CT232. ZIARAH MADINAH (10): JAUHNYA PERJALANAN KE RAUDHAH (2)

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Raudhah2Fatima1JauhnyaPerjalanan*

MALAM TERAKHIR DI MADINAH

Setelah tamat sesi taklimat tentang keberangkatan rombongan KT 33 Sarawak ke Makkah untuk esok hari. Saya dan SPH melakukan Ziarah Wada’ ke Maqam Rasulullah saw malam itu juga. Bimbang tidak berkesempatan melakukannya esok hari.

Selesai melakukan Ziarah Wada’, kami meneruskan perjalanan pulang ke hotel. Jam Casio di tangan menunjukkan pukul 9.50 malam (waktu Madinah). Kami berjalan melalui Dataran Masjid Nabawi di bawah simbahan cahaya terang dari lampu-lampu Payung Kembang Pagi yang berbaris megah.

Kami melintasi Babus Salam, pintu masuk ke Raudhah al-Mutahharah bagi jemaah lelaki. SPH pun bercerita kisah lucunya ketika memasuki Raudhah di mana SPH ditolak dalam suasana berebut-rebut oleh jemaah yang hendak ke Raudhah.

Kerana tidak dapat bertahan dari asakan ratusan jemaah, SPH memanjat dengan melangkah kain pemidang yang sedia lentur oleh rempuhan jemaah sebelumnya. Tanpa disedari SPH sudah memasuki Raudhah. Alhamdulillah.

 MuhammadFatima7aBab salam

*

TIDAK PERCAYA

Kemudian saya bercerita tentang malam pertama memasuki Raudhah bersama Kak Senah dan Kak Kasma. Sudah beberapa kali saya menceritakan tentang kisah kami kepada SPH tetapi tidak percaya. SPH yakin kami masih belum mencapai Raudhah. Menurut SPH, bukan senang memasuki Raudhah kerana orang terlalu ramai.

Satu situasi telah menambah rasa tidak percaya SPH tentang cerita saya apabila saya bertanya jadual memasuki Raudhah bagi wanita kepada seorang petugas berbangsa Arab yang menjaga kawasan luar bangunan berkubah hijau di mana terletaknya Makam Rasulullah SAW dan dua sahabat besar baginda. Ketika itu, saya dan SPH baru selesai menziarahi Makam Nabi SAW.

Petugas itu memaklumkan, jadual ke Raudhah untuk wanita adalah jam 7.00- 11.00 pagi dan 8.00-12 tengah malam. Saya menjelaskan bahawa saya pernah masuk ke Raudhah pada jam 12.30 pagi dan keluar jam 1.00 pagi. Suasana Raudhah sangat lengang dan tiada kesesakan. 

Petugas itu nampak bingung dan hairan dengan cerita saya. Macam tidak percaya. Beliau menafikan maklumat saya dan masih mempertahankan waktu tutup Raudhah ialah 12.00 tengah malam.

Kisah ini ditulis dalam CT95. HADIAH DARI LANGIT…. 30 MINIT DI RAUDHAH.

Allahu Akbar, saya mensyukuri nikmat Allah dengan memuji-NYA di dalam hati atas apa yang dikurniakan kepada saya, Kak Kasma dan Kak Senah. Jika Allah SWT menghendaki sesuatu berlaku dengan mudah, semuanya dimudahkan.

*

DESAKAN

Apabila langkah kami hampir ke Pintu Nisak, SPH mendesak saya memasuki Raudhah. Saya rasa malas dan tidak mahu. Menurut saya, cukup sekali memasuki Raudhah. Berilah peluang kepada mereka yang belum ke sana. Pengalaman malam pertama memasuki Masjid Nabawi dan “dijemput” ke Raudhah masih mengesani hati sampai bila-bila.

Malah pengalaman kedua ke Raudhah di dalam posting CT129. ZIARAH MADINAH (2): JAUHNYA PERJALANAN KE RAUDHAH (1) telah dibatalkan apabila melihat ramai jemaah hajjah yang menunggu di stesen-stesen untuk ke Raudhah. Saya mengajak Kak Senah dan Kak Bedah membatalkan niat kami ke Raudhah memandangkan kami sudah ke sana. 

