Tag Archive | Siti Fatimah Ahmad

CT430. PERKARA PENTING YANG HARUS DIBUAT APABILA BLOG ANDA HILANG

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

Kepada anda yang pernah kehilangan blog atau laman web, saya ingin kongsikan bagaimana saya mendapat kembali blog saya yang hilang dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

*

HILANG “SEPARUH NYAWA”

(HARI PERTAMA: 20 Mac 2017 -Isnin)

Tidak sampai lima minit saya selesai meluncurkan posting terbaru,  CT426. Cabaran Haji (28): CERITA SERIBU SATU KISAH DI TANDAS MINA, blog LMGS G2 tidak dapat lagi diakses. Semua pautan ke dashboard sudah ditutup. BLOG SAYA HILANG BEGITU SAHAJA. Continue reading

CT350. HARI HUJAN, CIKGU

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

HujanFatima1HariHujanCikgu*

BERLENGGANG

Setiap hari persekolahan, aku berjalan kaki bersama ratusan anak-anak Kampung Hilir meredah pagi yang dingin untuk ke sekolah.  Jam 6.15 pagi kami (aku dan dua abangku Shaidi dan Bol) mula berangkat dari rumah. Tapi kami berjalan berasingan. Ikut kawan masing-masing.
Continue reading

CT201. BAPAKKU SEORANG FOTOGRAFER

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

BapakFatima1Fotografer

Posting ini asalnya ditulis sama di dalam CT193. PEMILIK CANON EOS 65OD yang lalu. Tetapi setelah meneliti panjangnya pengkisahan tentang pemilik kamera CANON dan aktivitinya, lalu kisah Bapak aku keluarkan. Aku mengambil keputusan untuk meletakkan kisah Bapak di dalam posting tersendirI. Continue reading

CT144. REVIU KAMERA: CANON EOS 650D

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

KameraFatima1Reviu

Telah saya maklumkan dalam posting CT141. DARI LENSA MATAKU (1): FOTOGRAFER AMATUR bahawa kamera CANON EOS 650D adalah kamera idaman saya. Kenapa saya ingin memilikinya telah saya jelaskan. Selain itu, apabila membaca ulasan tentangnya dari Majalah Dunia Kamera, telah menguatkan lagi hasrat untuk membelinya. Sekurang-kurangnya saya sudah mengetahui fungsi dan ciri-ciri yang ada pada EOS Digital ini. Continue reading

CT139. SYAIR FATIMA BUAT RASULULLAH SAW

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

SyairFatima1BuatmuRasulullahSAW

Dalam syair, aku bermadah seloka membongkar segala rasa yang menguncup sekian lama untuk bertemu dan bersua muka dengan utusan Allah yang tercinta, rahmat bagi sekalian alam. Mengharap semuanya pasti akan berlaku pada suatu waktu yang ditentukan walau pertemuan itu hanya di dalam sebuah mimpi. Continue reading

CT77. SURAT UNTUK SITI FATIMAH

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

1

Benarkan sesaat aku menunggu untuk mendengar lelaki menahan ketakutan cinta di sebalik rambut hitammu yang tebal dan rapi daripada keberanian lidah liarku memaksa fikiran melawan kekerdilan. Sungguh ! Manusia menerima kesalahanku. Orang tidak baik adalah perasaan, tempat perteduhan lapang melindungi tubuh kurusku yang menagih kerinduan rohani. Continue reading