CT263. IEESYAH BELAJAR PUASA (2013)

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

IeesyahFatima1BelajarPuasa2013

*

Ingatkah anda saat mula belajar berpuasa ? ataupun saat anak anda mula mahu belajar berpuasa ? Mendidik anak berpuasa memerlukan kesabaran dan perhatian yang khusus. Tentu kita rasa teruja dan takut-takut bimbang tidak dapat melakukan seperti yang dikehendaki.

Saya melihat ini sebagai pengalaman yang sangat menarik untuk membantu anak-anak mengenal Rukun Islam ke-4. Juga sebuah kenangan indah yang sering disimpan diingatan untuk diceritakan kepada mereka apabila sudah dewasa.

Saya yakin tidak mudah untuk memujuk anak-anak kecil belajar berpuasa. Pengalaman bersama empat orang anak saya semasa kecil mempunyai cerita yang tersendiri.

Semua anak-anak mempunyai karenah dan tingkah yang perlu ditanggapi dengan penuh kasih sayang. Pelbagai alasan yang bakal didengari dari mulut mungil yang petah berbicara.

*

DIALOG PUASA

Ini cerita Ieesyah (8 tahun), anak keempat saya pada tahun 2013 yang lalu. Ieesyah ingin belajar berpuasa. Ikuti dialog antara saya dan Ieesyah yang bakal berpuasa esoknya (malam 1 Ramadhan).

Ieesyah: “Kalau Ieesyah tidak tahan lapar, bagaimana mama ?”

Mama: “Tidak apa, Ieesyah boleh berbuka.”

Ieesyah: “Bolehkah Ieesyah berpuasa kemudian jika lapar, Ieesyah berbuka puasa dan sambung semula puasa Ieesyah, ma ?’

Mama: “Boleh, Ieesyah kan sedang belajar berpuasa.”

Ieesyah: “Ieesyah tidak tahan melihat makanan banyak atas meja. Siapa hendak habiskan makanan itu, nanti ?”

Mama: “Ieesyah tahanlah, tidak ada sesiapa yang suruh Ieesyah lihat makanan itu.”

Ieesyah: “Bolehkah Ieesyah makan, selepas balik dari sekolah ?”

Mama: “Boleh, tapi sayanglah sebab Ieesyah dah puasa separuh hari. Tunggu beberapa jam lagi untuk berbuka.”

Ieesyah: “Kalau di sekolah, Ieesyah boleh berpuasa, sebab semua orang berpuasa. Tapi bila balik ke rumah, Ieesyah tidak tahan.”

Mama: “Tidak apa, Ieesyah cuba tahan dahulu, ya. Kalau masih tidak boleh juga, Ieesyah berbukalah.Β 

*

DOA IBU

Bersungguh-sungguh Ieesyah berpuasa tetapi selalunya gagal apabila pulang dari sekolah. Masuk sahaja pintu rumah, terus mencari air, seperti orang terdampar haus di padang pasir. Mula-mula berpuasa hanya satu atau dua jam. Kemudian kian bertambah. Semangatnya kuat di pagi hari tetapi luntur di tengah hari.

“Ya Allah, berikan kekuatan pada anakku dan dapat berpuasa penuh juga akhirnya. Aamiin”, doa saya setiap hari.

*******

PUASA SATU HARI PENUH

Akhirnya Ieesyah berjaya PUASA PENUH pada hari terakhir Ramadhan 1434H/2013M. Sebaik berkumandangnya azan Maghrib, Ieeyah dengan wajah lesu bercampur ceria membaca doa berbuka puasa.

Usaha SATU HARI TERAKHIR tersebut telah memberi kegembiraan kepada semua ahli keluarga saya. Ieesyah sangat teruja dan berazam untuk berpuasa lagi, esoknya.

*

Ieesyah: “Bolehkah Ieesyah puasa lagi esok, Mama ? Bestnya puasa.”

Mama: “Tidak boleh sayang, ESOK HARI RAYA. Diharamkan berpuasa pada 1 syawal kerana hari raya. Kalau Ieesyah mahu berpuasa lagi, kita puasa pada 2 Syawal, nak?

Ieesyah: “Ieesyah nak puasa Ramadhan bukan puasa Syawal.”

Mama: “hmmm… kalau begitu, tahun depan (2014) Ieesyah mula puasa penuh ya.”

Ieesyah: “Ok, tak sabarnya hendak tunggu tahun depan. Ieesyah akan puasa penuh lagi.”

*

CERITA PANAS PAGI SYAWAL

Tajuk cerita panas 1 Syawal 1434H/2013, apabila balik beraya ke kampung saya, Bandar Sri Aman adalah “IEESYAH BERJAYA DENGAN MISI 1 HARI PUASA PENUH.” Tukang bawa ceritanya tentulah Mamanya ini. πŸ˜€

(posting selepas ini, hari pertama Ieesyah berpuasa di tahun 2014.)

