CT38. AKU DAN DUNIA FACEBOOK

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


5 Januari 2011 – Rabu, 0832 pagi di pejabat.

Sedang asyik mengemas kini folder pengajaranku, tiba-tiba sayup kedengaran jauh nada dering “Evening Cool” menjerit-jerit dari dalam tas tangan di belakang kerusi. Aku menarik nafas dalam-dalam dan rasa sangat malas untuk menjawab panggilan dari sesiapa. Kesibukan hari ini membuat aku tidak ingin untuk menerima sebarang panggilan. Namun “Evening Cool” tetap berkumandang memaksa aku mengalah dengan kehendaknya. “Pasti ada hal penting ni.” bisik hatiku.

Tas ku capai dengan cepat dan zip ketiga ku buka untuk mengambil telefon bimbit LG KS20,  hadiah dari SPH pada tanggal 16 Jun 2008 (Isnin).  Ku renung dahulu skrinnya sebelum butang hijau ditekan. Dahiku berkerut seribu sambil hati tertanya-tanya sebaik melihat nama tertera di skrin telefon – HAMBA ALLAH 6 – “Siapa pula hamba Allah 6 ini ?.” Jeritan “Evening Cool” menggegar ruang pejabat JPIM tanpa mahu mengalah selagi aku tidak menjawabnya. Seingatku, ada 11 nama yang ku tulis HAMBA ALLAH. Tentu sekali mereka ini orang yang ku kenali, cuma tidak pasti siapa kerana terlupa “save” setelah berbual. Sempat juga aku berfikir sedang jeritan batin LG KS20 belum ku lunasi. Ahhh…

“Hello, assalaamu’alaikum.” jawabku sebaik sahaja butang hijau ku tekan. “Hello, assalaamu’alaikum Timah? Kau buat apa sekarang ?.” Dahi aku semakin bertambah kerutannya kerana pemanggil itu mengetahui namaku, suara perempuan yang sangat girang sekali nadanya…. hehehe mestilah dia tahu, kalau tidak kenapa dia telefon aku. Aku masih belum dapat meneka suara siapakah itu yang bunyinya sangat mesra sekali.

Sambil mengawal suara agar didengari ceria juga – iyalah kan, orang berbudi kita berbahasa, baru adil namanya – aku bertanya kembali, “maaf ya, siapa di sana ? dengan hati-hati aku bersuara. Bimbang ada hati yang terluka kerana tidak mengenalinya. Sah, suara di sana menjerit marah. Sah terluka. “Ya Allah, sampai hati kau Timah, tidak kenal aku. Aku Zaharahlah. Siti Zaharah Mok. Kau tak simpan nombor telefon aku, mah. Sampai hati kau mah.” Sayu sekali suara rajukan, terdengar jelas di hujung sana.

“Hahahaha….” aku ketawa sepuas-puasnya, bila pemanggil itu mengenal dirinya. Mana tidak, rupanya Hamba Allah 6 itu adalah teman satu sekolah menengah semasa tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Agama Sheikh Haji Othman (SHOAW), Matang, Kuching, Sarawak. Walau bukan satu kelas, tetapi kami tetap rapat di luar kelas kerana satu asrama.

Panjang perbicaraan kami. Zaharah ingin memaklum dan menjemput  aku untuk menghadiri majlis Grand Reunion bagi semua ex-SHOAW di SMK SHOAW , Kuching pada 29 Januari 2011 (Sabtu) dan makan malam di hotel. GRu ini dianjurkan oleh Dr. Azhar Ahmad.  Akhir sekali sebelum menutup perbualan, “Mah, kau ada FACEBOOK tak ? Ramai kawan-kawan kita di FACEBOOK”, tanya Zaharah. Aku menjawab pendek sambil ketawa, “TIDAK ADA.”


12 JANUARI 2011 – Rabu, 1210 tengah hari

Assallamu’alaikum. wh. wb … buat sahabatku. Lama sudah tidak meluah bicara dan bertegur sapa. Apa khabar? Semalam melalui FaceBook, teman SHOAW mencarimu,  termasuk sahabat2 yang istimewa :D. Entah bagaimana ingin ku khabarkan, sedang sudah lama kita membisu. Justeru bolehkah ku cadangkan melayari laman mu ini? Tanggal Januari 29, 2011…. rakan seperjuangan akan mengadakan Grand Reunion. Mereka menjemputmu hadir. Salam sayang dan rindu di angin lalu dariku yang jauh … Lia . Kuala Kangsar, Perak.

Demikian, tulisan komentar dari sahabat karibku, Dahlia Mahmood di ruang Salam Kenal yang membuat aku tersenyum membacanya terutama pada sahabat2 yang istimewa. Ahh… membuat aku terkenang kenangan lama aja. :D. Terima kasih Lia dan sahabat2 yang lain kerana masih sudi mengingati aku. Komentar tersebut ku balas dalam bahasa Sarawak.

Aku sungguh terharu apabila teman2 sekolah menengahku dulu, masih sudi mencari aku walau aku juga ingin mencari mereka tetapi kerana aku ini jenis yang “low profile” dan pemalu orangnya, keinginan hanya bertahta di hati sahaja. 😀 Lagipun siapalah aku di masa sekolah yang hendak dikenali orang….hehehe. Aku tidak menyangka Dahlia tetap berusaha menjejakku sehingga terjumpa blog baru ku ini. Sungguh aku terkejut membaca komentarnya di atas kerana aku tidak pernah mem”promosi” blogku kepada sesiapa termasuk pelajarku sendiri.

Hatiku tersentuh bila Dahlia memaklumi (setelah kami berhubung bicara melalui YM) sahabat2 ku mencari aku di FACEBOOK. Mereka tertanya2, apakah aku memiliki akaun FACEBOOK. Mereka ingin mengetahui perkembangan kehidupanku. “Mah, ada orang istimewa selalu bertanyakan kau.” Hehehe… aku ketawa sahaja mengenangkan orang istimewa tersebut. “Tolong beritahu dia,  aku sudah berkahwin dan bahagia kini,” kataku. “Mah, kau ada FACEBOOK lagi tak ?” tanya Dahlia. “Tidak, aku tidak ada FACEBOOK lagi. Sudah tutup. Lama dah, tahun lepas.” jelasku.

