CT104. IBU YANG PALING BAIK DI DUNIA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

13 MEI 2012 –  SAMBUTAN HARI IBU DI MALAYSIA

Walaupun ada perayaan Hari IBU yang khusus diraikan di seluruh dunia, aku tetap berpendapat Hari IBU adalah SETIAP HARI.  Apa yang harus diketahui dan difahami oleh umat Islam, bahawa TIADA HARI IBU khusus dalam ajaran ISLAM. Semoga Allah mengampuni kita atas khilaf selama ini.

Agama Islam meraikan penghormatan kepada IBU setiap hari dan wajib bagi anak-anak mendoakan kebaikan dan kesejahteraan untuk orang tuanya. Jika tidak dianggap berdosa. Insan bernama IBU tidak ada tolok bandingnya di dunia ini. IBU adalah segala-gala bagi anak-anaknya.  IBU ADALAH RATU HATI.

****************

Siapakah IBU yang tidak tersanjung dengan gelaran ini ? Aku yakin semua IBU mengingini anak-anak mengiktirafkan mereka sebagai IBU YANG PALING BAIK DI DUNIA.  Menghargai segala jasa dan susah payah dalam menekuni segala karenah dan olah anak-anak yang pelbagai perisa tingkahnya dari kecil hingga dewasa. Mengeluti diri siang dan malam tanpa rasa lelah hanya kerana cinta dan sayang kepada anak-anak. Sebuah pengorbanan yang hebat, yang tidak terbalas sampai bila-bila. IBU YANG SANGAT BERJASA.

Kerana sifat RAHIM (penyayang) ada dalam diri wanita, maka selayaknyalah IBU menjadi insan paling dicintai dan dirindui oleh anak-anak berbanding BAPA mereka. Kedekatan yang hampir dalam rahim IBU, anak-anak dibelai dengan penuh kasih sayang yang berpanjangan selama 9 bulan 10 hari secara berterusan tanpa henti. IBU menjadi tempat bermanja dan tempat merajuk anak-anak. IBU menerima semuanya dengan hati setulus salju. DEMI CINTA, IBU sanggup menelan segala duka dan derita. 

CINTAILAH IBU TANPA HENTI HINGGA KE HUJUNG NYAWA

Mengkagumkan dalam sifat kelemahan yang tidak setanding tenaga lelaki, tersembunyi kelembutan peribadi keibuan yang teguh, mampu mengatasi segala kepayahan yang tak terbayangkan peritnya mengandung dan sakitnya melahirkan MANUSIA yang bakal menjadi pewaris keturunan yang dibanggakan. Kerana itu, anak-anak harus meletakkan diri mereka sebagai insan yang dapat membanggakan IBU BAPA. Jadilah anak yang tahu membalas BUDI dan BERBUDI PEKERTI tinggi terhadap kedua-duanya.

****************

MAMA, IBU YANG PALING BAIK DI DUNIA

MAMA adalah AKU yang dinobatkan oleh anak-anakku sebagai IBU YANG PALING BAIK DI DUNIA. Setiap kali anak-anak menyebutnya di depanku ketika kami bersama, aku sangat terharu dan dihargai. Aku suka menguji keperihatianan anak-anakku apabila menyatakan perkara di atas. Kenapa mereka berkata demikian ?

Aku sangat teruja untuk mengetahui isi hati dan jiwa mereka. Aku ingin tahu sejauh mana pandangan mereka terhadapku sebagai ibu mereka selama ini. Kerana aku bukan kategori ibu yang suka memanjakan anak sembarangan. Aku juga marah dan kadang kala memukul jika kesalahan itu perlu disabitkan dengan hukuman pukul yang berbentuk pengajaran. 

Aku adalah ibu yang tegas dalam banyak hal terutama dalam soal agama. Aku mahu anakku menjadi muslim dan muslimah yang taat dengan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Tetapi menjadi lembut dalam bab kasih sayang dan belas ihsan apabila anak-anak menghadapi masalah. Masalah mereka adalah masalahku. Aku merasa bersalah jika masalah itu mungkin berpunca dari kelalaian aku mendidik mereka. Kasihan anak-anakku.

Ampuni aku dan anak-anakku Ya Allah. Mereka tidak bersalah. Hanya ENGKAU ingin menguji aku melalui kesilapan mereka agar aku menjadi lebih tabah, sabar dan matang mengendalikan urusan pembesaran dan perkembangan hidup mereka. Mereka tidak tahu betapa aku sedih dan pilu jika mereka ku marahi. Kerana itu aku selalu MENDAHULUI MAAFKU, sebelum mereka meminta maaf. Aku tidak mahu mereka dimurkai Allah..

