CT399. KEBUN FATIMA (11): PERTAMA KALI MENANAM SAYUR KANGKUNG

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

KangkungFatima1pertamakalitanam

TANAM APA YANG SAYA SUKA

Bagi yang suka aktiviti yang mengotorkan tangan dengan tanah, maka aktiviti berkebun bunga atau sayur merupakan salah satu darinya. Selain dapat mengeluarkan peluh yang banyak dan sudah tentu menyihatkan, kita juga berpuas hati dengan hasil yang dilakukan.

Jika memilih hendak bertanam sayur, beberapa perkara perlu kita ambil tahu sebelum memulakannya iaitu:

(1). sayur yang kita suka

(2). khasiat sayur tersebutΒ  dan

(3).Β berapa lama masa menanam.

*

Tips ini saya baca dari KebunBandar.com. Saya akan menjawab setiap persoalan tersebut di bawah.

*

(1)Β  SAYA SUKA SAYUR KANGKUNG

SAYA SUKA MAKAN SAYUR. Banyak jenis sayur yang saya suka makan. Antaranya sayur kangkung. Saya suka makan sayur kangkung sejak kecil. Tetapi masa itu kangkung yang dimakan adalah kangkung air bukan kangkung darat.

Apabila hendak makan sayur kangkung, Emak atau Mak Nek akan menyuruh saya atau adik beradik yang lain untuk membeli kangkung dengan harga 50 sen di rumah Nek Aji Ara, saudara sebelah Mak Nek.

Nek Aji Ara memang menanam kangkung air di dalam satu kolam khas. kangkung air ini berdaun lebar dan batangnya besar. Sesuai untuk dibuat ulaman celur dan sayur goreng sambal belacan.

Sayur kangkung ini boleh dimasak dengan pelbagai resepi seperti diulam (celur dulu daunnya) dengan sambal belacan atau dimakan bersama rojak sotong. Namun, saya lebih suka makan sayur kangkung yang dimasak tumis atau goreng sambal belacan atau dicampur dengan sayuran lain.

(untuk posting selepas ini, saya akan paparkan masakan sayur kangkung hasil tanaman saya sendiri. :D)

*

(2). KHASIAT SAYUR KANGKUNG

Saya hanya tahu sedikit khasiat sayur kangkung secara pengetahuan sedia ada. Di sini saya kongsikan khasiat dan manfaat sayur kangkung melalui carian maklumat di internet, antaranya:

*

  • Meningkatkan kandungan darah dalam tubuh.
  • Sebagai antioksidan semulajadi dan menjaga imuniti badan.
  • Melancarkan pembuangan najis atau mengatasi masalah sembelit.
  • Menurunkan kadar gula dalam darah dan mencegah diabetes.
  • Menghentikan pendarahan.
  • Menjaga mulut tidak kering.
  • Menjaga mata dan pandangan yang cerah.
  • Melawaskan pembuangan air kencing
  • Membantu masalah sukar untuk tidur (insomnia).
  • Menmbantu gatal kulit kepala dan berkelimumur
  • Membantu masalah darah haid yang berlebihan

Ternyata sangat banyak khasiat yang kita perolehi apabila makan sayur kangkung ini. Kelazatannya bergantung cara kita memasak dan menghidangnya. Ikut selera masing-masing.

*

(3). HANYA SATU BULAN

Menanam sayur kangkung tidak mengambil masa yang lama, hanya satu bulan atau lebih sedikit sahaja. Maka, sesuailah saya mencuba untuk kali pertama ini.

Saya memilih untuk menanam sayur kangkung di dalam pasu sebagai permulaan kerana lebih mudah untuk saya pantau dan diubah kedudukannya. Untuk masa ini, saya masih sibuk membina Taman Mini Refleksiologi yang baru 20 % siap. Maka, menanam kangkung hanya sekadar hobi percubaan sahaja.

Foto-foto berikut adalah proses saya menanam sayur kangkung yang mungkin boleh membantu teman-teman yang belum lagi berminat atau yang ada hasrat tetapi tidak tahu bagaimana memulakannya. Saya gembira jika dapat menyumbang sesuatu yang baik untuk dikongsikan bersama. πŸ™‚

*

KangkungFatima2BijiBenihKangkung

Biji benih kangkung darat ini dibeli di Pasar Sentral Sarikei. Sangat murah dan banyak dengan kos RM1.00 sahaja. Saya hanya menggunakan 30 biji benih sahaja sebagai permulaan.

*

KangkungFatima3SediaPasuSemaian

Pasu lama yang disimpan, dibasuh bersih untuk dijadikan tapak semaian

*

KangkungFatima4MasukkanTanah

Masukkan tanah masak yang dicampur kompos ke dalam pasu

*

KangkungFatima5LubangkanTanah

Oleh kerana saya hanya menanam 30 biji sahaja, maka cukup 10 lubang yang diperlukan

*

KangkungFatima6Sediakan30bijibenih

Inilah biji benih kangkung yang bakal ditanam. Bijinya besar.