Salam sayang dan rindu selalu di angin lalu buatmu, sahabat karibku, Lea tersayang.


7 HARI DI DUNIA FACEBOOK

Bukan aku tidak pernah mempunyai akaun FACEBOOK. PERNAH. Perkenalan ku dengan FACEBOOK berlaku di awal tahun 2010. Tetapi hubungan kami hanya bertahan setakat 7 HARI sahaja. Selepas itu kami berpisah untuk selama-lamanya. Kami tidak serasi, malah tidak sekufu. 😀  Kini aku bebas dari FACEBOOK, malah TWITTER, MYSPACE, FRIENDSTER dan sebagainya juga aku tidak punya. Aku hanya mempunyai satu sahaja dan tetap setia padanya iaitu BLOG. Aku serasi dengan blog malah menyintai dunia blog seadanya. 😀

Buatmu sahabat-sahabat yang sudi mencariku di FACEBOOK, ingin ku maklumi kalian jangan bersusah payah mencari aku di FACEBOOK kerana sampai matipun kalian tidak akan jumpa aku di FACEBOOK. Kenapa ?

KENAPA AKU TIDAK PUNYA FACEBOOK ?

Bohong kalau aku menafikan dunia FACEBOOK tidak punya tarikan. Jika tidak bagaimana jutaan manusia seluruh dunia mempunyai akaun laman sosial tersohor ini. Pada awal pembabitanku dalam dunia ini, aku sungguh teruja dengan sambutan dan masukan yang hadir ke “rumahku”. Sesiapa sahaja yang tidak dikenali, masuk tanpa diundang. Hanya add as a friend, lalu tersambung silaturahmi. Tambah lagi melihat ramainya teman2 blogger di dunia blog menghuni laman ini.

Lebih mengkagumkan, aku boleh mengumpul teman FACEBOOK hampir 1,000 orang dalam 7 hari.  Semuanya tertakluk kepada kebenaran kita. Tanpa paksaan. Memang benar, seperti yang dimaklumkan, FACEBOOK memberi pelbagai kemudahan kepada penggunanya terutama dalam mencari teman-teman lama.  Tetapi aku tidak berminat untuk melakukan aktiviti demikian. Banyak kebimbangan yang ku fikirkan hasil penemuan-penemuan tersebut. Lagipun aku lebih selesa tidak diketahui di mana aku berada di dunia maya oleh teman-temanku.. hehehe, maaf ya kawan. Aku tidak pernah melupakan kalian. Hanya mahu menyembunyikan diri sahaja. itu sahaja. Kalian tetap dalam hatiku selamanya.

Aku sempat menulis beberapa artikel dan mendapat sambutan baik dari teman-teman FACEBOOK. Masukan pemberitahuan aktiviti di FACEBOOK ke emailku semakin melambak dan mengganggu konsentrasiku. Aku jadi rimas. Sungguh rimas dengan kondisi tersebut.

Bukan itu sahaja, aku dapat merasai ada kelalaian berlaku.  Tumpuanku kepada blog semakin kurang, masa ku banyak di FACEBOOK. Tumpuanku pada yang lain juga demikian. Aku mula ditegur oleh SPH atas aktiviti FACEBOOK yang cuba menyasarkan aku pada perhatian rutin kehidupanku sebenar. Iya, aku mengakui tidak bijak mengenderai dunia FACEBOOK sehingga boleh mengganggu rutin hidupku.


Lagipun aku melihat dunia FACEBOOK seperti belukar yang tumbuh cepat di “halaman rumahku” sehingga tidak memperlihatkan keindahan taman yang luas, segar dan harum aromanya. Setiap detik dan saat, ada sahaja tumbuhan kata dan bunga gambar yang entah apa-apa menyelinap masuk tanpa dapat ku kawal, menyerata sehingga menjadi semak dan membingungkan. Takkan setiap waktu aku harus menebas segala rumput bicara dan ilalang kata yang terkadang ku fikir tidak wajar bertunas di taman ilmuku yang cantik itu. Aku harus membuat keputusan bijak.

Akhirnya tanpa ada sedikit rasa penyesalan, aku mengambil keputusan berpisah “talak tiga” dengan FACEBOOK atas kerelaan sebagaimana aku bersetuju memasuki gerbang “perkahwinan” untuk menilik keindahan dunianya seperti yang disebut-sebut oleh beberapa sahabatku sehingga aku tertarik untuk meneroka kehebatannya. Alhamdulillah, aku menyedari bahawa aku tidak sesuai bergabung di dunia FACEBOOK, aku rasa rimas dan pening kepala.

Dunia FACEBOOK bagiku penuh dengan “trafik”. Berbeza dengan dunia blog yang sangat luas halamannya, ruang yang besar dan indah dengan taman-taman ilmu yang bermakna tanpa diganggu oleh tumbuhan larat yang menempel sesuka hati tanpa kawalan. Aku adalah tuan kepada blog yang ku kendali walau percuma. Blog memberi peluang kepadaku untuk membina kebijakan dalam pengurusannya.

Walau tidak bersama FACEBOOK lagi, aku berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang selalu mencariku di dunia FACEBOOK. Harap selepas membaca ini, tiada pencarian lagi kerana ternyata SITI FATIMAH AHMAD tidak ada di dalam sana. 😀

Buat sahabat yang punya FACEBOOK, kenyataan ku di atas adalah peribadi dan tidak menyentuh mana-mana individu yang masih hidup atau yang telah meninggal. Keputusan adalah hak kebebasan individu dan tidak ada niat untuk mempengaruhi orang lain. Maka, jika ada yang termakan cili dan terasa pedasnya, diharap simpan sahaja di hati kerana ini bukan ditujukan kepada anda. Hanya sekadar bicara dari curahan hati yang terdalam.

