CT385. SIMPAN BAJU DALAM KOTAK CANTIK

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

KotakFatima1KotakCantik

*

BUKA ALMARI

Cuba buka almari pakaian anda. Kalau masih di tempat kerja, balik rumah nanti jangan lupa buka almari pakaian tersebut. Apa yang anda lihat ? Adakah pakaian anda tersusun kemas atau berselerak ?

Bab melipat dan mengemas baju tidak semestinya dilakukan oleh orang perempuan. Orang lelaki juga terlibat sama. Kalau anda ada isteri, tentu tidak menjadi masalah kerana isteri anda boleh membantu. 

Tetapi kalau anda (lelaki) masih bujang maka kenalah lakukan sendiri. Takkan hendak harapkan emak sahaja. Malulah.

*

basuh baju

foto ihsan google

*

LIPAT ATAU GANTUNG ?

MANA PILIHAN ANDA ? Hmmm… tidak semua orang suka kerja melipat baju. Saya yakin jika kita jenis orang yang malas melipat baju sudah tentu alternatif kedua yang kita fikirkan ialah menggantung baju dengan “hanger” atau penyangkut baju.

Tetapi perlukah semua pakaian kita hendak digantung ? Bayangkanlah milik kita dari yang sekecil-kecil hingga yang sebesar-besarnya hendak digantung semata-mata kita malas hendak melipat. 

Cukuplah pakaian besar kita gantung dan pakaian kecil kita lipat. Menyusun pakaian yang dilipat di dalam almari juga memerlukan kebijaksanaan dan seni tangan yang kreatif. Jika susunan yang tidak kemas, kita sendiri rasa tidak suka sebab tidak cantik dipandang mata.

Tambah lagi, kita jenis orang yang asal buat sahaja. Ok, sudah siap. Lalu tinggal dan biarkan begitu sahaja. Kekemasan menyusun pakaian memerlukan kesabaran dan ketelitian yang disertai dengan kesungguhan dan kerajinan.

Ini bukan bermaksud kita malas. Malas terlalu subjektif. Yang biasa menjadi alasan kita adalah tidak cukup masa untuk mengemas almari pakaian.

*

KotakFatima2Corakpensil

*

Saya selalu memikirkan bagaimana menyusun pakaian dalam almari agar nampak kemas dan menarik. Dulu, apabila ada masa terluang, saya akan menyusun kembali dan memastikan kekemasan baju yang dilipat menjadi lebih kemas dan mengubah tempatnya. Tetapi tidak kerap dilakukan kerana rasa letih.

Kini, saya tidak lagi bersusah payah untuk memastikan kekemasan dalam almari pakaian untuk diperhatikan setiap masa. Saya sudah ada jalan penyelesaian yang lebih mudah. Cuma perlu menggunakan sedikit wang untuk merealisasikannya.

Apabila hati sudah suka dan berkehendak, sudah pasti kita akan berusaha untuk merealisasikannya. Saya fikir dengan menyimpan pakaian di dalam kotak hadiah lebih menjimatkan ruang, kemas dan kelihatan sangat cantik.

*

GULUNG BAJU

Semua pakaian dalaman yang kecil, t-shirt dan pakaian yang tidak digantung, saya lipat dan simpan di dalam kotak mengikut saiz pakaian tersebut. Cara lipatannya masih seperti biasa tetapi perlu digulung untuk menjimatkan ruang.

*

gulung baju

foto ihsan googles
*

Pertama kali saya mengetahui cara gulung baju ini melalui Kak Senah (teman sebilik semasa pergi haji dahulu). Kak Senah kata, kalau kita menggulung baju sama ada di dalam beg atau kotak, baju akan dapat dimuatkan dengan lebih banyak.

Ternyata saranan Kak Senah itu benar. Saya sudah membuktikannya setiap kali pergi bercuti atau berkursus saya akan menggulung baju di dalam beg. Memang jimat dan memudahkan kita.

*

KOTAK LEBIH CANTIK

Menggunakan kotak hadiah sebagai tempat simpan pakaian memerlukan sedikit wang untuk membelinya. Kita harus bijak memilih dan memastikan kemampuan untuk berbelanja.

Jika tidak mampu membeli kotak hadiah, kita boleh membuat sendiri dengan kotak sedia ada. Senang sahaja. Beli kertas hadiah dan balut kotak dengan kemas. Sudah siap.

Setelah puas mencari dan menilai harga, baru saya akan membeli kotak-kotak tersebut.  

*

KotakFatima3KotakComelKami

Inilah kotak pakaian saya dan SPH yang disusun kemas di dalam almari pakaian. Saya memilih kotak berbunga pink manakala SPH kotak wajah baby yang comel…hehehe.

*

KotakFatima4KotakPensil

Untuk lain-lain pakaian, saya memilih kotak bercorak. Setiap kali membuka almari, hati saya akan senang melihat kekemasannya.

*

MASALAH SELESAI

Dengan adanya kotak hadiah (atau apa jenis kotak yang anda pilih) untuk menyimpan pakaian dapat menyelesaikan masalah tidak kemas di dalam almari pakaian.

