CT131. CABARAN HAJI (7): ROKOK

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Posting Cabaran Haji (7): ROKOK telah lama terangkum dalam deretan kandungan pelbagai cabaran haji  bagi usaha MENGINTIP JALAN KE SYURGA. Cuma belum berkesempatan ditulis kerana memberi laluan kepada tulisan ZIARAH DALAMAN sehinggalah berlakunya kejadian yang menghebohkan bumi Malaysia minggu lepas berpunca dari PUNTUNG ROKOK.

Sebelum berita terkini diperolehi dari sumber yang sah dan dipercayai berhubung dengan punca tersebut, terdapat khabar angin dari Tanah Suci (yang tentunya datang dari keluarga yang terlibat dan masih dalam keadaan terkejut tanpa mengetahui punca sebenarnya)  bahawa telah berlaku satu kebakaran di sebuah hotel kediaman jemaah haji Malaysia di Makkah.

Keratan akhbar online yang memaklumi tentang punca kepulan asap di bangunan 14 tingkat Hotel Qars Al-Janadriyah di Makkah. Seramai 1,329 jemaah haji Malaysia dari Maktab 92 adalah jemaah haji dari Sarawak, Kedah, Perak dan Johor

*

Menurut saya, hal seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana Kerajaan Arab Saudi telah mengharamkan MEROKOK dan penjualan rokok di Arab Saudi. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa hukum merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah HARAM kerana daripadanya terdapat kemudharatan.

Ada kemungkinan jemaah haji Malaysia membawa sendiri rokok dari tanah air.  Sungguh menyayat hati… jika sudah menjadi PEROKOK TEGAR, apa-apa larangan tidak menjadi masalah pada mereka. Mereka sanggup berbuat apa sahaja asal rokok menjadi bekalan walau di mana berada. Malah nasihat dari sesiapapun sudah tidak membekas di hati.

Sepatutnya, jemaah haji (perokok) berusaha bersungguh-sungguh dan bertaubat untuk membuang tabiat merokok sejak menjejak kaki di Tanah Suci. Pelaksanaan ibadah secara berkesan di bumi Haramain hendaklah menjadi peluang bagi membuang ketagihan rokok supaya kesihatan dapat dipelihara, sihat tubuh badan untuk melaksanakan segala kerja haji dan isteri merasa lebih bahagia.

Saya berpengalaman berhadapan dengan beberapa jemah haji lelaki yang dianggap perokok tegar. Mereka menghuni sama di Tingkat 9. Oleh kerana selalu berselisih di laluan bilik, bauan kurang enak dari rokok yang baru dihisap sangat kuat dan mengganggu. Saya yakin bilik yang dihuni juga mendapat kesan bau yang sama. Tidakkah mereka tahu atau faham, mungkin ada teman sebilik yang bukan perokok, merasa tidak selesa berada di dalam bilik dan mengganggu konsentrasi ibadah mereka.

Yang lebih dahsyat, ada yang berbangga memaklumkan betapa sukarnya mereka berhenti merokok walaupun sedang berada di Makkah. Ucapan ini dibuat secara terus terang di hadapan ramai orang.  Saya merasa malu dengan ucapan mereka yang dianggap takbur atau membesar diri. Pihak Perubatan Tabung Haji telah banyak memberi  nasihat melalui ceramah kesihatan yang diadakan supaya jemaah haji tidak merokok dan belajar berhenti merokok di Tanah Suci.

Selain itu, beberapa isteri jemaah haji perokok ini turut mengadu dan menangis kerana kesal dan malu dengan sikap buruk suami mereka semasa di Tanah Suci. Saya sangat bersimpati kepada para isteri yang sudah lelah dengan ketagihan rokok suami mereka sehingga ada yang menghidapi penyakit asma.

**************

KEPADA PARA PEROKOK

MEROKOK adalah perbuatan yang dibuat sendiri, yang dimahu sendiri dan dikehendaki sendiri tanpa paksaan. Perbuatan yang dicuba dan kemudiannya menjadi kecintaan atau hobi yang tidak mahu dipisahkan kerana sudah kecanduan oleh kandungan yang menghapuskan kewarasan akal untuk berfikir.

