CT247. SEBUAH PERJALANAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

PerjalananFatima1SebuahPerjalananKL

Aku telah merancang perjalanan yang menarik untuk ke Kuala Lumpur. Sengaja aku merencana demikian bagi menikmati perjalanan yang lain dari biasa. SECARA SOLO.

“Sebuah Perjalanan” ke Kuala Lumpur asal bermula dari perasaan bimbang untuk menaiki teksi seorang diri dari LCCT ke hotel.  Cerita-cerita tentang penculikan, perogolan, perompakan dan sebagainya menimbulkan “ketakutan” di hatiku terhadap kota metropolitan itu.

Maka, bagi menjaga keselamatan diri dan keasyikan menikmati perjalanan “yang tidak manja”, aku merancang untuk MENAIKI PELBAGAI JENIS KENDERAAN sehingga sampai ke Radius International Hotel yang berlokasi di Changkat Bukit Bintang. Lokasi padat di tengah Bandaraya Kuala Lumpur.

*

BEBAN BAGASI

Sudah lama tidak menjalani rutin “susah” perjalanan yang panjang. Check-in di hotel bermula jam 2.30 petang.  Jadi, aku mempunyai  masa yang lama untuk  kembara ini.     

Bagi memudahkan perjalanan, aku hanya membawa satu beg bagasi beroda (sederhana), beg komputer, tas tangan dan  kamera Canon EOS 650D.  Walaupun hanya 4 barang, ia tetap banyak dan melambatkan pergerakanku.

PerjalananFatima10BagasikuKL

Bagasi yang ku bawa dalam perjalanan solo ini

*

DARAT DAN UDARA

 

Perjalananku bermula seawal pada jam 6.20 pagi dengan menaiki kereta Hyundai Tucson. Tepat jam 7.50 pagi, perjalanan kedua menaiki van rasmi IPG, Nissan Vannette yang telah ku tempah untuk ke Sibu Airport.

Tiba di Sibu Airport pada jam 8.40 pagi. Terus check-in dan menunggu boarding time pada 9.40 pagi. Perjalanan ketiga diteruskan dengan menaiki pesawat Air Asia AK 5879,  Airbus A320-200.  Pesawat menjulang langit Sibu pada jam 10.25 pagi.

PerjalananFatima2AirAsiaAK5879

Pesawat yang membawa ku membelah awan dari Sibu ke Kuala Lumpur

*

PerjalananFatima3Malindo

Sempat mengambil foto pesawat Malindo yang baru mendarat

*

Tiket yang ditempah pihak IPG menggunakan warrant, memberi “keistimewaan” kepadaku untuk duduk di “kerusi panas” (hot seat) bernombor 3D. Barisan Hot Seat ini hanya di baris 1-5, 14 dan 15.

Hot Seat juga disediakan hidangan makanan tetapi berbeza menunya. Untuk yang mempunyai warrant, hidangannya lazat sedikit. Hari ini hidanganku ialah menu Pak Nasser’s Nasi Lemak dan Air Asia Snack Box.

Ketika pesawat menjejakkan dua rodanya di landasan LCCT, Sepang, jam tangan Bonia ku menunjukkan pukul 12.15 tengahari. Alhamdulillah. Kerisauan MH370 tidak lagi menggugat hatiku. 🙂

PerjalananFatima4MenuAirAsia

Paket dalam kotak dan Nasi Lemak Pak Nasser yang belum dibuka

*

PerjalananFatima5MenuAirAsia2

Hidangan sudah dibuka dan siap untuk dimakan. Alhamdulillah.

*

AEROBUS

Misi seterusnya, setelah mengambil bagasi aku membeli tiket di kaunter KL SENTRAL. Rasa teruja hendak menaiki bas kerana sudah lama tidak merasai perjalanan dengan bas. Dengan tiket semurah RM8.00 berbanding teksi yang bernilai RM90, terlalu jauh bezanya.

PerjalananFatima6TiketBusAeroBusKLSentral

Tiket bas AEROBUS berhara RM8.00 dari LCCT. Sepang  ke KL SENTRAL, Kuala Lumpur

*

Dengan tiket bas yang sudah berada di tangan, aku bergegas keluar dari ruang ketibaan menuju ke sebelah kiri tempat bas menunggu penumpang. Aku mencari bas berwarna kuning berjenama syarikat AERO BUS. Setelah memastikan bas tersebut dengan petugasnya, aku pun naik ke dalam perut bas. Beg bagasi sederhana diletakkan di tempat penyimpan bagasi bahagian bawah bas.

