CT58. TUHAN… JANGAN AMBIL NYAWAKU

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Begitulah kita merancang, tetapi Allah menentukan. Niatku untuk menerbitkan posting ini pada pagi tadi, sesuai dengan sambutan Hari Ibu di Malaysia ternyata tidak kesampaian, apabila talian internet melalui Celcom Broadband (di rumah) sungguh mengecewakan sejak sebulan yang lalu. Selalu putus dan lambat capaiannya. Walau bagaimanapun, bersyukurlah jam 5.15 petang akhirnya diizinkan Allah jua penerbitannya di maya. Alhamdulillah.

HARI IBU kembali disambut dengan meriah untuk kesekian kali. Hari Ibu di Malaysia biasanya disambut setiap tahun pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Maka, sahlah tahun 2011, ia jatuh pada 8 Mei . Hari minggu ini tentu indah bagi anak-anak yang meraikan ibu mereka. Begitu aku juga tidak terlepas dirai dan meraikannya bersama keluarga. 😀

SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU-IBU DI MALAYSIA DAN DIMANA SAHAJA BERADA

Kek Coklat Cheese menjadi pilihanku untuk sambutan Hari Ibu hari ini. Hmmm… alhamdulillah, sangat sedap sekali.


PENGORBANAN SEORANG IBU,  BERNAMA AKU

Aku adalah ibu kepada anak-anakku. 3 puteri dan seorang putera.  Alhamdulillah, semuanya sihat hingga sekarang. Kurniaan dari Allah SWT yang sangat aku syukuri sebagai amanah. Tiada siapa dalam kalangan wanita yang pernah menjadi ibu menafikan indahnya dunia ini saat pertama kali bergelar IBU kecuali mereka yang tidak ingin jadi ibu. Begitu juga aku,  merasai nikmat dan keindahan bergelar IBU.  Tarikh 26 Januari 1997 saksi keramat apabila anak sulung kami (aku dan SPH), ‘Iffah @ Cahaya dilahirkan dengan jayanya, setelah hampir 15 jam menahan sakit yang dihasilkan oleh tanda-tanda palsu bahawa kelahiran akan berlaku bila-bila masa.

Ternyata tanda-tanda palsu itu merupakan bawaan perasaan biasa bagi ibu muda yang pertama kali mengandung dan bakal menempuh kelahiran pertama tanpa pengalaman. Menurutku, sambil menyalahkan kerana tidak mendapat informasi lengkap dari pihak Klinik Kesihatan Ibu dan Anak setiap kali datang membuat temu janji untuk pemeriksaan diriku dan anak dalam kandungan. Pertemuan itu hanya sekadar pemeriksaan biasa dan seusainya misi (bidan) memberi sedikit nasihat penjagaan kesihatan yang diakhiri dengan memberi ubat yang perlu dimakan mengikut jadual.

Selain tidak mendapat informasi lengkap tentang kelahiran yang bakal dilalui, keadaan ini juga disebabkan aku berada di perantauan. Tiada orang tua bersama untuk memberi petua dan nasihat yang sesuai bagi bakal ibu muda ini. Aku tidak tahu apakah informasi yang aku terima dari ibuku itu masih relevan dengan masaku kerana dia telah lama tidak melahirkan anak sejak kelahiran adik bongsuku, Hanim, 21 tahun yang lalu. Sebagai ibu moden, tentu ada saranan yang tidak sesuai menurutku dan tidak aku percayai kemenjadiannya terutama yang melibatkan ajaran agama.

Anak sulung, Iffah = Cahaya

TAHU ATAU TIDAK – ? dituju kepada mereka yang tidak tahu terutama kaum lelaki (@ bapa yang tidak pernah melihat isterinya melahirkan anak. Atau anak gadis atau sesiapa sahaja yang ingin tahu. :D. Sakit mengeluarkan anak, beranak @ melahirkan anak ini tidak dapat disamakan dengan sakit yang biasa dialami oleh sesiapa sahaja. Tidak dapat dibandingkan dengan sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, demam, pening kepala, sakit perut untuk membuang najis dalaman atau penyakit yang sejenis dengannya.

Sakit melahirkan anak memang tidak dapat dibandingkan dengan apa-apa penyakitpun di dunia ini. Bezanya sakit ini kerana melahirkan anak manusia. Bukan seperti melahirkan buah durian, anak gajah, kereta pertama negara atau seumpamanya. Sakitnya dikatakan antara mati dan hidup seorang manusia sama ada si ibu atau si anak atau kedua-duanya sekali. Sakit melahirkan bukan bermula dari meneran tetapi beberapa jam semasa berlakunya kontraksi yang semakin mendekati saat kelahiran.