Umum mengetahui IBU adalah pakar rujuk anak-anak dalam banyak perkara kehidupan mereka berbanding BAPA yang selalu ditakuti dan digeruni walaupun BAPA mereka sangat baik. IBU menjadi tempat PERTAMA mencurahkan segala isi hati, keresahan dan kegembiraan. Sebagai PAKAR RUJUK, aku adalah antara IBU YANG PALING BERUNTUNG DI DUNIA kerana menduduki posisi utama di sudut hati anak-anak. 

Sebelum sesuatu perkara sama ada baik atau buruk itu sampai kepada BAPA mereka, aku merupakan tapisan pertama yang akan mendengar luahan hati mereka. Kemudian luahan itu akan ku edit secantik mungkin sebelum disampaikan ke saluran utama iaitu BAPA mereka yang akan memutus dan menentukan kehendak atau masalah anak-anak setelah perbincangan bersama.

Aku senang melalui segala pahit manis kehidupan anak-anakku dan berkongsi segala rasa yang mereka miliki. Kerana aku adalah IBU yang selalu berusaha memahami perasaan dan kehendak mereka. Aku mahu mereka tahu bahawa mereka ada IBU yang selalu menyayangi dan mencintai mereka dalam susah dan senang. Sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan kebahagiaan dan kejayaan masa depan mereka.

TANPA ANAK-ANAK, SIAPALAH AKU SEBAGAI IBU

APA KATA ANAK-ANAKKU

“Mama adalah IBU YANG PALING BAIK DI DUNIA”, kata Akram apabila aku bersetuju membelikan kompang bernilai RM50 untuknya. Akram menyertai pasukan kompang sekolahnya. “Mama sangat baik dan murah hati macam Siti Khadijah. Terima kasih Mama” sambung Akram kembali sambil memeluk dan mencium pipiku dengan gembira. “Iyakah ! Siapa Siti Khadijah itu ? tanyaku untuk mendapat kepastian (pura-pura tidak tahu). “Isteri Rasulullah, Ma.” jawab Akram pantas. “Alhamdulillah,” ucapku dengan senyum manis. Bahagia.

“Macam Siti Aisyah juga, Mama.” sahut Ieesyah yang duduk di sebelah abangnya. Senyumku semakin lebar. “Siapa pula Siti Aisyah tu, anak mama yang tercomel (cute)?” gurauku untuk mendapat jawabannya. “Siti Aisyah itu isteri Rasulullah, Ma.” jawab Ieesyah. “Bagaimana Ieesyah tahu, mama baik macam Siti Aisyah ?” aku bertanya lagi sambil ketawa dan soalan begini selalu membuat Ieesyah rasa jengkel.

“Ieesyah (sebut: Aisyah) tahulah, sebab nama Ieesyah sama dengan nama Siti Aisyah. Mestilah Ieesyah tahu. Apalah mama ni.” jawab Ieesyah yang mula menunjukkan rajuknya. Hehehe… iyalah, Mama tahu tu. “Terima kasih, sayang.”  kata saya lantas mencium pipi Akram dan Ieesyah.

“Benar Ma, Mama memang baik hati dan pemurah tapi tidak semua yang kami minta dapat juga”, sampuk Izzah dan Iffah sambil tersengih-sengih menyokong adik-adiknya. “Kenapa pula begitu, contohnya ?” tanya saya lalu memandang keduanya. “Hmm, contohnya, Kak Iffah nak beli buku cerita pun tak boleh.” sahut Iffah cepat. “Iya lah sama juga dengan Kak Ijah.” pantas Izzah menyetujui kakaknya. 

“Kalau buku cerita yang tak bermanfaat macam buku cinta remaja dan cerita hantu yang entah-entah apa isinya, memang Mama tidak mahu. Lepas itu takut dan menyusahkan Mama untuk temankan pergi kemana-mana. Baik tak payah. Membazir duit mama saja.” tegasku selalu mengulangi perkataan itu. “Baik beli buku membina minda, motivasi atau buku  cintakan Allah, Rasulullah dan sahabat. Betul tak apa yang Mama kata ni.” ujar saya lagi.

Permata Hatiku : Akram (10 tahun), Iffah (15 tahun), Izzah (14 tahun) dan Ieesyah (7 tahun)

“Iyalah… tapi kalau Kak Ijah dapat nombor satu dalam kelas, boleh tak Kak Ijah beli buku Mr. Midnight (Cerita seram), Ma ? Pleeeaaaase. ” pujuk Izzah. “Boleh, tapi mesti dapat nombor satu, ” jawabku cepat. “Terima kasih, Mama. I love you. Mama memang baik,” sahut Izzah sambil memeluk dan mencium kedua-dua pipiku bertalu-talu.

“Kalau Kak Iffah, Ma ?” tanya Iffah pula. “Tak boleh, cari buku lain, bukan buku cinta.  Ingat tu, Iffah.” tegas saya sambil memandang Iffah. “Ok laaah. tapi tak adil lah macam tu, Ma,” surut sahaja suara Iffah memprotes keputusanku. “Kalau buku Harry Potter, boleh tak Ma ? cepat-cepat Iffah menongkah kecewanya. “Harry Potter tu apa benda ?” tanyaku buat-buat tidak tahu.

