CT275. UMRAH WAJIB (4): SAIE – BUKIT DALAM BANGUNAN

19 Aug

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Saie4Fatima1BukitDalam Banguna

*

IMBAUAN

Kini kita sudah berada di bulan haji (Syawal, Zulkaedah sehingga 10 Zulhijjah). Saya kembali menyambung Travelog Hajjah (2) yang sudah dilangkau jauh kerana memberi ruang kepada bulan Ramadhan dan merayakan Syawal yang mulia.

Tulisan sebelum ini CT258. UMRAH WAJIB (3): TAWAF DI BAWAH LINDUNGAN KAABAH kembali menukil sambungannya di posting ini sehingga siri terakhir pelaksanaan UMRAH WAJIB kami di Tanah Suci yang merupakan pakej kepada Haji Tamattuk.

Mudahan bermanfaat untuk pengetahuan semua yang bakal menyusun langkah ke Tanah Suci di kemudian hari.

*

BERFOTO

DI TEPI DATARAN KAABAH. Sambil menunggu beberapa jemaah haji yang tertinggal dari kumpulan untuk menghabiskan tawaf dan solat sunat tawaf, beberapa hujjaj kumpulan kami mula berfoto dengan pelbagai gaya di hadapan kamera bersama Mutawwif berlatar belakang Kaabah yang tersergam indah.

Saya dan SPH tersenyum melihat gelagat mereka. Seperti anak-anak muda yang berebutan dengan aksi-aksi menarik. Saya beristighfar di dalam hati sambil berdoa; “Ya Allah, sabarkan aku untuk berfoto ria. Aku ingin menyempurnakan ibadah ini dahulu.” Saya juga membawa kamera tetapi tidak berkeinginan untuk berfoto selagi ibadah Umrah belum selesai.

“Tak nak bergambar ke. Bukankah Mah suka bergambar ?” usik SPH dengan senyum nakal. “Tak payahlah bang, kita selesai dahulu ibadah Saie dan Tahallul. Lepas itu, kita bergambarlah dengan gembiranya.” balas saya sambil ketawa.”Alhamdulillah, sedar diri juga isteri abang ni, Aaamin Aamiin.” ujar SPH sambil mengangkat tangan ke arah Kaabah.

Setelah sabar menunggu hampir setengah jam, kumpulan kami di bawa oleh seorang Mutawwif baru yang lebih muda menuju ke satu arah di sebelah kiri lampu hijau memasuki bangunan ke tempat Saie Bukit Safa. Di dalam bangunan tersebut tersergam Bukit Safa dan Marwah yang berjarak dalam 405 meter.

DI SINI, JEJAK SANG BONDA MULAI TERASA….

*

SaieFatima2BangunanSaie

Arah laluan dari dalam Masjidil Haram untuk memasuki Bukit Safa berhadapan dengan Hajarul Aswad dan berdekatan dengan Lampu Hijau.

*

BUKIT DALAM BANGUNAN ? 

Wah, bestnya bersaie dalam bangunan. Pakej yang lengkap. Tidak terkena panas, selesa, disediakan air zam-zam di sepanjang perjalanan antara dua bukit. Boleh berjalan santai. Jika penat, boleh berehat sebentar. Kemudian sambung semula sehingga cukup 7 pusingan. 

Mungkin itu yang sering kita dengar dari jemaah umrah atau haji yang pulang ke kampung ketika menceritakan pengalaman bersaie.

Tanpa kita sedari, semua itu sudah jauh dari situasi dan kondisi sebenar yang dialami oleh Bonda Siti Hajar, ibu kepada Nabi Ismail a.s ketika sedang mencari air untuk menghilangkan dahaga anakanda tercinta di antara bukit Safa dan Marwah.

*

sAIEbUKITsAFA

Sumber gambar: Wikepedia.com

Bukit Safa yang kini sudah dikepung dengan cermin kaca. Jemaah hanya boleh melihat dari luar dan bergambar di hadapannya. Saya dan SPH sempat menjulurkan kaki memijak pinggir bukit di bahagian sisi belakang di mana penghalang krom tersebut mempunyai ruang di bahagian bawahnya.

