CT371. KEMBARA MIRI (3): ZOO MINI DI MIRI CROCODILE FARM

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

ZooFatima1MiniZoo

*

BERSANTAI DI ZOO MINI

Alhamdulillah, perasaan saya sangat lega dan lapang setelah keluar dari kandang Sang Bedal (buaya) seperti yang telah saya jelaskan di posting CT370. KEMBARA MIRI (2): MIRI CROCODILE FARM. Kemudian kami meneruskan “pengembaraan” dunia hidupan liar dengan menggunakan lorong jalan yang disediakan menuju ke arah Zoo Mini.

Anak-anak sangat teruja kerana mereka ingin melihat haiwan-haiwan secara dekat. Ieesyah dan Akram sudah berlari-lari anak, Izzah dan Iffah mengekori dari belakang. Saya dan SPH berjalan santai sambil menikmati suasana persekitaran yang indah dengan pelbagai tumbuhan.

Untuk mengetahui apa yang menyeronokkan di Zoo Mini, Miri Crocodile Farm ini, mari ikuti perjalanan kami sekeluarga melalui foto-foto yang dirakam dengan penuh keceriaan. (pastinya oleh saya). πŸ˜€

*

ZooFatima2LaluanKeZooMiniMiri

Pepohon yang tinggi dengan dedaunan yang rimbun memberi perlindungan kepada kami dari terik mentari jam 1.49 petang. Hanya keluarga kami sahaja yang kelihatan berjalan di kawasan ini. Sangat menguntungkan apabila tidak ada orang kerana kita boleh berlama-lama berada di sini.

*

ZooFatima3

Pohon Rejang yang subur melekap di batang pokok kelapa. Sangat cantik dan saya suka memandangnya.

Sebelum sampai ke bahagian Zoo Mini, kita mesti melintasi dahulu kolam besar yang mengerunkan ini. Kenapa gerun ? kerana kolam itu tidak ada penghadang (pagar) pada tepiannya.

Laluan jalan kaki sangat hampir dengan tebing. Silap hari bulan, muncul buaya secara tiba-tiba dari dalam kolam tersebut sambil melibas ekor dan menyeringai giginya. eee…. ngerinya.

*

ZooFatima4Caution

Lebih menyeramkan apabila terdapat papan tanda amaran buaya yang dipampangkan di laluan tersebut menjelaskan kemungkinan ada buaya di dalam kolam. Saya mengajak SPH berjalan pantas kerana bulu roma saya sudah menegak disebabkan rasa seram yang teramat.

*

MEMASUKI DUNIA ZOO

ZooFatima5HaiwanZooMini

Sebenarnya papan petunjuk arah menuju ke Zoo Mini (di atas) dapat kita lihat di awal perjalanan yang sama menuju ke Kandang buaya besar – LIVE DINASOUR.

*

Kawasan Zoo Mini ini ringkas, tidak terlalu luas namun penat juga berjalan mengelilinginya. Tidak banyak haiwan yang boleh dilihat seperti yang tercatat pada petunjuk arah. Dimanakah haiwan itu ya ?

Saya dapat merasa suasana sunyi tanpa bunyi bising haiwan yang di”simpan”. Petugasnya tidak ramai dan boleh dibilang dengan jari. Pergi ke sana sini, petugas yang sama saya lihat. Dah macam “sakti” pula. Tiba-tiba muncul di setiap kawasan kami berada. Hehehe… lucu.

Sebaik langkah mencapai kawasan Zoo Mini, kita mendahului kandang burung besar yang mengandungi pelbagai spesis burung. Saya leka memerhati burung-burung yang cantik warna bulunya sambil mengambil foto.

*

ZooFatima6SangkarBurung

*

BERAMAH DENGAN “GOLDEN PHYTON”

Dalam keasyikan merakam foto burung, kedengaran suara riuh anak-anak di belakang saya. Rupanya mereka bersama SPH sedang mengerumuni seorang petugas Zoo yang sedang memikul seekor ular sawa besar – Golden Phyton -.Warna kulitnya kuning keemasan bertompok putih.

Ular itu sangat besar, namun bersifat pasif. Kelihatan jinak. Kami semua mengambil kesempatan untuk mengurut badan ular tersebut. Dalam rasa takut dan geli, saya paksa diri untuk meyentuh juga. Ini pertama kali saya menyentuh badan ular. Badannya sangat lembut, kulitnya licin dan sangat sejuk.

Ieesyah sangat teruja hendak memikul ular tersebut tetapi penjaganya memaklumkan ular itu sangat berat. Jika mahu berfoto dengan ular, maka anda mesti membayar RM10.00.