*

SEPARUH HATI

Akhirnya saya mengalah dengan desakan SPH. Pelbagai alasan telah saya utarakan seperti SPH tidak betah menunggu saya jika orang terlalu ramai, saya tidak suka pergi seorang diri dan hendak berkemas barang untuk keberangkatan esok.

Semua alasan tidak dipedulikan SPH. Saya tetap disuruh untuk ke Raudhah malam itu juga kerana esok sudah berangkat ke Makkah. Saya pergi dengan separuh hati. Badan sangat letih dan ingin berehat di hotel. Awalnya, saya ke Raudhah sekadar untuk memenuhi desakan SPH.

Semoga Allah SWT mengampunkan saya. Aamiin. Bukankah semua yang berlaku itu sudah dalam ketentuan Allah SWT, lalu saya melalui pengalaman seorang diri ke Raudhah pada malam terakhir saya di Masjid Nabawi.

*

MENUJU RAUDHAH

Saat kaki melangkah memasuki pintu al-Nisak tepat jam 10. 17 malam. Saya membetulkan semula niat untuk meredhai apa yang telah berlaku agar amalan diterima Allah. Saya berjalan cepat ke dalam Masjid Nabawi dan mengharapkan malam ini tidak ramai orang ke Raudhah seperti malam pertama kehadiran saya ke sana.

Perjalanan sangat lancar dan menyenangkan hati. Stesen 1 dan stesen 2, lenggang. Beberapa jemaah lalu lalang. Setelah memasuki jauh ke dalam masjid dan tiba di stesen 3, saya melihat kelompok jemaah haji Indonesia mendominasi ruang. Hanya sedikit dari Malaysia, Thailand dan Brunei.

Mereka menunggu untuk bergerak ke stesen seterusnya. Mereka duduk dalam pelbagai ragam dan cerita. Ada yang bercakap santai, ketawa senang, membaca al-Quran dengan khusyuk dan berzikir sambil membilang jari atau tasbih. Suara jemaah bingit memecah ruang yang luas di dalam Masjid Nabawi.

Saya menyabarkan hati dan menarik nafas dalam-dalam. Jam menunjukkan pukul 10.25 malam. Saya yakin perjalanan menuju Raudhah mengambil masa yang lama memandangkan ramai yang sedang menunggu giliran. Saya memilih barisan hadapan, mencelah diri  dan mengatur duduk untuk mencari keselesaan.

Tiada siapa yang dikenali. Jemaah Malaysia tidak kelihatan. Kiri kanan, depan belakang hanya jemaah Indonesia. Saya mengambil kesempatan berkenalan, bertanya khabar, bertukar senyum dan cerita biasa-biasa. Setelah itu, saya memilih untuk membaca al-Quran, berzikir dan solat sunat. Rasa mengantuk ditahan bimbang wuduk saya batal.

LaluanMenujuRaudhahFatima1

*

JAUHNYA PERJALANAN

Walaupun di dalam Masjid Nabawi, perjalanan menuju Raudhah terasa sangat jauh kerana lamanya menunggu di stesen-stesen yang ditetapkan. Pergerakan kumpulan hajjah Nusantara sangat lambat berbanding kumpulan hajjah dari Asia Barat dan Timur Tengah. Malah ada yang tidak ditahan, masuk begitu sahaja tanpa disuruh menunggu di stesen.

Situasi ini menimbulkan kemarahan kepada beberapa jemaah yang sudah lama menunggu. Polis wanita berpurdah terpaksa menyabarkan mereka. Saya tidak terkecuali mengalami emosi tersebut. Saya rasa seperti dianaktirikan dan menganggap sikap itu berat sebelah.

Bila difikirkan, beginilah penantian yang dilalui setiap manusia di padang mahsyar sebelum mengadap Allah SWT untuk dihisab. Terasa kerdilnya diri dengan amalan yang tidak banyak. Saya beristighfar atas emosi yang wujud sebentar tadi. Banyakan sabar dan redha dengan apa yang diaturkan untuk ke Raudhah.

