CT92. REBUT LIMA PERKARA SEBELUM LIMA PERKARA

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Harus diakui bahawa manusia mempunyai banyak  kelemahan yang mengakibatkan kelalaian dan selalu tersasar dari landasan syariat dan ajaran yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Oleh kerana itu, manusia sangat memerlukan bimbingan dan peringatan untuk mencari kebenaran melalui perutusan Nabi dan Rasul sebagai penyampai berita gembira dan berita amaran bertujuan membantu mengatasi kelemahan sifat manusia. Kelekaan terhadap kehidupan yang dilalui menjadikan manusia, makhluk yang mudah dikalahkan oleh waktu, nafsu dan syaitan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

 ” Rebutlah LIMA PERKARA sebelum datangnya  LIMA PERKARA. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati.” – (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Hadis di atas dibentang sebagai peringatan baginda Rasul s.a.w kepada manusia berhubung putaran hidup yang penuh cabaran dan berisiko tinggi. Kitaran masa yang tidak akan kembali menjengah sesudah singgah dalam kehidupan kita mengikut detik-detik sejarah yang kita lakari setelah dikurniakan dua puluh empat jam untuk dikendalikan dengan bijak dan berkesan.

Peringatan itu juga menyangkut paut dengan masa yang saya bicarakan dalam artikel   – CT55. SUMPAH MASA –, di mana Allah swt memberi peringatan bagi menegaskan kepentingan masa yang menjadi hak untuk ditunaikan agar manusia tidak leka, lalai dan mengabaikan diri sendiri.

Bagaimana kita menerobos dengan kebijaksanaan akal untuk mengenderai LIMA PERKARA sebelum LIMA PERKARA di atas? Kita dijadikan Allah swt sebagai makhluk manusia yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari semua jenis makhluk yang lain hanya kerana manusia (Adam a.s) sanggup menempatkan diri sesudah tawaran tersebut ditolak oleh makhluk-makhluk lain iaitu kedudukan yang mulia sebagai khalifah Allah swt di muka bumi.

Berbekalkan akal dan ilmu yang dikurniakan untuk meneroka, menyelidik, menggali dan memproses segala maklumat  yang dicambahkan ke dalam naluri dan pemikiran manusia sehingga kekuasaan Allah swt terserlah bersama kecanggihan wujudnya ketamadunan bangsa, kemajuan negara dan pembangunan teknologi. Nikmat kehidupan yang dikecapi secara kronologi sejarah perkembangan manusia mengikut zaman telah memberi perubahan yang besar untuk manusia menakluki dunia dan mengangkat martabat mereka sebagai makhluk intelek.

Dalam hal yang lain pula, dinyatakan oleh Rasulullah saw bahawa pada suatu zaman akhir nanti, akan semakin banyak  manusia yang tertambat hatinya kepada kehidupan dunia seperti dalam hadis berikut:

 “Akan datang kepada umatku suatu zaman, di mana mereka cinta kepada LIMA PERKARA dan lupa kepada LIMA PERKARA yang lain iaitu Cinta kepada Dunia dan Lupa kepada Akhirat. Cinta kepada Harta dan Lupa kepada Perhitungan. Cinta kepada Makhluk dan Lupa kepada Khaliq. Cinta kepada Dosa dan Lupa kepada Taubat dan; Cinta kepada Mahligai dan Lupa kepada Kubur.”

Semua ini hanya akan dapat dicapai bila kita rebut LIMA PERKARA sebelum LIMA PERKARA. Selagi nafas berkesempatan menyedut segar udara yang dibekalkan buat seketika, peluang mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat terbentang luas. Berhati-hatilah dalam tiap langkah meniti kehidupan dunia yang sementara ini, sebelum rumah kata pergi, kubur kata mari.

Setiap fenomena yang berlaku di alam sarwajagat merupakan peringatan bagi kita yang lalai dan lupa tentang betapa pentingnya  lima perkara sebelum lima perkara. Rebutlah segala peluang yang ada sebelum kekesalan membungkam diri akibat selalu lalai dan leka dengan apa yang telah dicapai dalam memenuhi kehendak dan keperluan hidup ini.

