CT220. KEAJAIBAN AIR ZAMZAM (1): MERAWAT SAKIT LUTUT (OSTEOARTHRITIS)

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuuh

ZamZam1Fatima1SakitLutut

*

Daripada Jabir bin Abdullah, Rasulullah SAW telah bersabda: “AIR ZAMZAM IALAH UNTUK APA IA DIMINUM” – HR Ibnu Majah dan Ahmad.

ALLAHU AKBAR ! Antara percaya dengan tidak percaya, saya mengalami apa yang disebut oleh Rasulullah SAW di atas. Malah saya yakin sesiapa sahaja yang pernah berpengalaman meminum air Zamzam dan sembuh dari penyakitnya akan mengakui air yang dilimpahi Allah SWT dengan kelebihannya.

Dalam beberapa episod akan datang, saya akan berkongsi pengalaman dengan teman pembaca tentang khasiat dan keberkatan air Zamzam yang dapat merawat dan menjadi penawar kepada dua penyakit yang pernah saya alami iaitu SAKIT LUTUT (OSTEOARTHRITIS) dan SAKIT KEPALA (MIGRAIN). Insya Allah.

*

SEJARAH AWAL

Saya mula mengalami sakit lutut (Osteoarthritis) pada akhir tahun 2009. Ketika itu usia saya menjangkau 42 tahun. Sakitnya bermula dari lutut kiri, kemudian beranjak ke lutut kanan. Rasa nyeri dan tajam di kepala lutut hanya dirasai saat naik turun tangga, duduk mencangkung, semasa rukuk dan sujud, dan ketika berlari.

Saya tidak tahu apakah punca yang membawa kepada sakit lutut, sehingga membaca satu artikel tentang jenis masalah sakit lutut. Merujuk kepada sakit lutut yang saya alami, ia kerap berlaku kepada kaum wanita terutama mereka yang aktif bekerja dan menjaga rumah tangga. 

PUNCANYA ADALAH DARI KEPALA ATAU TEMPURUNG LUTUT

*

Setelah mengetahui punca, saya mengakui sebagai seorang yang sangat aktif bergerak ke sana sini. Sakit lutut ini mungkin berpunca dari pergerakan aktif selama dua tahun ketika menjadi pelajar Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sepanjang pengajian, saya bergerak aktif untuk mencari bahan rujukan, turun naik tangga bangunan, mengejar waktu, bersenam dan melaksanakan tesis di lapangan. Semuanya memerlukan pergerakan fizikal yang sangat melelahkan.

Kemuncak sakit mula menghantui kehidupan saya pada awal tahun 2010, apabila nyerinya merebak kepada lutut kanan pula. Pergerakan jadi terbatas ketika naik dan turun tangga. Saya mesti memegang palang tangga untuk membantu naik dan turun. Hanya satu kaki sahaja yang dapat menapak dahulu sebelum kaki yang satu lagi. Saya tidak ubah seperti orang kurang upaya saat naik dan turun tangga.

Subhanallah, saya insaf dengan kesakitan yang dialami. Selama ini saya sihat, cergas berjalan, berlari dan tidak bermasalah untuk naik turun bangunan tinggi. Kini, pergerakan saya terbatas. Jika tersalah langkah rasa yang amat nyeri dan tajam memukul hingga ke hulu hati. Hanya air mata yang mampu menceritakan segala-galanya. SPH dan anak-anak banyak memberi sokongan agar saya tabah dan sabar. 

*

NASIHAT PAKAR

Dalam setiap solat, saya memohon kepada Allah SWT agar diberi jalan untuk menyembuhkan penyakit sendi lutut ini. Saya meminta nasihat dari doktor klinik swasta dan ahli farmasi tentang sakit yang saya alami. Doktor memaklumkan, sakit lutut saya masih di peringkat permulaan dan boleh sembuh dengan memakan ubat mengikut jadualnya.Alhamdulillah, saya senang mendengarnya dan berusaha mengubatinya.

Saya juga dinasihatkan agar jangan memakai kasut bertumit tinggi kerana akan memberi kesan kepada sendi lutut. Saya hanya tersenyum sahaja kerana saya memang suka memakai kasut but bertumit dua inci. Untuk kasut, saya “mendegilkan” diri untuk tidak mendengar nasihat doktor. 