Puncak kesakitan itu berada pada tahap teranan-teranan yang memerlukan tenaga untuk mengeluarkan sang anak. Setelah anak lahir, saat paling sakit setelah lega melahirkan adalah apabila “ jalan lahir” dijahit secara hidup -hidup dan rahim dicuci  dengan tangan misi dimasukkan ke dalamnya. Tujuannya untuk mengeluarkan semua darah yang masih tersisa banyak.

Subhanallah… tidak dapat dibayang, bagaimana nafasku tarik dalam-dalam sambil mataku pejam kuat dan bibirku ketap erat apabila jarum seperti mata kail dan benang bagai tali “tangsi”, menjunam turun naik menembusi daging bahagian “tepi  kiri dan kanan jalam lahir”ku.  Namun demikian, semua kesakitan itu hilang bila melihat wajah anakku yang comel dan mengusik hati penuh kasih sayang.

Malah aku hampir menemui ajal semasa kelahiran anak ketiga (lelaki) pada 9 Febuari 2003. Kejadian itu berlaku,  apabila darah tidak berhenti keluar dari rahimku setelah Akram @ Wira  selamat dilahirkan dengan berat 3.5 kg. Aku seakan berenang dalam lautan darah di tempat pembaringan. Misi (bidan) bernama Kak Aminah menjadi tergamam melihat kondisiku. Lalu menjerit memohon bantuan. Hanya dia mengurusku pada hari tersebut.

Aku yang mulanya sangat gembira dan bahagia menjadi takut. Untung saja aku tidak menjerit sama. Kalau aku juga berbuat demikian pasti ruang bilik bersalin penuh dengan jeritan aku dan Kak Minah yang saling sahut menyahut. Aku cuba menenangkan diriku  yang sudah sedia lemah disebabkan kehilangan tenaga semasa sesi teranan. Kini kelemahan itu mulai bertambah apabila kehilangan darah yang banyak.  Adakah aku sedang mengalami tumpah darah ?  

Subhanallah, sungguh aku tidak menduga akan mengalami situasi yang mengetarkan hati dan tidak mahu ditempuhi oleh mana-mana ibu yang melahirkan. Jika tidak ditangani segera, aku boleh menemui ajal pada kelahiran ini. Sempat juga aku berfikir dalam situsi yang mencemaskan ini. Aku melihat keadaan Kak Minah seperti anjing menyalak bukit kerana yang ada di bilik tersebut hanya kami berdua. Memang patut Kak Minah jadi panik.

Masya Allah. Apa yang telah terjadi ini ? Hatiku jadi tidak keruan sambil mulut tidak berhenti-henti berdoa untuk keselamatanku. Aku mulai bimbang dan bertanya kepada Kak Minah. Beliau memaklumkan, hal sedemikian tidak sepatutnya  berlaku kerana aku sudah disuntik dengan ubat pelali di atas kedua-dua paha agar darah dapat berhenti setelah melahirkan.

Anak ketiga, Akram = Wira

Manakala suntikan juga diberi di sekitar tepi kedua-dua “jalan keluar” agar aku tidak merasa sakit apabila digunting (jika perlu) ketika anak tidak dapat keluar disebabkan bahunya menghalang pengeluaran semula jadinya. Kawasan yang digunting itu akan dijahit semula. Setelah selesai proses menjahit tersebut. Kak Minah akan memasukkan semula tangannya dan mencuci ruang rahim untuk memastikan semula tiada darah tertinggal lagi. Selain itu, memastikan juga jahitan yang dilakukan tadi kuat dan sempurna.

Iya… aku terpaksa digunting kedua-dua tepi “jalan keluar” kerana bahu Akram yang lebar tidak membolehkan badannya keluar walau sudah diusahakan secara teranan yang tentunya banyak mengambil tenaga. Hanya kepala Akram sahaja yang muncul sedangkan badannya masih tertinggal di dalam rahimku. Melihat aku sudah tidak bermaya dan lemah. Kak Minah memaklumkan bahawa aku terpaksa digunting. Aku mengeluh mendengarnya, kerana aku tahu ia  sangat menyakitkan. 

Paling aku tidak suka dan rasa nyeri apabila Kak Minah meminta izinku untuk mulai menggunting kedua “jalan keluar” agar boleh melebar sedikit bagi mengeluarkan seluruh badan Akram. Aku hanya menggangguk lemah sambil memejamkan mata, mulai menggenggam tangan pada alang katil dan menahan nafas untuk mengurangkan rasa sakit ketika guntingan dilakukan.

“zip…zip, zip, zip…” Sebenarnya aku tidak mahu mendengar bunyi gunting itu menghiris dagingku. Tetapi tetap terdengar juga. Allah… sakitnya. Aku menahan nyeri di hati. Sebaik selesai guntingan dilakukan. Aku menarik nafas dalam dengan rasa lega. Alhamdulillah, Akram dapat ldikeluarkan dengan selamatnya setelah aku mengumpul kembali tenaga bagi teranan terakhir.