*

SalamFatima3SalamFatima

  23 Januari 2011 (Ahad)/ 1543 petang- SARIKEI, SARAWAK

BERCAKAP-CAKAP adalah bertukar fikiran, bertukar pandangan dan bertukar pengalaman. RAHSIA BERCAKAP ialah pandai bicara, pandai bertanya dan pandai mendengar.

– DARYANTO –


114 thoughts on “CT38. AKU DAN DUNIA FACEBOOK

  1. selamat petang akak Siti

    tampaknya Facebook tak nyaman ya buat akak
    akupun meski punya account di sana, tapi jarang sekali membukanya

    sama akupun lebih nyaman dengan blog ya kak, lebih bisa menimba ilmu

    • Hai Andinoeg…

      Alhamdulillah, satu aktivitas yang bagus dan bermanfaat. Jika ada kebaikannya, teruskan aja Andi.

      Terima kasih ya kerana selalu betah menyapa. Senang dengan kunjungan Andi. Salam mesra selalu. 😀

  2. Selamat malam Bunda

    Siapa yang tidak kenal dengan facebook. Namun memang benar seperti yang dikatakan bunda, dalam dunia blog kita dapat mengembangkan segala kreatifitas kita, semua memiliki kelebihan dan kekurangannya, tinggal tergantung setiap individu manusianya untuk kenyamanan dalam berkreatifitas.

    Sukses selalu

    Salam

    “Ejawantah’s Blog”

    • Selamat pagi mas Indra…

      Bagi saya dunia blog lebih memimpin diri untuk menghasilkan kreativiti dan menggalakkan inovasi dalam mengembangkan bakat dan potensi. Malah lebih luas ruang untuk berkelana dan banyak ilmu yang bermanfaat dapat dikongsikan.

      Semoga apa yang kita perolehi dan lakukan selamanya banyak bermanfaat untuk diri dan ummah.

      Terima kasih atas komentarnya. Semoga dirahmati Allah.
      Salam ceria di hari Isnin. 😀

  3. Assalamu’alaikum Bunda…

    Di Indonesia ketika jumpa dengan temanlama atau sahabat yang sudah lama enggak pernah ketemu juga sering berkata demikian “Ym kamu apa?” atau “FB kamu?”

    Blog itu lebih luas daripada Facebook, selain bisa berbagi ilmu jalinan sillaturahmi di dunia Blog juga tidak kalah dengan facebook.

    Malah akhir-akhir ini ada pemberitaan di media televisi di Indonesia yang memberitakan banyak anak muda yang bentrok/saling pukul gara gara facebook. Ada lagi banyak kasus yaitu anak sekolah yang dikeluarkan pihak sekolah akibat facebook.

    Jika dimanfaatkan dengan benar facebook juga OK.

    salam persahabatan dari Tuban Jawatimur

    • Wa’alaikum salaam Yusuf…

      YM dan FB sudah jadi satu fenomena dan keperluan dalam berhubung. Tidak heran kalau semua orang mahu memiliki dan menggunakannya. Cuma bagaimana kita memanfaatkan sahaja berbeza antara satu sama lain.

      Seperti contoh2 yang dilampirkan Yusuf di atas membayangkan tidak bijaknya seseorang dalam mengguna kemudahan sehingga menimbulkan gejala negatif yang merosakkan diri, masyarakat dan keamanan negara.

      Jika perlakuan disertai ilmu dan iman, tentu banyak manfaat dari mudharatnya. Semoga kita yang diberi hidayah Allah dengan ilmu, tetap istiqamah dalam penggunaannya.

      Terima kasih mas Yusuf atas komentar yang berbobot bagi menambah informasi pada posting saya. Semoga bahagia selalu.

      Salam mesra dari saya. 😀

    • Hai mbah Jiwo…

      Terima kasih atas pertanyaan yang berbobot dari mbah. Begini ya mbah. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi, antaranya:

      1. satu identiti blog agar mudah dikenali dan diingati
      2. minat dalam reka grafik dan ilustrasi
      3. suka kepada dekorasi dan menguji bakat sedia ada
      4. menambah cantik dan indah kandungan blog
      5. memberi hidangan mata dan minda kepada khalayak kerana tiada makanan dan minuman untuk dijamu.
      6. biar hati senang dan ceria kalau mampir kemari.
      7. punya relevan dengan kandungan posting
      8. mahu membuat mbah selalu mampir kemari 😀

      banyak lagi mbah, tapi cukup setakat itu sahaja untuk kali ini. Harap mbah suka kepada foto-foto yang saya pamerkan.

      Salam damai selalu. 😀

  4. Keputusan yang sungguh luar biasa yang diambil berdasarkan hasil analisis yang rinci dengan berbagai pertimbangan keilmuan, sungguh salut Bunda. Memang facebook lebh cepat mendapatkan teman, lebih cepat banyak pengunjung, tetapi kadang membuat kita tidak nyaman bahkan enggan untuk menjawab hal-hal yang tidak perlu, itu pulalah kenapa saya juga jarang menjawab atau mengkonfirmasi pertemanan, tentu bukan karena tidak mau berteman, melainkan tidak ada nilai plus untuk meningkatkan kompetensi diri, oleh karena itu di facebook saya hanya menempelkan apa yang saya posting di blog tentang media khususnya untuk pelajar SD dengan harapan anak-anak tidak hanya bermain game saja tetapi juga meluangkan waktu untuk bermain kuis yang saya buat yang berhubungnan dengan pendidikan. Sekali lagi salut buat Bunda, salam persahabatan selalu dari kota batik pekalongan, Indonesia.

    • Salam takzim mas Teguh…

      Alhamdulillah, keputusan tersebut membuat hidup saya lebih ceria kerana tiada gangguan dari sesiapa… hehehe. Saya sukakan suasana yang privasi dan menenangkan. Lagipun kesibukan sering menghambat untuk tidak memikirkan hal2 lain.