*

ZooFatima7GoldenPhyton

Sesi soal jawab

*

BERAMAH DENGAN BERUANG MANJA

Setelah mengambil gambar dengan Ular Emas, kami beranjak pula ke pondok kecil yang sudah bersedia di sana seorang petugas bersama seekor anak beruang yang sedang menyusu dengan botol susu.

Anak-anak bergegas mengerumuni anak beruang tersebut untuk memegang dan memeluknya. Awalnya saya melarang bimbang dicederai. Rupanya kuku dan gigi anak beruang itu sudah dikikir dan ditumpulkan untuk keselamatan. Kasihan ya.

*

ZooFatima8LihatApaTu

Teruja dengan anak beruang kerana pertama kali melihat dari dekat

*

Hanya saya dan Iffah yang tidak mahu berdampingan dengan anak beruang itu. Geli dan takut. Cukuplah menumpang untuk berfoto sahaja.

*

ZooFatima9IeesyahTakut

Tumpang berfoto sahaja

*

ZooFatima10IzzahPelukBeruang

Izzah memang tak takut haiwan sejak kecil

*

ZooFatima11AkramTakutBerani

Akram dipujuk untuk berfoto dengan anak beruang

*

Lucunya, anak beruang ini sangat manja dengan SPH sehingga tidak mahu melepaskan pegangan membuatkan SPH kegelian apabila tangannya digigit manja oleh anak beruang tersebut.

Kenapa ? sebab di tangan SPH ada plastik makanan dan beruang itu terhidu bau makanan yang melekat di tangan SPH.

Puas juga anak-anak dan petugas membantu untuk meleraikan pegangan itu, namun anak beruang tidak mahu melepasnya sehingga Ieesyah sangat marah dan menarik kepala anak beruang itu jauh dari tangan abahnya.

*

MENERUSKAN PERJALANAN

Setelah hampir setengah jam bersama anak beruang manja sambil berfoto ria, kami meneruskan perjalanan ke bahagian lain yang petunjuk arahnya seperti di bawah:

*

ZooFatima12HaiwanZoo

*

ZooFatima13KandangMonyet

Mula-mula kita melalui Kandang Monyet. Monyetnya sangat agresif dan dirantai. Entah, saya tidak suka dengan monyet, samalah dengan buaya. Kami tidak berlama menyaksikan monyet kerana sudah biasa melihat monyet.

*

ZooFatima14RumahMerpati

Setelah melalui papan arah petunjuk, kami melintasi kawasan lapang yang ditumbuhi banyak pepohon kelapa yang rendang dengan pokok Rajang sebagai tetamu tumpangannya. Yang menarik terdapatnya Rumah Burung Tekukur.

Sudah lama saya tidak melihat Rumah Burung seperti ini. Hanya ketika waktu kecil dulu saya melihatnya di rumah Nek Su Tura yang suka memelihara burung tekukur tersebut.

*

ZooFatima15KambingMesra

Setelah melintasi Rumah Burung Tekukur, kami sampai ke kawasan Kandang Burung Kasuari, Kandang Arnab dan Kandang Kuda. Yang lebih meriah dan lucu kami disambut dengan ramah mesra seekor kambing hitam (foto di atas).

Ke mana-mana kami berjalan, pasti sang kambing akan mengekori langkah kami dengan bunyi “embekan” yang membingitkan suasana. Sang Kambing seolah berkata-kata sesuatu yang tidak difahami. Sangat jinak dan bersahabat. Lucu lagaknya.Β  Ieesyah sangat suka padanya.

*

ZooFatima16BurungGanasDidunia

BURUNG KASUARI – foto ketikan yang paling saya suka. Pada matanya seolah-olah ada sesuatu yang ingin diceritakan. Sayu dan pilu. Mungkin terkenang kampung halamannya, siapa tahu apa yang terdampar di jiwanya. πŸ˜€

*

ZooFatima17Kassawari

Inilah BURUNG KASUARI yang dianggap antara burung paling merbahaya di dunia. Kenapa ia merbahaya ? Maaf, Silakan cari sendiri maklumat tentangnya. πŸ˜€

*

ZooFatima18KandangArnab

Ieesyah dan Akram masuk ke dalam KANDANG ARNAB – Ieesyah sangat suka dengan arnab. Kerana Ieesyah pernah memelihara seekor anak arnab selama 5 hari, selepas itu mati disebabkan tidak tahan panas matahari. Salah tempat simpan sangkarnya. Ketika itu usia Ieesyah 8 tahun.

*

ZooFatima24IeesyahdanArnab

Ieesyah bersama seekor anak arnab berbulu coklat muda. Ieesyah komplen, kadang arnab itu berbau busuk dan tidak suka berlama-lama di dalamnya.

