Archive | November 2012

CT137. ZIARAH MADINAH (5): MENUJU MASJID QUBA

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Di hadapan Hotel Moltaqa al-Alam, bas nombor 2 yang bakal membawa rombongan kami sepanjang hampir 3 jam untuk Ziarah Luar menunggu dengan setia sehingga tempat duduk dipenuhi oleh 40 jemaah haji KT 33, Sarawak. Jam tangan menunjukkan pukul 7.15 pagi, ketika saya dan SPH mengambil tempat di baris ketiga akhir dalam bas. Bersama kami adalah pasangan Tuan Haji Sharkawi dan Kak Bedah serta Pak Bakar dan Kak Senah. Continue reading

CT136. BUNGA GUBAHANKU (3)

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Foto 8. Gubahan bunga di atas saya namakan SEHATI SEJIWA. Saya sangat tekun dan bersemangat sekali untuk menghasilkan gubahan ini. Saya ingin mencari kelainan yang mengujakan dalam semua gubahan saya dengan menggabungkan gubahan bonsai berbatangkan “chopstick raksasa”  bersama rangkaian bunga yang berkembang di bawahnya dengan menjadikan Bunga Matahari sebagai tumpuan utama.  Sangat menginspirasikan. Saya mengambil masa yang lama untuk memikirkan bentuk gubahannya. Setiap kali balik dari kerja, saya pasti merenung bunga ini bersama senyuman mekar di bibir. Ia amat sentimental bagi saya. Kelihatan hidup dan menyentuh hati. Hilang segala penat lelah saat merenungnya. Sangat sempurna di mata saya. 😀

***************

Alhamdulillah. Kembali menyusun bunga di blog LMGS G2 untuk menyambung semula siri  CT85.  BUNGA GUBAHANKU (1) dan CT103. BUNGA GUBAHANKU (2) yang lalu. Bercerita tentang bunga “palsu” atau bunga asli yang digubah, tidak pernah melelahkan perhatian saya. Minat yang mendalam terhadap gubahan bunga dan keinginan untuk menguasai ilmu seni merangkainya memberi satu cabaran yang amat mengujakan saya. Continue reading

CT135. NASI AYAM MADU BUAT EMAK

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Alhamdulillah. Emak datang hari Ahad yang lalu. Cuti semester akhir tahun bagi sekolah-sekolah di Malaysia bermula hari Sabtu kelmarin sehingga 1 Januari 2013.

Walaupun IPGM (Institut Pendidikan Guru Malaysia) turut bercuti pada tarikh yang sama, tetapi saya akan bertugas dalam sela-sela cuti tersebut untuk mengajar guru KDC (Kursus Dalam Cuti) yang mengambil Diploma Pendidikan. Syukurlah jadual kuliah yang disediakan oleh penyelaras kursus tidak terlalu padat dan banyak ruang untuk bercuti rehat. Continue reading

CT134. ZIARAH MADINAH (4): MISI MENAKLUK PERKUBURAN BAQI’

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Daripada Buraidah B. Al-Hushaib r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Dulu aku pernah melarang kamu untuk menziarahi kubur, tetapi sekarang ziarahilah. (Hadis Riwayat Muslim)

Menziarahi kubur adalah salah satu dari sunnah Rasulullah SAW, bertujuan untuk meningkatkan iman serta memulang rasa kesombongan dalam diri manusia agar mengetahui tujuan penciptaan dan tempat kembali setelah bercerai roh dari jasadnya. Continue reading

CT133. SALAM BAITULLAH: MENUNGGU PANGGILANMU

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

ALHAMDULILLAH… musim (bulan) haji sudah berakhir apabila hadirnya 10 Zulhijjah 1433H yang lalu. Yang dimaksud dengan bulan-bulan Haji (asyhurul hajj) adalah bulan Syawal, Zulkaedah dan sepuluh hari dari bulan Zulhijjah. Walau bagaimanapun, seluruh manasik haji dilakukan pada bulan Zulhijjah ini. Continue reading