CT9. 47 TAHUN – MALAYSIAKU MENDUDUKI PETA DUNIA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Hari ini,  16 SEPTEMBER 2010 adalah tarikh keramat dalam hidup semua insan yang dilahirkan sebelum, pada dan selepas 16 September 1963. Tarikh ini menjadi detik bersejarah yang menoktahkan sebuah negara baru yang wujud di peta laman dunia dengan namanya yang gah iaitu MALAYSIA .

MALAYSIA terbentuk dari penyatuan empat buah negeri iaitu  Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), Sabah, Sarawak dan Singapura yang membina satu payung bagi mewujudkan satu bangsa bernama BANGSA MALAYSIA. Namun begitu, pencantuman bersama Singapura hanya kekal selama 2 tahun  apabila akhirnya, Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965.


SELAMAT HARI MALAYSIA


Hidup ini memberi makna yang hebat bagi manusia yang mengerti kewujudan dan tugas yang diamanahkan atas dirinya sebagai warga negara yang berjasa. MALAYSIA, TANAH AIRKU adalah tanah pengabdian diri untuk melaksanakan tugas bagi membina jati diri agar mempunyai keperibadian tinggi, ketrampilan unggul, berilmu pengetahuan, membudayakan akal budi dan mengukuh peradaban bagi memartabatkan bangsa, agama dan negara.

BUATMU SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Selamat membina semangat cintakan negara dengan mengukuhkan perpaduan antara kaum melalui SATU BAHASA dalam menyatukan pelbagai bangsa yang dinamakan BANGSA MALAYSIA.

*

SalamFatima3SalamFatima   15 SEPTEMBER 2010 (RABU)/ 2112 MALAM SARIKEI, SARAWAK


Tanpa manusia, tidak ada kemerdekaan. Tanpa keadilan yang saksama, tidak ada martabat manusia. Tanpa kemerdekaan, tidak ada manusia merdeka dan tidak wujud kesepaduan juga keamanan. Oleh itu, fahamilah erti kemerdekaan yang sebenar dalam jiwa dan minda kita.

– SITI FATIMAH AHMAD –

47 TAHUN MALAYSIAKU MERDEKA


53 thoughts on “CT9. 47 TAHUN – MALAYSIAKU MENDUDUKI PETA DUNIA

  1. selamat ulang tahun kemerdekaan buat bangsa malaysia
    SEMOGA menjadi negera yang benar2 menegakkan kalimat Allah dimuka bumi. Semoga Islam jaya di Sana. Semoga Malaysia menjadi negera yang semakin maju dan berahlaq
    ………………………….
    selamat juga buat ibu fatimah ahmd….. ???!!!

    • Bchree…Terima kasih atas ucap selamat dan doa buat negera Malaysia. Hari ini, hari kemerdekaan/kebangsaan kedua buat Malaysia sesudah 31 Ogos yang lalu.

      Alhamdulillah… saya juga selamat mas.
      Terima kasih.
      salam ceria selalu. 😀

    • Hai BintangZohra.
      Terima kasih atas ucapan untuk Malaysia. Juga kad ucapannya. Belum sempat dibalas, nanti ya.
      Sambutan rayanya sangat meriah tahun ini kerana sempat bertemu dengan adik beradik juga saudara mara dekat yang tinggal jauh dan balik beraya di kampung.

      Semoga BintangZohra juga berbahagia bersama keluarga di Singapura. Bagaimana sambutan raya di sana pula ya ?
      Salam kesyahduan di aidil fitri. 😀

  2. Assalamualaikum wr wb Umi,…apa kabar?akhirnya bisa link ke blog umi juga 🙂
    1. selamat merayakan idul fitri 1431 H mohon maaf lahir dan bathin ya umi
    2. selamat merayakan hari kemerdekaan untuk malaysia

    salam sayang dari Manado,Indonesia

    • Wa’alaikum salaam wiwing.
      Alhamdulillah, Umi sihat. Diharap Wing juga begitu.
      Senang dapat kembali bersilaturahmi semula dengan Wiwing.
      Umi juga begitu, mohon maaf jika ada salah dan silap sama Wiwing.

      Terima kasih untuk ucap selamat buat negara Umi yang tercinta. Semoga Malaysia dan Indonesia akan selalu terjalin erat dan damai sentosa.

      Salam sayang juga dari Umi untuk Wiwing. 😀

  3. Allah Akbar! Indonesia dan malaysia adalah bersaudara, kita satu rumpun dan agama, mari tingkatkan ukhuwwah kita, jangab biarkan provokator murahan memecah belah persaudaraan kita. Allahumma amin..
    إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ

    “Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara.” (Al-Hujurat:10)

    • Mas Anung…
      Semoga kita antara dua negara yang serumpun akan selalu bersaudara dalam kasih sayang Allah tanpa dicemari hal yang menggugah keamanan dan kedamaian jiwa dan negara kita.

      Amiin. Ya Rabb atas doa yang dihadirkan. semoga Allah akan memabulkan doa kita yang inginkan keharmonian dalam kesatuan ummah sejagat.