“Alaa, Mama ni pura-pura tidak tahu pulak. Lebih kurang macam cerita Mr. Midnight juga tapi tentang dunia sihir. Cara bagaimana Harry Potter  dan kawan-kawannya mengatasi masalah dalam dunia sihir itu,” jelas Iffah untuk kefahamanku. “Ok, boleh, yang penting belajar rajin-rajin dulu baru Mama hadiahkan.” kataku dengan senyuman. “Alhamdulillah, terima kasih Ma. Mama memang sangat baik hati dan pemurah.”

“Ok, mari sini semua anak-anak mama yang bijak pandai, soleh dan solehah. Peluk dan cium Mama yang baik hati ini”, panggilku sambil senyum ketawa kepada mereka. Biasanya anak-anak akan meluru dan berebut-rebut mendahului antara satu sama lain untuk memeluk dan menciumku. Kadang kala terjadi pergaduhan antara mereka kalau tidak berjaya mendahului yang lain. Akhirnya, aku juga yang terpaksa menyelesaikan kekalutan limpahan cinta sayang mereka kepadaku.

Subhanallah, pening kepala menangani anak-anak begini (nakal cerdik dan selalu bergaduh), tetapi sangat menghiburkan. Kalau anak-anak tidak ada di rumah atau berjauhan dari mereka, aku akan rasa sunyi, sepi dan merindui mereka. Malah menangis. Apa-apapun tingkah olah anak-anak, mereka adalah PERMATA HATIKU yang ku cintai seluruh jiwa ragaku.

TERIMA KASIH, SAYANG

MAMA LOVE YOU

****************

9 Mei 2012 (Rabu)/ 18 Jamadil Akhir 1433H/ 1015 malam – Sarikei, Sarawak

AKU…. adalah IBU yang bukan menjadi ibu kerana terpaksa. Aku menjadi kecintaan anak-anakku jika aku tahu meletakkan cintaku tepat di takhta hati mereka. Seorang Ibu adalah RATU yang dipuja dan dicinta selama-lamanya. Hati Ibu ibarat daun keladi yang mengalir sebanyak manapun air derita yang dituangkan anak-anak. Tetapi tetap tidak membekas kebencian, malah doa dipanjat dengan keampunan. Kerana HATI IBU adalah gemala bercahaya yang tidak pernah padam sehingga lerai nyawa dikandung badan.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

I miss everything without you… How could i ever go, when in my heart…. i know: i’ll never find ANOTHER YOU

Thanks for being MY FRIEND

**************

38 thoughts on “CT104. IBU YANG PALING BAIK DI DUNIA

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb…

    Lagu MAWAR PUTIH BUAT MAMA nyanyian Sharifah Aini khusus buat ibuku, Hajjah Ainon Juriah yang ku abadikan lagu ini ketika aku di Tingkatan 2. Semoga Emak selalu sihat dan bahagia dalam rahmat Allah swt.

    Maafkan anakmu, jika ada salah selama ini. I Love You, Emak.

    Juga buat semua IBU yang sudi mendengar lagu yang indah dan menyentuh hati ini.

    Wasaalaam. 😀

    • Hai Idah, Maafkan bunda ya kerana bunda juga sudah lama tidak ke blog Idah. 😀

      Izzah dan Iffah bukan saudara kembar. Jarak usia mereka setahun lebih. Tapi memang ramai yang melihat mereka seperti kembar terutama sewaktu masih kecil. Sekarang beda wajahnya sudah jelas.

      Terima kasih atas ucapannya.
      Salam senyum manis dari bunda. 😀

  2. selamat hari ibu uuuummmmmiiiiiikkkkkuuuu sayang, hanya mampu menoreh kata singkat disela2 waktu yang selalu memburu, :), semoga bisa memberi komentar yang panjang2 sebagai pelipur rindu umi kepada ananda ;):) ,

    • Terima kasih untuk ucapan Neni. Umi senang dengan sapaan dan kunjungan neni walau sedang sibuk dengan pengajian dan pekerjaannya.

      Mudahan semuanya dimudahkan Allah dan Umi selalu mendoakan kejayaan anak solehah Umi ini.

      Tidak mengapa, hadirlah tika ada luang waktu yang mengizinkan. Jangan memaksa diri, Umi faham akan kesibukan seorang pelajar yang sedang ditempuh oleh Neni sekarang ini.

      Makanya, untuk melepas rindu Neni sama Umi, silakan dengar lagu yang syahdu ini, MOTHER by Sami Yusuf sempena Hari Ibu di Malaysia.

      Jika dengar lagu ini, ingati Umi dan berdoalah untuk Umi.
      Salam sayang selalu dari Umi. 😀 😀 😀

    • Ibu adalah insan yang teguh menghadapi derita dan duka.
      Sangat berjasa dan wajib dihormati sepanjang hayatnya.