*

SAIE BUKIT MARWAH

Sumber gambar: Carian Google

Bukit Marwah (Tingkat 1/atas) yang masih boleh dipijak. Ramai jemaah hujjaj dan umrah mendirikan solat sunat atau berdoa di atas batu yang tidak selesa di duduki ini termasuk saya dan SPH. Ruang lantai Bukit Mawrah ini sangat terhad dan harus menunggu giliran untuk duduk di atasnya. Oleh itu, sikap toleransi sesama jemaah hendaklah dipraktikkan agar semua mendapat kesempatan.

Namun begitu, sebahagian “badan” Bukit Marwah ada di tingkat bawah tanah, juga telah dikepung dengan cermin kaca. Hanya sedikit sahaja yang tinggal bagi kenangan kita umat akhir zaman.

*

SAIE safa marwa

Sumber gambar: Carian Google
 

Peta Petunjuk kedudukan kawasan Masjidil Haram. Bangunan Safa dan Marwah tidak bersambung dengan Masjidil Haram.

*

DARI LENSA FATIMA

Foto-foto pelbagai sudut dari bangunan yang menyimpan Bukit Safa dan Marwah merupakan satu dari aktiviti menarik yang saya lakukan ketika sedang haid (uzur syar’ie)  atau mamnu’ minas solah.

Aktiviti ini saya lakukan bersama SPH setelah selesai sarapan pagi di Hotel Sevilla Barakat sekitar jam 9.00 pagi waktu Makkah.

Oleh kerana bangunan memanjang Safa dan Marwah ini bukan sebahagian dari Masjidil Haram, maka wanita yang datang haid dan nifas boleh masuk di dalamnya. Malah boleh melakukan ibadah Saie dengan syarat sudah melaksanakan Tawafnya terlebih dahulu.

*

SaieFatima9BukitSafaBelakang

Dataran di bahagian belakang bangunan Saie. Saya tidak tahu nama tempat ini.

*

SaieFatima10BukitMarwahBelakang

*

Saie4Fatima4DataranSisiSafaMarwah

*

SaieFatima17SafakeMarwah

1. Pemandangan jemaah haji sedang melakukan Saie (waktu kemuncak) selepas Tawaf Ifadhah (Tawaf Haji) dari Safa ke Marwah.

*

SaieFatima18MarwahkeSafa

2. Pemandangan jemaah haji sedang melakukan Saie (waktu kemuncak) selepas Tawaf Ifadhah (Tawaf Haji) dari Marwah ke Safa.

Kedua-dua foto 1 dan 2 (bersaie) di ambil dari atas jambatan yang melintang dua lorong ini dalam bangunan Saie, Tingkat 1 (atas).  Terdapat 7 jambatan telah dibina merentang kedua-dua bukit tersebut dari  sebelah kanan dan sebelah kiri.

*Saie4Fatima2JambatanT2BukitMarwah

Jambatan dari Bukit Marwah yang melintang kiri dan kanan dalam Bangunan Saie

*

SaieFatima15PintuTingkatAtas

*

SaieFatima16PintuTingkatBawah

Ini adalah pintu-pintu Babus Salaam menuju ke ruang Saie. Salah satu dari pntu ini menghadap terus ke Kaabah yang menjadi laluan Imam Masjidil Haram ke tempat saf apabila tiba waktu solat Fardhu.

Pintu-pintu ini tidak diberi nama dan tidak dinomborkan. Saya dan SPH mengetahuinya apabila bertanya dengan pengawal yang menjaga pintu-pintu ini.

*

Saie4Fatima3PerluasanMasjidilHaram2011

**

SaieFatima20PintuUmrahNo.62

Salah satu dari pintu luar Masjidil Haram yang menuju ke laluan masuk paling dekat ke bangunan Saie (Bukit Safa dan Marwah)

*

HATI TERSENTUH

Mengalami sendiri ibadah Saie ketika Umrah Wajib dan Haji memberi kesan tersendiri apabila memahami simboliknya ibadah tersebut. Saya dapat membayangkan kepayahan Sang Bonda yang mulia demi kelangsungan hidup anaknya di padang pasir yang gersang.

Tentu anda sedia maklum peristiwa besar di sebalik turunnya perintah melakukan Saie sebagai menghargai pengorbanan Bonda Siti Hajar, ibu Nabi Ismail a.s.