Anak kedua, “Izzah = Intan

Sakit akibat guntingan tidak dirasai lagi apabila Kak Minah sambil tersenyum mengucapkan tahniah  dan menyerahkan Akram ke pangkuanku. Anak comel yang sehat dan masih berdarah itu ku sambut sambil mengucapkan “Alhamdulillah” dan terima kasih kepada Kak Minah.  Kemudian aku mengucapkan “Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh, Muhd. Nor Akram, anak mama abah”.

Nama itu sudah aku sediakan awal dalam senarai nama anak lelaki. SPH hanya menurut nama yang menjadi pilihanku. Setelah mengetahui jantina anak yang dilahirkan, aku terus menamakan anak tersebut ketika memberi salam pada pertemuan pertama setelah dilahirkan.  Aku memeluk erat dengan memberi ciuman bertalu-talu pada wajah Akram yang masih kelihatan pucat. Dia nampak tenang dalam pelukanku. Setelah itu, Kak Minah mengambilnya dan menyerahkan kepada misi yang lain untuk dibersihkan. Kemudian diserahkan kepada SPH yang menunggu di luar untuk diazankan.

Berbalik semula kepada kondisi yang mencemaskan itu, aku mulai bimbang dengan keselamatan nyawaku. Lantas berdoa dalam hati penuh harapan yang tinggi kepada TuahnYang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa yang sedang dilakukan-Nya ke atasku.

“Ya Allah, tolong jangan ambil nyawaku dulu. Aku belum lagi menyusu anakku. Belum lagi puas memeluk dan menciumnya.  Anakku sangat memerlukan aku. Ku mohon Ya Allah, jangan ambil nyawaku dulu.”

Begitu doaku bertalu-talu dalam keadaan bimbang atas kondisi yang menimpaku.

Anak keempat, Ieesyah = Ibtisam


Mendengar jeritan yang kuat, datanglah seorang misi dengan tenangnya meminta misi yang mengurus aku agar memicit pusatku dengan kuat sementara tangan kanannya berada dalam rahimku dan mengeluarkan segala darah yang masih tersisa. Alhamdulillah, tindakan tersebut menyebabkan darahku terus berhenti sendiri.

Alhamdulillah, semuanya selamat. Tapi aku berada dalam lautan darahku sendiri. Apabila aku bangun dari tempat pembaringan, tubuh belakangku bukan sahaja dipenuhi darah segar hingga ke kaki tetapi bercampur dengan peluh yang tentunya mengalir deras akibat dari rasa bingung dan tekanan yang sedang dialami. Aku kemudian diarah untuk menukar pakaian yang berlumuran darah dengan pakaian baru sebelum keluar dari bilik bersalin tersebut.

Sambil menahan nyeri dari kesakitan yang terhasil melalui pengalaman beranak dan selesai proses menjahit “tepi kiri dan kanan pada jalan keluar” anak,  aku bangun dan berjalan perlahan-lahan. Darah-darah segar  yang masih bersisa dari rahimku, mengalir gugur mengikuti langkahku ke bilik air dan berkesan di lantai dengan banyaknya. Dadaku masih berdebar mengingatkan saat hidup dan mati yang baru sahaja dialami dalam  satu jam yang lalu. Alhamdulillah, aku masih bernafas hingga kini.

TERIMA KASIH YA ALLAH, ATAS NIKMAT NYAWA YANG KAU PINJAMKAN KEMBALI KEPADAKU

Setelah melalui pengalaman 4 kali melahirkan anak – Cahaya, Intan, Wira dan Ibtisam – yang tentunya mereka merasa bangga kerana telah menjulangkan diriku dengan gelaran ibu dan memahkotakan aku sebagai RATU HATI- menjadikan aku sangat menghargai insan bernama IBU.  Sangat menyayangi anak-anakku dan mencintai lelaki yang menjadi ayah dan menyebabkan anak-anakku lahir di dunia lalu memanggilku dengan gelaran pilihanku- MAMA.


7 Mei 2011 (Sabtu)/ 4 Jamadil Akhir 1432H/ 10.21 malam- SARIKEI, SARAWAK


Aku… juga seorang IBU. Ternyata KASIH ibu tiada terbatas. CINTA ibu tidak pernah lapuk. SAYANG ibu melampaui sarwajagat. HATI ibu bagaikan jurang yang didasarnya selalu ADA MAAF. Walau kita sering menuang rasa masam, masin, kelat, pedas, pahit dan segala apa jenis perisa bak hempedu. IBU tetap pasrah dengan KASIH, CINTA, SAYANG dan MAAFnya. Kenapa sering demikian HATI seorang ibu? Kerana – RATU HATI ibu adalah anak-anak yang nakal dan memenatkannya. Ternyata tepat irama cinta P.Ramlee terhadap ibu : “Ibu Engkaulah RATU HATIKU”.