      Tidak apa mas, kalau ada manfaat yang boleh diambil bagi menambah kebaikan. Yang pentingnya kita tahu aka yang baik dan bermanfaat buat diri kita dan orang lain. Semoga usahanya diredhai Allah selalu.

      Salut juga untuk perancangan yang berbobot untuk anak bangsa agar mereka selalu berjaya.

      Terima kasih atas kunjungan yang menyenangkan.
      Salam mesra dari saya. 😀

  5. Assalamu alaikum bunda.

    bunda berlebihan dech kalau memuji tulisan diblogku…..

    jadi tambah tinggi nich leherku bunda, ntar lama-lama jadi jerapah dech,…hehe..

    terima kasih bunda atas pujiannya…
    membuat jadi semangat untuk terus menulis dan menulis..hehe

    • Wa’alaikum salam Neni…

      Hehehe… Jangan jadi jerapah dong. Neni, itu pujian tulus dari bunda dan bunda senang kalau Neni terus jadi semangat dengan pujian bunda. Itukan bagus.

      Teruskan berkarya untuk lebih bagus dalam menulis. Bunda suka membaca hasil tulisan Neni. Berbobot sekali. Bunda kasih 4 jempol ya. 😀

      Salam sayang dari bunda untukmu.

    • Wa’alaikum salaam mbak Ysalma…

      Hehehe… saya bentar aja di FB mbak. Hanya ingin coba dan merasai suasana hebat yang dihebahkan oleh sahabat2 saya. Ternyata saya tidak nyaman di sana.

      Alhamdulillah, senang mengenali dan bersahabat dengan mbak di dunia blogger ini. Terima kasih ya sudi bersahabat. 😀

      Salam manis selalu dari saya buat mbak. 😀

  6. Assalamualaikum Bunda…

    Saya punya kedua2nya Bunda, baik FB maupun blog tapi harus saya akui, pemikiran saya kadang sama seperti Bunda, dalam blog kita lebih mendapatkan manfaat ketimbang fb 🙂

    tapi ingin fokus atau memilih salah satu adalah pilihan masing2 pribadi 🙂

    • Wa’alaikum salaam Mila…

      Setuju Mila, yang pentingnya kalau mahu fokus pilih aja yang mana satu. Terpulang. Harap senang dengan kedua-dua aktivitasnya.

      Semoga bahagia dan sukses dalam setiap langkah menuju kejayaan. Semangat ya Mila. Selalu ada doa dari bunda untukmu.

      Salam manis selalu. 😀

  7. Assalamualaikum bunda Siti…

    Saya juga lebih selesa menggunakan platform blog untuk berkomunikasi dalam dunia maya ini. Saya ada akaun di facebook tetapi jarang benar membukanya.

    Mulanya cuma ingin mengetahui apakah facebook itu disamping tidak mahu ketinggalan jauh dari pergerakan teknologi yang pantas ini. Setakat itu saja.

    Blog menjadi wadah bicara paling ideal. Tidak terlalu sosial juga tidak pula terbatas daerah seninya. Bahkan masih luas potensi ilmu jika pengendalinya berhemah berbudi dan sentiasa ceria umpama bunda 🙂 .

    Saya fikir teknologi komunikasi biasa hari ini pun mampu menggalas tugas ala facebook itu. Dunia makin kecil. Sempadan tinggal nama. Masa terus berlalu pantas.

    Seronok membaca kisah-kisah reunion seperti itu. Benarlah darjat sahabat karib itu sangat mulia, hampir saja mengalahkan darjat kaum keluarga…

    Moga bunda dan sahabat bunda terus dipayungi rahmat Allah Taala dengan perkongsian kisah yang penuh kasih sayang ini..

    • Wa’alaikum salaam Abgreds…

      Iya, berawalnya kerana ingin tahu setelah didesak oleh beberapa sahabat yang menggambarkan betapa hebatnya dunia FB ini. Maka, agar nanti kalau orang bertanya tentang FB, tidaklah mati kutu dibuatnya. 😀 Lalu saya cuba meneroka dan hasilnya seperti yang saya maklumi di atas.

      Teknologi selalu medekatkan yang jauh, mencepatkan yang lambat dan dunia tiada lagi garisan sempadannya. Semuanya terbuka lebar untuk dimasuki oleh sesiapa tanpa kawalan. hal begini jika ditangani bijak akan lebih banyak merosakkan pemikiran dan tingkah olah manusia.

      Amiin… Ya Rabb. Semoga kebaikan doa yang dilampirkan juga diperolehi oleh Abgreds di sana. Sahabat yang sejati pasti akan selalu mengingati kita. Walau jauhpun kita berada, tetap dicari dan diingati. Saya sangat terharu dengan ingatan dari sahabat2 saya, juga dari Abgreds.

      Terima kasih abagreds atas komentar di atas. Senang menerima kunjungan yang baik ini. Salam mesra dari saya. 😀

    • Hai Blue…

      Alhamdulillah, bunda sihat dan baik2.
      Maaf Blue, bunda sudah tidak punya FB lagi. Maka harapan itu tidak dapat dipenuhi. 😀

      Terima kasih ya betah kemari lagi. Bunda senang.
      Salam hangat kembali dari bunda.

  8. Setuju sekali dengan pendapat kakak.
    Tidak panjang lebar, saya pun tidak punya account facebook.

    Banyak persamaan dengan kakak.
    Salut atas pilihan tidak berfacebook.

    • Hai Azzahra…
      Alhamdulillah, kita serupa nampaknya. Serasi barangkali… hehehe.

      Terima kasih atas dukungan yang baik selama ini. Sangat senang menerima kunjungan dari Azzahra. Harap betah kemari lagi ya. 😀

      Salam bahagia dan damai selalu dari saya.

  9. Assalamualaikum Ya Ukhti, Mbak Siti.. ^_^

    Makasih atas kunjungan dan komen Mbak di blog saya ya..
    Soal FB, memang benar adanya alasan2 Mbak soal tidak ber-FB ria itu. Tapi semenjak punya blog, saya seperlunya saja di FB: biasanya hanya untuk promosi blog (seperti kata Mas Andinoeg di atas) dan berbagi tulisan2 penting dari blog2 kawan maupun dari blog2 yang saya baca dari aktivitas blogtouring.

