CT444. CABARAN HAJI (29): TANDAS MINA (1) – TIPS MENUNGGU GILIRAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Ini suasana di tandas lelaki di Mina, ia kelihatan terbuka dan berdekatan khemah. Tandas wanita di sebelah kanan, ditutupi dinding zink,

*

KEKAL ABADI

BULAN HAJI TIBA LAGI….. Syawal menjadi pembukaannya dan berakhir sehingga Zulhijjah. Sungguh, ia bulan yang sibuk dan mengujakan terutama bakal-bakal haji yang sudah merindui perjalanan haji mereka. Hati mereka sudah lama ditarik dan melekat. Bumi Makkah dan Madinah ibarat magnet yang tidak mampu ditanggalkan dari jiwa. Tidak ada siapa yang mampu menahannya kecuali kuasa Allah SWT.

Allah, Allah, Allah…. Kenangan bersama pengalaman menunaikan haji masih basah diingatan saya, walaupun sudah hampir 7 tahun berlalu. TETAP DI HATI KEKAL ABADI. Ia tidak pernah hilang dalam memori yang tersimpan indah. Tidak pernah lelah untuk menukilkan sepanjang jalan kenangan yang sudah terpatri dalam takdir yang tidak dapat diundur ulang.

Malah tidak pernah pun terlintas untuk melepas setiap kerinduan agar dapat kembali menjejak kaki ke Tanah Suci apabila diizinkan dapat mengerjakan haji sekali lagi. Ia tetap relevan sampai ke mati. KEKAL ABADI

Benar…. pekerjaan haji wajib dilakukan sekali dalam seumur hidup. Namun siapa yang mampu menolak keinginan yang baik dan murni ini walaupun kita tahu urusan haji tidak mudah dan banyak cabarannya.

Antara cabaran yang akan dibincangkan adalah berkaitan ISU TANDAS bagi melanjutkan kisah-kisah pengalaman saya dan suami (SPH) di Mina setelah tergantung lama tanpa cerita dengan posting terakhir CT426. CABARAN HAJI (28): CERITA SERIBU SATU KISAH DI TANDAS MINA.

Mudahan melalui sedikit pengalaman di tandas dari kisah saya dan SPH selama 4 hari di Mina dapat membantu bakal jemaah haji yang belum pernah melalui keadaan seperti ini.

Persediaan dari sudut jasmani, emosi, rohani dan  intelektual atau mental (JERI) perlu mantap disusuli dengan sabar yang tinggi agar tidak “melatah” dan tersinggung dengan ragam tingkah manusia yang tidak terduga ketika sedang berada di tandas.

*

MENUNGGU GILIRAN DI TANDAS

Jika kita fahami MENUNGGU GILIRAN bermaksud SATU PENANTIAN yang pasti akan tiba bila masanya. Jelas lagi, PENANTIAN adalah SATU PENYIKSAAN jika tidak betul masa dan waktu yang sesuai.

Jika ditanya kepada para haji dan hajjah yang sudah menunaikan haji mereka pasti bersetuju dengan saya. Menunggu giliran di tandas semasa di Mina merupakan cabaran yang mesti dihadapi oleh setiap jemaah haji yang tinggal di khemah sama ada jemaah haji Muassasah atau pun Pakej.

Bezanya tandas yang digunakan oleh jemaah haji Muassasah telah di”antarabangsa” kan untuk kegunaan jemaah haji Muassasah dari negara-negara lain.

Sikap bertolak ansur dan bertimbang rasa menjadi nilai yang perlu diterapkan sepanjang menunggu giliran memasuki tandas untuk membuang hajat atau mandi.

*

TIPS – TIPS

Di awal pengalaman menggunakan tandas di Mina, saya masih belum menguasai dan memahami masa yang sesuai untuk menggunakan tandas di Mina. Jumlah jemaah hujjaj yang ramai berbanding tandas yang sedikit sudah tentu kita tidak dapat menemui keselesaan seperti di hotel atau di rumah.

Pengalaman adalah guru terbaik yang mengajar kita tahu untuk mengatur strategi yang berkesan agar kita menemui jalan terbaik untuk mencapai keselesaan yang tidak selesa mana pun. Yang penting giliran tidak panjang dan masa menunggu dapat disingkatkan.

Tips-tips yang saya sarankan berikut diharap dapat memberi sedikit gambaran bagi mengurangkan tekanan apabila membayangkan bagaimana mengurus diri di Mina.

*

1. PANTAU MASA UNTUK MANDI

Hari pertama di tandas Mina, buat dahulu pemerhatian masa. Sekadar memerhati (bukan masa berhajat) untuk memastikan masa yang sesuai untuk ke tandas bagi urusan mandi. Kita dapat menentukan masa kemuncak jemaah ke tandas dan masa surut. Ini membantu kita mengatur masa agar kita untuk tidak menunggu giliran yang lama.