– SITI FATIMAH AHMAD –

Inilah juadah Hari Ibu yang ku masak khas untukku dan keluarga pada hari ini. Semua menu adalah kegemaranku. Manakala Kek Coklat Cheese adalah pilihanku sejak kelmarin. Alhamdulillah, semua apa yang ku inginkan sebagai merai Hari Ibu ditunaikan oleh Allah SWT.

SELAMAT HARI IBU. SEMOGA IBUKU, IBU MERTUAKU dan SEMUA IBU AKAN BAHAGIA DENGAN KASIH SAYANG YANG MELIMPAH



59 thoughts on “CT58. TUHAN… JANGAN AMBIL NYAWAKU

    • Hai Bachtiar… senang dapat tahu nama Blue. 😀

      Amiin… Ya Rabbal’alamiin.
      Alhamdulillah, bunda sehat selalu. Mudahan Blue juga demikian sama.

      Terima kasih masih ingat sama bunda walau bunda jarang BW kini. Insya Allah akan berusaha membalas kunjungan tika ruang bersahabat.

      Maaf ya Blue, bunda tidak punya FB kok. 😀 Hanya punya blog sahaja.

      Terima kasih untuk ucapannya. Bunda senang.
      Salam hangat dan mesra dari bunda.

  1. Selamat hari ibu…

    Tiada indah lukisan yang tergambar, seindah lukisan alam,
    Tiada puitis kata yang meniti dibibir, sepuitis syair bermadah,
    Tiada nilai harga yang mahal, semahal emas permata,
    Tiada ketenangan yang bisa terungkap, setenang dalam dakapan bonda,
    Terasa turun sakinah dari langit Ilahi.

    Bonda…

    Lautan kasih yang tidak bertepi,
    Pengorbanan yang tidak kenal sempadan,
    Dengan secebis belas dan secebis ihsan,
    Bonda melahirkan, bonda membesarkan,
    Setelah sembilan bulan menumpang di alam ‘kasih sayang’
    Tiada keluhan dan rintihan kerana sabarmu setinggi gunung.

    Bonda…

    Sentiasalah dikau memberikan masa untuk mendengar rintihanku,
    Tanpa jemu, tanpa lara untuk mendengar bicara,
    Sentiasalah bibir ini pula kubasah dengan doa untukmu,
    Sebagai jalan untuk mencapai redha Tuhan,
    Kerana mahu membalas jasa walau setengah nafasmu,
    Mana mungkin kesampaian.

    Aduhai bonda…

    “Ketika datang seorang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: “Siapakah orang yang paling berhak saya pergauli dengan baik? Jawab baginda: Ibumu.” Kemudian siapa lagi? Jawabnya lagi: “Ibumu! Kemudian siapa? Jawabnya: “Ibumu! Dan lalu siapa? Jawab baginda: “Ayahmu! (Bukhari dan Muslim)

    Cetusan rasa,
    abuikhwan

    • Subhanallah… indah sekali rangkap2 puisi yang ditoreh melalui minda AbuIkhwan. Terharu membaca penghargaan yang tinggi buat ibu yang tentunya sangat berjasa dan penuh kasih sayang.

      Terima kasih kerana akhi sudi berkongsi cetusan rasa hebat terhadap ibu di sini. Saya menghargainya.

      Salam ceria selalu. 😀

  2. Selamat HARI IBU mbak Siti Fatimah,

    Membaca artikel ini saya terkesan mbak Siti seperti profesi seorang bidan atau dokter. Malah lebih lengkap dan lebih menjiwai karena mbak Siti yang menjalani sendiri. Melihat mbak Siti melahirkan yang pertama tahun 1997. Pada waktu itu pada usia sebagai wanita yang masak dewasa jasmaniah dan rohaniah.

    Namun demikian tetap merasakan penderitaan setiap kali bersalin yang pertama sampai dengan yang keempat.

    Saya pernah menyaksikan ibu yang sedang melahirkan anak dengan mata kepala sendiri. Tetapi tidak terkesan betapa ada rasa sakit disitu. Mungkin karena otak saya masih sangat sederhana. Pada waktu itu umur saya kutang dari 3 tahun lebih dari 2 tahun. Saya dipangku nenek menyaksikan kelahiran adik saya satu2nya. Saya ingat betul ibu saya tidur kepalanya membujur ketimur. Keliharan adik masih teringat jelas ketika saya remaja, dewasa dan setua ini. Masih terkesan jelas bayi yang keluar dari rahim ibu itu bayi laki2, tubuhnya berlepotan lendir dan darah! Tangis adik saya juga masih teringat. Tetapi penderitaan ibu sama sekali tidak terekam diotak kecilku. Maka ketika saya beranjak remaja saya tidak mengindahkan betapa menderita sakitnya ibu yang sedang melahirkan!!