      Beruntung ya, kalau masih punya ibu.
      Kita bisa berbakti dan berkongsi cerita dengannya lagi.

      Terima kasih Elmoudy, sudi kembali menyapa di sini.
      Salam ceria. 😀

  3. betul saya sangat setuju dengan artikel ini …
    memang sosok Ibu tidak akan ada yg menandingi dari segi apapun …
    kasing sayang, perjuangan, pengorbanan, dan lain-lain …
    itu semua demi anaknya agar bisa tumbuh besar serta menjadi anak yg soleh/solehah tanpa mengaharapkan imbalanpun sepeserpun …
    semuanya dilakukan secara tulus ikhlas …
    semoga bagi anak-anak yg tidak tau balas budi terhadap ibunya setelah membaca artikel ini menjadi sadar atas kekeliruannya yg telah diperbuat … 🙂

    • Hai Onesetia82…

      Subhanallah, andainya anak tidak tahu membalas budi ibu, sungguh anak itu telah menerbitkan kekecewaan dan kelukaan di hatinya. Siapapun ibu kita dari darjat mana, kesilapan apa yang pernah diperbuatnya, IBU tetap IBU yang mengandung dan memerhati kita di dalam rahimnya.

      Jika ada IBU yang tidak menyukai anaknya atau menyisih anaknya. Masya Allah, saya tidak tahu apa yang harus dikatakan kepada mereka yang tegar bertindak demikian. Anak adalah amanah Allah dan akan dipertanggungjawab di hadapan Yang Maha Memberi kurnia-Nya.

      Semoga kita menjadi anak yang berbakti kepada orang tua.
      Terima kasih Onesetia.
      Salam ceria di hujung minggu. 😀

  4. Assalamualaikum wr wb teman yang jauh,
    teman yang penyayang bersama anak-anak yang comel he he

    Selamat menyambut hari ibu, kasih sayang yang sepatutnya diberikan hari-hari, saya pun berpendapat begitu.

    Walaupun sudah lebih 8 tahun saya kehilangan ibu, kasih sayang dan belaiannya masih segar di dalam ingatan dan masih dapat dirasainya. Kehilangannya diganti nama dengan anak perempuan saya yang kecil – Nafsiah, kelahirannya selepas ibu saya meninggal 4 bulan. Subhanallah bukan hanya namanya yang sama tetapi gerak gerinya saling tak tumpah seperti ibu saya. Ketika saya dan kakak-kakak saya memerhatikan dia mereka berbisik, “macam emak”. Dialah pengobat rindu saya.

    Sebagai seorang ibu pula, saya tak henti memberi nasehat dan doa yang tak putus-putus untuk kebaikan mereka, walaupun kesabaran kadang-kadang tergugat dengan kerenah mereka dan tangan ini ada-ada masa jalan terus untuk merotan he he.

    Semoga Allah swt memberi kekuatan kepada kita dan pertolongan demi mendidik anak-anak tercinta untuk menjadi insan kamil.

    Sehingga ketemu lagi dan
    Salam sayang dari jauh, Singapura

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, sahabatku Zohra…

      Terima kasih atas kunjungan yang sudah lama tidak didengari khabarnya. Semoga kita yang menjadi ibu akan diganjari Allah dengan limpah kasih sayang yang melaut kerana menyayangi dan mengasihi anak-anak yang dititipkan kepada kita untuk diuruskan dengan saksama. Aamiin.

      Subhanallah, hebatnya Allah menggantikan kasih IBU sejati ke ruang anak yang mengikut jejak keturunannya. Inilah dinamakan dalam setiap jalur keturunan itu ada seorang dari salah seorang anak atau cucunya akan menuruti sikap dan paras wajah nenek atau keturunan yang telah meninggal dunia. Ternyata Nafsiah menuruti neneknya. Alhamdulillah. Hilang juga rasa rindu yang terpendam, kan.

      Aamiin… Ya Rabbal;alamiin. Terima kasih Zohra untuk doanya. Semoga anak-anak kita nanti akan menjadi kebanggaan kita dalam sikap yang menuruti syariat Allah swt. Berbahagialah kita di sana nanti.

      Mendidik anak di zaman moden ini banyak sekali cabarannya berbanding kita dahulu. Saya dapat merasai perbezaannya apabila anak-anak kian membesar di depan mata dan menyelami kehidupannya yang sungguh mengujakan.

      Mudahan silaturahmi ini tetap baik selama-lamanya.
      Salam sayang kembali dari saya. 😀

  5. assalamuaikum Puan Fatimah. Saya Atikah bt Alias pelajar Universiti Putra Malaysia. Saya ingin berbincang dgn pihak Pn tentang memohon kebenaran mengubahsuai instrument kajian yang bertajuk “Persepsi guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran j-QAF”. Diharapkan Pn Fatimah boleh memberikan respon melalui email saya… Terima kasih

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Atikah…

      Silakan menggunakan instrumen yang telah saya laksanakan bagi kajian saya. Saya mengizinkannya untuk maslahat ummah dan kebaikan dalam pencarian ilmu yang bermanfaat.

