CT419. KEGEMARANKU : TEKOYONG PAREK DAN SAYUR MIDIN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

tekoyongmidinfatima1kegemaranfatima

*

SELAMAT MENGAKHIRI TAHUN 2016

Alhamdulillah, ini merupakan posting ke-419 dan terakhir yang mengakhiri perjalanan penulisan di blog LMGS G2 tahun 2016. Jika diteliti banyak nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita sepanjang tahun 2016 sehingga kita masih dapat menhirup udara segar hari ini sebelum tibanya tahun baru 2017. Insya Allah.

*

MAKANAN KEGEMARAN

Setiap kali balik kampung di Sri Aman, pasti adik bongsu kesayangan, Hanim akan memasak makanan kegemaran saya. Semua ini atas arahan Emak tersayang kerana tahu apa yang saya suka makan. SEMUA PARA EMAK selalu menjadi orang terbaik YANG TAHU KEGEMARAN ANAK-ANAKNYA. Terima kasih Emak. Semoga dipanjang umur dalam keberkatan.

Balik kampung baru-baru ini (di rumah Hanim) sangat mengujakan apabila sampai sahaja di meja makan terus saya terpandang makanan kegemaran kami adik beradik semasa kecil iaitu TEKOYONG PAREK REBUS SERAI  dan SAYUR MIDIN dihidang di atas meja.

*

(1) TEKOYONG PAREK

tekoyongmidinfatima2dimasakrebusdserai

*

Oh ya terlupa… Tekoyong atau Koyong (sebutan dalam bahasa Sarawak) adalah SIPUT.  Sebutan TE pada TEkoyong adalah seperti kita menyebut TE pada perkataan TElan, TEkan dan TEman.

*

HARGA MAHAL

Saya menjerit riang kerana sudah sangaaaaat lamaaaaa tidak merasai masakan tekoyong rebus ini. Rasanya hampir 25 tahun. “Alhamdulillah…. melihat orang menjual tekoyong ini, tanpa fikir panjang tentang harganya terus dibeli setengah kilo. Harganya sekilo adalah RM26.00. Sangat mahal.” kata Hanim dengan teruja.

Tekoyong parek kini sudah jarang ditemui secara habitat semulajadinya. Sebab itu harganya mahal  berbanding dahulu hanya RM1 hingga RM3.00 sekilo. Semasa zaman kanak-kanak, kami puas makan Tekoyong Parek atau Tekoyong Sungkit ini. Maklumlah ini makanan ORANG KAMPUNG.

*

ISINYA MESTI DISUNGKIT

Kenapa tekoyong parek disebut juga tekoyong sungkit ? Sebab kalau hendak mengambil isi tekoyong dari cengkerangnya harus disungkit menggunakan objek tajam seperti jarum peniti yang halus. Isi tekoyong yang lembut sesuai menggunakan jarum peniti berbanding objek tajam yang lain.

*

tekoyongmidinfatima3tekoyongsungkit

*

RASA ?

Tidak ramai orang suka makan tekoyong. Anak-anak saya semua tidak suka malahkan geli melihat saya dengan penuh selera makan tekoyong..hehehe. Rasa tekoyong parek ini tidak ada yang istimewa, biasa sahaja. Rasanya tawar sama seperti kita makan kerang. Kerana tidak ada rasa, maka saya suka makan dengan kicap manis yang sudah diperah limau dan diberi cili. Baru sedap. 😀

*

tekoyongmidinfatima4tekoyongparek

Inilah rupa isi tekoyong parek yang disungkit dari cengkerang. Isi di atas kepalanya sedikit kental berbanding di bahagian ekor yang lembut berjeli. Kalau tak biasa makan, memang geli dan nak muntah…hahaha.

*

Selain Tekoyong Parek saya juga suka makan Tekoyong Sedut. Tekoyong Sedut hanya perlu memotong bahagian ekor dan sedut isinya dengan mulut dari lubang yang dipotong pada cengkerangnya. Tekoyong Sedut sedap dimasak lemak cili padi atau masak kicap.

*

(2) SAYUR MIDIN

Setahu saya, SAYUR MIDIN  hanya dikenali di Sarawak dan dianggap makanan orang kampung yang sudah dimakan sejak turun temurun lagi. Di Semenanjung Malaysia, sayur ini tidak ditemui, begitu juga dengan sayur terung Emas.

Harga Sayur Midin sangat MAHAL apabila kita makan di restoran atau di kedai makan biasa. Kenapa ? Kerana sayur ini sukar dicari dan ada grade tersendiri. Kita harus ke hutan atau kawasan dekat parit atau sungai kecil untuk mengambilnya. Berisiko tinggi untuk bertemu dengan ular atau binatang berbisa yang lain secara tiba-tiba.