*

DENGAN LANGKAH PERTAMA…

….aku dan SPH bersama memasuki ruang Bukit Safa untuk memulai ibadah Saie. Kami memulai langkah pertama mengenang kemelut 7 pusingan SANG BONDA bermula dari Safa dan mengakhirinya di Marwah.

Di sini, tanpa sedar aku bertemu jejak Sang Bonda dalam lambaian indahnya bersama bayangan yang tidak berupa. Ada titisan air mata mengiringi langkahku kerana aku juga SANG BONDA itu.

*

ThankYouRoseFatima*

barheart2

saat aku mengingatimu… bergoncang seluruh jantungku

*

***************

SalamFatima3SalamFatima18 Ogos 2014 (Isnin)/  22 Syawal 1435H/ 10.13 malam, Sarikei, Sarawak

AKU….. kedinginan dalam sepi malam tanpa taburan bintang dan cahaya bulan. Ku renung dengan mata kelam yang menembusi dinding malam tanpa noktah. Saat itu, seribu rasa memintal rindu menganyam sendu kerana semalam sudah pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal. Esok, tanpa lelah sang mentari menyapa aku yang masih setia mengenangmu.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu… aku bahagia andai engkau juga menemui kebahagiaan dalam hidup ini.  Semoga ada pelangi indah yang menyinar sebuah impian yang belum kesampaian. Selalu ada doa untukmu. Percayalah. Wassalaam.🙂

*

RinduFatima7hanyapadamu

*

DI SINI…. DI HATIKU SELALU ADA DIRIMU

*

24 Responses to “CT275. UMRAH WAJIB (4): SAIE – BUKIT DALAM BANGUNAN”

  1. ilyasafsoh.com August 19, 2014 at 8:26 pm #

    Rindu nya hati ini ingin setiap tahun ke Makkah & Kakbah

    • SITI FATIMAH AHMAD August 20, 2014 at 9:38 am #

      Mudahan diperkenankan Allah SWT atas niat baik mas Ilyas untuk ke sana. Berdoa dan berusahalah untuk mencapai hajat tersebut. Aamiin.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam sejahtera.🙂

  2. dina August 20, 2014 at 11:27 am #

    mudah2an kesampaian berkunjung ke mekkah bunda, aamiin

    • SITI FATIMAH AHMAD August 20, 2014 at 1:57 pm #

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin.
      Mudahan hasrat dan doa Dina akan dimakbulkan Allah SWT.

      Terima kasih menyapa bunda, Dina.
      Salam manis selalu.🙂

  3. Akhmad Muhaimin Azzet August 20, 2014 at 12:39 pm #

    Labbaika… Allaahumma labbaik….
    Betapa hati ini senang membaca artikel Mbak Fatimah ini. Senang yang membesarkan rasa rindu ini. Makasih banyak ya, Mbak, betapa saya bertambah gambaran juga mengenai shafa dan marwah, begitu juga secara umum ibadah umrah ini.

    Salam ta’dzim dari Jogja,
    @muhaiminazzet

    • SITI FATIMAH AHMAD August 20, 2014 at 2:04 pm #

      Semoga seruan mas Amazzet akan disegerakan Allah untuk ke Tanah Suci. Aamiin. Niat yang baik tentu sekali mendapat perhatian Allah SWT.

      Alhamdulillah, demikianlah tujuan asal penulisan travelog hajjah ini untuk menyeru dan mengajak teman-teman yang belum ke Tanah Suci. Selain itu membangkitkan kerinduan yang dalam kepada kota Haramain (Makkah dan Madinah) sehingga berusaha mengumpul wang untuk segera ke sana.

      Hanya pertemuan sahaja yang dapat menawar rindu setelah berjauhan. Begitulah juga kita sebagai hamba Allah yang selalu merindui apa yang dicintai Allah dan Rasul-NYA.

      Terima kasih atas komentar dan kunjungan mas Amazzet.
      Salam hormat takzim.😉

  4. kempor August 20, 2014 at 3:11 pm #

    Cita cita buat naikin haji bapak ibu😀

    • SITI FATIMAH AHMAD August 20, 2014 at 4:20 pm #

      Alhamdulillah, niat yang baik untuk orang tua akan dimakbulkan Allah SWT. Aamiin.