    Saya sendiri punya sih akun FB, tapi yang saya utamakan adalah blog. Bahkan, saya cenderung mempromosikan asyiknya blogging pada kawan2 saya di FB. hehehe..

    btw, nice post here, Mbak.
    Salam sayang selalu dari Pontianak, Indonesia. ^_^

    • Wa’alaikum salaam Akhi Muxlimo…

      Terserah kepada bagaimana kita bisa mengurusnya mas. Pengalaman yang saya lalui, ternyata saya tidak bijak mengurus masa. Seperti ada “ketagihan” kalau tidak cepat disadari. Kerana itu keputusan cepat dibuat agar tidak jauh melangkah sehingga banyak hal terabai.

      Barangkali bagi lelaki ianya kurang dirasai kerana aktivitas lelaki tidak sama dengan aktivitas perempuan yang kalau terhenti sahaja dek kerana “khayalan” dengan FB, pasti rumahnya tidak akan “berasap.” Kejadian ini banyak menyebabkan kehidupan tergendala dan akhirnya menjadi porak peranda.

      Pilihan memilih blog lebih tepat buat saya. Setuju dengan mas, jika tahu cara memanfaatkan FB, mengapa tidak kan? lakukan yang terbaik untuk kemenjadian diri yang unggul.

      Terima kasih mas Muxlimo atas informasi yang berbobot ini. Senang membacanya. Salam mesra selalu dari saya. 😀

  10. Assalamualaikum bunda …
    selamat pagi bunda …
    semoga hari-hari bunda selalu menyenangkan ..
    wah saya melihat beberapa informasi katanya Facebook mau di hapus yah bunda bulan maret ini, tapi sepertinya hanya isu saya … yang numpang hanya bisa mengikuti aturan saja .. heee…

    • Wa’alaikum salaam BayuPutra…

      Selamat malam nak Bayu. Alhamdulillah, bunda sihat dan baik-baik aja. Didoaka Bayu demikian sama di sana.

      Apa bener ya ? Bunda tidak pernah mendengar tentang pembubaran itu. Mungkin hanya rumor sahaja. Kita tunggu aja dech bula Mac nanti ya. Semuanya akan terjawab kalau benar itulah masanya.

      Terima kasih Bayu atas kunjungan. Salam hangat dari bunda. 😀

  11. Salam Takzim
    Bundaku.. maapkan daku yang telah lama tidak hadir untuk mengambil hikmah dari segala tulisan bunda yang penuh warna, harapanku pagi ini bunda tetap sehat dan mampu memberi yang terbaik untuk para anak-anak bunda baik di negeri jiran maupun dibelahan bumi yang lain. Berkat kehadiran bunda di rumah mayaku, aku kembali terpanggil untuk menoreh kata semoga ini tidak sirna. Sinar bunda di rumah maya mampu menerobos kegelapanku selama ini. Terima kasih bunda semoga Allah membalas semua tulisan yang bunda saji.
    Salam Takzim Batavusqu

    • Salam hormat Kang Zipoer7…

      Alhamdulillah, senang sekali dikunjungi kembali oleh Kang Zipoer7 setelah sekian lama tidak muncul-muncul di maya. Selamat datang ke blog baru saya, kang. harap dapat menikmati segala sajian yang baru aja 38 jenis menunya. Belum banyak kang, maklum aja baru mula merangkak semula.

      Hehehe… jangan memuji sangat kang, liat nich, pipi saya sudah bertukar pink tanda sedang malu. 😀 Terima kasih atas penghargaannya. Mudahan persahabatan ini kembali terjalin baik dan memberi banyak manfaat ilmu yang boleh dikongsikan bersama.

      Amiin… Ya Rahman Ya Rahiim. Terharu dengan doa yang terlampir. Semoga demikian juga untuk kang Zipoer di sana. Harap betah bermain lagi di sini ya, kang.

      Salam hangat dan mesra dari saya. 😀

  12. Saya mengenal facebook pada awal tahun 2009. Mulanya sangat menyenangkan dengan rutinitas itu tapi lama kelamaan menjadi sesuatu yang membosankan karena update status dari teman-teman yang kadang berlebihan dan tidak jelas. Lalu, mulailah saya berkenalan dengan yang namanya blog. Dan ternyata lebih mengasyikkan karena saya dapat menulis rekam jejak kehidupan saya. Mungkin bagi sebagiab orang sangat berlebihan jika meluahkan perasaan dalam sebuah blog. Tapi mau bagaimana? Memang itulah satu2nya hiburan yang berharga buat saya. Tidak dapat dipungkiri, terkadang sesekali diliputi kejenuhan. Namun takkala ada peristiwa2 tertentu dalam hidup saya, saya bersemangat kembali untuk menulis. rasanya sayang untuk dilewatkan rekam jejak kehidupan saya tersebut.

    Salam hangat buat ibu Siti Fatimah Ahmad beserta keluarga di Sarikei, Sarawak. Semoga selalu berjaya menggapai bahtera hidup yang kadang penuh cabaran

    • Hai Ifan Jayadi…

      Asyik sekali membaca pengalaman Ifan di atas. Ternyata FB bisa mewujudkan kebosanan. Saya setuju bahawa banyak hal yang tidak menepati cita rasa seseotang jika dia sebenarnya ingin mencari sesuatu yang lebih bermanfaat.

      Blog bagi saya punya keunikan tersendiri dan jauh bedanya dari FB. Banyak perkara harus dikendali sendiri sebagai satu kemahiran yang menguji kebijakan kita dalam mentadbir dan mendidik diri untuk sabar dalam mengurusinya.

      Syabas dan salut untuk Ifan yang sudah punya peningkatan dalam penulisan di blog. Selamat berkarya dan terus berbagi hikmah sesama kita. Saya selalu mendukung dari jauh setiap keinginan dan semangat menulis Ifan. Semoga sukses selalu.