*

MaqamFatima2Kedudukan3Maqam

MaqamFatima3PagarMaqam

Kedudukan Makam Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar r.hum

*

 STESEN 8

Setelah melalui beberapa stesen, akhirnya sampai ke stesen terakhir pada jam 11.50 malam. Stesen 8 merupakan lokasi terakhir sebelum memasuki hamparan Raudhah al-Mutahharah. Stesen ini bertentangan dengan Makam Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar r.hum.

Saya sempat menjingkit kaki untuk melihat arah makam-makam tersebut dan membaca nama-nama yang tertera di pintunya. Hati jadi sayu dan rindu kepada Rasulullah SAW. Saya memberi salam kepada Rasulullah SAW dam sahabat baginda.

Ketika inilah berlaku perkara yang dianggap khurafat dan sempat membuat suasana menjadi bising sebentar di kalangan jemaah Indonesia. Peristiwa ini saya coretkan di dalam CT227. KHURAFAT JEMAAH HAJI DI MASJID NABAWI.

*

PINTU RAUDHAH

Setelah menunggu hampir 30 minit (12.20 malam), kami bergerak dan berkumpul di hadapan ruang menuju pintu Raudhah. Ramai yang tidak sabar memasuki Raudhah. Sudah terlihat bibit-bibit keresahan dan keterujaan melalui tingkah laku para jemaah.

Saya pula dilanda debaran yang hebat. Teruja untuk kali kedua berada dalam Raudhah. Kali ini suasananya berbeza. Manusia sangat ramai dan saling berhimpit dan berebut ruang.

Pintu ke Raudhah hanya ada satu, tidak lebar. Ini mungkin sengaja dibina begitu, bagi menghad kemasukan jemaah wanita yang terlalu ramai berbanding ruangan Raudhah yang kecil dan sempit. Atau untuk keselamatan bagi mengelak berlaku tragedi asakan sehingga berlaku kecederaan atau kematian. 

Di kiri kanan ada pengawal wanita berjubah dan berpurdah hitam yang memastikan kemasukan jemaah secara bergilir-gilir. Suara jeritan mereka kedengaran di sana sini memberi arahan. Saya memerhati keadaan mereka. Lucu dan sedih berbaur dalam satu rasa melihat sikap yang kurang sesuai dengan sifat kewanitaan dan tidak mesra dengan tetamu Allah.

Saya kagum dengan disiplin jemaah hajjah Nusantara yang mengikut arahan, sabar dan sopan. Berbeza dengan jemaah dari Asia Barat, Timur Tengah dan Afrika. Kebanyakannya tidak menghirau arahan. Tidak berdisiplin dan kasar. Suka menolak dan melangkah kepala orang lain begitu sahaja tanpa rasa bersalah.

*

HAMPARAN RAUDHAH

Setelah sabar menunggu begitu lama, hampir 2 jam perjalanan yang dekat tetapi jauh, kumpulan kami diarah memasuki Raudhah secara berperingkat-peringkat. Saya di dalam kumpulan pertama dan segera bergerak ke Raudhah.

Masya Allah, mungkin kerana keterujaan untuk ke Raudhah dan sekian lama menunggu, jemaah hajjah mula berebut-rebut memasuki Raudhah. Saya terhimpit di celah-celah kemelut rasa yang mengujakan. Suara polis wanita semakin tinggi melihat perlakuan para hajjah. Aksi tolak menolak mula kelihatan.

MaqamFatima6

*

SEDETIK CUMA

Tiba di hamparan Raudhah, tiada ruang untuk bersolat. Semuanya penuh dan padat. Tempatnya kecil sahaja tidak muat untuk ratusan jemaah wanita yang ramai. Saya jadi bingung mencari tempat untuk bersolat. Mata melilau mencari arah yang boleh dituju apabila ada jemaah yang bangkit keluar dari saf.