      Salam mesra dari saya di Sarikei, Sarawak. 😀

  4. Penyatuan ini tentunya menjadi momen penting bagi masyarakat malaysia untuk bersatu padu dalam hakekat yang dicanangkan perdana menterinya yaitu 1 Malaysia. Semoga kemajemukan yang ada menjadi modal dasar untuk tetap mempertahankan persatuan dan kesatuan bangsa. Karena kalau tidak salah, daerah2 yang menjadi bekas jajahan inggris, disatukan dalam Negara Malaysia. Sedangkan daerah2 bekas jajahan Belanda, disatukan dalam Negara Indonesia. Itupun kalau saya tidak salah membaca sejarahnya. Salam selalu buat ibu dan keluarga. Sukses dan semangat selalu mengharungi cabaran dalam hidup 🙂

    • Nah.. komentarnya sudah selamat Fan. 😀

      Terima kasih atas komentar yang menyingkap kembali sejarah negara bangsa. Mudahan penyatuan dalam bangsa yang pernah dijajah oleh Inggeris dan Belanda bisa berdamai dan merdeka dalam persaudaraan ummah.

      Semoga dengan kemerdekaan yang dicapai oleh pejuang bangsa terdahalu bisa diambil iktibar oleh kita sebagai generasi baru untuk mengenal erti kemerdekaan sebenar agar kita tidak dijajah oleh pemikiran barat pula.

      Salam persahabatan untuk dua benua serumpun dan seagama.
      salam mesra selalu dari saya. 😀

    • Nanda Aldy..
      Postingan ini tepat pada masanya, pada tarikh yang tetap unggul dalam liparan sejarah. Asalnya bunda dan ramai rakyat Malaysia keliru dengan dua tarikh keramat ini. biar bunda jelaskan setelah mengetahuinya melalui pelajaran Sejarah dan Negara Bangsa.

      31 Ogos 1957 – tarikh kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya dinobatkan sebagai tarikh rasmi Hari Kemerdekaan Malaysia.

      16 September 1963 – tarikh penyatuan atau percantuman 4 buah negeri iaitu Tanah Melayu (Malaya), Sarawak, Sabah dan Singapura bagi membentuk sebuah negara baru bernama Malaysia.

      Kebanyakan rakyat Malaysia menyatakan bahawa Hari Kemerdekaan Malaysia sepatutnya berada pada tarikh ini. Maka tahun 2010 telah mencatat sejarah besar dengan merasmikan Hari Kemerdekaan Kedua bagi Malaysia yang dinamakan HARI MALAYSIA.

      Iya.. itulah yang specialnya tentang postingan ini.
      Nanda memang seorang yang bijak. malah pelajar yang cerdik kerana suka bertanya itu ini. 😀

      Terima kasih atas pertanyaan nanda Aldy di atas.
      salam kemerdekaan dan salam mesra dari bunda di Sarikei, Sarawak.

    • Sempulur…
      Mudahan begitulah harapan kita agar persaudaraan selalu terjaga sehingga tidak terjadi sesuatu yang boleh meretakkan hubungan antara rakyat dan pimpinan negara.

      Terima kasih atas ucap selamat dari Sempulur.
      Salam persahabatan yang indah dari saya. 😀

    • dengan menegakkan kalimatullah kita dapat menegakkan yang benar dan menghancurkan apa yang merupakan suatu kebatilan

      salam dari pamekasan madura
      terima kasih atas dukungan dengan yang sudah saya tuliskan

      • Kang CM…
        Kebenaran selalu dapat mengatasi kebatilan jika kita ebnar2 menyakini dan mempercayai Allah Yang Maha Besar. Mudahan kita selalu dalam jalan yang lurus.

        Sama-sama kembali Kang CM. Semoga kita akan selalu saling bantu membantu dalam meningkatkan ilmu dan pengetahuan.

        Salam hangat dari Sarikei, Sarawak.

    • Bali Villa…
      Amiin.. Ya Rahman.
      Mudahan Malaysia – Indonesia akan selalu bersahabat seperti kita.

      Apa Bali Villa tidak punya blog sendiri yang boleh disapa untuk perkongsian minda. Sepertinya tidak ada ruang di Bali Villa untuk berkomentar. Mungkin boleh diwujudkan ruang di Bali Villa untuk berkomentar tentang tempat wisata yang dikendalikan oleh Bali Villa.

      Semoga sukses selalu dari saya di Sarikei, Sarawak. 😀

  5. Selamat hari raya idul Fitri 1 syawal 1431 H, mohon maaf lahir dan batin.

    Salamat hari Malaysia. Siswa saya ada puluhan jumlahnya di sana. Salam persahabatan dari Jawa Timur.

    • Ibu Puspita…
      Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin. Minal aidin wal faizin.

      Alhamdulillah.. semoga siswanya berjaya dalam pelajaran mereka di sini. Terima kasih ya Ibu Puspita kerana sudi mampir ke blog sederhana saya ini. Senang dapat bersahabat dengan Bu Guru.

      Salam manis dan mesra selalu dari saya di Sarikei, Sarawak. 😀

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.