*

ZooFatima29KandangKuda

Sang kambing, si penyambut tetamu yang ramah sentiasa ada di mana-mana kandang yang kami lawati.

*

ZooFatima23keluargaFatimaKandangKuda

“Mama, boleh ieesyah naik kuda” tanya Ieesyah semasa kami di kandang kuda. “Mana boleh, kuda ini bukan kuda jinak. Nanti jatuh.” balas saya. kasihan melihat wajah Ieesyah yang teringin mahu menunggang kuda.

Alhamdulillah, tak sangka pertanyaan itu nanti membawa kepada terkabulnya permintaan Ieesyah sebaik sahaja kami melangkah keluar dari kawasan Taman Buaya ini. Wajah Ieesyah paling ceria.

*

ZooFatima31ArahKeluarZoo

Perjalanan di Zoo Mini semakin hampir kepada penamatnya. Di hadapan sana ada Kandang Lembu, Kandang Kuda Ponny dan Tasik yang bersarang di dalamnya ikan Pirarucu (Alapaima), ikan air tawar terbesar di dunia.

*

ZooFatima30KandangLembu

Ini adalah lembu-lembu tenusu. Sangat sihat. Hanya ada tiga ekor sahaja.

*

ZooFatima32TandaArahKeluarZoo

Papan arah mengakhiri perjalanan kami di Miri Farm Crocodile dan Zoo Mini.

*

ZooFatima33KudaPonny

Sekumpulan kuda Ponny yang sepi di penghujung taman

*

ZooFatima34TerataiBungaIndah

Di sini bersenang lenangnya ikan-ikan pirarucu (alapaima) – ikan air tawar terbesar di dunia di dalam kolam berteratai indah.

*

ZooFatima21PelancungLuarNegara

Setelah kami keluar dari kawasan Miri Crocodile Farm dan Zoo Mini, baru terlihat sekumpulan keluarga pelancung dari luar negara yang sedang membeli tiket masuk.

*

ZooFatima22SelamatJalan

Anak-anak saya memang suka beraksi ceria, mengakhiri perjalanan yang awalnya mendebarkan, namun di akhirnya penuh keseronokan yang memikat hati. Alhamdulillah. Mereka berharap akan datang lagi, tapi saya cepat-cepat tidak menyetujuinya…kerana saya tidak suka buaya. Titik.

*

TIDAK BERAKHIR DI SINI

Alhamdulillah, banyak pengetahuan dan pengalaman yang kami perolehi sepanjang hampirΒ  satu jam 30 minit kami berada di Miri Crocodile Farm dan Zoo Mini.

Apa yang lebih menyenangkan hati saya dan SPH ialah kegembiraan anak-anak dengan apa yang dialami mereka apabila bersua muka secara berhadapan dengan haiwan yang belum pernah mereka lihat sebelum ini.

Sayangnya, pengurusan taman buaya dan zoo masih belum mantap dan perlu diselenggara dengan lebihΒ  baik dengan meningkatkan ciri-ciri keselamatan di Kandang Buaya dan keceriaan kawasan laluan zoo.

Apa yang menarik selepas keluar dari MCF ialah MENUNGGANG KUDA. Ieesyah adalah insan yang paling gembira kerana apa yang diingininya tercapai juga.

*

ZooFatima35HorseRiding

Jumpa lagi untuk aksi menunggang kuda. πŸ˜€

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima30 Januari 2016 (Sabtu)/ 20 Rabiulakhir 1437H/ 10.20 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. menghirup segar nikmat hidup yang dikurniakan Allah walau di dalamnya ada badai yang menggelora jiwa, ada taufan yang memuing hati, ada angin yang mengencang raga. Namun aku yakin semua itu merupakan rencah perisa yang mendewasakan kita untuk mengenal erti hidup sebenarnya agar kita tahu dunia ini bukan tempat yang bahagia selamanya.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Β *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Sentiasa hatiku merinduimu. Senyum yang terukir walau di balik pandang tetap menyentuh rasaku. Ku doakan kesejahteraan dan keamanan buatmu selamanya. Aamiin. Wassalaam. πŸ™‚

 

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

*

14 thoughts on “CT371. KEMBARA MIRI (3): ZOO MINI DI MIRI CROCODILE FARM

  1. alhamdulillah, saya bisa membayangkan keceriaan Ieesyah dan Akram Izzah dan Iffah saat melihat beraneka hewan di Zoo, bahkan juga tanaman yang ada, melihat buaya, ular, kuda ponny dan lain-lain,
    di tempat saya di kalimantan selatan, belum ada zoo selengkap ini, yang ada hanyalah taman pemeliharaan dan penangkaran buaya…
    keep happy blogging always, salam untuk semua keluarga besar ukhti Fatimah, salam dari Banjarbaru – Makassar

    • Kami pun tidak menyangka di Miri Crocodile Farm ini ada juga Zoo Mini. Kami fikir hanya melihat pelbagai spesis buaya sahaja. Alhamdulillah, tidaklah menjemukan apabila ada pameran haiwan lain juga yang pastinya mengujakan perasaan anak-anak.

