CT372. KEMBARA MIRI (4): ENJOY HORSE RIDING

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

KudaFatima1EnjoyHorseRiding

*

HASRAT TERCAPAI

….. MASIH DI MIRI CROCODILE FARM. Jam 2.38 petang.

Apabila Allah menghendaki ia berlaku dalam jalur kehidupan kita dengan izin-NYA, pasti jalan ke arah itu sudah disediakan. Bukan untuk seorang tetapi buat semua yang sudah tersurat takdirnya sejak di Loh Mahfuz.

Begitulah yang berlaku dengan kami sekeluarga. Asalnya hanya Ieesyah yang mengimpikan untuk menunggang kuda. Iffah, Izzah dan Muhammad sudah pernah menunggang kuda semasa mereka kecil seusia Ieesyah. Kisah ini membuat Ieesyah cemburu  untuk menunggang kuda juga.

Rupa-rupanya bukan Ieesyah seorang yang hendak menunggang kuda, anak-anak yang lain juga turut ingin menunggang lagi. Acara menjadi semakin meriah. SPH perlu mengeluarkan wang untuk bayaran menunggang ini sebanyak RM10.00 seorang.

Lebih “mengejutkan”… apabila saya juga turut teringin merasai pengalaman ini… hehehe.  Kesannya…cukuplah sekali dalam seumur hidup. Saya tidak mahu menunggang kuda lagi. Takuttttt dan ngeriiiiii.

*

ZooFatima35HorseRiding

Impian menjadi kenyataan apabila melihat papan tanda ini. Akram dan Ieesyah terus meluru ke arah lokasi kuda.

*

KudaFatima2MenungguGiliran

Memerhati penuh minat dan bersabar menunggu giliran.

*

KudaFatima3PemeriksaanKetat

Giliran pun tiba. Ieesyah menjadi penunggang pertama. SPH membuat pemeriksaan ketat untuk memastikan puteri kecil kami dalam keadaan selamat dan bersedia untuk memulakan perjalanan. Sang petugas sangat sabar dan sangat ramah.

*

KudaFatima4Ieesyah

jam 2.42 petang…. Giliran pertama. Ieesyah penuh semangat menunggang kuda di bawah terik matahari sejauh 20 meter. Senyum tak lekang dari bibirnya kerana impian tercapai. Alhamdulillah.

*

KudaFatima5Izzah

Giliran kedua. Izzah nampak takut-takut.

*

KudaFatima6Iffah

Giliran ketiga. Iffah ok sahaja sambil berbual-bual dengan petugas

*

KudaFatima7Akram

Giliran keempat. Satu-satunya cowboy saya yang asyik tersenyum malu sepanjang menunggang kuda.

*

KudaFatima8SangKudaTunggangan

Tiba giliran saya…. saya ambil foto kuda dulu. Renung wajah dan matanya. Allahu akbar, nampak seperti letih sahaja tapi saya nak mencuba juga merasai pengalaman menunggang kuda ni. Kasihan pula.

*

Tanya petugas, boleh lagi ke kuda ni nak berjalan membawa saya. Petugas kata, masih boleh. Tanya SPH dulu. “Bang, mah teringin nak tunggang kuda, nak rasa pengalaman, tapi takut. Bolehkah ? “Boleh, naiklah cuma hati-hati. Jangan takut” izin SPH tanpa banyak kata.

Anak-anak bersorak memberi semangat. “Yeeaaahhh…. mama pun nak tunggang kuda. Best ma, jangan takut.” Saya pun bersemangat juga dan teruja nak merasa pengalaman ini. Maklum sudah berumur ni, baru pertama kali menunggang kuda.

*

KudaFatima9CtfatimaIeesyah

Jam 2.56 petang. “Akram dan Ieesyah, eskot mama. Jangan sampai mama takut. Beri semangat.” Begitu pesan SPH kepada dua pengawal peribadi saya. Lihat Ieesyah betul-betul bersemangat mengiringi langkah kuda. Dah sama laju macam kuda pula.

*

CERITA NGERI

Tahu apa yang berlaku…… kuda itu tidak larat mengangkut saya. Mungkin kerana saya lebih berat daripada anak-anak. Jalan sang kuda sudah mula terhoyong hayang macam orang mabuk, pening kepala dan tak cukup tenaga.

Langkah kuda tidak lagi atas jalan tapi mula menuju ke tepi tasik. Saya tahu, petugas itu masih lagi memegang tali kekang kuda. Tapi saya sangat takut kalau-kalau kuda itu masuk ke dalam tasik.

Saya mula membuat imaginasi yang menakutkan diri sendiri. Saya sudah terbayang buaya tersenyum dalam tasik melihat kesuburan saya dan kuda. whuuuaaa. Saya tak mahu mati dimakan buaya. Sebab itu saya benci buaya.

“Encik, saya nak patah balik, cepat. Saya takut jatuh.” teriak saya kepada petugas. “Tidak apa puan, kuda ini mungkin letih sahaja.” balas petugas Bangladesh yang pandai berbahasa Melayu itu.