      Salam kenal Kempor dan terima kasih berkunjung perdana ke LMGS G2.🙂

  5. winterwing August 20, 2014 at 5:35 pm #

    Assalamu alaikum, Bu Siti. lama nggak ketemu. saya sudah lama pingin mampir ke blog Bu Siti tapi sekarang baru sempat.
    maaf saya sekarang belum punya blog. maaf saya menghancurkan segalanya. cuma blogku yang pasti adalah winterwing. blognya masih ada tapi belum ada konten.
    saya lagi bingung mau posting apa sekarang. sekarang winterwing sebaiknya diisi apa?
    saya mikirin itu terus2an sampai sekarang. hasilnya = 0.
    Bu Siti masih punya semangat ngeblog juga? semoga terus bisa berlanjut. semoga saya juga bisa menemukan kembali semangat ngeblog seperti Bu Siti.

    • SITI FATIMAH AHMAD August 21, 2014 at 1:32 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Wahyu….

      Alhamdulillah dan teria kasih, senang menerima kunjungan Wahyu. Tidak apa-apa. mampirlah kalau ada ruang waktu yang bersahabat. Blog Wahyu juga sepertinya bermasalaah dan tidak dapat dikunjungi. Seakan sudah ditutup dan tidak aktif.

      Jangan mudah putus asa dalam menulis. Menulis itu mudah jika ia lahir dari hati. Menulis ini jangan sampai ditentukan apa yang hendak ditulis. Tulis sahaja apa yang terlintas di minda dan hati. Semuanya akan menghasilkan ide yang banyak sehingga ada ketikanya sukar untuk diberi noktah hentiannya.

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Semangat ngeblog ini tetap wujud dan sukar untuk ditinggalkan cuma ada ketikanya lambat dipapar kerana kesibukan yang menyita waktu. Menjana pahala dan ganjaran yang besar melalui penulisan di maya menjadi satu dari sebab kenapa saya masih aktif menulis. Mudahan diberkahi Allah SWT.

      Selamat sukses dalam penulisan dan musahan dirahmati Allah SWT.🙂

  6. Kisah Foto August 20, 2014 at 10:01 pm #

    Assalamualaikum Wr. Wb

    Wah saya belum pernah berkunjung ke sana… Semoga kelak berkesempatan mengunjunginya, amin🙂

    • SITI FATIMAH AHMAD August 21, 2014 at 1:53 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Ditya….

      Aamiin Allahuma Aamiin. Mudahan niat tersebut diperkenankan Allah SWT.

      Terima kasih Ditya telah berkunjung
      Salam ceria selalu.🙂

  7. Yuniari Nukti August 21, 2014 at 8:01 am #

    Assalamu Alaikum Bunda Fatimah..🙂
    Subhanallah saya terkesan bacanya. Bunda begitu detail menceritakan sudut-sudut ka’bah. Selama ini saya tidak tahu bahwa bukit Safa dan Marwah ada didalam gedung. Sulit dibayangkan bagaimana dulu Bunda Siti Hajar harus berlari-lari kepanasan demi mendapatkan air. Doakan ya Bun supaya saya bisa menjejakkan kaki ke sana, Amiin

    • SITI FATIMAH AHMAD August 21, 2014 at 1:59 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Yuniari….

      Alhamdulillah, mudahan bermanfaat untuk menambah rasa ingin tahu mbak tentang tempat-tempat yang menjadi syiar (masya’ir) dalam ibadah haji ini. Semoga niat baik mbak Yuniari akan dikabulkan Allah SWT di suatu hari nanti…. caranya kumpul dana/wang agar segera ke sana.

      Iya, kini tidak terasa perit untuk bersaie kerana dilakukan dalam bangunan berbanding zaman lampau yang masih terbuka dan dihinggapi panas terik mentari. Rugi ya apabila kita tidak merasai kesusahan bunda Siti Hajar dahulu.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam manis selalu.🙂

  8. Blogs Of Hariyanto August 21, 2014 at 9:39 am #

    assalamualaikum ukhti Fatimah, pembagunan demi pembangunan terus berlangsung di tanah suci….tempat yang beberapa waktu silam ..tak terasa sudah berubah lagi…semua demi keamanan dan modernisasi…bahkan cerminkaca-pun menjadi pembatas.bukit marwah dan safah….semoga saja itu tidak menjadi penghalang bagi umat Islam dalam beribadah….,
    larut dalam tujuh pusingan..saat Sitti Hajar mencari air untuk bayi Ismail…antara Safah dan Marwah…adalah bukti betapa kuatnya kasih sayang seorang bunda kepada sang anak……..
    keep happy blogging always…salam dari Makassar🙂

    • SITI FATIMAH AHMAD August 21, 2014 at 2:04 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Hariyanto….