Insafilah segala peristiwa yang berlaku di sekeliling kita melalui fenonema yang bukan calang-calang hebatnya seperti sebaran penyakit moden yang luar biasa sifatnya, ribut taufan yang mengoncang bumi, deruan ombak yang menggunung tinggi dan pelbagai mehnah yang mengancam perpaduan manusia dari masa ke semasa.

Membolak balikkan dunia adalah sangat mudah bagi Allah swt. Allah menjadi saksi atas segala sesuatu yang berlaku. Mengapa masih ada dalam kalangan kita (manusia) yang tidak mahu mengambil iktibar dari setiap kejadian yang disampaikan oleh Allah swt di sekeliling mereka melalui tanda-tanda kebesaran-Nya ?

 “Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam Yang terbentang Luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka Bahawa Al-Quran adalah benar. belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) Bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?  ( Al-Fushilat: 53)

Oleh itu, mari kita insaf dan sedar diri bahawa hidup di dunia ini hanya sekali, tiada ulangan lagi,  walau kehidupan abadi menanti untuk kehidupan selama-lamanya. Sesiapa yang hidup hatinya pasti akan mengutamakan bekalan jalan ke akhiratnya. Oleh itu, janganlah mensia-siakan waktu hidup di dunia untuk menuju ke alam abadi di akhirat sana. Rebutlah LIMA PERKARA sebelum datang LIMA PERKARA.

****************

2 Mac 2012 (Jumaat)/ 9 Rabi’ul Akhir 1433H/ 9.35 pagi – Sarikei, Sarawak

AKU…. yang selalu berusaha untuk mengesani setiap aktiviti kehidupan dengan sesuatu yang bermanfaat kerana hidup hanya sekali. Tidak ada kompromi antara waktu dengan manusia. Kekejaman sentiasa berlaku jika waktu dan diri sendiri tidak dihargai.  Antara kehidupan dan kematian, di tengah-tengahnya ada kepintaran akal dan ilmu untuk meletakkan diriku di barisan ULUL-ALBAB. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

KERANA MASA…. MENEMUKAN KITA DENGAN SEGALA KEINDAHAN INI

***************

51 thoughts on “CT92. REBUT LIMA PERKARA SEBELUM LIMA PERKARA

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb…

    DEMI MASA…. yang menjadi saksi dari segala kata bicara, tingkah olah dan penulis waktu yang tidak bermata. Hadirlah diri dalam masa yang masih berbaki ini dengan ILMU, IMAN DAN AMAL.

    DEDIKASI UNTUKMU… hargailah masa yang ada untuk meraih segala cita-cita.

    Wassalaam.

    • dulu zaaman blue giat di BEM Campus blue sellau menyanyikan lagu ini,bunda
      sepertinya nyaman aza mendengarkannya…ach blue jadi smekain risau atas jauhnya pendnegaran blue atas lagu lagu nasyid apapun dibandingkan mendnegarkan lagu lagu yang mellow…hehheh,….jujur snagat y bunda bluenya…..
      p kabarnya bunda malam saat blue datang menyapamu
      semoga baik dan sihat aza y disana
      salam hangat dari blue

      • Alhamdulillah, bunda sihat dan didoakan nanda Blue juga demikian sama. Hehehe… kok sudah jauh banget dari lagu nasyid Blue. Apa Jakarta telah mengubah Blue hingga minat lagu mellow2 itu ?

        Terima kasih udah berkunjung di blog bunda. Bunda senang dan mudahan bisa diambil manfaatnya oleh Blue untuk menambah kebaikan hidup.