    Baru setelah saya duduk dibangku SMA kelas III. saya merasakan penderitaan ibu yang sedang melahirkan…..

    Ceritanya demikian: waktu itu tahun 1965 habis meletus peristiwa G30S/PKI saya kelas III SMA. oleh organisasi masa (pemuda), kami ditugaskan secara giliran piket jaga jam 9 malam s/d jam 05.30 pagi setiap malam secara kelompok kami prmuda2 berjaga di sebuah panti bersalin cukup besar di kota Semarang. yang jaga sekitar 7 – 10 0rang pemuda tiap malam yang saat itu diberlakukan jam malam. Rata2 kelompok kami sebaya umurnya.

    Pada waktu jaga malam sekitar jam 12 malam kami dengar suara tangis kesakitan dari ruang rawat panti bersalin itu. Pos kami jaga komplek rumah bersalin itu, sekitar 10 meter jaraknya

    Dasar anak muda selalu kepwngin tahu. Suara jeritan kesakitan dan erangan dan rintihan yang ceritanya sudah 2 jam sebelumnya. Ceritanya itu suara pasien calon ibi yang datang di Rumah Bersalin itu siang tadi.

    Saya bersama 3 temen kepengin tahu, kami diam2 mendekati ruangan rawat dan mengintip lewat jendela. Kami lihat seorang perempuan jauh lebih tua dari kami nampak teriak2 kesakitan. Kelihatannya memang belum akan melahirkan. Sebenarnya memang belum ingin pergi, karena ketahuan saeorang bidan kami diusir pergi.

    Di pos jaga kami berempat hanya duduk termenung dibawa pikiran masing2. Dan sementara salah seorang tewman yang tidak ikut ngintip dan kebetulan paling tua diantara kami cerita lima tahun yang lalu ibunya juga mengalami penderitaan semacam itu dan akhirnya meninggal dunia selepas adiknya lahir.

    Kami berempat yang tadi ngintip hanya diam saja dan bisa membayangkan betapa menderitanya seorang wanita/ibu yang akan melahirkan. uua jam kemudian dari seorang suster memberi tahu kami seorang pasien yang sejak tadi teriak2 kesakitan akhirnya meninggal dunia. Bebera diantara kami ditugaskan unruk menjemput keluarganya. Sekalipun jam malam kami mendapat surat khusus ijin jalan malam.

    Kami yang tadi mengintip rasanya seperti kehilangan tenaga. Duduk termenung. Beberapa orang tidak bisa menahan air mata. Saya sendiri menangis tanpa bisa menahan isakan kecil………

    Saya tiba2 merindukan ibu yang sudah lama berpisah dengan saya. Tiba2 saya membayangkan betapa penderitaan ibu yang telah melahirkan diriku. Betapa besar penderitaan bunda yang saya lihat dengan mata kepala sendiri telah melahirkan adik saya satu2nya……….

    Lewat mbak Siti Fatimah. saya yang sekarang sudah jadi laki2 lansia ini ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu yang telah melahirkan saya. Saya mohon maaf kalau anakmu ini pernah membuat sakit hatimu………

    • Salam hormat Eyangkung…

      Terima kasih Eyang untuk ucap selamatnya dan penghargaan atas tulisan saya di atas. Tidak menyangka kalau ia bisa mengesankan Eyang. Saya sangat menghargainya. 😀

      Iya.. walau sudah tahu rasa sakit beranak itu, namun masih tetap menempuhi saat kelahiran demi kelahiran. Hehehe…

      Anak adalah kurnia Allah buat kita. Melihat wajah mereka semasa kecil bisa menjadikan rasa lelah akibat kerja di kantor terus hilang. Sungguh ajaib nikmat yang Allah beri saat menatap wajah anak yang masih kecil. Jiwa kita jadi lembut, terharu dan sungguh bahagia sekali. Rasa tidak sabar mahu kembali ke rumah dan bermain dengan mereka.

      Subhanallah… ternyata Eyang sudah punya pengalaman melihat ibu bersalin. Malah yang menyedihkan bila ibu itu sudah sampai ajalnya kerana bersalin. Ibu saudara saya juga meninggal dunia setelah melahirkan anak ke 5 nya. Sungguh kasihan melihat anak kecil itu tidak merasai kasih sayang ibunya.