(berdasarkan pengalaman saya, masa paling sesuai untuk mandi adalah setelah jam 11.00 malam (waktu Malaysia, 4.00 pagi) hingga ke jam 1.30 pagi (waktu Malaysia, 6.30 pagi). Ketika ini, kebanyakkan para hujjaj sudah mengantuk dan beristirehat di dalam khemah. Tidak ramai yang mahu ke tandas lagi.  Masa untuk tidur.

Selain itu, anda juga boleh mandi sekitar jam 5.30 pagi (10.30 waktu Malaysia), selepas waktu Subuh kerana ramai jemaah haji sudah mula keluar dari khemah masing-masing untuk urusan melontar jamrah atau sedang bersiap sedia untuk menghadapi hidangan sarapan pagi. Keadaan tandas sudah mulai lengang dan anda sangat selesa untuk mandi dan membuang hajat. 

Dua waktu di atas selalu menjadi intaian saya dan ia benar-benar menyelesakan kerana tidak perlu menunggu lama. Jika bernasib baik banyak tandas yang kosong. Alhamdulillah.

*

2. JANGAN MALU DAN TAKUT MEMINTA GILIRAN

Kebanyakan jemaah takut dan malu untuk meminta giliran sedangkan mereka sedang dalam keadaan terdesak untuk berhajat (bukan untuk mandi ya…).  Usah gundah gulana, insya Allah banyak insan yang berhati mulia akan memberikan giliran mereka terlebih dahulu apabila melihat kita sudah terdesak termasuk saya. 😀  Alhamdulillah, anda akan dapati ramai yang bersifat ihsan sama ada jemaah lelaki atau wanita.

Kebanyakkan yang saya temui apabila saya sudah terdesak untuk berhajat, mereka sanggup mengorbankan giliran mereka memberi jalan terlebih dahulu. Allahu Akbar, betapa gembiranya hati saya dan banyaklah doa yang saya panjatkan kepada Allah SWT untuk insan yang memudahkan urusan hajat saya. Saya pasti dengan doa-doa yang mereka berikan kepada kita tanpa kita sedari banyak membantu pekerjaan haji dan kehidupan kita di Makkah. Bukankah ia bumi yang barakah doanya.

Namun, tidak dinafikan terdapat segelintir jemaah haji yang “tidak mulia akhlaknya”, tidak mahu memberi giliran mereka sehingga ada jemaah yang sudah lanjut usia yang tidak dapat menahan hajat,  terpaksa membuang hajat di muka pintu tandas atau di luar tandas. Kasihan dan menyayat hati.

*

3. CARI KENALAN BARU DAN BERBUAL

Untuk menggelakkan rasa bosan ketika menunggu giliran, ramahkan mulut untuk berkenalan dengan hajjah yang sedang menunggu sama. Jarang yang kita temui mampu memberi senyuman mesra. Awalnya anda melihat mereka juga diam dan seakan sombong, wajah tidak ceria dan tidak ramah, maklumlah semuanya ada hajat yang meresah hati….hehehe.

Setelah bertegur sapa, ia sungguh menakjubkan kerana mereka juga penanti giliran yang sangat ramah dan mesra. Malah ada yang terlebih ramah dan banyak bercerita. Suasana ini menjadikan masa berjalan dengan cepat dan tidak sedar giliran kita pula sampai.

Pengalaman menunggu ini juga membawa saya mengenali ramai kenalan di tandas terutama di Malaysia, Brunei, Thailand dan China. Mereka sangat ramah dan tidak kurang yang nafsi-nafsi, tidak peduli orang lain. Siapa pun mereka, kehadiran mereka telah menjadi sebahagian dari takdir hidup kita yang sudah ditentukan Allah dengan pertemuannya di tandas Mina. Yang pastinya, itulah yang awal dan terakhir.

*

4. MELAKUKAN AKTIVITI BERFAEDAH

Hmmmm….. memang menunggu giliran di tandas ada aktiviti jugakah ? Jawapannya…… ADA dan BANYAK. 🙂 Ok…. Apakah aktiviti berfaedah yang boleh kita lakukan ketika sedang menunggu giliran di tandas atau seseorang ? Saya yakin anda pasti tahu jawapannya kerana anda pernah melakukannya.

Jika saya, saya suka berbual dan mencari kenalan baru. Ada juga hajjah yang saya lihat sedang “bermain” games terutama hajjah-hajjah muda. Ada yang mendengar ceramah atau zikir melalui telefon pintar mereka. Tidak kurang juga yang menyanyi sendirian dan tanpa disedari, ada gerakan badan terhasil dari keasyikan mereka mendengar nyanyian atau musik tersebut. Harap-harap yang didengari itu perkara yang mendatangkan pahala bukan sebaliknya.