        Salam hangat kembali dari bunda. 😀

        • jika hamparan sapa sudah menjadi sangat nyaman buat perjamuan persaudaraan diantara kita..maka blue dengan seapa adanya akan menerima dan menitipkan sapa hangat blue pada bundaku tersayang.
          teras di perasaan rindu inilah yang membuat blue betah duduk menerima sajian darimu bunda..kerana bunda bisa membuat suasana jiwa ini tetram dengan doa serta khazanah pembelajaran ini semuanya.
          bunda akan slelau tetap blue kangenkan.kerana blue snagat ingin memilih waktu dalam percakapan meski lewat maya.
          salam hangat dari blue
          slelalu ada doa untuk kebahagiaan,dan kesihatan bunda sekeluarga disana

          • Alhamdulillah, terima kasih atas penghargaan kata dan kebaikan dari nanda Blue untuk silaturahmi yang selama ini terjalin. Subhanallah, jadi terharu bunda membaca ungkap kata yang menghargai bunda ini.

            Didoakan nanda Blue diganjari Allah dengan limpah kurnia dalam setiap langkah kehidupan untuk meraih sukses sebagai insan yang mulia di sisi-Nya. Aamiin.

            terima kasih untuk doa yang dilampirkan.
            Salam mesra dari bunda. 😀

  2. Assalamu’alaikum Bunda..

    renungan buat aku nih bunda,, aku masih lalai, masih sering kalah oleh rayuan dunia dan nafsu, aku akan berusaha untuk kembali , demi masa, merugilah orang-orang yang lalai..

    lima perkara harus segera diambil ya bund,, sebelum lima perkara lainnya datang ,dan kita tidak punya kesempatan lagi.

    trimakasih untuk renungannya bund,

    salam hangat dari jakarta .. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Fitray…

      Semoga kita saling ingat mengingati dan berpesan-pesan kepada kebaikan. Mereka yang suka mencari redha Allah akan selalu berusaha untuk melepas diri dari kejahilan. Maka dekatkan diri untuk memperolehi ilmu yang bermanfaat buat jiwa dan minda.

      Terima kasih Fit. Senang mendengar khabar semula. Bunda kangen. 😀
      Salam hangat kembali.

  3. Sudah lama sekali saya tidak berkunjung ke blognya Bunda Siti Fatimah
    Oh ya, saya membuat blog baru di blogspot yang sebelumnya di http://blog.umy.ac.id/choirul

    terima kasih nasehat yang sangat mengingatkan kepada saya akan pentingnya sebuah kesempatan yang berharga
    karena kesempatan tidak akan datang untuk kedua kalinya maka kita harus memanfaatkannya semaksimal mungkin jangan sampai menyesali ketika kesempatan itu terbuang sia-sia

    salam hangat dari Indonesia

    • Hai Choirul…

      Senang mendengar khabar dan menerima kunjungan Choirul.
      Tidak mengapa, saya juga demikian sama.

      Kerana hidup hanya sekali, maka kesempatan yang terdampar di ruang nyata, harus direbut segera agar tidak rugi di kemudian hari. Namun begitu masih banyak yang alpa dengan dunia fana yang tidak menjanjikan kesenangan dan kebahagiaan hakiki. Akhirat jua tempat kita bersemadi.

      Teima kasih hadir menyapa dan Salam hangat kembali. 😀

    • Gimana ya, Idah… kok sudah besar begini, solatnya masih telat lagi,… hehehe. Sibuk banget barangkali.

      Sebaiknya harus diusaha dengan niat yang teguh dan keyakinan tinggi serta faham tanggungjawabnya sebagai hamba Allah untuk mengubah sikap demikian. Semua orang punya alasan tersendiri tika solat selalu jadi telat. 😀

      Waktu afdal solat fardhu didirikan adalah setengah jam selepas masuk waktunya.

      Semoga sukses dan senyum selalu. 😀

      • sudah berusaha terus bundaaa. . .

        ingin sekali ketika mendengan suara adzan langsung bergegas, tapii adaa aja sesuatu. . . 😦

        terimaakasih ya bunda, sudah mengingatkan. 😉
        cup cup cup. . 😆

        • Jangan putus asa, Idah. Usaha itu datang dari kita yang mengusahakan gerak tindaknya.

          Jika hati sudah terpaut untuk ingin melakukan dengan sungguh-sungguh, pasti ada jalan mudah untuk sampai kepada destinasinya.

          Tidak ada jalan pintas untuk mengaut kejayaan. Begitu juga dalam solat. semuanya harus dengan sikap positif untuk berubah.

