CT416. YANG AKU MILIKI SEKARANG ADALAH SEBUAH RINDU

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

rindumilikfatima1untukmu

*

WAHAI YANG MENYENTUH HATI

*

Antara kita….

Hanya ada ruang waktu yang berbicara tanpa mampu bersapa suara.

Hanya ada aksara ukiran kata tanpa garisan pena yang bisu seribu nada.

Semua rindu terkumpul dalam rasa yang harumnya tidak pernah bersalam.

Telah ku kutip….

Setiap serpihan rindu yang menanti di garis pelangi

Engkau tidak lagi pernah kembali memberi senyum

yang dulunya pernah aku miliki.

ketahuilah….

*

YANG AKU MILIKI SEKARANG

ADALAH SEBUAH RINDU.

*

siti fatimah ahmad
12 Disember 2016/ 12 Rabiul Awwal 1438H (Isnin), sarikei, sarawak, 7.10 pagi

*

*

rindumilikfatima2lagumenahanrindu

*

bunga*

***************

SalamFatima3SalamFatima12 Disember 2016 (Isnin)/ 12 Rabiul Awwal 1438H/ 8.10 pagi, Sarikei, Sarawak

AKU…. mengharapkan pertemuan denganmu suatu ketika yang indah dalam syurga firdausi. WAHAI YANG MENYENTUH HATI…. pertemuan itu tidak akan berlaku andai Tuhanku dan Tuhanmu tidak mengizinkannya. Aku berdoa saat itu akan tiba apabila aku melazimi solawat atasmu sebanyak-banyaknya di dunia ini. Sollu ‘alan Nabiy. Love You With All My Heart ya Rasulullah SAW.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

 DEDIKASIKU UNTUKMU…. Dalam diam tak disedari rasa itu menyendiri mengingatimu sepenuh hati. Aku berjanji, kan ku simpan selamanya tidak ku mungkiri. Selalu ada doa untukmu di setiap tahajud cintaku. Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

rindumilikfatima3puisirindufatima

*

I MISS YOU SO MUCH

 

10 thoughts on “CT416. YANG AKU MILIKI SEKARANG ADALAH SEBUAH RINDU

  1. Assalamualaikum wr wb puan Fatimah

    puisinya sangat bagus sekali.
    saya ingin sekali bisa menulis puisi seperti ini.
    mesti coba berkali kali … tapi puisi saya suka aneh kalau dibacanya 😀

    salam sehat bahagia dari Jakarta

    • Wa’alaikum salaam wr.wb….

      Betul saya setuju, memang menulis puisi tidak mudah pada permulaannya kerana memerlukan jiwa dan hati untuk menguasainya. Ia bukan datang semula jadi tetapi harus dipelajari dengan rasa yang mengitari. Insya Allah boleh, asal rajin dan tidak putus asa. Selamat mencuba.

      Terima aksih sudah berkunjung dan salam takzim.

  2. Assalamualaikum warahmatullah ummi siti fatimah, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Begitu puitis sekali puisinya. Berkisar tentang rindu. Benar sekali, rindu tidak pudar seiring usia, bahkan semakin menebal…semakin menebal… Mungkin rindunya pada anak-anak yang sudah dewasa, mungkin juga pada orang tua yang telah tiada, saudara-mara serta teman-teman. Teringat pula kata-kata sang murabbi: “Semakin tua, insan menjadi semakin sunyi. Dan semakin sunyi hati akan menjadi semakin rindu. Rindu pada orang yang tersayang.”

    Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut maulid ar-rasul 1438h kepada ummi siti fatimah sekeluarga. Mudah-mudahan kedatangan hari yang bersejarah ini akan meningkatkan lagi kecintaan kepada baginda saw. Allahumma solli `ala saiyidina Muhammad, wa `ala alihi wa sahbihi ajma`in…

    Salam ukhuwwah dari Kuantan Pahang.

    • Wa’alaikum salam warahmatullahi wabarakaatuh Abu Ikhwan….

      Aamiin Allahumma Aamiin walhamdulillah, kami semua sihat walafiat. Didoakan juga yang sama kepada Abu Ikhwan dan keluarga di Kuantan.

      Rindu tidak pernah hilang selagi kita bernyawa. Rindu adalah resepi kehidupan yang menjadi rencah kebahagiaan dan kedukaan. Ia memaniskan rasa hati kerana adanya rindu manusia tahu menilai erti kasih sayang yang pergi dan hilang.

      Saya menyenangi kongsian kata yang bermanfaat dari Abu Ihkwan di atas. Banyak makna tersirat dan semuanya tersurat dalam setiap garis usia yang kita lalui selama ini.

      Terima kasih juga mengingatkan tentang kecintaan kepada Rasulullah SAW yang selalu di hati dan diingatan umatnya. Mudahan kita selalu berselawat atas baginda SAW supaya beroleh syafaat di akhirat nanti. Aamiin.

      Salam ukhuwwah kembali dan sukses hendaknya.

    • Aamiin Ya Rabb. Perkenankan segala doa kami yang ingin bertemu Rasulullah SAW. Mudahan kita selalu menjalankan sunnah yang diamalkan oleh Baginda SAW dalam kehidupan kita, Winnaz. Insya Allah.

      Terima kasih dan salam sejahtera.

  3. Subhanallah…

    Menggamit sebuah keriduan yg tidak pernah tuntas. Itulah jiwa-jiwa kita yang entah bila akan bertemu. Sejenak di Raudhan sudah cukup membuat hati meronta untuk ke sana lagi, lagi dan lagi.

    Semoga syafaat baginda dapat kita kecapi. Insya-Allah

    Allahumma solli’ala saidina Muhammad.

    • Mudahan segala kerinduan yang bersarang di hati kita kepada orang-orang tersayang akan ditawari Allah dengan pertemuan di syurga firdaus. Namun rindu yang paling akbar adalah bertemu Allah SWT yang selalu ada di hati dan dicintai selamanya.

      Iya kak, apabila pernah ke Raudhah, Masjid Nabawi, teringin lagi untuk ke sana. Begitu juga dengan ziarah Baitullah. Semoga ada rezeki kita diizinkan Allah untuk ke sana lagi. Aamiin Allahumma Aamiin.

      Terima kasih Kak Zakie Purvit atas kunjungan dan salam kasih selalu. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.