Jika membeli di pasar minggu Sarikei, harganya bermula dari RM1.00 (musim banyakl) hingga RM3.00 seikat (musim sedikit). Malah, di beberapa tempat boleh mencapai RM5.00 seikat kerana sukar ditemui,

*

SEJENIS PAKU PAKIS

Sebenarnya, SAYUR MIDIN ada di Semenanjung Malaysia tetapi orang sana tidak tahu bahawa sayur ini boleh dimakan. Saya melihat banyak SAYUR MIDIN tumbuh liar di Kelantan (iaitu daerah Nilam Puri, tempat saya belajar dahulu). Geram betul saya melihat sayur itu berjejeran di belukar dekat parit. Terbiar begitu sahaja.

SAYUR MIDIN adalah sejenis paku pakis yang hidupnya secara semulajadi tumbuh liar di kawasan belukar berdekatan dengan parit atau sungai kecil. Yang pentingnya tempat yang berair dan bertanah lembab.

*

tekoyongmidinfatima7lokasimidindalambelukar

Foto: Sumber Google

*

tekoyongmidinfatima8lokasimidintanahlembab

Foto: Sumber Google

*

Warnanya pelbagai. Ada yang berwarna merah, coklat muda dan hijau. Begitu juga bentuk dan daunnya. Ada yang berdaun lebat dan lebar, ada yang tirus dan jarang. Malah ada yang tidak berdaun dan bergulung di puncaknya. Sayur Midin juga mempunyai kelas tersendiri di mana menentukan mahal dan murah harganya.

Saya suka memasak sayur midin dengan sayur grade 3 atau gred 4 kerana banyak daun berbanding gred yang lain. Saya kurang suka sayur Midin yang berbatang sahaja. Apa pun grednya, Midin tetap Midin. Lazat.

*

tekoyongmidinfatima6bentuksayurmidindangrade

Sila Rujuk: www.malaysiavegetarianfood.com

*

SAYUR MIDIN vs SAYUR PAKU

Tetapi harus faham bahawa SAYUR MIDIN TIDAK SAMA DENGAN SAYUR PAKU. SANGAT BERBEZA. Sayur paku juga mempunya bentuk yang berbeza.

*

sayurpakuikan

Foto: Sumber Google

Sayur Paku Ikan (foto di atas) yang biasa saya masak adalah tumis lemak sambal belacan bersama udang. Masakan ini kesukaan saya dan SPH. Lagi pedas lagi lazat. 😀

Saya juga pernah makan Sayur Paku Ikan yang dimasak lemak cili padi dengan telur itik segar (ini pengalaman pertama kali makan telur itik segar) di rumah seorang teman di Kuala Lumpur zaman belajar di UM dahulu. Sangat lazat.


*

PELBAGAI RESEPI SAYUR MIDIN

Ia sedap dimasak dengan pelbagai jenis menu secara sendirian atau campuran sayur lain, ikut kreativiti dan selera yang disukai.

Kegemaran saya dan keluarga ialah memasak SAYUR MIDIN dengan tumis sambal belacan (seperti foto di bawah) atau dicampur di dalam masakan Bubur Pedas.

*

tekoyongmidinfatima5midinmasakkulathitam

Sayur Midin dimasak tumis sambal belacan bersama Cendawan Hitam dimasak oleh adik saya, Hanim. Terima kasih dik. 🙂

*

BAGAIMANA DENGAN ANDA, PERNAH MAKAN TEKOYONG PAREK ATAU SAYUR MIDIN ?

*

*

bunga*

***************

SalamFatima3SalamFatima31 Disember 2016 (Sabtu)/ 1 Rabiul Akhir 1438H/ 12.27 petang, Sarikei, Sarawak

AKU…. perlu lebih menyakini diri jika mahu mencapai segala impian yang tertunda. Tidak ada sesiapa yang dapat menghalang kecuali diri yang tidak mahu menentang kemalasan yang wujud dalam hati. Apabila Tuhanku sudah memberi ruang bernafas yang tersisa, mengapa aku harus berhenti mengejar cita-cita. Hanya mati menjadi noktah kekecewaan yang masih tertunda.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

 DEDIKASIKU UNTUKMU…. Selamat mengharungi kehidupan tahun baru yang lebih realistik dengan jiwa mampan agar bersedia tanpa keluh kesah yang mendesah lara. Hidup ini harus dipandang dengan hati terbuka bahawa Allah telah menyediakan banyak jalan untuk kita sampai kepada apa yang diimpikan. ASAL BERANI BERMIMPI SEGALANYA MUNGKIN. Untukmu selalu ada doa tanpa lelah.  Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