Perbuatan merokok bukan sebuah potensi atau segenggam bakat yang dilahirkan bersama manusia. Kehilangan masa-masa sihat adalah satu kerugian yang besar saat menempuh sakit yang tidak kunjung sembuhnya sehinggalah MATI menjemput tanpa belas ihsan. Sesungguhnya, hidup akan lebih sihat, riang, bertenaga jika tidak merokok. Hargailah diri sendiri dan mereka yang menyayangi.

Allah swt tidak membekalkan manusia dengan hal yang membinasakan mereka tetapi mengiringi kehidupan manusia dengan perkara yang bakal meningkatkan darjat dan kebijaksanaan sebagai makhluk yang berjawatan KHALIFAH DI MUKA BUMI.

Maka untuk menjadi pemegang amanah dan pemimpin yang sihat dan kuat, Allah swt bekalkan AKAL DAN ILMU PENGETAHUAN supaya manusia dapat membezakan baik atau buruk sesuatu perkara. Jika tidak, KEBODOHAN akan menjadi tuan kepada diri sendiri.

Al-Quran menjadikan ilmu sebagai lawan kekufuran yang merupakan kebodohan dan kesesatan. Allah berfirman dalam surah al-Zumar, ayat 9 yang bermaksud:

“Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui ? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.”

****************

PENGALAMAN 2011 DI HOTEL SEVILLA BARAKAT, MAKKAH

HOTEL SEVILLA BARAKAT, MAKKAH : hanya sebuat nastolgia yang akan dikenang sepanjang hayat kerana sudah diruntuhkan pada 15 Disember 2011 bagi pembesaran Masjidil Haram.

*

Sebaik mendengar isu kepulan asap yang dihebahkan melalui berita Perdana saluran TV1 RTM dan Berita Utama saluran TV3 sehingga mengakibatkan siren kecemasan berbunyi di hotel berkenaan, saya terus ketawa dan beristighfar, tidak menjangka peristiwa tersebut akan berlaku lagi tahun 2012 ini.

Saya membuat interpretasi sendiri bahawa bunyi siren kecemasan yang terhasil dari kepulan asap yang dilihat keluar dari hotel tersebut (yang belum lagi diketahui puncanya ketika hebahan berita) adalah berpunca dari ASAP ROKOK. Saya membuat ramalan berdasarkan 2 kejadian yang serupa pernah berlaku di hotel kediaman kami,  Sevilla Barakat, Makkah tahun 2011 yang lalu.

Untungnya tidak mendapat liputan akhbar kerana tidak diperbesarkan. Selain itu, kebijaksanaan dan ketangkasan pihak Tabung Haji dan pihak hotel menangani kejadian tersebut amat dibanggakan. Keadaan dapat dikawal tanpa kejadian yang mencemaskan.

Oleh itu, tidak berlaku kejutan yang hebat di kalangan jemaah haji. Sebenarnya, ramai yang tidak tahu (kerana itu tidak merasa cemas) kenapa siren kecemasan berbunyi di dalam hotel seperti apa yang saya dan SPH alami dalam 2 kejadian yang berbeza.

KEJADIAN PERTAMA

Saya, Kak Senah dan Nenek Dairah (77 tahun) sedang berada di bilik kami, no. 927, Hotel Sevilla Barakat sekitar jam 2 petang waktu Makkah. Kak Senah duduk santai di katilnya sambil berbual-bual dengan Nenek Dairah yang sibuk mengemas katil dan melipat baju.

Kak Senah mendominasi acara bualan sambil Nenek Dairah mengiya dan membenarkan setiap kata beliau tanpa membantah walau satu ayat. Saya tersenyum melihat ketekunan Nenek Dairah dan mengkagumi kesabarannya melayani Kak Senah yang tidak berhenti-henti bercerita.

Saya pula sedang mengulit diri dengan bacaan al-Quran yang menjadi rutin harian dalam keadaan separuh khusyuk sambil mendengar cerita Kak Senah yang dituju khas kepada Nek Dairah. Saya berada di tengah-tengah mereka berdua. Saya tabahkan hati dan bersabar untuk menahan diri agar tidak menyertai perbualan sebelah pihak itu. 

Tiba-tiba suasana mesra dan harmoni diganggu oleh bunyi siren kecemasan, kedengaran kuat melantun keras di dalam bilik kami (dan semua bilik hotel). Kami bertiga saling berpandangan dan cuba meneka-neka punca siren itu berbunyi. “Bunyi apa tu,” tanya Nenek Dairah. “Agaknya pihak hotel dan Tabung Haji sedang membuat latihan kebakaran tu,’ kata Kak Senah.

