CT437. SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU, IEESYAH KE 12 TAHUN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

SELAMAT HARI MELAHIR UNTUKKU

12 TAHUN yang lalu, 25 Mei 2005 (25052005), saya selamat melahirkan anak ke-empat yang beratnya hanya 2.7 kilogram dan diberi nama SITI NOR IEESYAH. Alhamdulillah.

*

Ieesyah, berusia 1 bulan

*

πŸ˜€ …. pelik sahaja bunyinya SELAMAT HARI MELAHIR. Kebiasaannya kita mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR, kan.

Jika kita teliti, ibulah yang sepatutnya kita dahului dalam memberi ucapan tersebut sebelum kita mengucapkan untuk diri sendiri kerana ibulah yang bergadai nyawa untuk melahirkan kita.

*

PALING SIBUK

Walau pun ibu tidak diberi ucapan tersebut sebagai menghargai pengorbanannya, ibu tetap tersenyum senang, redha, tidak mengeluh dan tidak berkecil hati. Malah Ibulah manusia yang paling sibuk ke sana sini untuk menyambut hari lahir anaknya (walau tidak wajib) sebelum hari tersebut tiba.

*

Kek Black Forest pilihan Ieesyah, dibeli petang semalam.

*

Ibu sibuk fikir nak beli kek apa. Hadiah apa. Awal pagi esoknya, Ibu bangunkan anak dan tak sabar-sabar untuk nyanyikan lagu Happy Birthday To You beserta doa dan peluk cium anak bertubi-tubi (sampai rimas anak). πŸ˜€

*

Makanan kegemaran Ieesyah, Rendang Ayam. Petang semalam masak untuk hidangan petang nanti.

*

Ibu sibuk siapkan kek di meja. Siapkan makanan kesukaan anak. Sibuk klik sana, klik sini atau suruh orang lain ambik gambar untuk kenangan. Semuanya Ibu. Allah, semuanya Ibu.

Walaupun letih, hati ibu gembira dan bahagia dapat membahagiakan anaknya di hari lahir dan Hari melahirnya.

*

ITULAH SAYA

Cerita di atas adalah SAYA, selalu sibuk pada hari kelahiran anak-anak (dan hari lahir suami) untuk menyiapkan sambutan walaupun ringkas sahaja.

Melihat senyuman dan keriangan terpancar di wajah anak-anak kerana diraikan adalah momen paling mengembirakan saya sebagai seorang IBU YANG MELAHIRKAN.

Saya yakin semua ibu juga seperti saya, mungkin caranya berbeza.

*

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU

6 tahun lalu, saya menghantar Ieesyah masuk ke kelas pada hari pertama ke sekolah.

*

HARI INI, 25 Mei 2017 – Khamis (6.15 pagi). Kami raikan Ieesyah dahulu sebelum berangkat ke sekolah.

*

Tak sempat potong kek, cubit sedikit keping coklat di tepi kek. Petang nanti jam, 5.30 petang baru potong kek dan makan rendang ayam.

*

HADIAH

Sebab gemar makan donat, saya dan SPH hadiahkan kusyen DONAT untuk Ieesyah. Suka bukan main lagi.

*

IEESYAH IBTISAM dan Cik Donat

*

DOA IBU

Semoga Ieesyah menjadi anak solehah yang dapat berbakti kepada ibu bapa dan agama. Diberkati umur dan bermanfaat untuk nusa bangsa. Berakhlak mulia, berbudi pekerti tinggi, beriman dan bertakwa serta alim dengan ilmu dunia dan akhirat. Aamiin.

“Ya Allah, aku redha, aku maaf dan aku ampunkan anakku, Ieesyah.”

Akhir sekali, Mama doakan Ieesyah berjaya dengan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan keputusan yang cemerlang.

*

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU

*bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima24 Mei 2017 (Rabu)/ 27 Sya’ban 1438H/ 10.49 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. mengharap setiap nafas yang masih bersisa dalam hidup ini akan dapat diisi dengan impian yang belum tercapai agar sempurnalah apa yang direncana sebelum panggilan yang memisahkan kelazatan dunia hadir menjemputku. Aamiin Ya Rabb.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Β *

Β DEDIKASIKU UNTUKMU….Β  Senyumlah, dengan senyuman ada hati yang sangat bahagia…. iaitu aku. Selamat untukmu dalam keberkatan Ilahi. Aammin. Wassalaam. πŸ™‚

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

14 thoughts on “CT437. SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU, IEESYAH KE 12 TAHUN

    • Wa’aaikum salaam wr.wb, mbak Franny….

      Aamiin Allahumma Aamiin. Terima kasih kiriman doa dari mbak dan semoga Allah memperkenankannya. Saya doakan Teona juga demikian sama, diberkahi umurnya. Aamiin.

      Salam manis selalu. πŸ™‚

  1. Assalamualaikum warahmatullah ummi siti fatimah, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat anakanda ieesyah, moga membesar menjadi muslimah solehah dan menyejukkan hati ibu bapa.
    Sama seperti saya yang juga berusaha untuk sentiasa meraikan hari anak-anak. Tidak kiralah samada hari lahir, meraikan sesuatu kejayaan, begitu juga program-program di sekolah mereka sejauh di Jerantut, Kemaman ataupun Pekan. Moga anak-anak rasa dihargai dan tahu menghargai…

    Akhukum fillah
    abuikhwan
    Kuantan, Pahang,

    • Wa’alaikum salaam warahmatullahi wabarakaatuh, Abu Ikhwan……

      Alhamdulillah, kami semua sihat wal’afiat. Didoakan kembali Abu Ikhwan dan keluarga di Kuantan juga demikian sama. Aamiin.

      Waaah…. ini memang bapa mithali yang suka meluang masa untuk meraikan anak-anak. pasti anak-anak rasa dihargai dan berbangga mempunyai ayah seperti Abu Ikhwan. Demikianlah kita sebagai ibu bapa, mesti mempunyai masa yang berkualiti untuk hari-hari istimewa dalam keluarga kerana ini akan menjadi kenangan dan kerinduan kepada mereka saat kita tidak ada lagi di sisi mereka.

      Terima kasih untuk doa yang dilampirkan buat nanda Ieesyah. Semoga Allah merestui doa tersebut di kemudian hari. Didoakan juga anak-anak Abu Ikhwan di sana mndapat keberkatan Ilahi dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Aamiin.

      Salam takzim atas kunjungan.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma….
      Aamiin Ya Rabbal’alamiin.
      Semoga doa yang dilampirkan diberkati Allah SWT buat nanda Ieesyah.

      Terima kasih mbak dan selamat menjalani ibadah puasa. πŸ™‚

  2. Assalamu’alaikum wrw wb puan Fatimah

    turut berbahagia.
    selamat ulang tahun SITI NOR IEESYAH
    semoga menjadi anak yang sholehah dan membanggakan orang tua dan keluarga
    aamiin

    salam sehat bahagia dari Jakarta

    • Wa’alaikum salaam wr.wb….

      Aamiin Ya Rabb. Mudahan dikabulkan seperti yang didoakan buat nanda Ieesyah.
      Terima kasih mas atas doanya dan kunjungan di Ramadhan al-Mubarak.
      Salam Takzim.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.