          Ibarat kata orang tua-tua:
          “Jika ada kemahuan, di situ ada jalan.”
          “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”

          Semoga ada jalannya untuk segera solat ya.
          Bunda mendoakan dari jaaaauuuuuuuuh. 😀

          Opps.. kok pipi bunda jadi merah aja nih…hehehe.

  4. Jika kita ikuti sungguh-sungguh, penuh kesabaran, pantang menyerah, hanya dengan mengikuti lima perkara itu, kita akan selamat di dunia dan akhirat ya Mbak..
    Tapi emang sering kita lupa, entah penyebabnya apa, sehingga mengalpakan satu atau keseluruhan perkara tersebut. Padahal yang datang cuma derita karenanya..

    • Kita sering alpa kerana banyak godaan yang menyelimuti hati sehingga iman kalah dalam perjuangannya. Nafsu selalu mengarah kepada jalan kejahatan selain bisikan setan yang berusaha untuk menyasarkan manusia ke jalan benar.

      Semoga kita sentiasa memohon doa agar dilindungi Allah dari melalai diri kepeda lima perkara sebelum lima perkara. Bersedialah kita untuk menempuh apa yang bakal diuji Allah buat kita agar kita selalu redha dan bersyukur. Aamiin.

      Terima kasih mbak Evi kerana berkongsi bicara.
      Salam mesra.

  5. Assalamualaikum wr wb, Fatimah semoga sehat dan sejahtera di sana bersama keluarga tercinta.

    Memang benar dah tidak boleh diragukan setaip sabda-sabda Rasulullah saw. Ia menjadi kenyataan sekarang ini.

    Inilah perangai makhluk, lupa akan nikmat yang diberikah Allah swt, khayal dengan kebendaan, pangkat dan terlalu cinta kepada dunia, tetapi bila di timpa musibah baru nak berdoa.
    Biasalah tuu.. Fatimah, ramai saya dah jumpa perangai orang yang macam ni walaupun profile mereka yang dilihat dengan kacamata saya berlawanan dengan keinginan/jiwa mereka. Saya harap awak faham maksud saya yang sebenar sebab kata-kata saya ni tak begitu jelas. Saya bukan tujuan nak komen perangai orang, tetapi inilah kenyataan yang dapat dilihat sekeliling saya, akhlak mereka berlawan dengan profile mereka.
    Saya berdoa Allah peliharalah saya dan keluarga dari mempunyai sifat sedemikian,

    Peringatan yang awak sampaikan ini sepatutnya menjadi amalan kita sehari-hari.
    Terima kasih teman di atas peringatan ini.

    Salam dari jauh, Zohra

    • Wa’alaikum salaam wr.wb sahabatku…Zohra.
      Alhamdulillah dan terima kasih untuk doanya. Saya sihat dan didoakan Zohra juga keluarga di Singapura dalam kondisi yang diberkati Allah swt.

      Hehehe… saya faham apa yang Zohra maksudkan. Demikianlah manusia dengan segala kelemahan yang selalu membuatnya jadi manusia sombong, angkuh, lupa daratan bahawa apa yang menjadi miliknya itu adalah Milik Allah yang mutlak.

      manusia hanya diberi pinjam sementara segala nikmat yang ada di dunia baik secara kongsian bersama antara manusia dan makhluk sejagat, mahupun yang diberi secara individu berupa kekayaan, kecantikan, kepandaian dan kedudukan. Dengan sedikit nikmat itu, seharusnya manusia semakin dekat dengan Allah. tetapi apa yang terjadi, manusia banyak yang lupa daratan dan melupai Allah yang mengurniakannya.

      Semoga kita dilindungi Allah untuk menunaikan 5 perkara sebelum 5 perkara dan menjadikan apa yang berlaku di sekeliling kita sebagai pengajaran untuk menambah iman dan takwa kepada Allah.

      Terima kasih Zohra kerana kongsian yang mencerahkan. senang menerima kembali kunjungan sahabat yang menyepi diri.