Kata-kata kak Senah membuat saya ketawa geli hati. “Akak ni, mana ada masa nak buat latihan kebakaran sekarang kak. Saya fikir bukanlah kak. Ini mesti ada orang yang merokok sehingga biliknya berasap dan mengganggu sistem bunyi kecemasan. Tu, lihat kat atas sana, ada alat pengesan asap.”  jelas saya sambil menunjukkan alat kecil di atas laluan tengah masuk ke bilik. Kak Senah dan Nenek Dairah memandang serentak ke arah alat tersebut.

Telahan saya kemudiannya dibenarkan oleh Ustaz Khairul Azhar, petugas Tabung Haji yang ditemui keesokannya yang kebetulan bercerita tentang bunyi siren semalam. Hasil siasatan mendapati beberapa jemaah haji lelaki telah merokok di dalam sebuah bilik dan asap rokok telah memenuhi bilik tersebut dan mengaktifkan alat pengesan asap.

KEJADIAN KEDUA

Siren kecemasan berdering kuat di ruang legar lobi Hotel Sevilla Barakat beberapa hari selepas pulang dari menunaikan ibadah melontar di Mina. Saya dan SPH baru sahaja beberapa minit memasuki lobi hotel selepas menunaikan solat Zohor di Masjidil Haram untuk makan tengah hari.

Kami sudah menduga punca yang berlaku, tentu sekali lagi alat mengesani asap rokok cuma belum diketahui lokasinya. Kelihatan beberapa petugas Tabung Haji berlari ke sana sini bersama staf hotel untuk menyiasat punca berlakunya siren itu berbunyi.

Suasana semakin sibuk dan nampak cemas. Ustaz Khairul Azhar sedang bercakap sesuatu dengan serius melalui “walkie-talkie”. Tidak lama kemudian, dia memaklumkan bahawa terdapat beberapa orang jemaah haji lelaki telah merokok di tangga hotel.  Pihak hotel memperlihatkan sikap kurang senang dan kecewa dengan apa yang berlaku kerana telah melanggar peraturan yang ditetapkan bahawa tidak boleh merokok di premis mereka.

Kami menggeleng-geleng kepala dan rasa kesal atas perbuatan jemaah yang masih tidak jera (serik) melakukan perkara yang menyusahkan semua pihak dan jemaah haji yang lain. Hadir juga rasa geram di hati sambil beristighfar dengan sikap sambil lewa yang tidak menguntungkan diri sendiri.

**************

FATWA MEROKOK

Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas HARAM. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah HARAM. Allah swt mengHARAMkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna MEMBUNUH DIRI SENDIRI”.

*

MEROKOK menurut perspektif Islam telah dibincangkan secara mendalam atas impak yang bakal ditempuh oleh para perokok yang banyak mudarat dari manfaatnya. MEROKOK diketahui membahayakan kesihatan diri perokok dan mereka yang berada di sekelilingnya. Islam sangat mengambil berat tentang isu yang boleh mengakibatkan kerosakan ummah secara menyeluruh.

Oleh itu, apa sahaja yang bersabit dengan perbuatan yang memudharatkan tubuh badan dan kesihatan individu muslim dan ummah seluruhnya menjadi tanggungjawab pihak yang diamanahkan untuk mencari jalan penyelesaian sebagai melindungi maslahat ummah dan mensejahterakan negara agar pembangunan insan terbentuk dengan berkesan.

Berdasarkan masalah ini, Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa MEROKOK adalah HARAM dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang MEROKOK DARI PANDANGAN ISLAM, sila rujuk ke laman web e-fatwa Portal Rasmi Fatwa Malaysia. Di sini terdapat fatwa lengkap yang menjelaskan keputusan yang telah diambil dengan hujah-hujah yang menyokongnya. Selain itu, fatwa dari beberapa negara Islam dan ulamak muktabar turut dilampirkan bagi menguatkan hujah sedia ada.

Umum telah mengetahui bahawa hukum MEROKOK adalah HARAM berdasarkan mudharat yang ditempuh oleh perokok. Cuma sayangnya, penguatkuasaan terhadap pelaksanaan hukum tersebut masih belum mampu dilakukan oleh pihak pemerintah.

