CT144. REVIU KAMERA: CANON EOS 650D

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

KameraFatima1Reviu

Telah saya maklumkan dalam posting CT141. DARI LENSA MATAKU (1): FOTOGRAFER AMATUR bahawa kamera CANON EOS 650D adalah kamera idaman saya. Kenapa saya ingin memilikinya telah saya jelaskan. Selain itu, apabila membaca ulasan tentangnya dari Majalah Dunia Kamera, telah menguatkan lagi hasrat untuk membelinya. Sekurang-kurangnya saya sudah mengetahui fungsi dan ciri-ciri yang ada pada EOS Digital ini.

Untuk mengetahui lanjut akan fungsi dan ciri-ciri menarik yang terdapat pada EOS 650D ini, saya kongsikan REVIU KAMERA dari Majalah Dunia Kamera keluaran Oktober 2012. Kongsian ini tentu dapat membantu menambah pengetahuan bagi yang berminat dalam bidang fotografi dan masih mencari-cari jenis kamera yang ingin dimiliki. Mungkin CANON EOS 650D boleh dicadangkan sebagai pilihan yang memberangsangkan.

KameraFatima5CanonBaru

difoto dari Majalah Dunia Kamera

*

CANON EOS 650D atau dikenali sebagai CANON EOS REBEL T4i di Amerika Syarikat telah direka untuk jurufoto baharu ataupun bagi peminat jurufoto yang sudah berjaya dalam bidang ini. Ciri-ciri 650D dilihat lebih mantap berbanding 600D dengan dimasukkan LCD skrin sentuh.

Selain itu, ia juga mempunyai sensor 18 megapiksel seperti CANON EOS 600D, sebagai contoh beberapa piksel berdedikasi alat pengesanan fasa- sebahagian Live View kamera baru dan sistem mod video Hibrid AF. Pertama untuk kamera CANON EOS, CANON 650D boleh memfokus secara automatik semasa rakaman video.

CIRI-CIRI

CANON EOS 650D dapat menghasilkan imej 5184 x 3456 piksel pada resolusi penuh sehingga cukup besar untuk cetakan bersaiz A3 (16.5 x 11.7 inci  dengan hanya di bawah 300ppi. Pemproses Digic 5-nya adalah 6 kali cepat daripada pemproses Digic 4 pada CANON 600D. Hal ini membolehkan rakaman berterusan dari CANON EOS 650D kepada 5fps bagi 22 JPEG atau 6 fail raw, meningkat daripada 3.7fps berbanding 600D untuk sekitar 34 JPEG atau 6 fail raw.

PANDUAN MEMBELI

CANON EOS 650D lebih hebat berbanding CANON EOS 600D hanya 0.3fps lebih cepat, pada 5.3fps (dapat merakam sekitar 58 JPEG dan 16 RAW dalam satu letusan rakaman). Maka, mempunyai keupayaan 5.3fps dalam CANON EOS 650D adalah SATU BONUS.

Kamera ini adalah cukup pantas untuk hidupan liar, aksi dan fotografi sukan. Dipadatkan dengan sistem AF baru CANON EOS 650D Hibrid dalam satu aksi dan menggunakan piksel pusat untuk memaklumkan bahagian fasa pengesanan dan mendapatkan subjek dekat dengan ketajaman. Kemudian pengesanan kontras mendapatkan ia menjadi tumpuan penuh.

SEPERTI Canon EOS 600D, Canon EOS 60D, Canon EOS 7D, CANON EOS 650D juga mempunyai pemancar Speedlite bersepadu, membolehkan anda untuk menggunakan flash terbina dalam untuk mencetuskan flash kawalan jauh. Anda memerlukan flash dengan pilihan ‘slave’ untuk menggunakan fungsi ini. Ini adalah cara yang terbaik untuk sangat kreatif, gambar kelihatan profesional dengan menambahkan pencahayaan sisi sampingan yang dinamik.

KameraFatima6Spesifikasi

KAMERA AKSESORI

CANON EOS 650D dimuatkan dengan keperluan perakam video yang mampu merekod video HD penuh (1920 x 1080) pada bingkai biasa dengan kadar yang berbeza dan terdapat mikrofon stereo bina dalam selain slot mikrofon luaran. Jika anda serius tentang merakam video, anda akan dapati rakaman bunyi yang berkesan dan berkualiti.

Selain itu, Canon juga memasukkan mod Video Snapshot bagi membolehkan anda merakam 2,4 atau 8 saat kemudian edit serentak untuk membuat filem. CANON EOS 650D juga mempunyai sebuah mini HDMI supaya anda boleh memainkan filem di mana-mana TV HD, namun begitu, tidak ada laluan untuk fon kepala.