Aku merupakan 4 penumpang terakhir yang masuk bas. Ada 4 tempat duduk yang kosong. Aku mencari tempat duduk yang “penduduk”nya adalah wanita. Spontan aku berfikir, jika tidak ada tempat kosong bersama wanita, aku akan turun dari bas, mengaambil kembali bagasi dan menunggu bas yang sama dalam 15 minit setelah bas itu berangkat.

Akubertanya petugas tiket kalau ada tempat kosong yang ada wanita. Alhamdulillah, akhirnya aku mendapat tempat yang selesa di ruang tengah. Beberapa minit kemudian, bas berangkat keluar dari LCCT menuju Bandaraya Kuala Lumpur tepat jam 12.45 petang. Saya sempat lena dalam perjalanan yang nyaman selama satu jam. Pada jam 13.54 petang, AEROBUS berhenti di KL Sentral.

PerjalananFatima9AeroBusKLSentral

AEROBUS dan pandangan dalam perut bas

*

CHICKEN CORNISH

Dengan “susah payah”nya bersama 4 barang, aku bergegas memasuki ruang KL Sentral. Tiba-tiba mataku terlihat stall Secret Recipe. Wah… perutku tiba-tiba berkeroncong – lapar.

Fikiranku memaparkan skrin “karipap besar” yang sangat sedap itu. Aku segera ke sana dan terus mendapatkan Chicken Cornish kegemaranku. Harganya RM8.80 sebiji. Pelayan yang ramah itu membenarkan aku mengambil foto Chicken Cornish.

PerjalananFatima7ChickenCornish

Chicken Cornish berharga RM8.80

*

Sebaik melangkah pergi menjauhi Secret resipie, aku terus naik ke tingkat dua, aras penjualan tiket teksi. Penat badan sudah terasa dengan barangan di kiri kanan dan beg beroda. Semuanya rasa berat ditanggung.

Aku ketawa sendirian apabila dapat membayangkan diri yang kelihatan lucu  dalam keadaan begitu seperti penjual kain pada zamanku kecil-kecil dulu di mana kiri kanan bahunya penuh dengan beg-beg kain. 😀

*

TEKSI BUDGET

“Kak, saya hendak ke Radius International Hotel di Changkat Bukit Bintang. Berapa harga tiketnya ?” saya bertanya kepada petugas kaunter teksi budget. “RM13.00 sahaja.” jawab petugas tersebut. “Jauh tak dari sini (KL SENTRAL).” soal saya lagi. “Tidak, dekat sahaja.” jawab petugas dengan ramah.

Selesai membeli tiket aku menuju pintu keluar untuk mendapatkan teksi budget yang membawaku terus ke Radius International Hotel. Setelah mengambil masa selama 30 minit dengan sedikit kesesakan di tengah jalan, akhirnya jam 2.15  aku sudah berada di hadapan pintu utama hotel empat bintang tersebut.

PerjalananFatima8TeksiBudgetKLSentral

Teksi yang membawaku menuju destinasi terakhir Radius International Hotel, Changkat Bukit Bintang

*

EPISOD AKHIR

Dengan itu berakhirlah perjalanan darat – udara – darat yang dipisahkan oleh Laut China Selatan dengan selamatnya. Aku pun mendaftar diri di lobi hotel untuk mendapatkan bilik. Dengan langkah kaki yang sudah lelah, aku memasuki bilik bernombor 9xx.  Baring sebentar untuk merehatkan badan dan kaki.

Alhamdulillah, semua perjalananku dimudahkan Allah SWT tanpa sebarang masalah. Semua manusia yang aku temui dan berurusan dengan aku sepanjang perjalanan ini memberi kerjasama yang sangat baik. Terima kasih ya Allah atas kurnia nikmat yang kau limpahkan padaku selama 8 jam dalam

…. SEBUAH PERJALANAN.