      Semoga anda berjaya dan mudahan kita bersama mendapat ganjaran dari Allah swt. Aamiin.

      Terima kasih memaklumi. 😀

  6. Selama kita bernafas, tak ada day off sebagai ibu. Jadi tiap hari adalah hari ibu. satu hari yang disisihkan untuk peringatan, merupakan monumen untuk mengenang dan menghargainya. Selamat hari ibu Mbak Fatimah..Semoga tambah semangat setelah berdialog dengan para ananda 🙂

    • Iya, mbak Evi…
      Jadi ibu ini cukup penat , terutama ibu dwi kerjaya. Harus banyak sabar kerana senarai semak pekerjaan di rumah dan di pejabat mesti dilaksanakan sesuai dengan masanya.

      Terima kasih mbak untuk kunjungan yang menyenangkan.
      mudahan kita bisa menjangkau masa ini dengan tabah sehingga anak jadi dewasa dan tahu mengurusi dirinya.

      Salam manis buat mbak Evi. 😀

  7. assalaamua’laikum wr.wb Bunda
    menyimak obrolan di atas asik sekali.

    semoga anak-anak bunda menjadi apa yang bunda harapkan.
    kecupan di atas nampaknya manis sekali ya bunda sampe terasa kesini :).

    hem ibu,,,,!
    yang saya suka dari ibu saya adalah Beliau membesarkan kami memilih kehidupan kami sendiri dan harus bertanggung jawab dengan apa yang kamu pilih jangan merepotkan kami sebagai orang tua, tapi tetap saja ketika kami punya masalah besar mereka juga yang turun tangan :).

    salam bahagia untuk Bunda dan keluarga 🙂
    salamin juga ya buat anak2 Bunda dari Ardi yang ganteng ini hehehehe Narsis 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Ardian….

      Aamiin… Ya Latiif Ya Haliim. Demikianlah harapan dan doa semua para ibu untuk anak-anak mereka.

      Hubungan yang rapat antara orang tua dengan anak-anak bisa melahirkan anak-anak yang percaya diri, hidup dengan kegembiraan dan berjaya dalam pelajaran.

      Alhamdulillah, ibu Ardian ternyata ibu yang berpandangan luas dan yakin kepada kebolehan anak-anaknya dalam menentukan apa yang disukai asal sahaja tidak “menconteng arang” di muka mereka. Satu kepercayaan yang mesti dipegang oleh anak-anak dari amanat orang tuanya. Salut buat ibu Ardian. 😀

      Terima kasih atas komentar Ardian.
      Salam ceria dan mesra selalu. 😀

  8. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Pertama sekali, tentu saya mengucapkan Selamat Hari Ibu. Kalo di Malaysia tanggal 13 Mei ya, Mbak. Semoga Mbak Fatimah bisa menjadi ibu yang membahagiakan suami dan anak-anak tercinta. Kebahagiaan yang tidak hanya cukup di dunia, namun juga kebahagiaan yang bersama-sama hingga akhirat kelak. Allaahumma aamiin…

    Hmm…, setiap kali membaca ihwal ibu, rindu saya betapa langsung memenuhi dada. Sungguh, betapa rindu saya kepada Ibu tercinta di Jombang sana…

    Salam bahagia dari Jogja,
    Akhmad Muhaimin Azzet

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet…

      Terima kasih atas ucapan penghargaan untuk ibu-ibu di Malaysia, juga kunjungan yang menyenangkan dari sahabat guru.

      Aamiin… Ya Zaljalaaliwal Ikram. Semoga doa yang dilampirkan mendapat perhatian Allah. Didoakan di pihak isteri mas Amazszet juga demikian sama. Ibu dan isteri atas suri teladan bagi orang yang berada dalam perhatiannya. Mudahan kita semua dirahmati Allah.

      Saya doakan ibu mas Amazzet sihat dan pasti beliau bahagia melihat kejayaan anaknya kini yang telah membanggakannya atas apa yang telah dilakukan. Sejuk sekali hatinya mendapat anak soleh yang bisa mendoakan orang tuanya di sana nanti.

      Mudahan anak-anak saya membanggakan saya juga.

      Salam hormat dari saya. 😀

  9. mencintai ibu hingga ke ujung nyawa..

    mungkin lebih dari itu, walau beliau sudah tak ada cinta untuk ibu harus tetap hidup..

    • Mencintai ibu selalu ada di hati dan didoakan sepanjang waktu walau jasadnya sudah dikandung tanah. Siapapun ibu kita, tiada siapa yang bisa menandingi keelokan budi dan kasih sayangnya. Indahnya menjadi ibu yang dicintai anak-anaknya.