      Kerana bentuk bukit Safa kian sedikit dan terhakis, maka kepungan cermin kaca menjadi satu solusi untuk menyelamatkan bukit tersebut sehingga harus disimen batunya agar tetap keras dan tidak luput.

      Begitulah pembangunan yang kian rancak sehingga merubah geografi Makkah sehingga hilang bentuk aslinya. Kini generasi kita hanya mengetahui rupa moden Kota Makkah. Semuanya sebagai sebab untuk membenarkan peristiwa akhir zaman yang kian lanjut usianya.

      Terima kasih mas Hariyanto untuk kongsiannya. Semoga akan kembali lagi menjejak kaki ke sana di kemudian hari. Aamiin.

      Salam hormat takzim.🙂

  9. winterwing August 23, 2014 at 10:11 am #

    Assalamu laikum, Bu Siti. Alhamdulillah akhirnya saya bisa posting lagi di winterwing. maaf kalo isinya masih cuma diary nggak penting. nanti saya tambahi dengan artikel sains agar bermanfaat. terima kasih atas dukungan Bu Siti.

    • SITI FATIMAH AHMAD August 23, 2014 at 11:00 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Wahyu….

      Alhamdulillah. mudahan bermanfaat dari setiap tulisan yang dikongsikan. Apa yang penting, pengalaman yang ditulis boleh membawa kebaikan keoada orang lain selain untuk melepaskan tekanan melalui tulisan yang juga meruoakan terapi untuk minda.

      Selamat kembali berkarya, Wahyu. Semoga terus bersemangat dan sukses dalam penulisan apa pun jua.

      Terima kasih atas makluman, terus ke TKP.
      Salam ceria selalu.🙂

  10. jimmy al ghazali indra August 24, 2014 at 10:42 am #

    kapan ya bisa pergi ke tanah suci

    • SITI FATIMAH AHMAD August 25, 2014 at 9:39 am #

      Hanya Jimmy yang dapat merancang, bila akan ke sana. Jika mahu segera, maka kumpul dana wang dari awal dan daftar nama dahulu agar cepat pergi haji. Jika lambat gilirannya, usaha dulu pergi umrah kerana umrah pertama kali itu dinamakan UMRAH WAJIB san seterusnya sudah menjadi SUNAT.

      Semoga dimakbulkan Allah SWT segala niat yang baik. Aamii.
      Terima kasih dan salam ceria.🙂

  11. Mang Lembu August 25, 2014 at 4:18 pm #

    waallaikumsalam..
    akankah saya dan keluarga diberi kesempatan melaksanakan haji dan umrah…hanya kerinduan dalam dada yang selalu membuncah terutama saat menjelang bulan haji yang sebentar lagi ini.

    salam sehat dan ceria selalu yeah…

    • SITI FATIMAH AHMAD August 25, 2014 at 10:24 pm #

      Insya Allah kang, apabila hati sudah terpaut rindu untuk ke sana dan niat itu wujud sungguh di dalam hati. Pasti seruan Allah akan hadir suatu waktu yang kita sendiri tidak tahu bila akan menyentuh.

      Cuma dalam menyahut seruan itu hendaklah ada usaha untuk ke sampai ke sana. Niat itu sahaja sudah diganjari Allah SWT dengan pahala kebaikan. Mudahan dikabulkan Allah SWT. Aamiin.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam sejahtera.🙂

  12. Trainer NLP 0821.4150.2649 October 28, 2015 at 4:40 pm #

    Semoga ada rezeki bisa berangkatin haji se Kecamatan😀

Trackbacks/Pingbacks

  1. CT276. UMRAH WAJIB (5): SAIE – JEJAK SUCI SANG BONDA | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2 - August 23, 2014

    […] telah menulis posting CT275. UMRAH WAJIB (5) SAIE – BUKIT DALAM BANGUNAN yang lebih banyak menyajikan foto-foto luaran bangunan Saie sebagai berkongsi sedikit pemandangan […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: