Archives

CT485. SAHABAT…. KENANGAN ANTARA KITA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Foto diambil pada tahun 1995, semasa kami menjalani Kursus Pendidikan Luar di Pantai Tanjung Tuan, Melaka bersebelahan dengan Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan.

*

KHABAR SEDIH

Tidak menduga khabar sedih ini diterima dalam group Telegram (Akhawat) AIUM 92 pada 3 September 2018 (22 Zulhijjah 1439H) yang lalu. Dimaklumkan, sahabat karibku, SITI SABARIAH BINTI SAPUAN (baca: Sabe) meninggal dunia sebaik sahaja selesai azan solat isyak berkumandang. Semoga roh Allahyarhamah  Sabe ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Aaamiin.

Continue reading

CT265. BUKA PUASA RASULULLAH SAW vs BUKA PUASA KITA

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

PuasaFatima1BukaRasulullah

*

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

Sudah beberapa hari kita menunaikan ibadah puasa. Tentu banyak pengalaman menarik yang kita lihat di sekeliling tentang sesiapa sahaja yang menjalani ibadah puasa sehingga hari ini.
Continue reading

CT88. MUHAMMAD, THE WORLD’S MOST INFLUENTIAL PERSON

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Hari ini (14 Febuari 2012 – Selasa), hatiku melonjak bahagia tidak terkira. Sebenarnya perasaan itu berlaku sejak semalam (13 Febuari 2012 – Isnin) apabila melihat kain rentang (banner) putih terlentang megah di dada pagar Masjid Besar Al-Muttaqin, Sarikei. Banner itu memaparkan Ceramah Maulid Rasul oleh Dato’ Abu Hassan Din Al-Hafiz. Beliau adalah mantan Imam Masjid Negara dan mantan Pegawai Agama Istana Negara, juga seorang tokoh pendakwah terkenal di Malaysia. Beliau akan berbicara tentang manusia paling agung iaitu, Continue reading

CT73. JANGAN PAKSA TUHAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

SETIAP KESULITAN YANG DIHADAPI PASTI ADA JALAN KEMUDAHAN SEBAGAI PENYELESAIANNYA. Oleh itu, BERDOALAH kepada Yang Berhak Mendengar doa itu. DOA ADALAH OTAK IBADAH. Ia disertai dengan daya fikir setelah menimbang tara setiap permintaan yang ingin diluahkan kepada Allah terhadap setiap kejadian yang menimpa diri. Continue reading

CT45. RINDU ITU: MENDEKATKAN AKU PADAMU (SIRI AKHIR)

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Waktu dirasakan terlalu lambat beredar. Namun masa terus berjalan tanpa mengenal noktah hentian. Kehidupan tidak pernah sunyi dari  kelahiran dan kematian. Silih berganti menurut sunnah yang telah tersimpan sejak azali. Cinta di dunia tidak pernah abadi kerana jasad dibatasi umur. Setiap yang hidup pasti akan menemui detik-detik terakhir dalam kehidupannya. Cintakan bunga, bunga akan layu. Cintakan manusia, manusia akan pergi. Cintakan Allah, cinta-Nya kekal dan abadi. Continue reading

CT44. PERGIMU BERSAMA SEJUTA HARUMAN (3)

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Suasana hening menjadi teman seketika. Tiada bicara yang mampu diucapkan oleh setiap penghuni di dalamnya. Sedih menempati hati masing-masing. Menanti tiba kepulangan abadi yang telah dijanjikan. Segalanya sudah berada dalam pengetahuan Tuhan Yang Maha Berkuasa dan memiliki setiap jiwa. KepadaNya kembali tidak pernah dimungkiri. Jalan pasti sudah terbentang di depan, menunggu panggilan yang datang bila-bila masa untuk di bawa pulang. Perginya bersama sejuta haruman. Haruman yang menyemarak segenap alam yang ditinggal dengan rahmat yang berkekalan sehingga kiamat menjelang. Continue reading

CT43. TIKA KELOPAK RINDU MENGEMBANG RASA (2)

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Matahari kian tinggi menari habanya menyimbah bumi. Kepanasan mulai terasa oleh segenap makhluk tanpa kompromi. Embun yang menitis dini hari kian mencair diri dengan rela tanpa membantah seakan faham wujudnya tidak akan sampai ke tengah hari. Langit membuka dada selebarnya memayungi alam dengan keindahan cakerawala. Alam semakin sibuk diuliti segala makhluk bernyawa yang mulai melata dengan aktiviti tersendiri dalam rutin kehidupan masing-masing. Segala sunnatullah telah mengikat janji yang membuktikan kebesaran Ilahi. Continue reading

CT42. DEMI CINTAKU PADAMU (1)

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


PERHATIAN:

Cerpen ini merupakan sebuah pengolahan semula dari kisah benar yang  ku kutip dari sumber kuat melalui catatan hadis, buku-buku Islami berbentuk sejarah, internet dan biografi kehidupan beberapa tokoh agung dalam kisah ini.  Cerpen ini adalah kisah cinta, sebenar-benar cinta yang dijadikan teladan oleh  Allah swt untuk kehidupan hamba-hambaNya.  Ia dicerpenkan olehku dalam 4 siri secara berurutan agar kesinambungannya memberi kesan mendalam kepada kita. Cerpen ini ku olah  untuk mengembangkan kembali keinginanku dalam menulis cerpen yang telah berpuluh tahun ku tinggalkan.  Pengolahannya khusus sempena menyambut Maulidur Rasul yang bakal menjelang tiba pada 12 Rabi’ul Awwal 1432H. Continue reading

CT35. SENYUMLAH ! SEBAGAIMANA RASULULLAH SAW SENYUM

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

SENYUM DARIKU UNTUKMU…. SENYUM – RAIHAN


Rasulullah saw adalah manusia biasa yang boleh tertawa kerana sesuatu yang menyebabkan orang lain ketawa. Takjub kerana sesuatu yang juga menyebabkan orang lain takjub. Bahkan Baginda saw juga menangis kerana sesuatu yang menyebabkan orang lain menangis. Continue reading