Polis wanita mengarah jemaah yang sudah bersolat untuk cepat beredar dan memberi ruang jemaah lain pula. Alhamdulillah, seorang hajjah di hadapan saya tiba-tiba bangun dan terus saya mengambil tempat untuk mendirikan solat sunat hajat.

Sedang saya sujud, terasa kepala saya dilangkah oleh seseorang. Hujung jari kakinya terkena sedikit kepala saya dan terasa sakit. Solat saya jadi kurang khusyuk menahan sakit. Setelah berdoa dan ingin meneruskan solat sunat kedua, saya dijerit oleh polis wanita dengan tangannya mengarahkan saya cepat beredar.

Hati saya sangat hampa kerana tidak dapat berlama di Raudhah. Bayangkanlah setelah menunggu hampir 2 jam dari stesen ke steses, saya hanya sempat beberapa minit berada di Raudhah. Memang tidak sepadan dengan penantian lama yang menyiksa. 

Namun saya pasrah dan berpuas hati. Jika ikut hati, saya boleh berdegil dan membatu diri. Buat tidak tahu sahaja. Tapi hati saya tidak merelakan sikap buruk seperti itu. Saya datang ke Tanah Suci bukan untuk menunjuk sikap sombong dan keras kepala. Saya beristighfar untuk meredhai apa yang berlaku. Pengalaman ini amat berharga untuk dikongsikan di kemudian hari.

Tanpa membantah, saya terus keluar dari saf dan menuju pintu keluar yang telah ditetapkan laluannya. Memang sesak nafas berada dalam Raudhah yang padat manusia. Sikap manusia yang tidak bertimbang rasa dan mementing diri sendiri nampak jelas di depan mata.

*

KELUAR RAUDHAH

Jam menunjukkan angka 12.30 pagi. Saya melihat ratusan jemaah wanita masih bersesakan di Raudhah ketika melangkah kaki keluar dari hamparan Raudhah.

Kenyataan ini menolak penafian petugas Arab yang menyatakan Raudhah di tutup jam 1200 tengah malam. Saya senyum sendirian mengenangkan perbualan tersebut. Hati saya jadi lega kerana saya tidak “menipu”.

Sambil berjalan laju menuju pintu keluar utama untuk menemui SPH, ingatan saya menerawang pada jam yang sama, melihat diri saya, Kak Kasma dan Kak Senah memasuki Raudhah dan bersolat selama 30 minit dalam suasana tenang tanpa gangguan sesiapa.

Kami kemudian keluar dari Raudhah pada jam 1.00 pagi dengan hati yang bahagia. Sesungguhnya saya merasakan kami adalah Tetamu Allah Yang Paling Istimewa. Alhamdulillah.

Nikmat Tuhanku yang mana lagi hendak aku dustakan. 

IlmuFatima4Kekasih Allah

*

***************

SalamFatima3SalamFatima4 Mac 2014 (Selasa)/ 2 Jamadil Awwal 1435H/ 5. 46 petang – Sarikei, Sarawak

AKU…. ingin meraih pengertianmu. Benarlah teriakan sang camar bahawa desir angin ingin mengkhabarkan padaku tentang cinta yang bakal bertandang. Benarlah lagu si kunang-kunang bahawa tarian dingin malam yang memeluk hatiku adalah rasa sepi yang dilontar oleh perasaan rindu padamu. Aku tidak tahu bagaimana pengertian itu harus ku sampaikan ke pintu hatimu. Kerana  dasar hati adalah rahsia terindah dari Tuhanku yang tidak terjangkau kedalamannya. Mengertilah… cintaku tidak pernah berpaling darimu.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu….  Buka hatimu menerima kebenaran jika ada ketika engkau tersasar dari jalan pulang. Buka mindamu menimbang kekusutan jika ada ketika engkau terbabas dalam kancah kesukaran. Kembalilah pada Tuhamu, agar semuanya menjadi tenang. Doa untukmu dariku.  Wassalaam. 😀