Doktor hanya memberi saya sejenis kapsul glucosamine yang mengandungi minyak ikan  dari jenama SevenSeas bagi melicinkan tempurung lutut saya. Saya makan kapsul tersebut selama 6 bulan, namun ia kurang memberi kesan yang diharapkan kerana kedua-dua lutut saya masih sakit dan nyeri.

Setelah habis kapsul tersebut saya beralih ke farmasi untuk meminta nasihat dari Brandon, ahli farmasi yang selalu saya kunjungi untuk membeli ubat-ubatan keluarga. Brandon sependapat dengan doktor tentang penyakit saya. Cuma Brandon mencadangkan agar saya mengambil pula kapsul FlexiCare Glucosamine 500 mg (adjunctive therapy in Osteoarthritis and rebuilds joint cartilage) yang mengandungi 100 kapsul. Ia dari jenama yang sama iaitu SevenSeas.

Brandon menasihati agar kapsul ini dimakan dua kali sehari, pagi dan malam. Tapi saya hanya makan satu kali sehari, bimbang untuk membiasakan ubat dalam badan. Saya yakin dan berdoa dengan Allah SWT, walaupun makan satu kali sehari, kapsul tersebut akan memberi hasil yang baik kepada sakit lutut saya.

Alhamdulillah, setelah makan selama 3 bulan, lutut kanan saya semakin sembuh walaupun sekali sekala ada denyutan nyeri apabila tersalah langkah. Tetapi lutut kiri masih seperti sedia kala. Malah sakitnya menjadi-jadi jika berdiri dan berjalan terlalu lama. Saya tetap mengamalkan kapsul tersebut di samping doa yang tidak putus-putus mengharapkan kesembuhannya sehinggalah saya berangkat menunaikan haji.

Subhanallah, sesungguhnya Allah SWT menguji saya dengan sakit fizikal kerana saya tidak diberikan sakit dalaman yang lain. Saya pula tidak pernah terfikir akan mengalaminya kerana saya sangat menjaga kesihatan dan pemakanan.

*

AIR ZAMZAM MERAWAT SAKIT LUTUTKU

Allah SWT telah merencanakan saya, Kak Kasma dan Kak Senah untuk menjejak kaki pertama kali di Masjid Nabawi pada malam pertama kami sampai di Kota Madinah. Kisah ini saya tulis di dalam posting CT94. KERANA RINDU ITU….

Sebaik masuk ke dalam Masjid Nabawi, bahagian Nisak, kami menyimpan selipar di rak yang disediakan. Berdekatan dengan rak, tersusun barisan tong-tong putih bertulis air zam-zam. Kebanyakan tong air zam-zam berasa dingin (seperti disejukkan). Hanya beberapa tong yang tertulis “NOT COLD”. Saya memilih “NOT COLD”.

Setelah minum air zamzam sepuasnya dan merasa kenyang, tiba-tiba saya teringat bahawa air zam-zam mempunyai hikmah tersendiri sebagai penawar penyakit. Saya ada membaca tentang khasiat dan kelebihan air ZamZam dari buku Rahsia Makkah yang saya bawa bersama ke Tanah Suci untuk dijadikan panduan.

Tidak membuang masa, saya mengambil segelas air zamzam, kemudian menyinsing seluar panjang hingga paras lutut. Saya duduk menyelesakan diri untuk membasuh kedua-dua lutut dan kaki yang sakit. Tidak semena-mena saya menangis dan sangat mengharapkan Allah SWT menyembuh sakit lutut saya. Saya membaca selawat atas Nabi SAW tiga kali dan berdoa dengan sepenuh hati dan jiwa bersama airmata yang bercucuran.

“Ya Allah, dengan berkat Rasulullah SAW tercinta dan keberkatan air zamzam yang dimuliakan oleh-MU, aku memohon bantuan dan hajat dari-MU untuk menyembuhkan terus kedua-dua lututku yang sakit ini selama-lamanya. Aku mohon Ya Allah kerana hanya Engkau tempatku meminta pertolongan dan tempat aku bergantung harapan. Kasihanilah hambamu ini, Ya Allah, Aamiin Ya Rabbal’aalamiin.”