Semoga kita semua beroleh petunjuk dan bertaubat atas ilmu yang telah kita ketahui ini kerana Allah akan lebih marah kepada mereka yang tahu tetapi tidak berbuat atas pengetahuannya.

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”


****************

Subhanallah… teringat masa remaja dahulu, saya selalu berharap dan berdoa kepada Allah dalam setiap solat agar Allah menjodohkan saya dengan lelaki yang tidak merokok. Malah juga mendoakan agar keturunan saya (anak, cucu dan seterusnya) akan membenci rokok serta memahami hukum dan akibat ketagihan rokok ini.

Saya menjelaskan harapan kepada Allah swt untuk memperolehi kehidupan yang sejahtera dan sihat supaya saya dapat melakukan amal ibadah dengan berkesan sehingga ke hari tua. Alhamdulillah, doa saya diperkenankan Allah dengan mendapat suami (SPH) yang tidak merokok. Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik sepanjang kehidupan ini. Aamiin. 😀

Usaha kini adalah mendidik putera dan puteri-puteri saya supaya menjauhi diri dari merokok dengan menjelaskan banyak mudharatnya agar membenci rokok. Mudahan ilmu dan pengetahuan tersebut akan dilanjutkan hingga ke anak cucu agar mereka menjadi umat Islam yang sihat rohani dan jasmani.  Aamiin Ya Allah Ya Rabbal’alamiin.

****************

16 Oktober 2012 (Selasa)/ 30 Zulkaedah 1433H/ 10.38 malam – Sarikei,  Sarawak

AKU… merasa betapa hidup ini keras dan selalu menduga tanpa pernah memberi isyarat hadirnya. Tanpa sabar dan ketabahan pasti akan menemui kerungsingan yang menyengat jiwa. Tanpa syukur dan redha, tentu akan melalui ketegangan yang meruntuh kehormatan. Tanpa takwa dan iman, hidup akan menyusuri segala kepayahan untuk mencari ketenangan. Ya Allah, terimalah segala amal baikku dan ampuni segala amal burukku. Sesungguhnya, ENGKAU-lah penawar kepada segala kesusahan dan kesedihanku. Semoga ENGKAU meredhaiku. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

****************

DARI KEJAUHAN INI… ADA SEPI YANG MENGURUNG DIRI, ITULAH RINDUKU.

56 thoughts on “CT131. CABARAN HAJI (7): ROKOK

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb….

    HEALING by Sami Yusuf…. Untuk kita mengambil iktibar dari kepayahan orang lain dan ketabahan mereka untuk mengatasi segala kerungsingan. Setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

    Kenapa mahu membazirkan waktu hidup ini dengan perkara yang memilukan hati, menyusahkan jiwa dan mematikan bahagia. Tidak ada sesuatupun yang tertinggal dari perhatian Allah swt.

    Kita tidak seharusnya khuatir jika tewas dalam perjuangan untuk memantapkan iman. Di manapun kita berada kematian kita berada dalam kekuasaan Allah Yang Menghidup dan Yang Mematikan.

    DEDIKASIKU UNTUKMU… penuhilah jiwamu dengan iman dan takwa agar kehidupanmu akan tenang dan penuh cinta. Jauhilah ragamu dari kelalaian dunia yang akan menyeret jiwamu ke lembah sengsara. Apapun yang berlaku, doaku selalu mengiringi kehidupanmu di dunia dan akhirat. Aamiin.

    Wassalaam. 😀

  2. bahasan yang bagus.. kebiasaan merokok sulit dihilangkan kecuali yang turut memproduksi rokok semisal pabrik rokok wajib ditutup oleh pemerintah.

    salam dari Indonesia

    • Alhamdulillah, mudahan bermanfaat.

      Kebiasaan yang bukan satu kebiasaan pada asalnya akan dapat dibuang jika ada keinginan yang kuat dan kemahuan yang jitu. Jangan menunggu musibah datang, baru hendak berhenti… semuanya sudah terlambat. Apa yang penting:

      ASAL BERANI BERMIMPI (buang rokok), SEGALANYA MUNGKIN (kembali normal dan sihat). 😀

      Memang pemerintah mempunyai kuasa untuk menutup premis/pabrik rokok jika benar-benar mahu rakyatnya sihat, tetapi ada negara yang bersumberkan tembakau sebagai hasil ekonomi tentu sukar berbuat demikian. Yang penting adalah individu itu sendiri.

