Tag Archive | tulisan jawi

CT20. TULISAN JAWI SEMAKIN TERANCAM

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

SAHABATKU YANG DIHORMATI…. Bicaraku kali ini sangat panjang. Ia satu perluahan hati yang bimbang akan kemerosotan penguasaan bacaan dan ejaan tulisan Jawi dalam kalangan kita. Jika sahabatku sudi mendengar kata hatiku melalui tulisan ini, silakan baca dengan tenang, perhatian yang khusus dan kemudian memikirkan apakah yang bakal terjadi kepada tulisan Jawi suatu ketika nanti jika kita tidak punya kepedulian terhadapnya. Continue reading

CT14. MUNSYI DEWAN YANG MENDEBARKAN (1)

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


“Pihak urusetia telah mencalonkan pegawai tuan iaitu SITI FATIMAH BINTI AHMAD sebagai MUNSYI DEWAN (JAWI). Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama tuan memberikan pelepasan kepada pegawai tuan untuk menghadiri KURSUS INDUKSI MUNSYI DEWAN (JAWI) pada 1-3 Oktober 2010 (Jumaat-Ahad) bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.”

(Demikianlah bunyi surat yang ditujukan kepada Pengarah IPG Kampus Rajang dan ditandatangani oleh Ketua Bahagian Bakat dan Kepakaran, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Apa lagi yang mahu ku ucapkan ke hadrat Ilahi Rabul Jalil selain ucapan “ALHAMDULILLAH”. Kalimat hebat penuh keajaiban yang berbentuk mengangkat segala puji dan puja hanya untuk Tuhan Yang Maha Mengetahui apa yang bakal dilakukan-Nya kepada masa depan hamba-hamba-Nya yang terpilih. Continue reading