CT463. MENIKMATI BUAH DURIAN DI AWAL TAHUN 2018

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

MUSIM DITUNGGU

Hampir setahun, saya dan anda menunggu musim durian tiba. Betul tak ? Saya yakin ramai yang menyukai buah berduri yang digelar Raja Segala Buah ini.  Setiap tahun pasti saya dan SPH akan membeli buah durian untuk dinikmati bersama keluarga atau disimpan untuk dimakan di kemudian hari.

Walaupun tajuk posting saya menjelaskan tentang menikmati buah durian di awal tahun 2018, sebenarnya saya sudah makan buah durian sejak pertengahan bulan Disember 2017 lagi. Tetapi ia tidak dinikmati dengan sebenar-benar nikmat kerana masih mahal harganya. Buahnya juga masih belum enak.

Saya kongsikan bersama anda, foto-foto di bawah yang menunjukkan betapa sukanya saya dan keluarga dengan buah durian ini. Ada yang dimakan, ada yang dibuat tempoyak dan juga dibuat jem durian.

*

MASIH MAHAL

DURIAN (1):

Kerana terlalu ingin untuk makan durian….(macam mengidam sahaja ni…. hehehehe), SPH terpaksa membeli juga durian buat saya walaupun harganya masih sangat mahal.

Bayangkan harganya RM45.00 hanya untuk 3 biji durian kecil (foto bawah). Sedangkan apabila durian terlalu banyak dijual, durian sekecil ini hanya berharga RM4 atau RM5 sebiji.

*

Alhamdulillah, dapat juga merasa durian walaupun harganya mahal. Terima kasih buat suami tercinta kerana selalu menunaikan apa yang diminta dalam bab makan…hehehe. Tertuna apa yang disimpan hampir setahun lalu.

*

DURIAN (2) 

Dibeli di pekan kecil Bintangor. Menurut firasat hati saya saat mata terpaut melihat longgokan durian sebanyak 5 biji ini, ia pasti lunak dan isinya banyak. Saya pun membelinya. Harga Asal RM40 dan ditawar pada harga RM38.00.

*

*

Inilah isi 5 biji durian di atas. Hanya 9 ulas sahaja….Aduuuh…. mahalnya. Nampak sahaja seperti banyak isi, rupanya tak sampai 10. Syukur alhamdulillah, dapat juga merasai durian kan….hehehe.

*

DURIAN (3)

Durian ini saya beli dalam 3 longgok (23 biji) dengan harga RM50.00. Satu longgok RM20.00 untuk tujuan makan dan membuat sedikit tempoyak. Alhamdulillah, isinya bagus dan enak dimakan. Saya juga membuat buur durian. Sangat puas.

 

*

*

*

*

*

DURIAN (4)

INILAH YANG DIKATAKAN MENIKMATI DURIAN DI AWAL TAHUN 2018. Kenapa ? Kebanyakan durian yang saya beli dalam tahun 2018 semuanya bagus dan enak.

Ia bermula dari durian ke-4 yang saya beli (foto di bawah) di Market Sarikei. Harga asal ialah RM40.00 untuk 9 biji buah ini, kemudian saya tawar dengan harga RM35.00.

*

*

*

Subhanallah walhamdulillah, inilah isi durian paling sempurna, enak, lunak dan lemak yang pernah saya beli dan makan. Tidak ada satupun dari isinya yang busuk.  Sungguh saya dan keluarga menikmatinya dan semata-mata untuk makan.

*

DURIAN 5

Durian sebanyak 43 biji dengan harga RM100.00 ini saya beli untuk ibu mertua kerana beliau mahu membuat tempoyak dan jem durian.  Alhamdulillah, isinya semua bagus dan sangat banyak. Dapatlah juga disimpan untuk dimakan.

*

*

*

*

*

*

*

ANDA PERNAH MAKAN JEM DURIAN ? hehehe….. saya hanya makan sekali sahaja dan tidak menyukainya, sebab sangat manis. Jem durian ini, ibu mertua saya yang buat.

Lama juga mengaruk (menggoreng) isi durian yang dicampur dengan gula sehingga menjadi pekat. Enak disapu pada roti dan bun.

*

*

*

Alhamdulillah, selepas membeli buah durian pada kali ke-5, saya menghentikan kegiatan membeli durian kerana sudah mempunyai simpanan yang banyak di dalam freezer.

Jika hendak makan, hanya perlu keluarkan dan biar di suhu rumah agar menjadi lembik seperti asal.

*

Bagaimana dengan tempat sahabat? Sudah musim buah duriankah ?

JOM…. KITA SUDAH MAKAN DURIAN

*

***************

SalamFatima3SalamFatima16 Januari 2018 (Selasa)/ 28 Rabiulakhir 1439H/ 10.55 malam/Sarikei, Sarawak

– SITI FATIMAH AHMAD –

 

 

*

*

15 thoughts on “CT463. MENIKMATI BUAH DURIAN DI AWAL TAHUN 2018

  1. Assalamualaikum ummi siti fatimah, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    3 biji dengan harga rm45 rasanya masih murah berbanding di semenanjung. Di tempat saya sendiri durian sangat kurang berbanding dulu. Sebabnya pada hemat saya, dusun durian sudah tiada, ditolak dan digali untuk aktiviti perlombongan bauksit tempohari. Sebab harganya agak mahal.
    #Tempoyak dan jem durian tu bolehlah dipos ke kuantan hehehe… #saya cuma bergurau je ummi siti fatimah.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb Abu Ikhwan….

      Alhamdulillah, kami sekeluarga semua sihat di sini. Didoakan juga Abu Ikhwan dan keluarga sihat di sana.

      Ia benar, kalau di Semenanjung harganya dianggap mahal kerana guna timbangan. Durian Musang King di Sarikei dijual dengan harga RM25,00 sekilo, lebih murah berbanding RM85 di Semenanjung. Saya belum pernah membeli durian tersebut setakat ini.

      Ruginya ya, apabila banyak kawasan buah-buahan sudah hilang dan pastinya alam yang hijau tidak lagi membekalkan oksigen kepada penduduk setempat. Hanya kerana tamakkan kekayaan dunia, alam sekitar jadi musnah.

      Terima kasih Abu Ikhwan atas kunjungan dan salam takzim.

  2. Assalamualaikum bunda Fatimah.
    Alhamdulillah, semuanya sudah musim durian.
    Bunda rajin sekali mengolah durian untuk tempoyak dan jem durian. Benar2 pecinta durian sejati ya bund 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma….

      Hehehe…. ya, saya amat menyukai buah berduri ini dan selalu ada stok untuk makan di musim yang lain terutama tempoyak.

      Terima kasih mbak atas sapaan dan salam manis. 🙂

  3. I am keen to locate a nursery in any place where I can buy nursery plants for the red and orange durians from Sabah. I think it is called Durian Sesat, tiny little fruits with bright red flesh. Please email to: ama@austmigration.com.au
    Thank you and grateful

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.