      Terima kasih Fi.
      Salam manis dari bunda. 😀

  10. Alhamdulillah. Pn. terima kasih.. Insyallah saya akan lakukan yang terbaik.

    Terima kasih Pn. Hanya ALLAH yang dapat membalasnya… aminnn

    • saya cuba untuk mencari Pn dgn kaedah cuba jaya melalui internet…
      Akhirnya, ALLAH temukan saya dgn Pn. syukur…:)

      • Alhamdulillah, sudah bertemu walau hanya di maya. Demikianlah Allah mempertemukan hamba-hambaNya. 😀

        Oh ya, kalau tidak keberatan, boleh saya tahu tajuk tesisnya. Atikah ni pelajar sarjana atau Phd. ?

        Terima kasih jika sudi berkongsi pengetahuan tentang tajuknya.
        Semoga berjaya.

        • Terima Kasih kembali.. Saya pelajar sarjana pendidikan. Tajuk saya hampir berkaitan dengan tajuk Pn tetapi berbeza bidang.

          ” Persepsi bakal guru sains pertanian terhadap potensi penggunaan komputer sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains pertanian”.

          saya masih sedang mencari maklumat2 berkaitan.. Saya dah mula terasa cabaran untuk projek ini..

          Pn, boleh tak kalau saya nak minta email Pn?

          p/s: Maaf, saya memberikan komen di bawah entri ibu..

          • Tahniah untuk tajuk yang mencabar dan tentu sekali memberi banyak inspirasi agar kejayaannya nanti tercapai.

            Saya telah melaluinya. Ia satu pengalaman yang sangat menarik tetapi penuh dengan pelbagai emosi yang memerlukan kekuatan jiwa dan sabar yang banyak. 😀

            Tesis saya itu, Atikah perolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UKM kah ? Pertama saya membaca komentar Atikah, saya jadi terfikir di mana Atikah memperolehi tajuk tesis saya.

            Insya Allah, nanti saya berikan. Terima kasih masih menghubungi saya. Tidak apa kalau di sini, sekurangnya memberi manfaat dan inspirasi kepada orang lain.

            Salam manis selalu dan sukses dalam pengajiannya. 😀

    • Alhamdulillah, orang yang bersungguh-sungguh akan mendapat apa yang diingininya seperti apa yang Atikah usahakan.

      ASAL BERANI BERMIMPI SEGALANYA MUNGKIN.

      Aamiin. Kepada Allah sahaja segala permohonan dipanjatkan dengan harapan yang tinggi doa itu dimakbulkan.

      Terima kasih kembali, Atikah. Semoga berjaya meneruskan cabaran yang hebat dalam kajian yang ditempoh. 😀

  11. assalamu’alaikum Bunda..

    senang sekali bisa berkunjung disaat bahagia ini,, aku merasakan bahagaia yg bunda rasakan juga,, anak-anak bunda udah besar,, sudah remaja, suatu masa yang cukup berat untuk mendampingi mereka ya bund, usia mereka saat ini adalah usia yang sangat ingin tau banyak, dan bunda harus mendampingi mereka terus.. hehehe pasti menyenangkan dan banyak lucunya,,

    Ibu adalah orang yang paling berjasa, tak salah bila ada kata-kata,, sorga dibawah telapak kaki ibu,,

    Buat bunda,, aku ucapkan selamat hari ibu juga,, semoga tetap menjadi mama yang paling baik,, dan bagiku bunda adalah sosok wanita yang pantas untuk menerima predikat itu..

    salam sayang dan rindu selalu buat Bunda dari Jakarta.. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Fitray…

      Memang senang mendampingi anak-anak dalam usia begini. tetapi pening kepala dibuatnya. Macam-macam hal yang terhasil dari rasa ingin tahu, kadang kala membuat bunda bingung dan marah…. hehe. rasanya bunda juga demikian sama pada usia mereka..

      Bila anak-anak semakin besar, mamang banyak cabara yang harus ditangani kerana masing-masing sudah punya pendapat sendiri, kehendak sendiri dan impian yang diingini. Ibu harus memain peranan penting dalam memperhati semuanya berjalan lancar dan tidak bercanggah dengan tatasusila bangsa, ajaran agama dan peraturan yang sudah ditetapkan.

      Anak-anak harus dibentuk sejak rebung dengan disiplin hidup yang kukuh dan teguh agar bila dewasa nanti mereka tahu menghargai diri dan pandai meletakkan potensi mereka di tempat yang benar dan betul.

      Terima kasih Fitray untuk kunjungan yang selalu dirindui dan menyenangkan.

      Aamiin, Ya Rabbal’alamiin. Alhamdulillah atas penghargaan kata dan ucapan dari Fitray. Bunda juga seperti ibu yang lain kok. 😀 Insya Allah, Fit juga akan merasainya di ketika yang Allah tentukan. Bunda selalu mendoakan kebahagiaan Fitray di sana.