      Saya harap di Kalimantan Selatan suatu hari nanti akan ada tempat seperti zoo mini untuk dilawati oleh penduduk setempat dan para pelancung. Mungkin jika Aisyah (didoakan sihat) sudah besar, mas Hariyanto dan mbak Wieka dapat bersama menikmati suasana seperti keluarga saya ini. Aamiin.

      Terima kasih mas Hariyanto dan salam takzim.

  2. Assalamualaikum Bunda. Lama saya tidak berkunjung ke blognya. Apa kabar? smeoga dalam keadaan sehat walafiat. Berkinjung ke mini zoo pasti disukai anak-anak ya bun

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Lidya…

      Alhamdulillah, saya sihat wal’afiat. Didoakan mbak Lidya dan keluarga di sana juga dirahmati Allah dengan kesihatan yang baik. Iya mbak. Anak-anak memang suka dengan Zoo. Kini mereka merancang untuk ke Zoo Negara di Kuala Lumpur pula. Insya Allah, akan terlaksana impian mereka di suatu hari nanti.

      Terima kasih sudah berkunjung lagi dan salam mesra selalu. πŸ™‚

  3. Pergi Zoo ni walau dikatakan mini tetap menyeronokkan. Betapa makhluk yg Allah jadikan berbagai warna dan kebolehan kalau kita renungkan. Ada otak tapi tak berakal. Sebab itu kita ni manusia kalau berbuat diluar pertimbangan akan cuba dibandingkan dgn haiwan kan.

    ps: Kalau Ieesyah dtg JB boleh auntie bawa pergi Zoo JB boleh naik kuda sayang, Anak-anak auntie semua dah naik tapi sekarang semua dah besar tak berkeinginan lagi (malu agaknya).

    • Iya kak, banyak yang dapat kita pelajari dari haiwan Zoo. Paling pentingnya jangan sampai kita yang berakal ini yang di”zoo”kan oleh perbuatan kita sendiri.

      Oh… di Johor juga ada Zoo ya. Insya Allah, kalau kami berkunjung ke Johor nanti bolehlah kita jumpa di sana kak. pasti Ieesyah suka.

      Terima kasih atas kunjungan Kak Zakie dan salam manis. πŸ™‚

  4. assalam…seronoknya anak2 ct di zoo Miri banyak pengalaman baru diperolehi bersama makhluk Allah pelbagai jenisnya ada yg jinak sifatnya n ada yg merbahaya n perlu dijauhi spt buaya…kasuari pun ada…burung ni kan terpantas lariannya di dunia tapi kini hidupnya terkurung…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Paridah Ishak…

      Kandang kasuari tidak berapa besar dan luas. Pergerakannya juga tersekat oleh pagar. Untungnya Kasuari itu tidak ada sayap maka tidak dapat melepaskan diri. Memang kasihan kak, dah biasa berlari pantas sampai di zoo miri kena berlari perlahan atau berlari anak je. Sedih kan.

      Terima kasih sudah berkunjunga kak dan salam manis. πŸ™‚

  5. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Alhamdulillaah…, perjalanan mengenal bermacam binatang dan tanaman ya, Mbak fatimah. Saya bisa membayangkan bagaimana sekirang foto dengan anak beruang itu ya, hehe… Mungkin saya akan berlama di dekat kandang kuda. Karena saya suka dengan hewan yang satu ini πŸ™‚

    Salam dari Jogja.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Anak beruang sangat jinak cuma kita geli dengan kelembutan bulu badannya yang hangat. Haiwan kuda ini sangat disukai Nabi SAW dan digalak kepada umatnya untuk belajar menunggang kuda. Tetapi perlu tahu tips menunggang yang betul jika tidak akan buruk padahnya.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam takzim.

  6. Assalamualaikum Mbak Fatimah,

    Bemain ke kebun binatang (zoo) bermanfaat sangat untuk anak-anak ya. Mereka bisa belajar tentang hewan liar dan jinak. Walau mamanya tidak suka buaya tapi semoga anak-anak bisa kembali hehehe..

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.