RinduFatima5HanyaDirimu*

DARI KEJAUHAN INI…. KAU SELALU DALAM INGATANKU, MENGISI RINDU YANG TIDAK PERNAH BERTEPI

*

15 thoughts on “CT232. ZIARAH MADINAH (10): JAUHNYA PERJALANAN KE RAUDHAH (2)

  1. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Alhmadulillaah…, jika Allah menghendaki hal yang bagi orang lain barangkali sulit namun mudah saja terjadi. Kun fayakun. Tentu semua itu juga karena usaha dan keinginan kita yang begitu kuat ya, Mbak. Alhamdulillah, berdesiran rindu di hati ini membacanya. Allah…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Sebenarnya, banyak sekali bantuan Allah SWT kepada tetamu-NYA selama di Tanah Suci. Yang penting kita hendaklah banyak berdoa dan bersangka baik dengan Allah SWT..

      Luruskan hati dan ikhlaskan niat dalam setiap amalan yang dilakukan. Mudahan doa kita dikabulkan dan dimusahkan segala urusan dengan izin Allah SWT.

      Saya doakan mas Amazzet dan isteri akan dijemput ke sana nanti, Bersabar dan berdoa selain menyimpan agar niat itu tercapai juga. Aamiin.

      Terima kasih atas kunjunan dan komentar.
      Salam hormat. 😀

  2. Assalamualaikum,
    membaca artikel ini..memang benar Raudhah adalah salah satu tempat yang selalu jadi impian bagi setiap jamaah haji dan umroh untuk bisa memasukinya, walau terkadang antrian yang banyak dan juga sistem yang belum terlalu tertib, terkadang menimbulkan nafsu amarah dalam diri bagi yang tak kuasa menahan diri, …padahal apa yang berlaku selama menunaikan ibadah haji dan umroh di tanah suci sebenarnya adalah salah satu ujian bagi kita…bagaimana kita bisa melawan hawa nafsu kita yang semata hanya untuk memasuki Raudhah, sehingga kuatnya keinginan untuk memasuki Raudhah membuat sebagian jamaah menghalalkan segala cara, sehingga mengaburkan nilai ibadah haji dan umroh kita, padahal sejatinya..ibadah haji dan umroh kita lakukan bukanlah untuk memasuki Raudhah semata,..melainkan untuk mendekatkan diri sebagai hamba dengan Sang Khaliq……….,
    keep happy blogging always….salam hangat selalu dari Makassar – Indonesia 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Hariyanto….

      Begitulah Allah SWT ingin menguji hamba-NYA dengan sabar dan redha. Pengujian itu bukan hanya berlaku di Tanah Suci malah di mana-mana kita berada.

      Praktik sabar dan redha ini sepatutnya sudah kita amalkan dalam kehidupan harian. Maka, jika kita berada di mana-mana sifat ini sudah menyebati dalam diri. Sifat sombong, rakus dan terburu-buru dapat dilentur dengan baik.

      Memang benar, banyak kejadian kita lihat dalam tingkah laku manusia yang menghiris hati. Malah ada yang marah-marah ketika sedang tawaf atau melontar. Raudhah juga tidak terlepas dari sikap manusia yang teruja memasukinya.

      Hanya dengan ilmu haji dan umrah yang dibekali dengan akal sihat akan menjadikan praktik haji dan umrah benar-benar profesional dan terurus baik hingga dapat diterima Allah SWT.

      Terima kasih mas Hariyanto atas kunjungan dan kongsian yang berbobot untuk pencerahan semua.

      Salam hormat. 😀

    • Iya tentu boleh, Wahyu… Kebanyakan jemaah haji dan umrah membawa pelbagai gadget di sana untuk kemudahan mereka. malah ada yang menulis di blog atau apa jenis medan penulisan dari sana.

      Selama berhaji, saya hanya membawa kamera kompak dan membeli telefon murah berharga RS70.00 sahaja untuk berkomunikasi. Saya lebih menitik beratkan ibadah dari aktiviti berblog atau melayari internet.