      Salam mesra dan hangat selalu. 😀

  6. Assalamu’alaikum Wb. Wb…
    Terima kasih Bunda, kami mesti berinstrospeksi karena ternyata “Lima Perkara” itu belum sepenuhnya mampu kami raih.
    Terima kasih pula atas kunjungan Bunda di Blog kami, semoga terjalin silaturahmi senantiasa.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb.. GaleriSiswa…

      Alhamdulillah, mudahan apa yang dikongsikan ini bisa memberi manfaat untuk menyusun kembali kehidupan kita agar lebih bermakna untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

      Terima kasih kembali untuk hadir yang menyenangkan.
      Aamiin… mudahan silaturahmi akan selalu bertaut baik di kemudian hari.

      Salam sejahtera buat semuanya di Galeri Ilmu. 😀

  7. Lirik lagu penuh makna, penuh nasihat. Lagu yang sangat poluler di Indonesia.
    Insya Allah akan selalu berupaya untuk memanfaatkan kesehatan, usia yg tersia, yang dimiliki, untuk kegiatan yang bermanfaat bagi diri, keluarga, orang lain, lingungan, dan siapapun. Semoga. Amin.
    Terima kasih telah diingatkan Bunda.

    • hai Dedekusn…

      aamiin… Ya Rahmaan Ya Rahim.
      Bunda doakan kebaikan selalu menyusul keinginan Dede untuk berbuat yang lebih baik dari sebelumnya. Jika kesedaran sudah hadir ke sisi kita, maka perubahan harus segera dilakukan kerana kita tidak tahu apa yang bakal berlaku sesudah Allah menunjuk jalan -Nya.

      Terima kasih kembali dan salam mesra selalu. 😀

  8. Assalamualaikum Bunda,,
    Postingan yang mengingatkan saya sebagai manusia harus lebih banyak mensyukuri yang ada, jangan sampai menunggu satu nikmatnya diambil dulu baru ingat perkara yang lainnya.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mba Ysalma…

      Subhanallah, selalunya kita berbuat demikian mbak. tanpa kita menyadari hidup ini selalu berputar. hanya setelah terjadi sesuatu musibah baru kita menyesali apa yang telah berlalu. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

      Semoga kita selalu belajar dari kesilapan masa lalu tentang diri sendiri dan orang lain.

      Terima kasih mbak untuk kunjungannya.
      salam ceria. 😀

  9. Wauuwwww, tulisan yang luar biasa… Mantap, Saya suka sekali dengan posting ini. Mengingatkan kita tentang arti kehidupan. Mungkin karena kesibukan duniawi sehingga lima perkara tersebut hampir terlupanan. Akibatnya yang muncul adalah penyesalan.
    Terima kasih, mba Fatimah telah mengingatkanku.

    • Alhamdulillah, semoga banyak manfaat yang bisa kita perolehi untuk menambah baik iman dan takwa kita kepada Allah. Hargailah masa yang diberi untuk menghidupkan amal dan ibadah sebagai bekalan di akhirat nanti.

      Sama-sama kembali dan terima kasih kepada sahabat guru, pak Nurdin atas kunjungannya.

      Salam hormat. 😀

    • Subhanallah… kok salam kenal semula mas Rahman… 😀
      Terima kasih kembali menyapa setelah sekian lama tidak bersilaturahmi di sini.

      Kenapa ruang komentarnya dimatikan. Apa nggak bisa buka lagi ya seperti yang pernah berlaku dulu. Saya sudah maklumi bagaimana cara membuka komentar itu, kan. Harap masih ingat lagi.

      Ditunggu tulisan baru mas Rahman kerana kelihatannya kurang aktif ?.