MOD BARU DAN PENAPIS

Canon telah memperkenalkan dua mod rakaman baru pada CANON EOS 650D yang diakses melalui dail kini mod agak kecil. Ia direka untuk membantu apabila merakam gambar dalam keadaan pencahayaan yang sukar.

HDR Backlight Control berguna untuk adegan terang backlit dan bertujuan untuk membantu meningkatkan perincian highlight dan bayang-bayang. Dalam mod ini, kamera dapat  mengambil tiga rakaman dengan dedahan yang berbeza iaitu kurang, normal dan lebih. Ia kemudian menjadi imej auto sejajar dan digabungkan ke dalam satu imej.

Sementara itu, mod Handheld Night Scene juga disediakan untuk membantu anda merakam pada waktu petang dalam keadaan cahaya rendah tanpa memerlukan tripod. Rakaman ini dibuat dengan mengambil 4 imej yang berbeza berturut-turut untuk mencapai dedahan yang diperlukan. Sekali lagi, imej auto sejajar dan digabungkan ke dalam satu imej.

SOROTAN LAIN

CANON EOS 650D mempunyai pelbagai sensitiviti ISO 100-12800 yang diperkembangkan sehingga ISO 25600, 14-bit pemprosesan imej dan 9 titik kawasan luas sistem AF baru dengan semua jenis sensor.

Terdapat juga pilihan Multi Shote Noise Reduction yang berfungsi dalam mod JPG sahaja di samping 4 tetapan biasa ISO High Speed Noise Reduction (Off, Low, Standard dan High). Apabila mod baru ini digunakan, kamera akan merakam dan menggabungkan 4 rakaman berturut-turut untuk mewujudkan imej rendah hingar.

KameraFatima3Keputusan

difoto dari Majalah Dunia Kamera

*

SELAMAT MENCUBA DAN KLIK SANA SINI

*

****************

22 Disember 2012 (Sabtu)/ 8 Safar 1434H/ 4.45 petang- Sarikei, Sarawak

AKU…. menyukai segala kata yang dapat memotivasikan aku kepada keberanian menghadapi hidup. Berani mengajar aku berbuat sesuatu dengan bijaksana. Berani membuat aku tabah melawan kekecewaan yang melanda. Berani memberi aku kekuatan untuk mempunyai keyakinan dan kepercayaan yang tinggi kepada potensi dan bakat yang ada padaku. Sungguh… berani adalah sifat Tuhanku yang diberikan kepada hamba-NYA untuk pandai mengendali diri sebagai manusia. Alhamdulillah.

– SITI FATIMAH AHMAD –

****************

KameraFatima2DuniaKamera

difoto dari Majalah Dunia Kamera

*

PERCIKAN TITIS-TITIS RINDUMU, TEMPIASNYA SAMPAI KE HATIKU, LALU INGATAN ITU BERTAMU DAN TIDAK PERNAH HILANG

32 thoughts on “CT144. REVIU KAMERA: CANON EOS 650D

  1. Asalaamu’alaikum wr.wb,

    KEBAHAGIAAN dan kegembiraan hidup ini hendaklah kita syukuri kerana ia menjadi salah satu dari nikmat Allah swt yang diberikan kepada sesiapa yang dipilih oleh-NYA. Raihlah syurga Allah dengan sejuta usaha untuk sampai kepadanya sebagai destinasi terakhir dalam hidup ini. Hanya Allah yang menjadi kecintaan kita melalui cinta Rasul-NYA yang tidak pernah melupakan kita.

    PARADISE by MAHER ZAIN…



    DEDIKASIKU UNTUKMU…. Di mana sahaja engkau berada dan apa sahaja yang engkau lakukan. Hanya ingati bahawa aku selalu menyayangi dirimu. Tiada siapa yang lain di dunia ini yang mula dapat mengisi tempat yang istimewa di hatiku seperti yang engkau lakukan. Tiada yang lain yang aku inginkan kecuali DUA sahaja iaitu MENYAYANGI DAN MENCINTAIMU SELAMANYA. Semoga kebahagiaan selalu bersama kita. Aamiin.