      Salam sayang dan rindu kembali dari bunda. 😀

  12. Assalamu’alaikum Wr.Wb

    Salam bahagia buat “empat Permata Hati” bunda ………. bersyukur sekali anak2 mendapat bundanya yang paling baik di dunia dan bersyukur pula tentunya bagi bunda yang memiliki anak2 yang sholeh, baik hati n sayang pada bundanya… anugrah terindah curahan karunia Ilahi bila satu keluarga selalu bersandarkan pada hidup yang terikat nikmat iman dan islam, keluarga adalah tiang-tiang Islam yang mulia… keluarga yang memberi masa depan akan kejayaan dan kemuliaan islam …. smoga mendapat bahagia dunia dan akherat

    Salam terkhusus buat Ikram yang gagah 😉 tentu sekarang bukan hanya pintar adzan .. he he he

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kang KC….

      Alhamdulillah, mudahan mereka beruntung di dunia dan akhirat bisa punya ibu seperti saya… hehehe. Bisa aja menyanjung diri sendiri. Tidak salahkan untuk kebaikan bersama. Mudahan manfaatnya lebih dari apa yang dikehendaki pada niatnya. Semuanya kerana Allah swt. Satu perkongsian yang baik.

      Terima kasih atas apresiasi Kang KC terhadap saya dan keluarga saya. Rumahtangga yang dihiasi dengan cinta Allah dan cinta Rasul sungguh memberi makna yang besar dalam membangun masyarakat Islam yang teguh dan cintakan agamanya.

      Demikianlah niat saya dalam menghasilkan keluarga yang dinaungi mawaddah wa rahmah walaupun tidak dinafikan banyak cabaran yang harus dilalui terutama dalam pendidikan anak-anak.

      Subhanallah, anak lelaki saya Akram bukan sahaja bisa mengalunkan azan dengan baik, tetapi sudah bisa dipanggil IMAM MUDA kerana selalu menjadi imam kepada saya di waktu solat. Bacaannya bagus dan saya tidak meragui kefasihan lahjah Arabnya dalam membaca al-Fatihah dan surah-suarh lazim.

      Akram juga sedang menyediakan dirinya untuk menjadi seorang hafiz al-Quran. Alhamdulillah, saya senang sekali sebagai ibunya mempunyai anak yang soleh dan mahu belajar agama tanpa dipaksa-paksa.

      Terbukti, mengajar anak mengenal Allah dan Rasulullah sejak di alam rahim memberi impak yang besar sesudah kelahirannya di samping diberi penggayaan dalam proses pembesarannya secara berterusan.

      Terima kasih Kang KC untuk komentar yang berbobot dan mengesankan.
      Salam hormat penuh takzim dari saya. 😀

  13. Assalamalaikum salam warrahmatulahi wabbarakatuh
    Salam jumpa kembali.di lapak ini, yang lama nian tak berpijak pena saya di sini.
    Postingan yang menarik, tapi kontradiksi bagi saya karena baru saja merespon komentar Mbak di lapak video kekerasan seorang ibu di postingan saya.
    Memang kita suka membayangkan sosok seorang ibu .idealnya seperti yang terlukis dengan indah dalam tulisan penuh renungan ini., tapi seiring zaman yang jauh dari lukisan tata krama yang baik, gambaran itu jadi berdampingan dengan fakta kekerasan orang tua terhadap anaknya, yang kadang sangat tak berperikemanusiaan.
    Semoga kita bisa kembali merengkuh kodrat orang tua yang hakiki, sebagai pengayom dan pembentuk kepribadian anak yang pertama dan utama.
    Karena dengan dan dari anak yang sudah diperlakukan sedemikian kejam, bukan tak mungkin ini akan berantai menjadikan dia sosok orang tua nanti yang akan melampiaskan hal yang sama terhadap anak2nya kelak.
    Duh, sangat menyentuh lantunan tembang tentang sosok ibunya, nyatanya ada lagu2 bagus di luar yang saya tahu, ya wajar, di luar negeri to. 🙂 Mohon izin mengdownloadnya yaa?
    Salam kerinduan akan sosok seorang ibu..

    NB: Koment ‘balas dendam’ atas postingan mbak lain nanti menyusul yaa, semalam dua(dilapak saya), pagi ini dua, sisanya menyusul.
    Satu lagi, (ingin tahu), apakah setiap koment dan respon di lapak sendiri atau dilapak teman akan muncul notifikasi(point pemberitahuan) dalam akun mbak? Seperti di saya, demikian.

    • Walaikum salaam Wa Rahmatulaahi Wa Barakaatuh, mas Rahman…

      Alhamdulillah, senang menerima kunjungan mas Rahman yang sekian lama tidak menyapa kemari dengan komentar yang selalu berbobot dan mencerahkan. Mudahan kesibukan tetap tidak menghalang untuk terus berkongsi ilmu dan pengalaman dalam kehidupan.