      Terima kasih Andi. Semoga sukses selalu. 😀

    • Saya sokong. Jangan ditangguh jika kebenaran sudah ada di depan mata. Jika terlambat akan buruk padahnya.

      Yang halal jelas dan yang haram juga jelas.

      Terima kasih Udhin atas sokongan.
      Salam sihat. 😀

        • Pengharaman rokok adalah tertakluk kepada Majlis Fatwa sesebuah negara atau negeri yang majoritinya muslim.

          Namun begitu jika tidak ada penguatkuasaan dari pemerintah secara perundangan yang dapat bertindakbalas kepada perokok yang melanggar hukum, pasti kegiatan merokok tidak dapat dibanteras.

          Hal ini juga berlaku kepada muslim yang tidak menunaikan solat, berpuasa, minum arak, mendedah aurat, berzina dan banyak lagi yang tidak ada pelaksanaan hukum ke atas nya sama ada dihukum qisas, takzir, diyat dan sebagainya.

          Akhirnya umat akan rosak, negara porak peranda dan tidak ada kesejahteraan dalam kehidupan sedangkan Islam adalah agama yang memberi ketenangan kepada kehidupan manusia.

          Terima kasih Udhin.
          Salam ceria. 😀

    • “Alaika salaam wr.wb dan selamat pagi, Akhmad Fauzi…

      Alhamdulillah, saya sihat dan baik. Didoakan Akhmad dan keluarga juga dalam konsidi yang serupa. Aamiin.

      Syukurlah, kalau sudah lama tidak merokok. Harus dijaga agar tidak memulai lagi. 😀 Kesihatan wajib dipelihara untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

      Senang menerima kunjungan Ahmad dan blognya juga sudah kembali aktif. Lama tidak bersilaturahmi ke sana.

      Salam ceria selalu. 😀

  3. Ass….
    Dalam setiap goresan aksara bunda semakin bermakna dan bermanfat untuk semua orang. Semoga hal ini dapat menumbuhkan suatu kesadaran diri bagi mereka-mereka dengan tersentuh hatinya.

    Sukses selalu
    Salam
    Ejawantah’s Blog

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra Kesuma…

      Aamiin.. mari kita sama-sama mendoakan kesejahteraan merekan yang tersentuh hatinya untuk mengambil ibrah kebaikan bagi manfaat dirinya.

      Sukses kembali dan terima kasih mas Indra sudah berbagi.
      Salam sejahtera. 😀

  4. Selamat Pagi Bunda.

    Bagaimana kabarnya ?

    Manusia harus tahu bahwa merokok merupakan salah satu cara membunuh diri secara perlahan.Karena merokok bukan untuk kesehatan tapi pesakitan 🙂

    Luar biasa Bunda artikelnya 🙂

    • Selamat petang mas Abed.
      Alhamdulillah saya sihat dan baik. Didoakan mas Abed juga dalam kondisi yang dirahmati Allah swt.

      Sepatutnya memang sudah tahu kerana manusia sudah diberi akal dn ilmu pengetahuan untuk bekal hidup yang aman sejahtera.

      Malahan sepanjang hidup ini, banyak pelajaran yang diambil untuk membezakan yang baik dan yang buruk. Hanya manusia itu tidak mahu mengambil perhatian tentangnya kerana nafsu sudah menguasai diri.

      Terima kasih mas Abed atas penghargaan dan pencerahannya.
      Salam mesra selalu. 😀

        • Semoga kita tergolong dalam kalangan manusia yang tidak terjebak dengan nafsu melulu yang membinasakan.

          Teringat saya kepada kata-kata sahabat Rasulullah saw iaitu Abu Musa Al-Asy’ari bahawa manusia akan binasa kerana mencintai dunia dan tidak melihat akhirat.

          Terima kasih mas Abed.
          Salam sejahtera. 😀

  5. melihat judulnya saja, saya sudah merasa tersindir Bun,
    benar saya perokok…

    untuk mengetikkan komentar ini, saya berfikir lebih, tapi saya putuskan untuk tetap menulis komentar saya…

    Jujur saya walaupun perokok, saya pun pernah menulis dua Post bertemakan tembakau ini di post saya, dan tentunya saya gak mengumbar atau menyemangati orang lain untuk merokok…
    Saya berharap, saya bisa segera berhenti bun,,,,
    dan saya selalu menunggu waktu itu.. mohon doanya bunda, kiranya sudi menyebut nama saya di dalam doa Bunda..
    terima lasih telah membahas ini Bun…

    • Salam Muhammad Syafii…
      Alhamdulillah, namanya serupa dengan nama Imam Syafie. Semoga beroleh berkah dari nama itu untuk surut merokok. 😀

      Mudahan kebaikan akan menyusul segera tanpa perlu berfikir dan menangguh. Tiada waktu yang dapat ditangguh jika beberapa detik lagi Allah akan memanggil.

      Semua usaha mencapai klejayaan adalah tertakluk kepada kemahuan diri untuk melakukan yang terbaik.

      Jangan sampai rokok menjadi tuan dan menguasai kita kerana kita berkewajiban menjauhi diri dari perkara yang membinasakan.

      Insya Allah, saya akan doakan bersama untuk kebaikan dan kesejahteraan Muhammad.

      Semoga sukses dan 2 jempol untuk usaha yang nekad meninggalkan rokok.

      Salam sejahtera dalam berkat Allah swt. 😀

    • Hai Abi Gilang…

      Masya Allah, sampai begitu sekali sebutan mereka kepada rokok sebagai usaha menghalalkan matlamat mereka.

      Kebiasaannya, bila sudah kecanduan/ketagih rokok, memang usaha menghalalkannya akan dicari supaya beroleh ketenangan. Kasihan sekali. Semoga cepat sedar dan insaf.

      Mudahan setelah membaca ini dan fatwa yang dilampirkan, ada kesedaran yang tumbuh untuk membaiki diri supaya hidup sihat sejahtera.

      Terima kasih untuk kongsian yang mencerahkan.
      Salam kenal. 😀

  6. semoga bunda selalu dalam kebaikan.
    sedih memang bila mendengar berita ada jamaah haji yang merokok baik dari Indonesia atau dari manapun….
    padahal detik-detik selama dalam taqarrub di Haromain semestinya digunakan untuk hal yang membuahkan ridho-Nya dan mahabbah-Nya….

    • Aamiin, alhamdulillah atas doa yang Nedi lampirkan bersama. Diharap Nedi juga dalam keadaan yang diberkati Allah swt.

      Jika hati sudah melekat dengan tabiat/habit terhadap kesukaannya, akan sukar untuk ditinggalkan kecuali dengan usaha dan keinginan yang kuat.

      Hanya mereka yang memahami maksud jemputan Allah swt ke bumi mulia-NYA tidak akan berlengah masa untuk sesuatu yang tidak bermanfaat buat dunia dan akhiratnya. Hanya sedikit yang mengetahui dan mengambil pengajarannya.

      Terima kasih Nedi untuk komentar yang mencerahkan.
      Salam sejahtera. 😀

    • Sikap yang bijaksana dalam memikirkan sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kesejahteraan hidup.

      Salut mas Muhammad. Hidup akan menjadi sihat jika pemikiran kita juga sihat dan cerdas. Begitulah cara muslim berfikir untuk menggunakan akal yang dibekal Allah swt.

      Terima kasih kembali untuk komentar yang bagus juga.
      Salam hormat selalu. 😀

    • Iya mbak Akin… memang sulit bagi yang meneguh sikap tidak bijak dalam memelihara nyawa dan akalnya.

      Aamiin… saya yakin suami mbak Akin seorang yang bijak menilai sesuatu yang memudharatkan kesihatan.

      Salam manis mbak. 😀

  7. assalamu’alaikum.. bundaa… maaf ya saya baru mampir di sini, hehe..
    alhamdulillah keluargaku tidak ada yang merokok, dan saya juga tak suka rokok.. terlebih keluarga istri saya juga tak ada yg merokok, hanya iparnya saja 😦
    saya dan anak-anak kelak (insya Allah) tidak akan merokok, lebih baik uangnya ditabung ya bunda, hehe
    salam

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Ari…

      Tidak mengapa, bukankah waktu yang dikatakan senggang oleh Ari itu hadir juga. 😀 Alhamdulillah.

      Betapa bertuah dan beruntungnya mempunyai keluarga yang sangat mengambil berat tentang kesihatan. Kerana menjadi kewajiban kita umat Islam untuk memelihara nyawa, jiwa dan akal dari kerosakan yang disengajakan.