      Tidak ada larangan untuk mengambil foto. Malah di depan Kaabah pun boleh. 😀 Cuma kita harus tahu membahagikan masa untuk beribadah dan keutamaannya dari yang lain.

      Terima kasih atas kunjungan Wahyu.
      Salam sejahtera. 😀

  3. Assalamualaikum Kak Fatimah
    Apapun itu..bila sesuatu nya di iringi Nawaitu yang tulus dan kuat..maka segalanya akan di rasa mudah dengan izinnya ya kak Fat…

    terharu dengan kisah nya
    Salam 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Purnomo Jr….

      Oleh itu, perbetulkan niat kita jika di awalnya kurang senang agar kira mendapat ganjaranyang baik di sisi Allah SWT. Banyak kerja yang kita lakukan di dunia ini berawal dengan rasa berat hati kerana ada yang tidak kita sukai terutama kerja yang baik dan melibatkan ibadah.

      Amat rugi jika niat tidak betul yang akhirnya ibadah menjadi sia-sia. Maka, kita harus melakukannya dengan ikhlas dan meredhai apa yang terjadi kerana semua itu sudah Allah SWT tentukan buat kita dalam menilai kesabaran dan qanaah kita terhadap apa yang bakal ditempuh.

      Terima kasih atas kunjungan Purnomo Jr. Didoakan sihat bersama keluarga di penghujung pekan.

      Salam sejahtera. 😀

  4. Assalamualaikum wr.wb bunda Fatimah,
    sungguh sebuah perjuangan menuju raudhah yang berbuah manis,
    semoga semua doa yang terucap terkabulkan.
    saya masih berupa mimpi untuk ke Baitullah.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma….

      Aamiin Allahuma Aamiin.
      Begitulah harapan setiap tetamu Raudhah. Ingin doanya dimakbulkan Allah SWT. Sebuah harapan tinggi dalam setiap jiwa yang bergelumang dosa dan mengharap agar Allah SWT mengampuni.

      Juga berharap agar di Hari Kemudian, kampung abadi, kita semua akan menjadi tetamu Allah SWT di syurga-NYA.

      Insya Allah, mbak. Suatu hari yang telah ditentukan mbak akan dijempuat jua ke sana sama ada untuk berumrah atau berhaji. banyakan berdoa dan menyimpan uang agar mimpi indah itu akan tercapai akhirnya. Semuanya juga atas usaha kita, mbak.

      Terima kasih atas kunjungan mbak Ysalma.
      Salam manis dan bahagia bersama keluarga di sana. 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Dimy….

      Iya, salah satu tempat mustajab berdoa di Tanah Suci adalah Raudhah. Namun begitu, banyak lagi raudhah yang mustajab kita berdoa iaitu di majlis -majlis ilmu yang di dalamnya selalu mengingati Allah SWT.

      Semoga kita faham apakah maksud Raudhah yang sebenar.
      Terima kasih Dimy dan salam sejahtera selalu. 😀

  5. Assalaamu Alaikum
    Sudah lama ingin berkunjung ke Baitullah tapi masih belum kesampaian, daftar haji sudah dilakukan tinggal menunggu panggilan. entah tahun berapa bisa berangkat haji. menurut petugas haji di kementrtrian Agama Kota Bogor saya insya Allah berkesempatan haji 11 tahun kemudian.
    Semoga Allah masih memberikan umur panjang kepada hambanya agar bisa mengunjungi rumahNya yang mulia.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, AbiFasya…

      Aamiin Allahuma Aamiin.
      Insya Allah, akan sampai juga masanya AbiFasya akan ke sana. Berdoalah agar disegerakan “jemputan” Allah dalam masa terdekat dari masa yang dicadangkan. Semua itu atas izin Allah SWT yang melihat kesungguhan hamba-NYA dalam berdoa dan usahanya.

      Rindu ingin kembali berziarah di sana lagi, Seperti hati ini tertinggal untuk dekat kepada Rasulullah dan Baitullah. Semoga diberi kesempatan lagi di masa akan datang. Aamiin.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam hormat. 😀

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.