Archives

CT456. HAMBATAN MENULIS

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

Jika kita amati, mengapa kita sukar menulis untuk mencapai idea-idea yang ingin dituang melalui patah kata yang ingin dibina ? Kita dapat menggambarkan idea yang hendak diluah tetapi payah untuk dicurah. 

Continue reading

CT303. MENULIS TAJUK “YANG MENIPU” PEMBACA

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

MenulisFatima1MenipuPembaca

*

Perlukah kita menulis tajuk yang menipu pembaca ?

Persoalan ini selalu bermain di minda kita setiap kali ingin menulis tajuk yang bakal diluncurkan. Kita mungkin berfikir bahawa tujuan kita itu baik kerana mahu menarik perhatian sekaligus “mengajak” pembaca untuk membaca tulisan kita. Namun, saya yakin ada pro dan kontra dalam membicarakan tajuk ini. Continue reading

CT271. BIAWAK MEMASUKI RUMAH SAYA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

BiawakFatima1MemasukiRumahSayaIeesyah

*

SEMALAM

Sedang saya menikmati bacaan tokoh pahlawan Islam yang hebat bertajuk “BIOGRAFI AGUNG SALAHUDDIN AL-AYUBI : PENAKLUK TENTERA SALIB, anak kecil saya Ieesyah, 9 tahun yang duduk di samping saya di meja makan juga sedang khusyuk menulis sebuah karangan seperti tajuk di atas. Continue reading

CT267. TETAMU MALAYSIA DI KEBUN DUNIA ELY

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

KebunElyFatima1TetamuMalaysia

*

PERTAMA KALI

Sebenarnya, inilah PERTAMA KALI saya mengikuti acara menulis seakan pertandingan (competiton) untuk merebut “hadiah” di dunia maya. Mbak Ely telah membuat saya melakar sejarah sendiri kerana mengikuti penulisan di blog mbak Ely. 🙂
Continue reading

CT65. TULISLAH KOMENTAR DENGAN PANJANG

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Menulis memberi kesan tersendiri dalam menuangkan bunga-bunga idea sehingga menjadi malar segar di hati pembaca. Menulis merupakan satu seni yang harus dipelajari dengan hati yang ada cinta di dalamnya. Seni menulis yang kita miliki adalah satu kuasa yang dialirkan oleh otak yang hebat bagi menghasilkan idea-idea yang hebat juga.  Oleh itu, jangan disia-siakan peluang menulis yang sudah kita miliki dalam apa juga bentuk dan wadah penulisannya. Continue reading

CT52. FASIH MENULIS

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Setelah menulis artikel CT46. FASIH BICARA, saya tertarik untuk membincangkan tentang FASIH MENULIS.  Seperti halnya fasih bicara, fasih menulis juga merupakan satu potensi dan bukan lahir semula jadi. Potensi yang perlu diasah dengan baik dan minat yang menyeluruh. Bukan  hangat-hangat tahi ayam – melakukan sesuatu perkara dengan semangat di awalnya, kemudian rebah diseparuh jalan. Tetapi dengan semangat yang menyemarak keinginan untuk meneroka kehebatan dan menguasai kemahirannya. Continue reading

CT46. FASIH BICARA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Salah satu perkara yang selalu membuat saya terpegun ketika mendengar seseorang berbicara ialah kefasihan lidahnya dalam mengungkapkan kata-kata. Lisan yang fasih mampu membuka mata semua yang hadir untuk memandang ke arahnya sepanjang dia melontarkan perbahasan. Mampu melebar telinga para pendengar untuk meneliti setiap buah fikir yang dibincangkan. Malah mampu menghenti segala tugas yang sedang dijalankan semata-mata untuk menghayati apa yang dipesan. Continue reading

CT32. MENULIS TANPA BUKU

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Mengimbas kembali pertanyaan seorang pembaca blog Meneroka Minda Sukses (kini: KuasaSukses.com) kepada saya. “ Bila nak keluar buku ? “ Soalan yang begitu menyentuh hati saya. Saya membuat interpretasi mengapa pembaca tersebut bertanya demikian. Mungkin dia pernah membaca komentar-komentar yang pernah saya tulis di blog saudara Ahmad Fadzli Yusof di atas. Continue reading

CT30. DARI BLOG KE BUKU : KRONOLOGI KEGIATAN MENULISKU (2)

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Hari ini jam 14.27 petang, Ahad… Apa khabar sekalian sahabat ? Didoakan semuanya sehat dan bahagia. Aku kembali menyapa sahabat sekalian setelah sekian lama menyepi dari bercuti menulis di maya. Terima kasih kerana sudi bertandang ke blog Laman Menulis Gaya Sendiri dan menitipkan pesan di posting CT29. DARI BLOG KE BUKU: KRONOLOGI KEGIATAN MENULISKU (1). Insya Allah, sambungan dari intipati kegiatan menulisku akan bersambung hari ini. Silakan membaca sahabat dan semoga beroleh manfaatnya. Continue reading

CT29. DARI BLOG KE BUKU : KRONOLOGI KEGIATAN MENULISKU (1)

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

MENULIS SANGAT MUDAH. KENAPA AKU BERKATA DEMIKIAN ? KERANA…. Aku menulis sudah lama. Berpuluh tahun. Malah minat menulis terus dipupuk setiap hari.  Begitu juga dengan membaca. Dua aktiviti yang menjadi kegilaan dan kemestian bagiku dalam kehidupan ini. Kemana-mana, buku adalah kawan karibku. Continue reading