      Mudahan sesiapa sahaja dalam lingkungan keluarga Ari akan mendapat “hidayah” untuk berhenti merokok. 😀

      Hehehe… bunda pasti Arina orang yang paling gembira mengetahui harapan Ari ini. Pasti uangnya nanti bisa diguna untuk pergi haji. Aamiin. Insya Allah, bunda mendoakan dari jauh. 😀

      Terima kasih untuk kunjungan yang mencerahkan.
      Salam sayang bunda buat Arina ya.

  8. Asm…apa khabar?lama sik nulis..insyallah 13.11 tok kmk akan limbang utk belajar usaha atas iman selama 40h.kali tok kmk bersama jemaah semua lelaki aja. ani sik ngikut…doa

    • Wa’alaikum salaam wr.wb Tuan Haji Faisal…

      Alhamdulillah, kamek semua di sitok bait-bait ajak. Didoakan kitak, Ani dan anak-anak di Teluk Intan semuanya sihat wal’afiat.

      Lamak juak kitak di Limbang, sehabis cuti sekolah baruk pulang. Mudahan semuanya selamat dan diberkati Allah swt segala usaha yang dijalankan untuk meninggikan syiar islam. Aamiin.

      Terima kasih sudah memaklumkan berita kitak sekeluarga di sinun.
      Salam sejahtera dan sukses selalu dari kamek untuk kitak sekeluarga. 😀

  9. Assalamualaikum Mbak Siti,
    Yah kalau sudah kecanduan (tegar) susah menghilangkan kebiasaan rokok itu ya. Even sudah diharamkan pemerintah Arab, masih ada yang nekat bawa rokok dan merokok di kamar hotel. Mungkin karena rokok sudah diharamkan disana, jadi kamar hotel tak punya alat pemantau asap ya Mbak, sehingga terjadi kebakaran itu.. Semoga tidak ada yang terluka dalam insiden itu.

    Salam manis dari Serpong 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi…

      Iya, demikianlah keadaannya mbak Evi. Hanya mereka yang tidak menggunakan akal dan ilmu sahaja yang sanggup membawa dirinya ke arah kebinasaan.

      Di setiap hotel ada alat pengesan asap mbak. Jadi punca ketahuan aktiviti merokok di dalam hotel kerana adanya alat tersebut.

      Tidak sampai terjadi kebakaran hanya kepulan asap sahaja. Alhamdulillah tidak berlaku kecederaan apa-apa.

      Salam manis kembali mbak Evi. 😀

  10. Assalamualaikum Wr. Wb.
    Sepakat dengan uraian kawan diatas. Banyak kemudharatan yang didapat dari merokok.
    Di Indonesia, banyak Peraturan Daerah (Perda) yang mengatur tentang kawasan bebas rokok (Contohnya : Prop. Bali). Rokok menjadi suatu dilema terutama di Indonesia, karena pendapatan dari cukai rokok merupakan salah satu pendapatan terbesar di Indonesia. Perusahaan rokok juga merupakan salah satu pemberi beasiswa terbanyak di INA.
    Ada ungkapan dari beberapa perokok, Lebih baik tidak makan daripada tidak merokok.
    Menurut aku sih lebih baik disediakan space khusus untuk orang yang ingin merokok, dan semua orang yang ingin merokok diwajibkan merokok disana, kalo tidak di berikan denda ato hukuman yang lain.
    Untuk merubah mindset dari seseorang diperlukan waktu.
    Wassalamualaikum Wr. Wb.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Trinil…

      Memang sukar untuk menghapuskan penjualan rokok dan mengurangkan perokok. Selagi tidak ada kesedaran diri dan kuasa kuasa dari pemerintah untuk suatu ketegasan, tidak akan ada hentinya pembuatan dan perbuatan ini.

      Malah di Malaysia juga demikian sama situasinya. Jualan rokok ada di mana-mana. Penagih rokok bukan terdiri dari orang dewasa sahaja malah kanak-kanak juga.

      Terdapat beberapa cara telah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi mengurangkan kadar jualan dan penagihan rokok antaranya (1)melalui Kementerian Kesihatan dan Kementerian Penerangandiadakan promosi membenci rokok (Tak Nak pada ROKOK) dan menaikkan cukai dan harga rokok di pasaran.