      Amiin Ya Jalali wal ikram. Terima kasih atas doa dan kunjungan yang menyenangkan. Semoga dikurniakan kesihatan berkekalan buat Ifan dan keluarga di Samarinda. 😀

  13. Mbak fatimah yang tulisannya memikat hati. Jika mbak pernah punya facebook, maka aku sama sekali tak punya. Mencoba membikin akun facebook pun tak ingin. Entah kenapa. Tanya pada rumput yang bergoyang he he he…
    Saya pikir, keputusan “talak tiga” terhadap facebook tepat sekali, karena blog adalah wadah yang tepat bagi mbak untuk berjejaring sosial yang lebih bermartabat dan bermakna, sekaligus mengasah daya fikir dan kemampuan menulis. Ada kecenderungan bahwa wabah facebook telah mengakibatkan kuantitas dan ketajaman menulis penggunanya menjadi berkurang. Apa benar, ya?

    • Alhamdulillah, terima kasih mas Wajidi atas penghargaannya.
      Hehehe… saya sudah tanya rumput yang bergoyang di sini, mas. Kata rumput, dia tidak tahu, malah tidak kenal siapa Bubuhan itu. Coba mas nanya rumput di sana pula. 😀

      Salut ya, kerna tidak punya FB. asalnya saya juga tidak mahu masuk ke dunia FB ini, tapi setelah didesak teman2 agar coba dulu, lalu untuk menunaikan hajat ingin tahu, lalu termasuk juga ke sana dan 7 hari sudah cukup untuk saya melayarinya. Cukuplah.

      Tentang kualitas dan ketajaman menulis penggunanya menjadi kurang atau tidak itu, tertakluk kepada keinginan seseorang. Sepanjang saya menulis beberapa artikel di FB, rasanya seperti biasa aja mas. Malah sambutannya juga bagus dan rame sekali.

      Malah saya lihat masyarakat FB yang dikenali dalam kalangan sahabat blogger sangat rancak dan giat menulis. Mudahnya mencari pembaca kerana adanya tag yang boleh memanggil untuk datang ke FB kita.

      Terima kasih atas kunjungannya mas. Salam mesra selalu. 😀

    • Wa’alaikum salaam Langitku…
      Selamat malam.
      Alhamdulillah, terima kasih kalau suka baca tulisan dalam bahasa Melayu. Harap dapat difahami dan beroleh manfaatnya.

      Silakan untuk kemari lagi di lain masa.
      Salam kenal dan salam mesra dari saya. 😀

  14. memang itu pilihan ya, untuk punya akun facebook atau tidak tergantung pada diri masing-masing..
    dan bunda memilih untuk tidak ber-facebook, twitter dan lainnya…
    kalo saya punya akun fesbuk bunda 😀

    • Iya Muhammad, pilihan itu kan hak tersendiri. lalu kalo Muhammad fikir FB bermanfaat, silakan dan teruskan aktivitasnya dengan baik. Asal sahaja tahu niat dan tujuannya, pasti semuanya punya hikmah.

      Selamat berFB ya. 😀

  15. assalamu’alaikum bunda siti, senang bisa menyapa lagi.
    kemajuan teknologi ada sisi positip dan negatipnya..sebagai pengguna kita bisa memilih mana yang lebih nyaman dan bermanfaat bagi kita masing-masing dan itu hanya kita yang tahu..
    Saya punya fb awalnya jg dari dorongan teman-teman lama, namun sy memakainya jk ada perlu saja untuk kepentingan yang memberikan manfaat.
    Yang penting kita bisa saling berbagi dalam kebaikan kepada semua sahabat melalui media apapun yang kita pandang sesuai dengan hati kita..
    Sukses selalu ya bunda, salam hangat dari saya..

    • Wa’alaikum salaam UmmuRizka…
      Alhamdulillah, mudahan kita semua sukses menjalani kehidupan ini. Senang menerima kunjungan mbak dan mendengar kembali khabar dari sana.

      Bener mbak, terpulang kepada pilihan kita sendiri. Jika banyak manfaat yang kita perolehi, silakan. Tidak salah itu. Yang pentingnya kita tahu akan niat dan tujuan untuk berfesbuk ini.

      Terima kasih ya mbak atas apresiasinya. Salam sayang dan hangat kembali dari saya. 😀

  16. Assalamu alaikum bunda..

    Wah, keputusan bunda sangat bulat dan teguh pendirian. Bahkan sampai di bujuk teman lama tetap tak tergugah untuk memiliki akaun Facebook. Salut bunda, 😀

    Tapi saya meskipun tak begitu meriah dengan facebook tetap memilikinya supaya bisa tetap terhubung dengan kawan lama dan selalu bertambah teman baru. Dan tentu saja dengan semakin ramai kita terhubung banyak pula ilmu yang kita dapat dari apa-apa yang mereka bagikan…

    Lumayan untuk sekedar melepas lelah setelah seharian beraktiviti.

    Salam hangat dari medan, 😀

    • Wa’alaikum salaam Masyhury…

      Hehehe… itu namanya mempertahankan pendirian lho… hehehe. Alhamdulillah, sampe sekarang masih tidak tergugat lagi.

      Silakan berhubung baik dengan teman2 guna FB kalau banyak manfaat yang diperolehi. Tidak salah kok. Hanya itu urusan masing2 mahu memilih FB atau tidak.

      Semoga berhibur ria dengan FB dan teman2nya.
      Terima kasih ya atas kunjungan yang menyenangkan.
      Salam mesra selalu. 😀

  17. sama bun lebih baik nge-blog daripada facebook-an, pusing lihat status banyak orang hehe. awal Dina juga join facebook, gara2 ada temen kantor nemu dompet, nah didompet ada ktpny, orangnya msh muda, langsung deh dina seacrh di google, cari nama orang itu, nyantolnya ke facebook, langsung deh dina sign ini, untuk bisa ngirim message : bahwa dompetnya yang hilang ada di temen kantor.

    • Hai Dina.Thea…

      Wah… senang gitu ya Dina. Tidak perlu ke kantor polisi. Hanya cari di FB, langsung ketemu. Sungguh jujur sekali tindakan itu. Jarang bertemu kejujuran yang melibatkan dompet.

      Iya, antara satu kebaikan yang boleh digunakan melalui FB. Salut ya Dina, saya rasa bangga dengan tindakan jujur itu. Semoga Allah merahmatimu. 😀

      Salam sayang selalu.

  18. assalamu’alaikum..

    lama tak bercakap-cakap uma fatimah.. gimana kabarnya? sebenarnya saya dah coba sering untuk berkunjung ke laman uma fatimah, tapi tertulis “blog tak diketemukan”…

    alhamdulillah, sekarang dah ketemu setelah uma fatimah comment di laman darmantomuat.. alhamdulillah..

    salam,

    • Wa’alaikum salaam Darmanto…

      Alhamdulillah, ketemu kembali di blog baru saya ini. Terima kasih ya atas kunjungan yang dialu-alukan. Semoga silaturahminya akan kembali baik untuk masa mendatang dengan perkongsian bijak yang berhikmah.

      Salam mesra dari saya. 😀

  19. memang banyak yg hijrah ke fesbuk… tapi webblog lebih mengasikkan. daku memanfaatkan fesbuk untuk memonitor kegiatan kawan lama bahkan laman blogku bisa ditampilkan fesbuk… sekedar promo tulisan.
    salam superhangat nan mesra, ntuk sanak keluarga, dari batavia.

    • Hai mas Cenya95…

      Kalau sudah ada manfaatnya, teruskan aja mas. FB bisa jadi tempat promosi yang bagus untuk blog dan pasti rame yang bakal mampir ke blog lalu tertarik kepadanya. Satu usaha bijak yang tidak perlu dipertikaikan.

      Terima kasih mas atas komentar dan kunjungannya.
      Salam ceria selalu. 😀

  20. assalamualaikum bunda….
    uny sebenernya punya fesbuk sih… tapi uny jarang banget pakeg….
    uny lebih suka nge blog… hehehehe
    gag tau kenappa…

    • Tidak apa AdeUny… kan blog menjadi pilihan terkini. Maka teruskan menulis di blog ya. Insya Allah saya akan terus menyokong dan memberi semangat. Kalau di blog tuturnya lebih berhemah lagi kan !

      Semoga sukses selalu.
      Salam manis dari saya. 😀

  21. Assalamu’alaikum Wr.Wb.

    pagi bund, qu baru tau klo Bunda dh cerai sama FB, qu menceraikan satu acc FB qu, tapi qu masih punya 2 lagi .. hehehee

    qu belum bisa lepas bund, masih sayang, tapi sudah tidak terlalu sayang, hanya sekedar penyambung dengan rekan kerjaku saudara dan teman2.

    salam mesra dari Jakarta ,, 🙂

    • Wa’alaikum salaam Wr. Wb. Fitr4y…

      Selamat malam Fit. Hehehe… perceraian yang membahagiakan bagi saya Fit. Tidak mengusutkan fikiran lagi. Sudah tenang dari segala keinginan ke arah FB. Terus terpadam di jiwa ini. 😀

      Tidak apa Fit. Kalau masih sayang dan ada kebaikannya untuk Fit, silakan diteruskan untuk dapat manfaatnya. Selamat fesbukan.

      Salam mesra selalu dari saya untuk Fit. 😀

  22. he..he..he.. facebook memang menyita waktu.
    senang sekali rasanya bisa reuni, berkumpul dengan teman masa lalu. saya juga jika berdekatan ingin sekali reuni dengan teman dari high school. tapi jarak memisahkan kami sangat jauh.

    • Hai Mas Komuter…

      Bener mas, tapi ada juga manfaatnya bagi yang tahu mengurus waktunya. 😀

      Saya juga demikian, sedih tidak dapat berkumpul pada 28-29 Januari 2011 bersama teman2 lama kerana sangat sibuk sekali masa kini. walau tidak jauh, hanya sekitar 5-6 jam perjalanan dari Sarikei ke Kuching tapi kerja di kantor sungguh menyita waktu untuk ber”reunion”. Sedih nih. Harap akan ada lagi reunion di masa depan.

      Terima kasih mas atas komentar dan kunjungannya.
      Selamat malam. 😀

  23. Assalamu’alaikum wr.wb.
    Bunda Siti Fatimah Ahmad yang baik hati, begitulah Facebook, dunianya ramai seperti di pasar atau jalan raya tengah kota. Bila menghendaki membaca dan menulis dengan tenang, tampaknya dunia blog lebih memikat. Saya mengenal blog belum lama. Akan tetapi, hingga kini saya masih senang belajar bagaimana menulis dan menampilkan blog dengan baik. Ohya, Bunda, ini hanya sekadar informasi: bila di Facebook komunitas yang menyambangi sangat beragam, ini ada juga jejaring sosial khusus bagi para santri. Ini alamatnya: http://kotasantri.com/ Bila memasuki ingin tahu silakan, bila tidak juga tidak apa-apa. Tapi yang jelas, selamat menyampaikan kebaikan melalui blog tercinta. Dengan demikian, semoga kehidupan kita senantiasa mendapatkan rahmat dari Allah Ta’ala.

    • Wa’alaikum salaam Wr. Wb mas Amazzet…

      Wah… begitu sekali tamsilan antara blog dan FB menurut mas Amazzet. Yang jelasnya dunia FB selalu hiruk pikuk dengan ramainya tetamu yang datang membawa ole-ole mereka.

      Sungguh berbeza dengan blog yang dimoderasi oleh kita sendiri sebagai tuan yang mengendalikannya tanpa campur tangan dari luar.

      Terima kasih Amazzet atas kongsian hikmah yang dititipkan juga buat blog santri tersebut. Sudah saya selusuri namun belum meninggalkan sebarang pesan kerana masih sibuk ketika itu.