*

KangkungFatima7masuk3bijibenih

Masukkan tiga biji di dalam satu lubang sebagai semaian. Nanti akan dipindahkan secara berasingan

*

KangkungFatima8bijibenih3dalamlubang

Biji benih yang siap dimasukkan ke dalam lubang. Jangan terlalu dalam.

*

KangkungFatima9Kambuslubang

Lubang yang sudah dikambus dan diratakan. Jangan padatkan tanah kerana akan menyukar pernafasan dan pertumbuhan biji benih.

*

KangkungFatima10SiapSemaian

Siramkan air atas tanah yang sudah ditanam biji benih untuk kelembapannya. Siram dua kali sehari. Jika hari hujan, cukup satu kali sahaja.

*

KangkungFatima11TutupSemaian

Tapak semaian ini saya tutup dengan nett untuk mengelak biji benih dimakan burung. Halaman rumah saya banyak burung yang datang berkunjung untuk mencari makan. πŸ˜€

*

KangkungFatima12benih3hari

Hati jadi gembira dan segar melihat biji benih mulai bertunas. Comel dan penuh aksi yang menarik untuk difotokan. πŸ˜€

*

KangkungFatima13Semakintinggi

Pertumbuhan kangkung yang baik dan subur selepas 5 hari ditanam biji benihnya. Jangan lupa menabur baja dalam 2 minggu sekali seperti baja sayur, baja tahi ayam dan kompos agar sayur subur berseri-seri.

*

KangkungFatima14Semakinsubur

Hari ke-8

*

KangkungFatima15PindahDalampasuAsing

Hari ke-16, saya pindah anak sayur kangkung ke dalam 10 pasu berasingan sebanyak 3 batang di dalamnya.

*

KangkungFatima16Setelah1bulanpindah

INILAH KESILAPAN SAYA. Sepatutnya sayur kangkung ini sudah saya petik dan makan selepas sebulan dipindahkan di dalam pasu ini. Ia sudah matang dan subur.

*

BELAJAR DARI KESILAPAN

Apabila memahami cara dan masa yang diambil untuk menanam sayur kangkung ternyata saya tidak mengikut peraturannya. Saya memetik sayur ini setelah 2 bulan setengah dari masa mula menanamnya.

Hal ini saya perhatikan ketika saya memetik sayur kangkung pada hari Ahad yang lalu, batangnya sudah kelihatan kurus, daunnya pula sedikit dan kurang hijau. Hati saya sebal kerana lambat memetiknya.

Saya perlu belajar dari kesilapan yang dilakukan sendiri dan tidak menyalahkan cuaca panas dan hujan yang sering muncul tidak tentu masa.

Saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat juga merasai hasil tanaman tangan sendiri. Keringat yang gugur ke bumi pasti ada balasan yang tidak terperi indahnya.

Alhamdulillah, akhirnya saya dan keluarga dapat juga merasa makan sayur kangkung yang ditanam sendiri. Sukanya hati. πŸ™‚

*

ANDA BAGAIMANA, SUDAH BERTANAM SAYUR ? SELAMAT BERKEBUN.

**

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima1 Ogos 2016 (Isnin)/ 27 Syawal 1437H/ 9.30 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. menyusun semua kenangan dalam lipatan memori yang tidak pernah dipadamkan. Cerita kita terpahat indah disulami jendela pelangi yang berwarna warni. Lukisan hati mencerahi jiwa dengan ku lahirkan rasa syukur pada-NYA yang mempertemukan kita di dunia ini dan mudahan di akhirat jua. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Β *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Setiap detik masa yang berlalu, rindu padamu bukan kepalang. Walau jauh dari mata memandang, tetapi dekat hati berpaut. Walau hilang ditelan kenangan, tetapi wujud mulut menyebut. Di hatiku… selalu ku ukir namamu. Semoga sihat dan ceria selalu. Aamiin. Wassalaam. πŸ™‚

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

22 thoughts on “CT399. KEBUN FATIMA (11): PERTAMA KALI MENANAM SAYUR KANGKUNG

    • Wa’alaikum salaam wr.wb Liza Fathia….

      Samalah kita ya. Namun anak-anak sangat sukar makan sayur sedangkan sayur merupakan keperluan nutrien badan kita.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam mesra selalu. πŸ™‚

  1. Assalamu’alaikum Kak…
    Menanam sayuran sendiri pasti menyenangkan meski di lahan terbatas. Apalagi sayuran kesukaan. Selain itu hemat pengeluaran juga apalagi jika menanam aneka macam sayuran.

    Kalau kami biasa memasak kangkung dengan ditumis, ditambakan cabai dan udang atau bakso(meat ball) yang diiris tipis.

    Oh iya Kak, saya sedang mengadakan giveaway di blog saya. Kalau kak Siti tidak sedang sibuk, saya undang untuk ikut meramaikan. Silakan klik tautannya
    https://catatanbudyah.wordpress.com/2016/07/28/giveaway-12th-wedding-anniversary-letter-to-my-husbandwife-my-future-husbandwife/#more-1299

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Dyah…

      Benar, menanam sayur sendiri merupakan langkah penjimatan dalam pebelanjaan. Selain itu terjamin kebersihan dan penjagaannya. rasa sayur tanaman sendiri lebih terasa manis saat menyantapnya ya.