    Wassalaam. 😀

  2. Assalamu alaikum wr. wb.
    alhamdulillah, tuka yang kee….. neni jadi yang ke-dua 🙂

    apa kabar ummi dipagi hari ini, semoga sehat wal afiat, amin
    tes-tes aja pengen liat blog, ehh. umi ada up-date baru yach, waahh.. neni kalah lagi, umi dah up-date 3, neni baru satu, tak apelah, demi umi 😉

    syukran ummi, tuk infonya di atas, bisa dijadikan referensi tuk beli jika mahu ..
    tapi sekarang neni belum ada minat mahu beli kamera demikian, masih senengnya kamera yang kecil-kecil saja, mudah dibawahnya dan tak berat 🙂

    neni tuh, orangnya ngk suka bawa barang yang berat-berat dan banyak, 🙂

    aku mahu dikutip ma ummi dong, aku sedang senyum nich buat ummi

    salam sayang dan rindu selalu buat ummi yach, lama tak chat, jadi kangen anakmu ini 😦

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Neni yang baik…

      Alhamdulillah, Umi senang dengan awal kehadiran Neni di blog. 😀 😀 (sedang senyum manis membaca komentar Neni). Maaf, kerana Umi baru sempat membalas atas kesibukan di penghujung tahun. 😉

      Umi hadir lagi untuk sesi seterusnya di penghujung 2012. Semoga ambang 2013 akan banyak membawa kebaikan buat kita bagi mengiringi kehadiran 1434H yang lalu.

      Tidak apa-apa, membeli kamera ini adalah menurut kemampuan kita. Foto-foto menarik diperolehi oleh kreativiti kita selain minat. Kamera yang canggih adalah sebagai alat untuk menambah keindahan dari sebuah panorama yang memerlukan ilmu untuk mengendalikannya.

      Menurut Umi, kamera CANON EOS 650D ini sangat ringan dan sedikit kecil berbanding EOS 600D. Umi menyukai rekabentuknya kerana menyerupai kamera profesional. Iya… sesuai untuk seorang amatur bergaya profesional… 😉

      Insya Allah, nanti kita bersilaturahmi lagi.
      Salam sayang dan rindu juga dengan Neni. 😀

      • ummiiiiiiiiiiiiii, neni kangeeeeeennnnnnnnnn…..
        rasanya mahu nangis nahan rindu neni, hati neni tak tenang
        neni kangeeennnn, cayang ummiiiiiiiiiiiiiiiiii

        kangen
        kangen
        kangen
        rindu
        rindu
        rindu
        rindu
        kangen lagi
        kangel lagi
        kangen lagi
        rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu…….

        • Subhanallah, sudah parah sakit rindu anakku Neni ini..
          Umi jadi pusing nih… (makan ubat paracetamol dulu ya.) 😀

          Masya Allah… Umi sampai mahu terguling-guling ketawa kerana sangat kasihan atas penderitaan rindu dan kangen neni di sana…hehehe. (wah.. dahsyatnya, tiada belas ihsan langsung)

          Hmm..Kalau begitu cara rindu dan kangen sama Umi, bagaimana ya.. kalau rindu dan kangen sama… ? hmmm.. siapa ya ? Umi lupa. 😉

          Iya, sudahlah jangan nangis lagi.(sedang mujuk Neni sambil ketawa). 😀 Umi sudah kembali dan mudahan silaturahminya akan terus terjalin dalam kesibukan Neni yang mengalah menteri. 😀

          Salam rindu dan kangen juga dari Umi buat Neni yang disayang.

          • tak mahulah makan obat,ntr lupa rindu dan kangen ma ummi 🙂
            umi tahu tak asal muasal neni jadi kangen gini (kasi tau ngak yach ) hehe, kemarin neni ikut seminar bunda wiwi tuh, melihat bunda wiwi bagai melihat ummi, neni merasakan kasih sayang yang terpencar dari bunda, rasanya pengen kepangkuan bunda wiwi biar terobati kangen neni ma ummi, kaca-kaca mata neni kala bunda wiwi cakap.
            kangen dan rindu deh melanda lubuk hati neni yang paling dalam (sok lebai amat sich aku nich ) 🙂

            beneran umi, neni tak bohong, neni langsung teringat ummi.
            jadi kangen ummi lagi dech.. muacchh…muuuaaaccchh… muuuaaaccchhh…….. peluk ummi, salam tangan,cium tangan dan cium pipi ummi

            • Subhanallah walhamdulillah… mudahan kasih sayang Bunda Wiwi yang menyerlahkan sifat keibuannya sehingga sampai ke jantung hati anakku, Neni akan dirahmati Allah SWT.

              Sungguh kuat aura kasih sayang yang terjalin dalam maya pada ini hingga kerinduan tetap bertaut erat walau kita tidak pernah bertemu muka, berbicara suara dan berbisik dengar.

              Umi terharu dengan kerinduan Neni pada Umi yang tidak ada apa-apa ini. Hanya mampu memberi nasihat, pesan dan ingatan secara tulisan dalam irama bahasa yang Umi sendiri tidak tahu lenggok tarinya.