SELAMAT TAHUN BARU 2017

22 thoughts on “CT419. KEGEMARANKU : TEKOYONG PAREK DAN SAYUR MIDIN

  1. assalamu alaikum kak,
    makanan unik dari masa kecil selalu dirindu ya, ada nostalgia dalam sepiring makanan

    sayur midin itu dari pakis liar kak?
    keluarga kami biasa masak pakis2an dengan bumbu anyang (kelapa gongseng) atau gulai … sedap sekali

    kalau tekoyong parek nih belum pernah lihat
    di Jawa Barat ada jenis keong sawah yang makannya memakai bantuan toothpick,
    keong swah ini disebut tutut

    saya belum berani coba makan tutut kak

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Monda….

      Iya, sayur midin satu dari spesis paku pakis yang boleh dibuat sayur dan sedap dimasak tumis sambal belacan.

      Mungkin keong sawah itu sama seperti tekoyog parek ya, kerana kedua-duanya dimakan dengan cara menyingkit menggunakan objek tajam. Jika benar, memang enak itu mbak Monda dan boleh dicuba baru diketahui rasa dan teksturnya.

      Terima kasih mbak sudah berkunjung awal di ambang tahun 2017 ke blog saya ini. Mudahan sihat dan sejahtera menyulami hidup mbak di tahun ini. Aamiin.

      Salam mesra selalu. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Frany….

      Kuliner kampung itu sudah lama dilupakan dan tidak digemari oleh generasi moden masa kini. Suatu hari nanti, pasti tekoyong parek tidak diketahui ia boleh dimakan atau tidak… suka tekoyong itu dan selamat hidupnya…hehehe.

      Saya juga suka makan kerang tetapi belum pernah makan tiram. Bagaimana rasanya ya.

      Terima kasih mbak Frany sudah berkunjung dan salam manis. 🙂

        • Tiram adalah makanan laut yang mahal harganya. Beruntunglah mbak Frany dapat merasai tiram di hotel. Setakat ini, hotel-hotel yang pernah saya kunjungi tidak ada yang menyajikan tiram, mbak.

          Mungkin di sana harga tiram murah ya. Kalau sos tiram itu, memang saya suka dan selalu dibuat marinade untuk ayam panggang.

          Terima kasih sekali lagi mbak Frany. 🙂

            • oooo, begitu ya mbak Frany. Mudahan satu hari nanti saya dapat merasa makan tiram ini.

              Kalau sayur Midin, apakah di sana tidak ada ? Saya sudah menambah informasi tentang gambar sayur Midin, mungkin di Indonesia ada nama lainnya, ya.

              Kerana kita adalah emak-emak yang hobinya memasak, mungkin mbak Frany pernah melihat atau memasak sayur Midin di sana.

              Terima kasih, mbak Frany. 🙂

  2. Sayangnya kakak tak pernah makan tekoyong tu CT. Kakak rasa agaknya macam makan kerang/kupang hihi… Manakala midin tu betullah kakak memang panggil pucuk paku. Yg ini kakak dah selalu makan. Tapi belilah di pasar malam atau pasar minggu. Tumis sedap:)

    Semoga 2017 ini memberi kita segala kebaikan tak kira di dunia sementara ini mahupun utk bekalan di akhirat kelak.

    • Memang tekoyong tu lebih kurang kerang dan kupang, kak. Mungkin rasa dan bentuknya berbeza. Saya pernah makan kupang rebus masa mengunjungi keluarga angkat di Pantai Sungai Remis, Perak dulu. Tak berapa di lidah saya kerana tidak biasa dengan rasanya…hehehe. Sedap lagi kerang.

      Yang akak makan mungkin BUKAN MIDIN tetapi SAYUR PAKU. Memang ada beza Midin dan Paku kak.

      Saya sudah menambah maklumat tentang sayur midin dan sayur paku di atas. Mudahan dapat membantu akak mengenali sayur midin.

      Aamiin ya Rabbal’alamiin. Didoakan akak dan keluarga juga demikian sama di tahun baru 2017 dengan kebaikan yang diberi Allah SWT setelah melalui banyak ujian dari-NYA di tahun 2016 yang lalu.

      Terima kasih kak dan salam manis selalu. 🙂

  3. Assalam pakabar ct moga dikurniakan rahmat Allah n kesihatan yg baik seisi keluarga…nampaknya makanann kesukaan ct dah jadi rare n bernilai tinggi kak xpernah rasa siput tu tapi paku midin tu tahu juga disini digelar paku merah n dijadikan rencah bubur lambuk…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Paridah Ishak….

