CT235. DARI LENSA MATAKU (6): POKOK BUNGA KERTAS – TEKNIK ‘CLOSE UP’

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

BougainVFatima1CloseUp1

Bougainvillea “Buttana Praetoria”

*

MARI BERKENALAN

Sebelum melangkah jauh ke hadapan, posting pengenalan ini membawa anda untuk mengenali sejarah Pokok Bunga Kertas. Maklumat di bawah saya kutip dari Wikepedia dan diringkaskan dengan mengambil bahagian yang perlu sahaja.

Pokok Bunga Kertas (bahasa Inggeris: “bougainvillea“) mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun. Ia adalah tanaman hiasan tropika yang sangat popular. Berasal dari Amerika Selatan. Nama botani bunga ini; Bougainvillea spp.

Semasa Pokok Bunga Kertas berbunga, kebanyakan daunnya akan luruh dengan meninggalkan bunga-bunga dan dahan-dahan yang menarik. Pokok Bunga Kertas menjadi pilihan ramai disebabkan bunga berwarna-warni yang cantik, tahan lama dan mudah dijaga. Umur pokoknya boleh melebihi 20 tahun (jika dijaga dengan betul).

BougainVFatimaCloseUp2

Bougainvillea “Afterglow”

*

Pokok Bunga Kertas adalah famili Nyctaginaceae. Mengandungi 28 genus dan 250 spesis. Terdapat tiga spesies utama bougainvilla di Malaysia, iaitu B. glabra, B. spectabilis, dan B. Mrs. Butt.

Banyak kacukan telah dilakukan daripada tiga spesies asal ini untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak, baik selapis mahupun banyak lapis.

Pokok Bunga Kertas mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas.

BougainVFatima3CloseUp3

Bougainvillea “Variegated Orange”

*

TEKNIK CLOSE-UP

Posting POKOK BUNGA KERTAS atau bougainvillea mempunyai beberapa siri yang saya khususkan untuk foto-foto POKOK BUNGA KERTAS sahaja. Ini disebabkan, spesis dan jenis pokok bunga ini sangat banyak, sangat menarik dan sangat indah.

Saya berbuat demikian kerana tidak ingin foto-foto ketikan khas saya ke atas pokok bunga tersebut dicampur adukkan. Saya telah menggunakan kamera CANON EOS 650D untuk merakam foto-foto Pokok Bunga Kertas.

Awal bulan Mac ini, satu fenomena indah dan menakjubkan telah melingkari kawasan pentadbiran Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang kerana Pokok Bunga Kertas sedang kembang meriah dengan segar dan cantik.

BougainVFatima4CloseUp4

Bougainvillea “Scottsdale Arizona”

*

Saya akan berkongsi keasyikan dan kekaguman terhadap fenomena indah dari hasil ketikan saya yang tidak seberapa bersama anda. Mohon maaf kalau fotonya kurang menarik dan tidak seperti yang diharapkan kerana saya masih lagi belajar untuk mendalami kemahiran dalam bidang fotografi.

Kebanyakan foto yang saya ambil di dalam posting-posting ini nanti, menggunakan teknik “CLOSE UP”. Teknik ini menghasilkan rakaman foto yang mengkagumkan saya. Hmmm…. mungkin anda juga. 😀 Saya sengaja memilih teknik CLOSE-UP.

Kenapa ?

…. kerana rakaman foto dari jarak dekat dapat menjadikan subjek  KELIHATAN LEBIH MENONJOL berbanding subjek lain dan mampu memberikan GAMBAR YANG LEBIH ‘SHARP’. 

Selain itu secara tidak langsung MENIMBULKAN PELBAGAI RENTAK WARNA (jelas dan kabur) pada  LATAR BELAKANG SUBJEK yang benar-benar membuat saya terkesima. Menakjubkan. Allahu Akbar. Semua itu kebesaran Allah SWT.