*

Lalu, saya mengusap air zamzam ke lutut dan kaki sehingga habis segelas air zamzam tersebut. Kemudian saya mengambil wuduk. Malam itu, saya masih belum merasai keberkesanan khasiat air zamzam kerana semasa balik semula ke hotel hampir jam 2.00 pagi, lutut dan kaki saya masih sakit.

*

SEMBUH

Keesokan paginya, ketika kami (saya, Kak Kasma dan Kak Senah) berjalan menuju ke Masjid Nabawi untuk solat Subuh pertama, kami berjalan dengan laju untuk mengejar waktu bagi mencari saf pertama. Saya tidak perasan perjalanan saya sangat ringan, pantas dan cergas sehinggalah Kak Senah menegur saya.

“Timah, cepat pula engkau berjalan, semalam bukan main perlahan lagi. Kata sakit lutut dan kaki. Dah sembuhkah ? Allahu Akbar !

Saya sangat terkejut dengan pertanyaan Kak Senah. Saya terus berhenti dan meraba-raba lutut saya. Allahu Akbar ! Saya tidak lagi merasa sakit pada lutut juga kaki saya. Dalam tempoh tidak sampai 5 jam sejak saya menyapu air zamzam dan berdoa di Masjid Nabawi, malam pertama itu, Allah SWT (dengan izin-NYA) menyembuh sakit lutu saya. Alhamdulillah.

Selama 49 hari di Bumi Hijaz (Madinah – 9 hari, Makkah 39 hari dan Jeddah – 1 hari) Allah SWT memudahkan segala urusan pergerakan manasik haji di semua masya’irnya. Saya dapat melaksanakan tawaf beberapa kali dengan cergas. Begitu juga dengan Saie dan melontar Jamrah yang berjarak 6 km pergi dan balik  sepanjang 4 hari di Mina.

Alhamdulillah, sehingga saat saya menulis posting ini, saya tidak lagi diserang sakit lutut. Saya kini boleh berjalan laju, berlari, berenang, melompat dan naik turun tangga dengan cergas. Saya harus menjaga kesihatan diri dengan memakan supplement untuk kecergasan dan kecerdasan.

Saya bersujud syukur atas nikmat dari kesembuhan sakit lutut yang dialami selama 2 tahun. Semoga sembuh sepenuhnya untuk selama-lama. Aamiin. Kurnia Allah ini benar-benar menginsafkan dan meningkatkan keimanan saya.

NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH HENDAK ENGKAU DUSTAI ?

*

SalamFatima3SalamFatima6 Januari 2014 (Isnin)/ 4 Rabi’ul Awal 1435H/ 9.48 malam – Sarikei, Sarawak

AKU…. tidak pernah melupakanmu. Setiap detik rasaku, ada nyanyi rindu yang mengumandangkan zikir cinta tanpa jemu. Perlukah aku memendam segala resah untuk membayangkan kehadiranmu dalam setiap mimpiku yang indah ? Semoga ada pertemuan buat kita yang telah direncana oleh Yang Punya Cinta dalam kasih yang tidak pernah berhujung simpulnya. Aku rindu pada semua kenangan itu. Dalam nyanyi sunyi, ku sebut namamu di setiap zikir hatiku.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu…. Mengelus kasih di hamparan hati walau tidak tahu bagaimana mahu memancarkannya ke layar nyata, membuat aku tercari-cari bagaimana mahu menyusun bicara  agar tidak melukakan hati sendiri. Maafkan aku. Selalu ada doa buatmu.  Wassalaam. 😀

FatimaRindu2denganmu

*

UNTUKMU yang selalu ada di hatiku… 😀

*

Abdul Rahman Muhammad – Penyanyi Sallu ‘ala Khairil Anaam

*

DALAM RINTIK HUJAN, ADA BICARA RINDU YANG KU KIRIMKAN

*

38 thoughts on “CT220. KEAJAIBAN AIR ZAMZAM (1): MERAWAT SAKIT LUTUT (OSTEOARTHRITIS)

  1. Assalumualaikum wr.wb

    Tidak ada yang mustahil bagi Alloh, dan setiap apa yang di katakan oleh dalam Al Qur’an dan hadist Rasulullah itu semuanya tidak ada satu pun yang meleset ya bun. Karena di dalam sana sudah di katakan bahwa air zam-zam tersebut merupakan obat dari segala macam penyaki. Tinggal kita sebagai manusia harus dapat menata hati dan pikiran kita untuk mengingat kebesaran Illahi. Semoga kita semua selalu menjadi manusia yang selalu bersyukur atas nikmat yang di berikan Nya. Amiiiiin……

    Salam,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra….

      Begitulah Allah SWT hendak melihatkan kehebatan dan kebesarannya kepada hamba-NYA. Malah, setiap doa yang diminta hamba-NYA akan diperkenan mengikut kehendak Allah.

      Semoga kita semakin yakin akan kekuasaan Allah dan selalu berharap kepadanya semasa senang ataupun susah.

      Terima kasih atas kunjungan dan kongsian ilmu bermanfaat.
      Salam hormat takzim. 😀

  2. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Alhamdulillaah…, ternyata dengan air zamzam dan berdoa lutut Mbak Fatimah sehat kembali. Demikian pula dengan pengalaman saya. Belum lama ini adik ipar saya mau melahirkan. Sudah masuk klinik, tapi belum juga lahir anaknya. Akhirnya Ibu mertua meminta mengambil air zamzam di rumah, setelah sampai diminumkan dan juga berdoa agar diberi kemudahan melahirkan. Alhamdulillaah…, tidak lama setelah itu bayi laki-laki terlahir dengan normal dan lancar…

    Demikian berbagi pengalaman ini.
    Salam hormat dari Jogja.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Allahu Akbar walhamdulillah. Semuanya dimudahkan Allah apabila bergantng harap kepada Allah dengan hati yang ikhlas. Keberkatan air zamzam memang tidak dinafikan kebekersanannya atas izin Allah. Ia berkesan dengan Allah berkehendak jadi dan makbul dengan doa kita yang tulus ikhlas.

      Semoga anak saudara mas Amazzet menjadi anak soleh yang membanggakan orang tua dan keluarganya.

      Terima kasih atas kunjungan dan kongsian pengalaman yang menambah iman kita.

      Salam hormat takzim. 😀

  3. Assalamualaikum wr.wb bunda Fatimah.
    Sungguh sebuah karunia bisa menjejakkan kaki ke bagian bumi tempat air zamzam mengalir, saya masih menjadi mimpi, mudahan bisa juga terwujud.
    air zamzam ceritanya dari dulu sampai sekarang manfaat dan kegunaannya tidak diragukan lagi.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma…

      Senang menerima kunjungan mbak di awal tahun 2014. Mudahan silaturahmi akan terjalin lagi di masa akan datang.

      Alhamdulillah, memang itu kurnia Allah yang telah disuratkan-NYA di loh mahfuz. Insya Allah, kerinduan mbak akan sampai apabila waktu yang ditetapkan sudah sampai. Saya doakan bersama untuk kesejahteraan mbak.

      Salam manis selalu. 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Liza Fathia….

      Alhamdulillah, demikianlah yang dijaminkan Rasulullah SAW. Ia merupakan kebesaran Allah buat umat Islam dan keluarga Nabi Ibrahim a.s.

      Terima kasih sudah berkunjung perdana dan salam kenal. 😀

  4. Assalamu Alaikum Ummi.. sudah lama saya mendengar khasiat air zam-zam, dan setelah membaca postingan ummi ini semakin menambah keyakinan akan khasiat air zam-zam ini, tentunya harus dibarengi dengan keyakinan ya..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Yuniari Nukti….

      Benar, meminum air zamzam dalam usaha pengubatan harus di niatkan tulus ikhlas kerana Allah SWT. Cuma kita harus ingat, bukan sebab air zamzam yang menyembuhkan tetapi Allah SWT yang memberkatinya. Jika tidak, akan berlaku hal yang boleh mensyirikkan Alllah. Wallahu’alaam.

      Terima kasih Yuniari atas kunjungan perdana.
      Salam kenal. 😀

  5. Assalamualaikum wr wb
    Mbak fatimah

    Alhamdulillah ya mbak..penyakit lutut yg di derita selama 2 tahun lamanya…akhirnya pun bisa sembuh dan pulih sedia kala dengan izin NYA..