      Kangkung tumis ini memang lazat tambah lagi bahan seperti yang dinyatakan Dyah di atas. Membuat kakak ingin makan sayur kangkung lagi. πŸ™‚

      Insya Allah, jika ada bahannya, akak akan sertakan. semoga sukses dengan GAnya dan selamat Ulangtahun Pernikahan Dyah ke 12 tahun.

      terima kasih sudah berkunjung dan mengundang maklum. Salam manis selalu. πŸ™‚

  2. CT ni jenis yg sabar memetik hasil. Kalau kakak agaknya nampak aje terus kerat dah terus masuk kuali hihi… Kakak juga jenis tanam bukan fikir tentang khasiat tau CT tapi ikut sedap di tekak dan ramai yg suka. Itulah kakak yg malas ni CT. Hubby kakak tanam dalam polisterin ikan yg empat segi putih tu CT. OK tau.. CT boleh cuba. Tanam daun saderi pun dlm polisterin juga tak payah beli bekas yg mahal-mahal. Polisterin tu ambil kat pasar yg dah org buang jadi kami dpt FOC aje. πŸ™‚

    • Hahaha…. kakak menyindir saya lah tu, sabar memetik hasilnya. Memang betul tu kak, saya geram nak petik tapi hati keras suruh besar dan tinggi dulu. Rupanya kangkung tu hanya tinggi itu sahaja, hehehe. Insya Allah, akan datang tak akan terpedaya oleh hati lagi.

      Bestnya akak dan suami juga minat bertanam sayur. kat Sarikei ini susah nak cari polisterin kak. Saya ada tanam daun sup (saderi) dalam pasu, 3 pasu semuanya. Cantik, subur dan dah macam bunga daun pulak. nanti saya kongsikan foto daun sup itu.

      terima kasih Kak Zakie Purvit atas perkongsian pengalaman yang tentunya saya manfaatkan.

      Salam manis dan mesra selalu. πŸ™‚

  3. Assalamua’laikum wr.wb, bunda Fatimah,
    saya belum pernah nanam kangkung di pot dan biji. Dulu sekali, saat masih si rumah orangtua, saya menanam kangkung bekas potongan batangnya di tanah. Juga sempat punya kangkung air di kolam belakang rumah. Sekarang sudah tidak ada tempatnya lagi, sayur kangkungnya boleh beli ke tukang sayur. Harus coba nanam di pot juga nih.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak ysalma….

      Iya mbak, silakan mencuba untuk ditanam pula di dalam pasu, pasti cantik seperti bunga juga. Memang asyik ya mbak kalau rajin berkebun ini. Tambah lagi kita dapat merasai hasil tanaman kita sendiri.

      Terima kasih Ysalma kerana sudah berkongsi pengalaman yang berbobot dari sana.

      Salam manis selalu. πŸ™‚

  4. saya juga suka sekali sayur kangkung. Di kampung halaman saya kat Lombok – Indonesia itu menjadi makanan favorit, namanya Pelecing Kangkung. Tapi sayur kangkung di tempat saya itu ditanam di air, batangnya pun boleh tumbuh besar besar. Salam kenal πŸ™‚

  5. Berkunjung ke blog bunda siti… Sekitar tahun 2010 pernah silaturahim, tapi saya sempat kehilangan blog, karena disuspend oleh wordpress, dan ini saya berkunjung dengan blog yang baru… Salam kenal kembali bunda…

    • Alhamdulillah, saya masih ingat lagi. Terima kasih sudah kembali berkunjung untuk silaturahmi ke LMGS G2 ini. Mudahan kebaikan akan diperolehi dalam setiap ilmu yang dikongsikan. Apa pun ujian yang menimpa pasti banyak hikmah diperolehi akhirnya.

      Terima kasih AinulHarits dan salam kenal kembali.

  6. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Alhamdulillaah…, saya juga termasuk yang suka banget sama sayur kangkung. Ditumis suka. Dibuat rujak suka. Bahkan dikukus saja saya suka; setelah dikukus dikasih sambal kecap. Betapa nikmatnya.

    Salam dari Jogja ya, Mbak.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Untungnya sayur kangkung ni, sudahlah mudah ditanam, ia juga disukai oleh ramai orang. Memang satu nikmat dari Allah kepada hamba-NYA. Mudahan khasiat kangkung akan memanfaatkan kesihatan kita.

      Terima kasih mas Amazzet atas kunjungan dan kongsian.
      Salam takzim.

  7. menanam sayur merupakan kegiatan yang mengasikan bunda, di Indonesia sendiri sayur kangkung merupakan sayuran yang dgandrungi (disukai) hampir semua kalangan atau lapisan masyarakat, salam dari Indonesia semoga bunda selalu di beri kesehatan

  8. Pingback: CT400. SAYUR KANGKUNG TUMIS SAMBAL BELACAN | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.