      Selamat Tahun Baru 2017, kak. Alhamdulillah, saya sihat dan didoakan akak sekeluarga juga siha semuanya dalam rahmat Allah SWT.

      Iya betul kak. Saya dan melihat image di Google, ternyata Paku Merah itu adalah kategori grade 5 dalam standard Sayur Midin.

      Saya belum pernah mencampur sayur Midin dalam Bubur Lambuk. Biasanya di Sarawak Bubur Lambuk (Bubur Asyura) banyak menggunakan kekacang berbanding sayuran.

      Terima kasih Kak Paridah kerana sudah berbagi maklumat dna salam mesra selalu. 🙂

    • Sangat berza sekali bentuk juga rasa kedua-dua sayur ini. Cuma ia dari spesis yang sama iaitu paku pakis.

      Saya harap mas Amazzet akan dapat merasainya suatu hari nanti.
      Terima kasih sudah berkunjung dan salam takzim.

  4. Assalamu’alaikum mbak Fatimah, apa kabar?

    Selamat tahun baru, mbak. Semoga sukses selalu di tahun ini.
    Lama sekali saya tidak berkunjung ke blog, karena saya jarang sekali ngeblog di tahun lalu. Semoga tahun ini saya kembali giat ngeblog dan saling silaturahmi lagi dg mbak Fatimah melalu media blog.

    Salam persahabatan dari saya di Sukabumi,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa…

      Aamiin Allahumma Aamiin atas doa yang disampaikan. didoakan mas Titik dankeluarga juga sukses.

      Senang menerima kunjungan kembali dari mas Titik yang sudah lama tidak bersilaturahmi. Mudahan ada kelapangan lagi untuk berkongsi ide dan pengalaman melalui tulisan di masa akan datang.

      Selamat tahun baru 2017, Terima kasih dan salam takzim.

  5. Assalamualaikum ummi siti fatimah, moga sentiasa di dalam kesihatan yang baik.
    Artikel ini mengingatkan saya pada zaman budak-budak dahulu. Memang saya biasa makan tekoyong rebus. Tapi di semenanjung ia lebih dikenali dengan siput. Mahu memakannya perlu disungkit/cungkil dengan jarum. Biasanya kami guna pin. Ralit sangat memakannya. Dulu-dulu, kami biasa mencarinya di pinggir-pinggir kuala, atau di pantai, banyaknya tekoyong melekat pada batu-batu di pantai. Sekarang ni, entahlah ada lagi atau tidak.
    Kalau di Terengganu yang warna merah tu dipanggil pucuk midin tu, yang hijau pucuk pakis. Tapi ditempat saya yang warna merah tu dipanggil pucuk paku merah, yang hijau dipanggil pucuk paku hijau, mudah je hehe… Kalau yang merah biasanya dibuat sayur tumis air, kalau bulan ramadhan ditambah dalam ramuan bubur lambuk, kiranya memang wajib ada. yang hijau tu buat kerabu memang sedap .
    Dulu-dulu, samada tekoyong, pucuk paku merah atau hijau, nak mendapatkannya amat mudah. pergi cari je. tapi sekarang semuanya kena beli…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Abu Ikhwan…

      Aamiin Allahumma Aamiin. Didoakan Abu Ikhwan dan keluarga dalam kesihatan yang baik dan diberkati Allah swt.

      Betul, sekarang ini semua sayur-sayuran kena beli. Di Sarikei Market, saya masih boleh membeli sayur midin dalam pelbagai gred dengan harga yang sama RM1.00 sahaja. Mungkin terlalu banyak disebabkan musim hujan hingga sayur midin sangat banyak. Tetapi apabila tidak ada pada musimnya, sayur midin dijual sekitar harga RM3.00 hingga RM5.00 seikat.

      Saya fikir apa tekoyong atau siput yang kita makan itu adalah spesis yang sama. Memang sukar diperolehi sekarang kerana itulah menjadi penyebab ia menjadi mahal.

      Saya belum cuba lagi masak sayur midin bersama bubur lambuk, nanti saya nak cuba. Ia sesuatu yang baru buat saya.

      Terima kasih Abu Ikhwan atas perkongsian pengalaman yang menarik di masa kecil dan sayurannya.

      Salam takzim.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb….

      Sekarang sudah jarang makan tekoyong parek dan tekoyong sedut. Masa saya remaja dulu, selalu mencari tekoyong sedut di anak-anak sungai. Tapi kini jarang dilihat lagi tekoyongnya.

      Terima kasih dan salam hormat.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.