CT482. 2018 SAYANGI MALAYSIAKU KE-61

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

AKU SAYANG KAMU

……. ungkapan kata indah yang tentunya dikhususkan buat yang tercinta. Ia dilahirkan dari hati yang terdalam. Tidak berbelah bahagi. Sanggup berkorban nyawa dan tenaga. Siapa pun “KAMU” yang ditujukan…. manusia, negara, haiwan atau benda, ucaplah dengan keindahan rasa dan kecintaan jiwa.

Kata-kata itu tidak sepatutnya diucapkan HANYA bila tiba bulan kemerdekaan – OGOS (hari Kemerdekaan Tanah Melayu) dan SEPTEMBER (Hari Malaysia) -. Sematkan dalam hati setiap masa dan di mana jua kita berada.

Kecintaan kepada negara atau Hubbu Watan merupakan tuntutan atas setiap warga negara untuk selalu menghargainya. Tanah Tumpah Darah dan Ibu Pertiwi serta bumi bersemadi. Islam mengajar kita menyayangi dan mencintai tanah air serta berkorban untuk mempertahankan negara daripada serangan musuh yang hendak menghancurkannya.

Tahun 2018, perubahan pentadbiran negara Malaysia telah mengubah landskap kehidupan rakyat Malaysia untuk memahami erti SAYANGI MALAYSIA. Mari kita melangkah jauh menuju negara maju yang membangun dengan akal budi, berilmu pengetahuan dan berprestasi tinggi untuk melahirkan MALAYSIA yang BERGAYA SENDIRI di mata dunia.

ESOK. 31 OGOS 2018, Hari kebangsaan Malaysia ke -61. Mari semarakan diri dengan SAYANGI MALAYSIAKU. TANAH AIRKU, INI KITA PUNYA. SELAMANYA KITA MERDEKA.

*

Lagu tema SAYANGI MALAYSIAKU. INI KITA PUNYA. Kedengaran amat indah pada lirik dan melodinya. Dinyanyikan dengan penuh semangat patriotisme dan bertenaga. Mari kita dengar. Aku suka.

*

*

*

UNTUKMU….

*

Perdana Menteri Malaysiaku…. TOK DET  (Mahathir Mohamad), tokoh pemimpin yang ku kenali sejak di bangku sekolah, yang ku baca sejarah kepimpinannya dalam buku teks Sejarah, diucapkan TERIMA KASIH atas segala jasa bersama tokoh-tokoh pemimpin Malaysia yang berjuang untuk keamanan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Saya dan kami – semua RAKYAT MALAYSIA sangaaaaaaaat…… SAYANG MALAYSIA. SELAMANYA.

*

CARAKU SAYANG MALAYSIA

Setiap tahun, kibaran bendera di halaman rumah kami – dan satu-satunya di kampung kami – tidak pernah kami cuai dan leka untuk menyemarakkan sambutan bulan merdeka dengan kemeriahan bendera yang  bergantungan.

Walau tidak ada sambutan dari jiran-jiran, kami tetap melakukannya sebagai tanda sayang dan cintakan Malaysia. Kami sahut seruan negara untuk KIBARKAN BENDERA.

Sudah menjadi kemestian dan satu kewajiban atas rasa tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk melahirkan rasa cinta, sayang dan bangga dengan negara, kami mengorbankan sedikit wang untuk membeli banyak bendera.

Ia sungguh meriah dan mencerahkan lanskap rumah dengan keindahan warna warni bendera kebangsaan dan negeri Sarawak serta bendera negeri-negeri di Malaysia. Bunga-bungaku pun turut berkembang indah. 🙂

*

*

*

*

**

SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE -61 BUAT MALAYSIA DAN RAKYAT MALAYSIA

*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima29 Ogos 2018 (Rabu)/ 17 Zulhijjah 1439H/ 9.50 malam/ Sarikei, Sarawak –  SITI FATIMAH AHMAD

 

 

 

 

 

*

*

 

 

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.