*

JARAK FOKAL

Rakaman foto teknik “CLOSE UP” pada Pokok Bunga Kertas ini, hanya menggunakan lensa “standard” yang dibeli bersama kamera CANON EOS 650D, bersaiz F-S18-135mm f/3.5-5.6 IS STM. Oleh itu, jarak fokal tidak dapat terlalu dekat dan mempunyai had jarak tertentu.

Oleh itu, untuk fokus yang baik dan sesuai dengan lensa ini ketika mod CLOSE UP hanyalah 135mm. Jika dibuat lebih dekat, rakaman foto akan kabur seperti dua foto di bawah ini.

BougainVFatima6CloseUp6

Bougainvillea “Klong Fire” – (Foto Blur)

*

BougainVFatima7CloseUp7

Bougainvillea “Apple Blossom” – (Foto Blur)

*

LENSA MAKRO

Oleh itu, jika mahu merakam subjek pada jarak sangat dekat, LENSA MAKRO dengan pelbagai pilihan jarak fokal yang berbeza bermula dari 40mm hingga 200mm adalah sesuai. Jarak fokal minima memberi impak yang LEBIH MENARIK dan BERKESAN. 

STANDARD ZOOM hanya membenarkan jurufoto mengambil gambar mengikut had yang disediakan sehingga tidak dapat memfokus pada jarak yang terlalu hampir. Sedangkan LENSA MAKRO memberi gambaran jelas, impak berbeza dan menakjubkan.

Jujurnya, setelah melakukan beberapa latihan sesi fotografi dengan teknik CLOSE UP, saya sangat berpuas hati dan “jatuh cinta” padanya. 😀

BougainVFatima5CloseUp5

Bougainvillea “Pagoda Pink”

*

Pada posting akan datang, rakaman teknik CLOSE UP pada foto Pokok Bunga Kertas akan ditampilkan dalam jenisnya masing-masing. Semoga beroleh manfaat dari keindahan yang diciptakan Allah SWT untuk kebahagiaan dan kegembiraan manusia sejagat.

*

SELAMAT MENJAMU MATA DENGAN TEKNIK CLOSE UP

BougainVFatima9CloseUp9

Bougainvillea “White Cascade”

*

***************

SalamFatima3SalamFatima17 Mac 2014 (Isnin)/ 16 Jamadil Awwal 1435H/9.15 malam, Sarikei, Sarawak

 AKU…. tidak mudah mengalah pada ujian yang mengajakku untuk bersaing dengannya. Juga tidak mudah lemah pada kesakitan yang menderakan hati  untuk tersungkur dalam kemelut rasa yang tidak berjiwa. Aku redha dengan segala takdir-NYA walau ada ketikanya aku tidak rela. Namun, iman dan takwa selalu mengikat dengan janji Tuhanku bahawa setiap pertemuan ada perpisahaan, setiap yang awal pasti bernoktah akhir. Dan mati itu, membuka tabir sebuah pertemuan abadi di sana nanti. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu…. Walau jauh dari pandangan mata, di hatiku tidak pernah lupa. Ingatan dan doa diiring sentiasa agar selalu sihat sejahtera dalam lindungan-NYA. Wassalaam. 😀

BougainVFatima8CloseUp

Bougainvillea “Lady Mary Baring”

*

KU SEBUT NAMAMU DI HATI….  RINDU PUN JATUH DI ATASNYA

*

19 thoughts on “CT235. DARI LENSA MATAKU (6): POKOK BUNGA KERTAS – TEKNIK ‘CLOSE UP’

  1. Assalamualaikum Bunda,
    Bunga kertasnya cantik, warna-warni,
    kamera dan teknik photo yang bagus sekali Bund,
    saya juga terkagum-kagum menikmati hasil photonya.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma…
      Iya, bunga kertas memang cantik dan berwarna warni. Saat ia berkembang dengan banyaknya, saya jadi terpukau dengan keindahan warna yang dipamerkan.

      Teknik memoto cara Close Up memberi satu kreativiti yang mencabar dan membuat kita kagum setelah melihat hasilnya. Pemilihan kamera dan kepintaran mengambil sudut juga berperanan untuk memperolehi hasil yang mengkagumkan.