              … Umi inikan selalu malu-malu gajah dan segan-segan harimau. 😉

              Iya… Umi tahu, Neni selalu merasai kehilangan Umi kalau Umi offline untuk tugas-tugas Umi yang membukit di dunia nyata. Jangan resah ya, Neni selalu ada di hati Umi walau di mana Umi berada.

              Terima kasih untuk semua salam dan ciumnya.
              Dari Umi juga untuk semua salam dan cium neni KECUALI cium tangan… hehehe

              Rindu dari Umi selalu. 😀

      • Napa pula ummi senyam senyum disana membaca komentar neni ada yang lucu yach, mana… mana.. mana… neni mahu liat jg dong :0

        iya semakin canggih kameranya, semakin cantik pula efek kutipnya, insyaAllah

        kalau dibelikan ma ummi, neni mahu dong, mahu bangeeetttt, mahu bangeeettt (angkat tangan sambil berdo’a, ya Allah… amin 🙂 )

        kangen umi 😦

        • Aamiin Ya Rabbal’alamiin (sambil angkat tangan dan menyapu ke muka) 😀

          Mudahan kamera itu akan melayang ke sana berjumpa Neni. 😀
          atau Umi kirim dalam mimpi aja supaya kangen Neni akan hilang.

          Tunggu ya, mimpi malam ini… iiiieeeee, jangan pandang BELAKANG … antoooo. lariiiiiiiiiiii.

          Astaghfirullah, kenapa Umi jadi ikut-ikut gaya Neni ya. hehehe.
          Mungkin sudah terlebih kangen ni.

          Salam senyum, jangan sedih lagi, Umi sudah kembali menyapa Neni. Senyuuuuuuuuummmmm. 😀

          • tak lah mahu lewat mimpi, neni mahu yang nyata (angkat tangan dan berdo’a lagi ya Allah …………. Amin )sapu muka 🙂

            mana anttooooooo, tak ada ummi, penakut ummi nich, halaaahh kalah ma neni, mana, mana, larriiiiiii nak lomba ummi 🙂

            • Aamiin.. amiin, tetap mendoakan (sambil angkat tangan dan sapu ke muka yang sedang basah dengan peluhhhhh… hehehe) kenapa ya ? 😀

              Mahu lumba lari dengan Umi ya, rasa Umi akan kalah dengan Neni. Coba lumba renang dengan Umi ? mahu ? 😉

  3. assalamulaikum,
    Camera Canon 650D ini tampak canggih sekali Mbak Siti. Hasil fotonya pasti bagus sekali ya..Hehehe..Aku kok jadi ingin punya juga..
    Selamat menikmati dunia fotografi yang indah Mbak. Dan terima kasih atas ucapan selamat hari ibunya..Semoga ibu-ibu di Malaysia juga tetap berjaya membawa anak-anaknya jadi insan yang bermanfaaat bagi nusa dan bangsa 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi…

      Aamiin.. aamiin. Saya doakan semoga mbak akan memilikinya. Saya lihat mbak Evi juga bagus dalam menangkap foto dari setiap sudut yang diambil. Ternyata ketikan foto mbak Evi lebih bagus dari saya. Salut ya mbak. 😀

      Sama-sama kembali atas doa dan ucapan dari mbak.
      Salam manis dan ceria selalu bersama keluarga. 😀

  4. Ass…..

    Camera ini sangat mudah digunakan dan bila digunakan dengan menginkuti rasa kreatifitas yang tinggi tentunya akan menghasilkan gambar-gambar yang cantik dan penuh dengan warna.

    Sukses selalu
    Salam
    Ejawantah’s Blog

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra Kesuma…

      Setuju. Daya kreativiti dan inovasi seorang jurufoto akan menghasilkan kehebatan foto yang diambil. Sesuatu objek akan menjadi hidup apabila jiwanya diraut oleh kejiwaan sabjeknya.

      Terima kasih mas Indra kerana telah berkongsi tip untuk manfaat bersama.

      Salam sukses selalu. 😀

    • Kalau harga di Malaysia, sudah saya terakan di foto kedua di atas.
      Saya tidak tahu tukaran dalam rupiah Indonesia. Mungkin mas Bchree boleh rujuk harga di sana.

      Terima kasih memaklumi buku-buku yang sangat inspiratif ini.
      Sangat menarik dan membanggakan kerana semua hasil karya seorang guru. Wah… saya jadi cemburu dengan kegigihan Bapak Suharyo. Semoga beliau sukses dalam mendidik insan dengan tulisannya.

      Salam sejahtera. 😀

  5. Pingback: CT193. PEMILIK CANON EOS 650D | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  6. Pingback: CT322. DARI LENSA MATAKU (7): SKATEBOARD ACTION WITH SPORT MODE | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a reply to neni Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.