Saya yakin anda juga mempunyai fikiran yang sama seperti saya untuk menyelesaikan kedudukan pakaian yang tidak kemas di dalam almari. Cuma cara kita menyelesaikan masalah itu sahaja yang berbeza. Betul tak ?

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima3 Mei 2016 (Selasa)/ 25 Rejab 1437H/ 9.50 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. membaca apa yang ku fikir bermanfaat untuk menjadi manusia yang berilmu. Dengan membaca, aku dapat menakluk dunia dan mengetahui apa yang difikir oleh manusia yang menghuninya. Bacalah dengan nama Tuhanmu, kelak engkau menjadi manusia berguna dan mulia di sisi-NYA.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Dari kejauhan ini, sebuah rindu selalu mengusik jiwa nan terkenang indah berbalam.  Biar tidak dipandang mata, namun hati tetap merasa. Ku sebut namamu, namun ada rindu yang lebih dari itu.  Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

14 thoughts on “CT385. SIMPAN BAJU DALAM KOTAK CANTIK

  1. Dulu kakak buat juga macam ini (bibik pembantu kakak yg buat) tapi bila nak cari agak susah. Last utk baju yg tak pakai aje biasa kakak masuk kotak. Tapi yg masih dipakai kena lipat dan gantung juga CT. Kotak kakak juga bukan kotak cantik macam CT tu. Kakak masuk dalam kotak A4 paper yg kakak beli di pejabat kakak bawa balik daripada buang. Jadi kalau tengok kotak kuning A4 semua tu baju yg dah tak pakai. Nak agih kat rumah anak yatim/org tua pun senang. Angkat aje..

    • Untuk memudahkan akak mengetahui kandungan apa dalam kotak itu, sebaiknya akak tampal nama, jadi mudah diketahui dan tidak susah dicari. :d

      Saya suka mempunyai aktiviti seperti akak iaitu menyimpan baju tidak pakai lagi dalam kotak untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Lebih baik begitu daripada kita simpan dan berlonggok tanpa dipakai. Membazir sahaja. Salut untuk KakZakie atas usaha murni untuk kebajikan. :d

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam manis selalu. 😀

  2. Assalamu ‘alaikum wr.wb. mba Fatimah…
    Wah ini ide dan wawasan baru juga buat saya mba Fatimah, soalnya di rumah istri cuma gantung ama lipat aja, tapi ada juga yang dilipat seperti cawat atau celana dalam (karena kecil). Belum kepikir pake kotak-kotak cantik seperti ini, kayaknya ok juga yah.
    Salam takzim dari Dompu-NTB

    • Wa’alaikum salaam wr.wb. mas AR Syamsuddin…..

      Memang ok, malah membantu isteri mas AR untuk tidak lagi memikirkan kekemasan baju apabila menyimpannya di dalam kotak terutama pakaian dalaman yang kecil dan t-shirt. Untuk menambah keindahan dalam almari, beli kotak hadiah atau bercorak atau buat seni kreatif sendiri dengan kotak sedia ada. Silakan melakukannya, pasti hati isteri mas AR gembira dan rasa bahagia. Percayalah, orang perempuan memang suka kekemasan.

      Salam takzim kembali dan terima kasih sudah berkunjung.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Paridah Ishak…..

      Alhamdulillah, kami semua baik dan sihat sejahtera d Sarikei ini kak. 🙂
      Silakan kak, orang perempuan memnag suka melihat almari kemas dan tersusun indah tambah lagi kalau menggunakan kotak cantik sebagai simpanannya. Selalu membuat kita tersenyum puas dan tidaklah mata kita sakit lagi.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam manis di hujung minggu. 🙂

  3. Assalaamu’alaikum wr.wb puan Fatimah
    senang sangat jika lemari terlihat rapih dan teratur … ingin seperti itu, lemari saya berantakan 😀
    saya jadi ingat teman saya yang sangat rapi, sampai penyusunan bajunya di lemari berdasarkan gradasi warna untuk memudahkan mix and match pada saat memakai baju nanti 🙂

    salam sehat bahagia dari jakarta

    • Wa’aalikum salaam wr.wb,…

      Silakan mencubanya, pasti hati jadi senang kerana melihat tidak ada lagi almari yang berantakan.

      Memang jarang kita menemui sikap seperti teman tersebut. Dia amat cermat dan perihatin sekali. Boleh dicontohi sikapnya.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam sihat kembali.

  4. Assalamu’alaikum wr.wb., Mbak Fatimah.

    Alhamdulillaah…, dengan disimpan dalam kotak-kotak kecil tersebut pakaian dalam jadi tersimpan rapi ya. Sebelumnya saya tidak kebayang dengan cara menyimpan pakaian yang baik dan cantik begini. Terima kasih banyak ya, Mbak, telah berbagi hal yang sangat bermanfaat ini.

    Salam hormat dari Jogja 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Iya, silakan mencubanya. pasti akan menyerlah kekemasan almari pakaian. Kerja mengemas almari pakaian juga semakin mudah dan tidak kerap dilakukan. Boleh buat kerjaan lain pulak.

      Terima kasih atas komentar dan salam sejahtera.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.