*

***************

SalamFatima3SalamFatima30 Jun 2014 (Isnin)/ 2 Ramadhan 1435H/10.30 malam Sarikei, Sarawak

AKU…. percaya banyak perkara yang boleh hilang dari kehidupan termasuklah kesabaran. Jika ingin melihat akhlak seseorang, lihatlah ketika dia sedang marah. Engkau akan ketahui siapa dia sebenarnya. Namun marah merupakan jalan untuk sedar diri setelah memikirkannya dan kembali belajar bersabar. Ingatlah bahawa Allah bersama orang yang sabar.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Dedikasiku Untukmu… Julangkan setinggi langit segala harapan yang dapat meraih impian. Sekali kita melangkah menuju kejayaan, jangan pandang lagi ke belakang. Semoga diindungi Allah SWT. Aamiin. Wassalam. πŸ™‚

*

ramadhan___let_s_make_a_change_*

ASAL BERANI BERMIMPI SEGALANYA MUNGKIN

*

15 thoughts on “CT263. IEESYAH BELAJAR PUASA (2013)

  1. Assalamualaikum bunda Fatimah,
    Alhamdulillah ieesyah akhirnya berhasil mencoba puasa penuh satu hari pd tahun lalu, dan berhasil merindukan Ramadhan tahun berikutnya. Semangat ieesyah.
    Alhamdulillah anak saya sudah berhasil puasa penuh pada usia 6 tahun dan berhasil juga merindukan Ramadhan berikutnya, berikutnya lagi, inshaa Allah.
    http://ysalma.com/2011/08/10/catatan-ramadhan/

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma…

      Alhamdulillah, hari tersebut merupakan kemenangan buat Ieesyah setelah berusaha sepanjang bulan puasa untuk berpuasa penuh tetapi tidak berjaya. Susah bukan main lagi memujuk dia berpuasa.

      Masih teringat wajah cerianya sepanjang raya dengan malu-malu dipuji oleh keluarga saya di kampung. Hati Mamanya ini juga berbunga-bunga…hehehe.

      Alhamdulillah, anak mbak dapat belajar puasa lebih awal lagi. Mendidik anak-anak memahami tuntutan ajaran agama sejak kecil sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Sangat bahagia sekali apabila anak-anak dapat melakukannya walau dalam susah payah.

      Terima kasih mbak atas kongsian menarik dan kunjungan di awal Ramadhan. Salam semanis kurma. πŸ™‚

    • senang dech paman bluemendengar kalau nanda Ieesyah sudah bia menjelankan puasanya
      semoga tetap kuat dan Imannnya lebih dekat kesempurnaan
      salam hangat dari blue
      apa kabar Bundaku tersayang
      semoga sehat sellau yah disana

      • Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Mudahan Ieesyah dapat melalui fasa ini dengan berkesan sebagai proses pembelajarannya.

        Alhamdulillah, bunda sihat wal’afiat. Terima kasih nanda Blue atas kunjungan yang sudah lama ditunggu khabarnya. Didoakan nanda Blue sihat dan sukses selalu.

        Selamat menjalani ibadah puasa dan dimusahkan segala urusannya oleh Allah SWT. Aamiin.

        Salam sejahtera dan hangat kembali dari bunda. πŸ™‚

  2. Assalamualaikum Bu Siti

    Lega rasanya Ieesyah bisa puasa satu hari penuh, meskipun di hari terahir.
    Semoga dengan semangat Ieesyah tersebut, puasa di bulan Ramadhan tahun in akan jauh lebih baik lagi, seiring dengan meningkatnya umur Ieesyah.
    Selamat berpuasa ya Ieesyah πŸ™‚

    Salam

    • Alhamdulillah, kini semangat puasanya semakin bertambah. Setakat hari ini, Ieesyah sudah berpuasa penuh. Mudahan penuh hingga sebulan Ramadhan.

      Terima kasih mas Ded atas kunjungan dan doa yang dilampirkan buat Ieesyah. Salam Ramadhan. πŸ™‚

    • Iya, begitulah harapan setiap ibu bapa untuk mendidik anaknya menjadi orang bertaqwa. Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Semoga berjaya.

      Terima kasih Joe Ismail atas kunjungan perdana.
      Salam kenal dan salam Ramadhan. πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb…

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Terima kasih atas doa buat Ieesyah. Mudahan proses pembelajaran yang masih berjalan ini akan memantapkan Ieesyah untuk berpuasa penuh. Semalam, puasanya “pecah” pada jam 2.00 petang. πŸ˜€

      Terima kasih atas kunjungan Admin dari TPA Al-Muhtadin. lama sudah saya tidak ke sana. Salam hoemat selalu. πŸ™‚

  3. selamat siang, sudah lama tidak berkunjung ke mari, bagaimana kabarnya sehat kan? selamat menunaikan ibadah puasa, ditunggu kunjungan baliknya ya

    • Alhamdulillah, saya sihat Riri. Terima kasih sudah pernah bekunjung ke mari. Didoakan Riri juga sihat dalam kondisi yang sama.

      Selamat menjalani ibadah puasa dan diredhai Allah SWT.
      Salam sejahtera. πŸ™‚

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.