      Amiin… ya Rahman. Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Salam mesra selalu. 😀

  24. ya, tiap orang punya pendapat yg berbeda mengenai facebook atau situs jejaring sosial serupa. Semua kembali pada keputusan tiap individu ya Bunda.

    salam

  25. selamat malam bunda siti…saya juga ga pernah buka FB saya kayanya kurang nyaman dengan dunia FB saya lagi menimati dunia blog … ” minta do’anya bunda siti dida mau ikut lomba baca puisi besok tanggal 6 februari…mudah – mudahan ga mogok / malu n jadi juara pertama “nanti pialanya dida persembahkan buat temen – temen dida disekolahan sama ais temen dida di malaysia

    • Selamat petang Akhmad Fauzi…

      Amiin… Ya Rabbal’alamiin. Saya doakan moga Siti Dida mahu ikut lomba baca puisi itu. Senang mengetahui penyertaannya. Mudaha jadi juara dan dapatlah Siti Ieesyah melihat pialanya. Insya Allah, Dida pasti menang jika dia tidak malu. 😀 Ayuuh, jangan malu Dida. Bunda doain ya.

      Terima kasih atas kunjungan dan pemberitahuan aktivitas Dida di sana. Salam mesra dari saya.

  26. Betul sekali Bunda siti, memang terasa pening sangat bila mengikuti alurnya yang semakin tidak jelas di Facebook, saya pun sudah mulai mengurangi aktifitas di FB walau memang belum ‘Talak Tiga’ hehe…

    ada beberapa yang perlu yang masih bisa dimanfaatkan disana, kalau yang tidak bermakna, baiknya tidak kita ambil saja kan?? pandai-pandai kita saja mengawal teknologi ini…

    terimakasih share pengalamannya Bunda Siti, saya merasa beruntung dapat bersahabat dengan Bunda di halaman blog ini…

    salam sayang saya selalu.. 🙂

    • Hai Tiyha…

      Hehehe… kok sayang juga ya mahu bercerai dengan FB itu. Tidak apa Tiyha, terpulang kepada masing-masing. Jika masih banyak manfaatnya, sila aja teruskan. Yang penting tahu mengawal diri.

      Terima kasih kembali atas kebaikan dan pesanan yang selalu mencerahkan. Malahan saya juga bertuah dapat mempunyai sahabat seperti Tiyha. mudahan silaturahmi ini akan selalu kekal selamanya. 😀

      Salam sayang dan rindu selalu dari saya buat Tiyha. 😀

  27. Assalaamu`alaikum kak,
    nampaknya kita sependapat dalam isu Facebook. Saya pun mengambil pendekatan yang sama tapi taklah sampai bercerai talak tiga. Hehe.. saya cuma tidak masuk ke dalam laman itu sahaja. Ramai jugalah kawan-kawan yang tanya, kenapa semakin jarang login ke dalam, saya cuma kata sibuk.

    • Wa’alaikum salaam adikku, Mama…

      Hehehe… malas nak talak satu atau dua dik. itu tandanya masih mahu rujuk lagi. Kalau talak tiga, kepastian telah diputuskan untuk kembali menyapa walau apapun yang terjadi.

      namun begitu, itu keputusan dan kemahuan masing2 yang tidak ada siapa dapat mengganggu gugat jika masing2 punya pilihan untuk menentukannya.

      Terima kasih ya sudah berkunjung. Akak senang sekali. semoga bahagia dan ceria selalu.

      Salam manis dan rindu selalu. 😀

  28. Kebetulan kita sama. Begitu punya modem yang bisa mengakses dunia maya,saya lebih tertarik bagaimana bisa belajar punya blog. Facebook yang dengar2 katanya punya banyak daya tarik, tidak sampai membuat saya pernah hadir di sana. Boleh jadi karena tidak kenal maka tak sayang.
    Seperti tidak menjadi perokok, sekali coba dan timbul rasa mual; membuat saya tidak sampai ketagihan dibuatnya.
    Begitu juga, cuman dengar banyak yang teler/mabuk kepayang dibuatnya membuat saya tidak sampai coba-coba masuk ke dunia facebookholic sana.
    Salam, rasanya saya mulai menyenangi tulisan2nya walau ada sedikit kendala bahasa. Kerana bahasa melayu kita beda beda tipis. Hahaha, becanda

    • Saudara RahmanWahyu…

      Iya, kita sama tapi tidak serupa. 😀
      Menurut saya, saudara Wahyu lebih bijak berbanding saya kerana mampu mengawal diri dari terjebak memasuk gerbang FB. Salut untuk kepintaran dalam menyingkir banyak godaan FB dan rokok.

      Sebaiknya jangan mencoba. kebiasaan pada cobaan-cobaan itulah yang melarut untuk mencapai keinginan merasai dan meronda ke dalamnya. Akhirnya akan menjebak diri. Subhanallah, kita masih mampu memikirkan kebaikan kerana sekelumit iman di dada yang masih berbaki untuk mengimbangi segala perkara yang meracun jiwa.

      Terima kasih untuk apresiasinya dan komentar berbobot. Senang mengetahui buah fikiran yang bernas dari saudara. mudahan tulisan saya bisa dimanfaatkan.

      Salam kenal dan mesra dari saya.

  29. Pingback: 19- Bicara Saya Dengan Encik Guru Siti Fatimah « Manusia Bisa Salah – Rahman Wahyu Gtlo

    • Hai Jhoferis Sihalolo…

      Aman atau tidak menggunakan FB ini terpulang kepada diri sendiri. Baik dan buruknya FB ini juga bergantung kepada pengalaman sendiri. Saya tidak dapat memberi jawabannya.

      Hanya anda sahaja yang dapat menjawabnya dengan melalui sendiri dunia FB ini sebagaimana saya pernah lalui sebelum saya membuat keputusan untuk tidak mempuyai akaun di FB selamanya.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam kenal. 😀

  30. Pingback: CT282. SORRY ! I SAY NO TO BBM & WHATSAPP | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.