      Alhamdulilah, anak kecil itu menjadi adik kami dan kami membatu memeliharanya sehingga berjaya dalam pelajarn. Kini dia menjawat jawatan sebagai pegawai diplomatik sebagai penolong pegawai daerah di Selangor. Kami sangat berbangga dengannya walau tanpa kasih sayang ibu, dia kaya dengan kasih sayang kami sekeluarga. Malah pintar dalam pelajaran dan sangat sadar diri. Ahhh… sedih mengingatkan dia.

      Demikianlah pengorbanan seorang ibu tika melahirkan anak yang tentunya bergadai nyawa bagi memastikan anaknya selamat dilahirkan. Kesakitan yang dialami semasa proses kelahiran tidak pernah menyurut keinginan untuk mempunyai anak yang lebih ramai lagi.

      Semoga ibu Eyangkung selalu dimuliakan di sisi Allah. Insya Allah, ibu Eyang pastinya berbangga dengan apa yang telah Eyang capai sepanjang kehidupan ini. Jangan bimbang Eyang, seorang ibu tidak pernah menyimpan dendam kepada anaknya. Hatinya penuh dengan kemaafan dan kasih sayang. Berdoalah untuk ibu Eyang selalu agar beliau bahagia di sana. Amiin.

      Salam mesra dan terima kasih untuk komentar Eyang yang selalu berbobot, penuh dengan pengalaman yang bermakna buat renungan dan pencerahan.

      Semoga Eyang selalu sehat dan bahagia bersama isteri dan anak. Selamat Hari Ibu juga buat Ibu (isteri Eyang).

      Salam hormat dari saya. 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Tuan Haji Faisal.

      Terima kasih untuk ucapannya.
      Selamat Hari Ibu juga untuk Ani. Sampaikan salam sayang kamek dengannya. Semoga jadi ibu yang tabah dan mithali.

      Salam ceria hendaknya. 😀

  3. assalamu’alaikum bunda..
    alhamdulillah bisa silaturahim ke bunda lagi..

    yg pertama mau ngucapin selamat hari ibu,,
    hususnya buat bunda, semoga bunda selalu dalam naungan Allah SWT dan juga keluarga di sana….
    salam buat keluarga bunda di sana,,,

    salaam

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Mabruri…

      Alhamdulillah, Ya Aziz Ya Ghaffar. Saya dn keluarga sehat dan baik selalu. Didoakan Mabruri juga demikan sama.
      Senang menerima kunjungan Mabruri.

      Terima kasih atas ucapannya.
      Saya sangat menghargai.

      Salam mesra.

  4. Membaca tulisan panjang Bunda Fatimah tentang Hari Ibu, subhanallah…. menjadikan saya tak ada apa-apanya jika tidak bisa berbuat baik kepada ibuku di Jombang sana. Saya juga menjadi teringat betapa berat luar biasa ketika mendampingi istri tercinta melahirkan putri tercinta. Subhanallah…., apalagi Bunda Fatimah yang telah melahirkan empat buah hati. Betapa luar biasa perjuangan Bunda. Selamat hari Ibu saya sampaikan kepada Bunda Fatimah Ahmad atau juga kepada para Ibu yang lainnya, meski waktunya telat. Sungguh, sangat tepat jika Rasulullah Saw. menyuruh kita untuk menghormati Ibu sampai diulang tiga kali. Sekali lagi, selamat hari Ibu, semoga perjuangan yang luar biasa itu berbalas surga-Nya. Allahumma amin…

    • Tentu menjadi pengalaman yang amat berharga kepada mas Amazzet apabila berkesempatan menemani isteri melahirkan anak. Hal ini mudahan menimbulkan kesedaran betapa peritnya isteri juga ibu menanggung penderitaan yang diredhainya demi cinta dan sayang.

      Dengan itu, kita harus menyedari jasa dan pengorbanan yang telah ibu kita lakukan sedari kita kecil hingga dewasa dan punya kehidupan sendiri.

      Terima kasih mas atas kunjungan yang selalu dialukan, juga ucap selamat yang menghargai semua ibu.

      Salam mesra selalu. 😀

      • Hai Red…

        Insya Allah, mudahan diperkenankan. Jika tidak, cukuplah merasainya dengan mata. 😀

        Terima kasih Red kerana masih sudi kemari. Lama banget ya tidak bersapa. Mudahan akan kembali bergabung untuk perkongsian ilmu bermanfaat.

        Salam ceria.

    • Hai nanda Usup…

      Lama tak saling bersapa ya. Senang menerima kunjungan dari nanda Usup.

      Silakan mencicip dari fotonya dulu. Mudahan akan merasainya secara nyata suatu hari nanti di masa yang diizinkan Allah. Berdoalah. 😀

      Salam ceria selalu.