    Dan ternyata khasiat air zam zam yang sering byk di bicarakan…memang benar adanya..
    terbukti dengan kisah mbak fatimah seperti yg sudah di paparkan di atas

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Purnomo Jr…

      Alhamdulillah, semua itu atas izin Allah SWT yang memperkenankannya. Mudah semakin menambah iman kita kepada kebesaran Allah SWT.

      Terima kasih Purnomo Jr atas kunjungan.
      Salam sejahtera. 😀

    • Alahmdulillah, saya sihat dan didoakan mas Bchree dan keluarga dalam rahmat Allah SWT hendaknya.

      Iya benar. kandungan air zamzam memang mempunyai gizi yang tinggi hingga merasa kenyang yang lama setelah meminumnya. Malah air zamzam juga boleh menahan kita dari kencing selama berada di masjid Nabi atau Masjidil Haram.

      Terima kasih atas makluman dan kunjungan di awal tahun 2014.
      Salam sejahtera. 😀

  6. Assalumualaikum wr.wb

    Subhanallah, berkah air zam zam memang begitu indah, berkahnya bisa dirasakan sejak zaman dulu hingga sekarang. Keberkahan air zam zam umi rasakan dalam bentuk penyembuhan nyeri lutut. Bagi orang yang lain keberkahannya dalam bentuk lain. Sungguh Allah Maha Hebat.

    Salam hangat dari Bogor 🙂

  7. Subhanallah,
    Keajaiban yang memang sudah ada sejak awal keberadaannya. Keluar dari hentakan kaki ismail, dari tahun ke tahun terus dikonsumsi tapi tak pernah habis. jika ibu siti fatimah sembuh lututnya dengan izin Allah melalui air zamzam di tempat saya ada org yg susah melahirkan kemudian minum air zamzam maka atas izin Allah kelahiran sang jabangbayi dimudahkan Allah.

    • Alhamdulillah, demikianlah Allah SWT membantu hamba-NYA yang meyakini kekuasaan dan kebesaran-NYA melalui sesuatu yang diberkati oleh-NYA jua.

      Semoga kita mengambik iktibar dan semakin menambah iman kita kepada Allah SWT.

      Terima kasih Abifasya atas kongisan .
      Salam hormat. 😀

  8. Pingback: CT221. KEAJAIBAN AIR ZAMZAM (2): MERAWAT SAKIT KEPALA (MIGRAIN) | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  9. Assalamualaikum Pn Hjh,

    Ingin bertanya adakah Kapsul FlexiCare Glucosamine 500mg (Sevenseas) boleh didapati dimana-mana Farmasi, oleh kerana isteri saya sudah lebih sebulan mengalami sakit lutut yang sama spt Hjh dimana nak naik tangga amat sukar sekali dan kini sembahyang pun menggunakan kerusi. Alhamdullilah semasa mengerjakan Haji diberikan kesihatan yang baik oleh ALLAH untuk beribadah kepadanya……..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Tuan Haji Abdul Aziz….

      Iya, boleh di dapati di mana-mana farmasi, silakan bertanya dahulu, jika stok masih ada. Malah di klinik swasta, kedai Watson atau Guardian juga ada. Tempat-tempat ini sudah saya survei di Sarikei. Silakan survei di tempat Tuan Haji. Mudahan dapat dijumpai.

      Saya doakan isteri Tuan Haji cepat sembuh sakit lututnya. Amalkan juga air zamzam untuk diminum dan disapu pada lutut dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT. Berserah dan yakinlah sepenuhnya kepada Allah SWT.

      Salam hormat dan terima kasih atas kunjungan. 😀

  10. Pingback: CT94. KERANA RINDU ITU…. | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  11. Assalamualaikum. saya baru buka laman ini, berkenaan sakit lutut. Insya-Allah saya akan cuba merawatnya seperti yang disyorkan.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, saudara Sa’ahari Ahmad….
      Saya doakan sakit lutut saudara juga akan sembuh. Yakin, berusaha, tawakal dan doa merupakan tunjang kepada harapan kesembuhan yang disandarkan semuanya kepada Allah SWT. Aamiin.

      Salam hormat dan terima kasih sudah berkunjung perdana kemari. 🙂

  12. Pingback: CT379. KISAH DI MASJIDIL HARAM (4): SEKADAR 24 JAM | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  13. Pingback: CT452. MUHARRAM DAN SEPTEMBERKU YANG KE – 50 | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.