita ketika di bilik hotel sewaktu masih dalam ihram. Apakah boleh melepasi jilbab, sarung kaki juga sarung lengan?

    • iya boleh, keadaannya seperti kehidupan biasa kecuali perlu menjaga perkara-perkara yang dilarang dalam ihram.

      Terima kasih sudah berkunjung ke LMGS G2, semoga ada manfaatnya.
      Salam sejahtera.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.