  5. selamat hari ibu ummi siti, sebagai ibu saya pun merasakan hal yang hampir sama saat melahirkan, sebuah perjuanag anatra hidup dan mati… tapi sekarang lihat, ummi siti punya 4 putra putri yang mirip satu sama lain, tumbuh besar perlahan lucu-lucu pula… membanggakan ya
    Maha Besar karunia Allah SWT

    • Hai Mamah Aline…

      Terima kaih untuk ucap selamatnya. Senang dapat kunjungan kembali dari mbak. Iya mbak… sakit bersalin walau dengan apa carapun tetap sama baik secara bersalin normal atau pembedahan. Kedua-duanya punya risiko tersendiri.

      Mudahan anak-anak kita bisa menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Juga membanggakan kita nanti. Amiin.

      Salam sayang selalu. 😀

  6. Peran ibu sangat besar di dalam keluarga. Selain mengandung, melahirkan dan menyusui, ibu juga berperan untuk mendidik anak terutama akhlak dan pendidikan agamanya.

    SELAMAT HARI IBU, tetaplah bersemangat untuk ibu-ibu dimanapun berada

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Achoey…

      Alhamdulillah, terima kasih atas tanggapan Achoey. Semoga Allah memberkati kata baik dari nanda.

      Terima kasih juga untuk ucap selamatnya.
      Salam mesra selalu. 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Fitr4y…

      Kenapa sih, jadi begini Fit ? Bunda juga jadi menangis lho. Maaf ya, kalau tulisan bunda bisa menyentuh hati Fitr4y. Mudahan bisa mengambil iktibarnya kalau nanti Allah izinkan Fitr4y punya anak. Bunda mendoakan.

      Terima kasih Fit untuk ucapan selamatnya. Bunda senang. 😀
      Salam sayang selalu. 😀

  7. Aku belum pernah melahirkan Bund, cerita Bunda kali ini sangat membuat gamang.

    Alhamdulillah, Bunda sudah melewati masa2 sulit itu, terimakasih sudah bertahan hingga kita bisa dipertemukan di saat sekarang ini.

    selamat hari Ibu, dan tetaplah menjadi Bunda yang hebat.

    Salam sayang selalu, Fitr4y, Jakarta.

    • Insya Allah, mudahan Fitray akan menempuh saat yang pernah bunda alami di kemudian hari. Berdoa dan berusahalah. Pasti Allah akan memakbulkannya. Banyakkan makan bawang putih Fit. Untuk kesuburan sperma… hehehe, kok bilangnya tidak bertapis ya. 😀

      Amiin.. Ya Rabbal’alamiin.
      Tewrima kasih Fit untuk doanya.

      Salam sayang kembali untuk Fitray. 😀

  8. Selamat hari Ibu, Bunda….saya jadi ingat cerita yang sampai saat ini masih tertanam dalam hati saya. Cerita ini saya baca dari sebuah buku yang judulnya sudah tidak ada, tetapi saya masih hafal sampai sekarang di luar kepala bahkan di dunia maya juga banyak bermunculan :

    Suatu ketika, seorang bayi siap dilahirkan ke dunia. Menjelang dikeluarkan ke alam dunia, dia bertanya kepada Tuhan yang menciptakannya:

    Bayi: “Tuhan, para malaikat di sini mengatakan bahwa besok aku akan dilahirkan ke dunia. Tetapi, bagaimana caranya aku hidup di sana? Aku begitu kecil dan lemah.”

    Tuhan: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan selalu menjaga dan menyayangimu setiap saat.”

    Bayi: “Tapi aku sudah betah di surga ini, apa yang kulakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa, ini cukup bagiku untuk bahagia.”

    Tuhan: “Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan lebih berbahagia.”

    Bayi: “Apa yang dapat kulakukan kalau aku ingin berbicara padamu?”

    Tuhan: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa.”

    Bayi: “Aku mendengar bahwa di bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungiku Tuhan”?

    Tuhan: “Malaikatmu akan melindungimu dengan taruhan jiwa raganya.”

    Bayi: “Tapi aku akan bersedih karena tidak melihat Engkau lagi.”

    Tuhan: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepada-Ku, walaupun sesungguhnya Aku selalu berada di sisimu.”

    Saat itu surga begitu tenangnya … sehingga suara dari bumi pun dapat terdengar dan sang anak dengan suara lirih bertanya:

    Bayi: “Tuhan… jika aku harus lahir ke dunia sekarang, bisakah Engkau memberitahuku, siapa nama malaikat di rumahku itu nanti”?