      Alhamdulillah, Di Malaysia sudah lama ada tempat khusus untuk para perokok merokok jika mereka memasuki sesuatu premis seperti di bangunan2 kerajaan, airport, sekolah, hospital, dalam kenderaan awam dan banyak lagi. Cuma, terdapat segelintir yang tidak mengikuti peraturan ini dan setakat ini belum ada denda dikenakan ke atas para perokok.

      Jika ada denda, pasti banyak wang yang dapat dikumpul sebagai dana rakyat yang telah menerima susah oleh perbuatan mereka. 😀

      Mudahan ide-ide baik mas Trinil mendapat perhatian di sana. Aamiin. 😀

      Terima kasih atas kongsian yang berbobot di atas.
      Salam hormat selalu. 😀

  11. assalaamu’alaykumuwarohmatullohi wa barokaatuh….. marathon mengejar catatan2 si teteh yang banyak ketinggalan 😀 hahai…

    kaze usulin jadikan novel aja teteh hihi… perjalan si teteh ke saudi arabia hehe..

    #rokok bagi saya haram >.< untuk saya pribadi haram….. tapi kadang teman2 dan juga si abang suka marah kalo saya bilang haram, nah selanjutnya mah terserah mereka 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb wa ridwaanuh.. Kaze Kate…

      Hehehe… tidak apa ketinggalan membaca posting saya. jangan tertinggal pesawat lagi. Satu pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan.

      Tidak semua yang mahu menerima hukum yang dianggap menyusahkan “kegemaran” mereka. Semoga mereka menemui kesedaran sebelum disedarkan Allah swt.

      Terima kasih Kaze.
      Salam ceria. 😀

  12. Assalamu’alaikum Wr. Wb…

    Menarik sekali bahasan di atas. Rokok terus menjadi bahan perdebatan yang tak ada habisnya, meski sudah ada fatwa haram. Di Indonesia, Majelis Ulama Indonesia (MUI) sudah mengeluarkan fatwa haram untuk rokok. Namun, pada kenyataannya para alim ulama pun tak semuanya sepakat dengan hal itu. Sementara para petani tembakau berkeluh-kesah, “Lantas tembakau ditanam untuk apa?” Kemudian para pekerja pabrik rokok pun bersuara, “Kami harus menghidupi keluarga dengan kerja di mana? Padahal lapangan kerja begitu sulit didapat.”

    Lantas, bagaimana baiknya? He..he…he… uraian tadi bukan berarti saya pro dengan rokok lho. Jujur saja, sering saya jengkel bila di tempat umum melihat orang seenaknya merokok tanpa mempedulikan keadaan sekitar. Tapi sayangnya, saya tak selalu punya keberanian untuk menegur mereka.

    Hanya sekedar unek-unek Mbak…
    Salam selalu dari Banjarnegara, Indonesia.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Raden…

      Banyak perkara dalam menghasilkan hukum untuk maslahat umat Islam, tidak mendapat sokongan dari alim ulamak dan umat islam sendiri. Ternyata kehidupan dunia banyak melalaikan manusia dan rasa cinta kepada Allah, Rasul-Nya juga agama Islam semakin tipis.

      Ijtihad para ulamak muktabar juga kian dipandang ringan demi menghalalkan nafsu sendiri yang ingin dipuaskan. Semoga Allah melindungi kita dari perkara yang membinasakan kita dengan akal dan ilmu yang dikurniakan Allah.

      Adalah menjadi kewajiban kita untuk memelihara nyawa, akal, maruah, harta dan hak selama berpegang kepada ajaran Islam.

      Terima kasih mas Raden untuk informasi dan kongsiannya.
      Salam hormat selalu. 😀

  13. Ass Wr Wb
    sebetulnya tidak masalah apabila seorag perokok ingin merokok, krn memang hak seseorang untuk melakukan sesuatu yg diinginkan, asalkan, tidak mengganggu org disekitarnya dikarenakan polusi asapnya. yang sering menjadi masalah kan org2nya yg “bandel” merokok sembaarangan dan tidak mengindahkan peraturan, hehe
    salam kenal mba 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb…

      Saya setuju… setiap manusia mempunyai hak masing-masing. oleh itu, jika mahu orang menghormati hak kita, maka kita juga harus tahu menghormati hak orang lain.

      Terima kasih kerana sudi berkongsi.
      Salam kenal kembali. 😀

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.