Saya rasa nyeri… kuda itu sudahlah tinggi. Nak turun pun tak boleh. Apa tah lagi nak terjun. Badan saya jadi keras. Betis saya mula nak kerem. Kaki saya pula bagai dilekat dengan gam gajah pada badan kuda. Kaku.

Saya takut nak bergerak, bimbang kuda terkejut dan berlari pula. Atau takut kuda terkejut dan mengangkat dua kakinya seperti kuda Zorro. Ahhhh…. tak mahu nak bayang tapi terbayang juga.

Saya bukan Zorro atau The Lone Ranger. Saya hanya manusia biasa yang tidak tahu tentang kuda tapi sibuk nak naik kuda juga. Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui mengapa Engkau izinkan hamba-MU ini menunggang kuda dalam takdir yang engkau beri dalam hidupku. Aku redha ya Allah. 😀

Debaran di dada, bagai gelombang tsunami. Kepala saya sudah berdenyut keras berfikir bagaimana nak turun dari kuda ini. Petugas buat tidak tahu dan relaks sahaja. Macam ok. Tapi saya yang tidak ok.

Mulut saya tidak berhenti-henti menyebut nama Allah. Berdoa minta diselamatkan dari musibah yang tidak terduga. Saya mula bertekad memasang niat, TIDAK AKAN NAIK KUDA LAGI SELEPAS INI. Titik.

Saya sangat lega apabila kuda sudah berhenti di lokasi sabagai mengakhiri misi. Alhamdulillah. Saya tak akan lupa pengalaman ini. CUKUP SEKALI. 

*

KudaFatima10LastRiding

Sekadar berfoto untuk memuas hati Ieesyah yang ingin menunggang kuda lagi. Dua pengawal peribadi yang sentiasa setia bersama saya tapi tak pandai menenangkan saya.

*

AKHIR LAWATAN

Kami mengakhiri semua kenangan pahit manis di MIRI CROCODILE FARM pada jam 3.15 petang. Anak-anak semuanya “enjoy horse riding”. Sebaliknya buat saya. 😀

Perut mula berbunyi. Anak-anak sudah bising lapar. Kami menuju ke Permy Mall untuk menikmati makanan sebelum menyambung lawatan yang lebih menarik lagi di TAMAN AWAM MIRI (MIRI PUBLIC PARK).

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima4 Febuari 2016 (Khamis)/ 25 Rabiulakhir 1437H/ 1.20 petang, Sarikei, Sarawak

AKU…. belajar dari setiap pengalaman yang dilihat untuk mengerti mengapa kita ditakdirkan melaluinya. Hakikatnya, Allah ingin kita merasai sesuatu yang hanya kita pandang dari jauh sebelum ini agar kita tahu setiap jawaban yang pernah bersarang di hati. Alhamdulillah, jawaban itu sudah aku ketahui kini.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Kita selalu merasa selesa dengan kehidupan tanpa sakit melanda. Namun sekali sekala Allah datangkan ujian untuk kita sedar bahawa DIA selalu ingin kita mengingati-NYA. Semoga sentiasa sihat sejahtera dalam rahmat-NYA. Aamin. Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

*

12 thoughts on “CT372. KEMBARA MIRI (4): ENJOY HORSE RIDING

    • Alhamdulillah, setakat ini berenang dan menunggang kuda sudah dipelajari. Hanya memanah yang belum. Kalau panah mainan itu sudah pun mereka lakukan semasa kecil dulu.

      Terima kasih Abah Sofi dan salam sejahtera.

    • Mungkin bagi anak-anak, mereka menyukai acara ini dan tidak menakutkan. Jiwa anak muda memang penuh semangat dan suka cabaran berbanding orang yang sudah dewasa dan tidak suka duduk di tempat tinggi. Selalu bimbang akan jatuh.

      Terima kasih mas AR Syamsuddin dan salam takzim.

  1. aahh..ternyata banyak anak-anak yang hendak mengikuti jejak Iesyaah, hendak menunggang kuda….alangkah senang hati mereka bisa memuaskan hasrat impian berkuda selama ini..
    keep happy blogging always…salam dari Makassar – Banjarbaru 🙂

    • Anak-anak memang suka sesuatu yang mencabar. Menunggang kuda salah satu darinya. Tambah lagi tidak pernah melihat haiwan ini. Maka peluang yang ada untuk menunggangnya tentu tidak dilepaskan begitu sahaja oleh Ieesyah dan kakak-kakaknya.

      Terima kasih mas Haryanto sudah berkunjung dan salam takzim.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Lidya….

      Jika berkunjung ke kawasan yang ada menyediakan tunggangan kuda, jangan lepaskan peluang untuk menunggangnya mbak. Biar sekali seumur hidup pun cukuplah. Yang penting sudah ada pengalaman seperti saya…hehehe.

      Salam manis dan terima kasih sudah berkunjung, mbak.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.