    Tuhan: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu dengan sebutan: I… B… U …”

    Kenanglah ibu yang menyayangimu. Untuk ibu yang selalu meneteskan air mata ketika kau jauh darinya. Ingatkah engkau ketika ibumu rela tidur tanpa selimut demi melihatmu tidur nyenyak dengan dua selimut membalut tubuhmu?
    Ingatkah engkau ketika jemari ibu mengusap lembut kepalamu? Dan ingatkan engkau ketika air mata menetes dari mata ibumu ketika ia melihatmu terbaring sakit. Sesekali jenguklah ibumu yang selalu menantikan kepulanganmu di rumah tempat kau dilahirkan. Kembalilah dan mohon maaf pada ibumu yang selalu rindu akan senyumanmu. Jangan biarkan kau kehilangan saat-saat yang akan kau rindukan di masa datang ketika ibu telah tiada. Tak ada lagi di depan pintu yang menyambut kita, tak ada lagi senyuman indah tanda bahagia, yang ada hanyalah kamar kosong tiada penghuninya … yang ada hanyalah baju yang digantung di lemarinya… Tak ada lagi … dan tak akan ada lagi … yang akan meneteskan air mata mendo’akanmu disetiap hembusan nafasnya.

    Pulang..dan kembalilah segera … peluklah ibu yang selalu menyayangimu … Ciumlah kaki ibu yang selalu merindukanmu dan berikanlah yang terbaik di akhir hayatnya..

    Sungguh luar biasa jasamu Ibu,…..
    Salam dari pekalongan

    • Salam hormat, mas Teguh…

      Alhamdulillah, senang sekali mendapat kunjungan yang sangat dialukan dari mas Teguh yang selama ini tidak kedengaran khabarnya atau saya yang sudah menyepi diri dari blog sahabat. 😀

      Terima kasih atas ucap selamat dan kongsian cerita yang sangat mengesankan saya. Ibu umpama malaikat yang selalu memerhati dan perihatin atas segala keperluan anaknya. Tidak pernah mengenal lelah dan jemu dalam menghadapi anak2 yang selalu membuat hatinya gembira, sedih, suka dan duka yang tentjnya silih berganti sedari bayi hingga dewasa.

      Kasih sayang ibu dan cinta mereka tiada tolok bandingnya di muka bumi ini. Walau nanti jasad ibu dikandung tanah, tetap sahja pengorbanannya tidak mampu terbalas oleh kita. Maka, selagi ibu masih hidup kita hendaklah membahagiakan mereka.Ibu adalah ratu hati kita.

      Sekali lagi terima kasih mas Teguh untuk sapaan ini.
      Salam mesra dan penuh takzim dari saya. 😀

  9. Assalamu alaikum umi, afwan, ananda umi baru sempat bertandang kebilik umi,…

    selamat hari ibu
    semoga umi selalu menjadi ibu yang baik buat adik2 neni,
    semoga Allah SWT selalu melindungi umi disetiap langkah dan detik waktu yang umi lalui..amin…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Neni…

      Tidak apa Nen, bunda juga demikian.
      Terima kasih atas ucapannya. Bunda bahagia.
      Amiin… Ya Rabbal’alamiin untuk doa yang baik dari Neni kepada bunda. Mudhan demikianlah bunda menuruti doa yang disampaikan agat dimakbuli Allah swt.

      Salam sayang dari bunda. 😀

    • Hai Kang Ian…

      Alhamdulillah, saya sehat dan baik2 sahaja. Didoakan Kang Ian dan isteri juga demikian di sana.

      Terima kasih untuk ucap selamatnya.
      Iya… mereka anak2 yang sungguh membahagia dan menceriakan hari-hari saya.

      Salam mesra selalu. 😀

    • Hai FitriMelinda…

      Terima kasih atas kunjungan dan ucap selamatnya.
      Mudahan ana-anak bisa mengerti pengorbanan yang telah dilakukan oleh Ibu sepanjang hayat mereka.

      Salam manis selalu. 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Loewyi…

      Alhamdulillah, bunda baik-baik aja. Didoakan Loewyi juga demikian sama.

      Tidak mengapa kok. Hadirlah tika waktu bersahabat dengan Loewyi. Utamakan pelajaran dan kesihatan diri.

      Terima kasih atas ingatan kepada bunda dan senang dikunjungi oleh Loewyi lagi.

      Salam mesra dari bunda. 😀

  10. Assalamualikum bunda,
    Saya kira tadi akan membaca tulisan ringkas, ternyata membuat mata lelah. Tapi saya juga tahu pengorbanan seorang Ibu tak pantas dibandingkan dengan komentar yang singkat ini 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kaget…

      Hehehe, dengan kelelahan mata itu bisa membuat Kaget cepat tidur. Bukankah tulisan saya sudah bermanfaat untuk itu ?

      Tidak mengapa kalau tidak dibaca habis. Setiap penulis mempunyai cara tersendiri dalam menghadirkan tulisan mereka untuk dibaca umum. Tiada paksaan dalam menghabiskan sesuatu tulisan.

      Namun demikian, terima kasih kerana Kaget sudi bertandang ke posting ini dan menitipkan komentar yang singkat. 😀

      Salam ceria.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.