      Kehidupan ini adalah suatu yang misteri bagi setiap orang yang melaluinya dengan ketetapan Allah dalam qadak dan qadarnya. Jika ilmu dan akal menjadi bekal pasti setiap tantangan yang ditempuh akan dapat diatasi dengan redha dan pasrah walaupn sukar dibayangkan keadaannya.

      Seperti apa yang disajikan oleh mas Rahman tentang ibu yang sanggup memperlakukan anak secara kejam, sedangkan berlawanan dari sifat keibuan yang sepatutnya ada dalam naluri semulajadinya. Tentulah disebabkan kurang iman dan sabar selain faktor lain yang berdampak keras pada dirinya yang terhasil dari pengalaman lampau yang juga diterimanya dalam hidup.

      Andaikata komen saya ini tidak keterlaluan, saya berpendapat siapapun wanita yang berhadapan dengan kekejaman oleh sesiapa atas dirinya, bukan menjadi landasan untuk wanita/ibu membalas dendam kepada sang anak yang tidak berdosa. Terdapat ibu yang disiksa kejam oleh suami atau ibu bapanya semasa lalu, tetapi mempunyai pendirian dengan iman yang teguh dan sabar tetap mendidik anaknya dengan penuh kasinh sayang hingga berjaya keluar dari kehidupan yang menyakitkan.

      Wanita/Ibu seperti ini tentu sekali mempunyai jati diri yang mengkagumkan, mampu berhadapn dengan segala pancaroba dan tidak menggugah pendirian untuk jatuh rebah dan lemah. Mudahan para ibu tetap tabah dalam mendidik anak mereka yang menjadi kepayahan selam mengandung dan membesarkan.

      Terima kasih mas Rahman untuk kongsian yang menjernihkan minda. Salam hormat dari saya. 😀

  14. Salam,
    Pertama kali singgah di blog bunda, rasa sebak dengan bait2 tentang ibu..kerana saya seorang ibu. Mempunyai anak 6thn 4 thn 1 1/2 dn sdg mengandung. Setiap kali mengandung, perasaan saya agak sensitif. Setiap malam saya akan peruntukkan masa utk belajar iqra dan membaca. Alhamdulillah pendekatan ini memperlihatkan kejayaan kecil utk pencapaian mrk di dlm kelas. Walau letih saya terapkan pada mrk,belajarlah jadilah walau satu ayat pun takpe. Mungkin bunda ada tips utk saya kerana kadang2 sy terlampau penat, saya ibu bekerjaya.Ayah mrk perlu bekerja di luar daerah.

    • Salam Has…

      Terima kasih sudi singgah ke blog sederhana ini dan membaca kandungannya. semoga bermanfaat. Terharu juga membaca catatan dari Has. Mudahan diredhai Allah atas setiap yang dilakukan sebagai isteri, ibu dan wanita berkerjaya. 😀

      Alhamdulillah, Has mempunyai kesedaran dalam usaha mendidik anak-anak dengan cara menurut ajaran islam. Tidak mengapa dengan usaha yang sedikit tetapi berterusan. Insya Allah, semua itu mendapat perhatian dan kasih sayang Allah.

      Sesiapa yang bersusah payah untuk dunia dan akhiranya pasti Allah akan membantu memudah dan meringankan jalannya walaupun di awal kita lihat penuh dengan kesukaran. Dalam kesukaran itu ada kemudahannya di kemudian hari.

      Jadi ibu ni, tidak ada yang dikatakan rehat yang betul-betul rehat. Ibu selalu sibuk dengan dunia anak-anaknya terutama yang sedang meningkat dan berkembang pertumbuhannya.

      Masa anak-anak kecil inilah kita terapkan banyak dengan ilmu agama. paling baik untuk anak-anak cepat mencintai Allah dan Rasul-Nya adalah dengan bercerita kepada mereka tentang kasih sayang Allah dan kehebatan Rasulullah dalam kehidupannya.

      Jika kita selalu bercerita tentang akhlak Rasulullah, para sahabat, isteri-isteri mereka, anak-anak mereka serta sifat pahlawan para sahabat dll, anak-anak kita akan membesar dalam ilmu keislaman yang menjadi pemangkin kepada akhlak mereka di masa depan.

      Menurut emak saya, biar kita penat menjaga anak-anak masa kecil, nanti bila mereka dan dewasa, kita tidak susah untuk membentuk mereka. Semoga Has dapat melaksanakan tugas ini dengan baik.

      Walaupun berjauhan dari suami, semua itu tidak menghalang putusnya perhatian terhadap pendidikan anak-anak. Banyak berdoa dan bertawakal kepada Allah. Jangan sekali-kali berputus asa dengan rahmat-NYA.

      Semoga bahagia dan salam kenal dari saya.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.