      Salam mesra selalu. 😀

  10. Hm, maafkan saya . Karena sudah lama tak mampir dan bisa jadi Mbak Siti sudah lupa saya, makanya saya haturkan salam kenal. 🙂
    Ruang komentar saya kembali dimatikan, antara lain itu yang bikin saya malas mengisinya kembali. Sedianya minimal sekali saya bisa mosting tulisan di situ, jadi surut karena perihal itu, ditambah merasa ada yang hilang manakala mbak Siti ngirim ‘pesan terakhir’, seolah mau pergi jauh entah masih akan kembali.
    Jadi surut semangat mengisi blog saya yang sederhana, mengetahui blog mbak saja yang begitu semarak sudah akan ditinggalkan pemiliknya.
    Semoga saya bisa kembali dengan kecintaan menulisnya di sana. Hanya tolong beri petunjuk bagaimana mengaktifkan kembali ruang komentar saya. Coba diutak-atik tadi, tidak ingat lagi petunjuk yang mbak jelaskan lalu.
    Salam hangat dari saya. – Rahman Wahyu.

    • Masya Allah… mudahan saya tidak menjadi sahabat yang cepat melupai saudaranya.

      Hehehe… berpesan “terakhir” itu bimbang diri ini berpergian jauh dan mungkin di”panggil” Allah di sana. Maka “salam terakhir” harus dibuat agar nanti “kosong-kosong ” dosanya di hadapan Allah dan tenang di sisi-Nya. 😀

      Alhamdulillah, Allah memberi peluang dengan melanjutkan umur untuk bertemu kembali dengan semua teman dan kembali dengan sihat di sisi keluarga sehingga sekarang ini.

      terima kasih kalau mas Rahman ada mendoakan saya dan keluarga selama saya tidak bermukim di maya pada. Harapan saya, mas Rahman bisa menulis dan aktif kembali.

      Insya Allah, saya akan coba membantu mas Rahman membuka ruang komentar itu. saya juga jadi pusing melirik atur caranya, kelihatan baru dan perlu difahami semula.

      Terima kasih hadir kembali kemari.
      Salam hormat. 😀

  11. Assalamu’alaikum. Wr. Wb. Subhanallah! Allahuakbar! Tulisan yg bagus sekali n tiap muslim wajib membacanya sebagai ‘charge iman. Insyaallah kita di beri umur yang manfaat dan akhir yang khusnul kotimah.. Apa kabar kak Siti, masih ingatkah pertemuan 6 Zulhijjah 1432 H?

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Mieke Sovia…

      Subhanallah, Jumaat yang indah, apabila doa dimakbulkan Allah kerana selama ini akak berdoa agar Mieke hadir menyapa di blog akak. Rindu itu selalu bertamu untuk berkata-kata kerana pertemuan kita hanya sebenatr sahaja dijinkan Allah.

      Alhamdulillah,… senang dengan kehadiran Mieke dan mengharap akan bersapa di maya ini menerusi silaturahmi yang tidak akan pernah padam selepas ini.

      Akak selalu ingat kok akan pertemuan di masjidil Haram. Semuanya akak catatkan di al-Quran, hadiah dari Mieke. 😀

      Terima kasih ya, senang sekali hari ini dengan kehadiran Mieke.
      Salam kenal kembali dan semoga diredhai Allah. 😀

  12. Allahuakbar! Alhamdulillah! “Setiap orang yang diberi karunia Allah ta’ala lalu ia membaca ‘Alhamdulillah maka Allah ta’ala akan berikan yang utama daripada apa yang telah ia terima”. (HR. Ibnu Majah 3795). Insyaallah kak Siti, karena saya ingin ‘ketularan pandai dalam Islam seperti kak Siti dan semoga selamat dunia akherat, bersama bertemu di surga firdaus…

    • Masya Allah, betapa Allah selalu menyayangi hamba-hamba yang bersyukur kepada kurnia dan nikmat pemberian-Nya.

      walau kurnia itu hanya kata-kata yang baik dan menggembirakan sehingga membuat orang lain tersenyum.

      Hadis di atas benar-benar hebat sebagai Hadiah Dari Langit yang akan menjadi ingatan dan amalan sepanjang nafas ini masih mahu berhembus.

      Hehehe… kita sama-sama masih belajar Mieke untuk pandai dalam agama. kerana merasa diri kuranglah kita harus banyak menggali khazanah ilmu Allah yang tidak kunjung habis ini.

      Aamiin… semoga pertemuan sekejap di dunia bisa menjadi jambatan untuk pertemuan kita di syurga Na’im juga, Aaamin. 😀

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.