YANG PENTING, MEMBUANG BOSAN SAAT MENANTI GILIRAN

*

*

……KEPADA BAKAL JEMAAH HAJI YANG BAKAL BERANGKAT KE TANAH SUCI,

siapkan mental anda dengan selalu memandang positif semua kejadian yang sedang dilalui. Yakinlah, setiap kejadian yang menjadi pengalaman dalam perjalanan mengerjakan haji merupakan tumpahan kasih sayang Allah untuk menjadikan anda TETAMU PALING ISTIMEWA dan bakal mendapat HAJI MABRUR yang diganjari dengan SYURGA.

Melalui ujian-ujian yang terpapar di hadapan mata, secara tidak langsung kita belajar bersabar. Melalui sabar itu, kita tahu ALLAH SELALU BERSAMA KITA. 

*

SELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI DAN MENDAPAT HAJI MABRUR. AAMIIN.

*

*

*

bunga*

***************

SalamFatima3SalamFatima17 Julai 2017 (Isnin)/ 23 Syawal 1438H/ 10.00 malam, Sarikei, Sarawak

AKU….. dan kenangan itu, tidak pernah hilang dari genggaman hati dan masa. Tetap terbayang semua yang tergambar di mata, selalu berbisik segala yang terdengar di telinga dan jejak-jejak langkah tidak pernah hilang dari ingatan. Inginku kembali bersamamu meniti perjalanan sukar namun penuh hikmah yang mengikat kasih tanpa berbelah bahagi. Ketahuilah…. Cintaku selalu ada untukmu.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

 DEDIKASIKU UNTUKMU….  Kehidupan kita ibarat mozek yang perlu disatukan dalam keadaan sempurna. Jika ada pecahan kaca yang melukakan, maaf itu adalah silapku yang tidak terkawal hingga ia menampakkan parut dan tidak akan pernah surut wajah dukanya.  Ku doakan kebahagiaan selalu mengiringi kehidupanmu di dunia dan di akhirat. Selalu ada rindu untukmu. Aamiin.   Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

*

8 thoughts on “CT444. CABARAN HAJI (29): TANDAS MINA (1) – TIPS MENUNGGU GILIRAN

  1. Assalamualaikum bu Hajjah Fatimah. Semoga selalu dalam lindungan Allah swt. Tips-tips nya sangat bermanfaat sekali. Doa saya tak putus, semoga diberikan umur agar bisa berhaji. Walaupun kalau di Indonesia antri untuk haji sangat lama karena kuota 😐

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Frany Fatmaningrum…..

      Aamiin Allahumma Aamiin. Alhamdulillah, didoakan mbak sekeluarga juga demikian sama. Saya juga mendoakan agar hajat untuk berhaji akan dikabulkan Allah. Insya Allah, jika ada rezekinya nanti, pasti mbak juga dapat menunaikan haji di Tanah Suci. Jangan pernah putus berdoa dan mengumpul belanja untuk ke sana sementara menanti gilirannya tiba.

      Terima kasih mbak Frany atas kunjungan dan salam manis selalu. 🙂

  2. Assalamu alaikum. Lama tidak blogwalking dan bisa singgah kembali membaca blog Bunda. Masya Allah, saya rindu bisa diundang Allah ke rumah-Nya 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb REza….

      Insya Allah, kerinduan itu sudah menyampaikan hajat agar diundang Allah ke bumi yang paling dicintai-NYA. Mudahan akan dikabulkan di kemudian hari. Aamiin.

      Terima kasih Reza sudah berkunjung kemari dan salam sejahtera.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Mama Pipie…

      Alhamdulillah, Rezeki seseorang itu datangnya dari Allah SWT. Lambat laun nanti akan tiba juga panggilan untuk Mama Pipie da suami. Banyakkan berdoa dan mulakan persediaan dari awal sebagai tetamu Allah. Insya Allah, apa yang diniat itu sedang diperhatikan Allah SWT. Saya doakan harapan Mama Pipie dikabulkan Allah SWT. Aamiin.

      Harapan saya, tulisan Travelog Hajjah ini memberi manfaat yang baik.
      Terima kasih sudah berkunjung dan Salam manis selalu. 🙂

  3. Perlu juga memikirkan orang lain. Telah dipesan supaya tidak membasuh baju sewaktu di Mina (bawa bekalan yang cukup) tapi ada yang membasuh semasa waktu puncak. Sangat menguji kesabaran orang lain yang menunggu giliran.
    Wassalam. 😊

  4. Iya benar tu Ai Harun. Perlu fikirkan orang lain. Jika tidak mahu mencuci baju elok bawak bekalan banyak. Saya pula sebaliknya. Tidak suka membawa baju banyak. Maka saya perlu mencuci baju di Mina. Saya cuci simple sahaja dan mencuci ketika semua orang sedang diulit mimpi di mana tandas sudah lengang. Insya Allah, nanti saya tulis bagaimana melakukan cucian pantas semasa di Tanah Suci. 😀

    Terima kasih Ai Harun sudah berkunjung, didoakan sihat bersama keluarga.
    Salam manis selalu. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.