      Terima kasih atas kunjungan mbak.
      Salam manis selalu. 😀

  2. Assalammualaiku Wr Wb…..

    Bunga kertas dari olahan sebuah kamera bisa juga membuat keindahan untuk mata yang melihatnya ya Bun, apalagi dengan corak dan pilihan warnanya yang sangat menarik sekali. he,, he,, he,,, hebat bunda kapan-kapan saya juga mau belajar tentang hal ini.

    Salam,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra….

      Insya Allah, apapun jenis kameranya, jia tahu mencari sudut yang memuas hati, pasti akan menghasilkan foto yang mengkagumkan mata memandang.

      Tentu membuat hati menjadi semakin bersemangat apabila ketikan foto yang dihasilkan memberi kepuasan.

      Ciptaan Allah SWT yang kelihatan biasa-biasa sahaja dari mata kasar telah menjadi sesuatu yang menakjubkan apabila kita tahu menghargainya melalui teknologi digital yang sudah pasti bersumberkan ilmu Allah SWT jua.

      Terima kasih mas Indra dan salam hormat. 😀

  3. Assalamualiakum Kak Fatimah
    Selain objek yang nyata terlihat indah…harus di dukung dengan tehnik dalam memotonya juga ya ..
    Hasilnya telah terbukti dari pengambilan gambar di atas 🙂
    Salam

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Purnomo Jr….

      Iya, kamera hanya alat tetapi kemahiran menggunakannya menjadi satu cabaran bagi menghasilkan rakaman yang memuaskan. Memoto tidak semudah yang disangkakan. Penat juga amat terasa kerana rasa jenuh.

      Fotografer adalah orang yang memungkinkan semua yang biasa menjadi luar biasa atas daya kreatif yang diolahnya dalam aksi mengambil sudut terbaik menurut pendapatnya saat sedang melakukan sesi fotografi.

      Terima kasih dan salam sejahtera. 😀

  4. wa ‘alaikum salam warahmatullah wabarakatuh..

    sangat cantik, Kak.. bikin hati fresh melihatnya..

    satu lagi keindahan, ciptaan Allah yang membuat hati kita berdecak memuji-Nya..

  5. Assalamualaikum, bunga kertas ini pernah sangat populer di makassar pada era tahun 80-an, sekarang tidak lagi…meskipun masih banyak yang menanamnya sebagai hiasan halaman rumah …..
    foto-fotonya bagus kok… apalagi memakai tehnik close up……keren luarbiasa…
    keep happy blogging always….salam dari Makassar Indonesia 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Hariyanto….

      Tentu cantik Kota Makassar di tahun 80-an tersebut. Bunga kertas kalau berbunga, sangat indah dan banyak bunganya. Sayang tidak lagi menjadi hiasan taman dalam kota.

      Saya baru belajar menggunakan teknik Close Up ini. Memang menakjubkan. Nanti mahu beli lensa makro untuk lebih memberi keberkesanan pada jarak dekat. Semakin suka dengan teknik ini.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam hormat. 😀

  6. Assalamu’alaikum wr.wb., Mbak Fatimah…
    Benar-benar foto-foto yang indah nih Mbak.
    Saya takjub dengan kemamuan Mbak memainkan kamera sehingga menghasilkan foto yang demikian indah ini.

    Salam,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa….

      Alhamdulillah dan terima kasih atas apresiasinya. Itu hanya kemampuan sederhana yang baru dipelajari dari sekelumit ilmu Allah SWT. Memerlukan masa yang lama dan peningkatan kemahiran yang lebih mantap jika sudah selalu melakukannya. Tingkat saya ini, masih “setahun jagung”, belum dapat dibaggakan. 😀

      Terima kasih mas Titik atas kunjungan.
      Salam hormat.

  7. Pingback: Hiasan Dalam Gaya Inggeris - Tips Barang Rumah dan Hadiah

  8. Pingback: CT349. DARI LENSA MATAKU (9): BOKEH DALAM PESONA LILY JINGGA | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.