Ripe_Red_Strawberry

***************

SalamFatima3SalamFatima5 Mei 2014 (Isnin)/  5 Rejab Akhir 1435H/ 4.50 petang – Radius International Hotel, Kuala Lumpur

AKU….  mengerti bahawa Rasulullah SAW mengajarku untuk mengenal TIGA BUKTI CINTA SEJATI. Pertama, memilih kalam kekasih-NYA iaitu al-Quran daripada kalam selain-NYA. Kedua, memilih bergaul dengan kekasih-NYA daripada bergaul dengan yang lain dan ketiga; memilih keredhaan kekasih-NYA daripada keredhaan yang lain. Jika inginkan kekasih yang memiliki cinta sejati, cintailah dia kerana Allah taala dan engkau akan memiliki sekali kekasihnya juga. Untukmu…. cintaku tidak pernah mati. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu….. semoga selalu sihat dan bahagia, doaku selalu mengiringi perjalanan hidupmu.   Wassalaam. 🙂

RinduFatima3padaNamamu

*

YANG KUSEBUT KASIH…. AKAN SELALU TUMBUH MEKAR TANPA LAYU

*

17 thoughts on “CT247. SEBUAH PERJALANAN

  1. Assalamualaikum bunda Fatimah,
    sebuah perjalanan yang panjang, tapi sangat mengasyikkan ya,
    Alhamdulillah selamat sampai ditujuan dan semua berjalan sangat nyaman.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma….

      Alhamdulillah, semuanya diberkati Allah SWT dan selamat semuanya. Hanya Allah SWT tempat bergantung segala harapan.

      Terima kasih mbak atas kunjungan dan salam manis. 😀

  2. Assalamualaikum,
    musibah yang menimpa MH370 memang membuat perasaan menjadi was-was dan trauma bila hendak melakukan penerbangan…tapi alhamdulillah, akhirnya bisa tiba dengan selamat di Kuala Lumpur,…semoga segala urusan selama di Kuala Lumpur mendapat kemudahan dari ALLAH SWT…..
    keep happy blogging always..salam dari Makassar, Indonesia 😉

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Hariyanto….

      Memang benar, tragedi yang menimpa MH370 membuat saya gementar untuk menaiki pesawat. Walaupun kemalanagan udara jarang berlaku tetapi kesannya tetap menggerunkan. Tambah lagi pesawat itu sehingga kini belum ditemui.

      Aamiin, mudahan semuanya lancar dalam barakah Allah SWT.
      Terima kasih mas Hariyanto atas kunjungan dan doanya.

      Salam hormat. 😀

    • Semoga banyak kenangan manis di Kuala Lumpur yang dapat dibawa ke Jerman, ya mbak Ely. Selamat Datang lagi ke Malaysia, mbak.

      Senang menerima kembali kunjungan mbak Ely.
      Salam manis selalu. 😀

      • Iya mbak, kami terkesan sekali dgn apa yg kami temui di Malaysia, apalagi di Kinabalu, cantik, bersih, tertib di mana mana, dan yang paling kami suka itu perasaan aman berlibur di sana, serasa seperti di jerman. Jadi pengen ke Malaysia lagi, mengunjungi tempat wisata lainnya 🙂

        • Oh mbak juga ke Sabah ya. Tempatnya memang menarik terutama di Taman Kinabalu, Kundasang dan Pasar Filipina. Jangan lupa mengunjungi Kuching, Sarawak mbak. Tempatnya juga menarik.

          Mudahan bunga-bunga mbak sedang berkembang di sana dengan meriah dan cantiknya. Ingin sekali saya melihat bunga tulip yang berwarna warni. Di Jerman mungkin banyak bunga Tulip seperti di Belanda, ya mbak.

          Terima kasih kembali. 🙂

  3. Assalamualaikum wr.wb, mbak Fatimah.

    Ternyata sepetinya menarik juga mengadakan perjalanan secara solo ya?
    Saya juga sedang merencanakan perjalanan solo ke daerah Dieng akhir Agustus nanti. Ada festival budaya disana yg akan digelar bernama Dieng Culture Festival. Semoga saja terlaksana pd saatnya nanti,

    Salam,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa….

      Perjalanan secara solo mempunyai daya tarik tersendiri yang tentunya memberi pengalaman yang lain dari biasa. Kita harus bertindak sendiri, berfikir sendiri dan mengambil keputusan sendiri dalam apa juga keadaan yang sedang dihadapi.

      Semoga perjalanan secara solo yang dirancangkan oleh mas Titik nanti, akan berjaya dan memberi pengalaman yang sukar untuk dilupakan.

      Terima kasih mas Titik atas kunjungan kemari.
      Salam hormat takzim. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.