Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh
*
HOBI BARU
INI HOBI BARU SAYA…. mengumpul SAMPUL DUIT RAYA. Minat ini sudah wujud dua tahun lalu tetapi baru direalisasikan pada tahun 2013.
Sudah lama tidak melakukan hobi sebegini. Selain hobi yang baru muncul ini, saya juga mempunyai hobi lain iaitu MENGUMPUL SETEM, KASUT BUT dan JAM TANGAN.
Sehingga kini, hanya KASUT BUT dan JAM TANGAN yang masih dikumpul sama ada dibeli sendiri atau dihadiahkan oleh SPH. Biasanya jam tangan merupakan hadiah hari lahir dari SPH.
Sedangkan MENGUMPUL SETEM sudah lama tidak dilakukan, sejak khidmat pengiriman pos seperti surat menyurat, kad ucapan dan kad hari raya yang memerlukan setem dan berbayar tidak lagi efektif.
Zaman ini, zaman internet yang lebih berbentuk elektronik dan cepat. Budaya berkirim surat dan kad ucapan dianggap ketinggalan zaman kerana memerlukan masa yang lama untuk sampai ke destinasinya.
*
Saya memiliki dua album untuk diisi sampul duit raya. kini baru satu album yang diisi. Insya Allah, tahun 2014 ini, saya akan memperolehi banyak lagi sampul duit raya yang baru. Wah, tidak sabar hendak menunggu raya…hehehe. 😀
*
SEJARAH BUDAYA DUIT RAYA
Setahu saya sejak kecil, remaja dan berusia awal 20.an, budaya memberi duit raya tidak berlaku di kampung saya. Kami hanya diberi duit oleh ibu bapa kerana tamat berpuasa. Kami tidak pernah diberi duit raya oleh adik beradik sebelah Emak atau Bapak.
Begitu juga jika kami “berlanggar” – berkunjung ke rumah-rumah saudara mara atau jiran tetangga. Kami hanya bersalaman, berbual kecil, minum dan pulang.
Budaya sampul duit raya ini sama seperti budaya masyarakat Cina yang memberi duit kepada anak-anak kecil atau anak yang belum berkahwin. Pemberian itu disebut “ANGPAU”.
Ini memang jelas diketahui kerana kadang kala kami juga diberi “angpau” oleh rakan sekerja Emak dan Bapak yang berketurunan Cina apabila kami sekeluarga berkunjung ke rumah mereka pada sambutan Tahun Baharu Cina.
Tetapi budaya tersebut tidak lansung mempengaruhi kami apabila tiba hari raya. Tidak pernah terfikir untuk diberi duit (wang) atau meminta duit dari sesiapa. Kami berkunjung atas dasar yang dianjur Islam untuk saling meraikan hari raya. Ketika itu hari raya hanya diraikan selama 7 hari sahaja.
Budaya Duit Raya ini mungkin disebar melalui kedatangan keluarga askar dari Semenanjung Malaysia yang tinggal di kem-kem tentera. Atau saudara mara yang berkahwin dengan pasangan dari Semenanjung Malaysia.
Namun yang lebih kuat pengaruhnya adalah sebaran melalui tv yang menayangkan iklan suasana di awal hari raya ketika bersalam-salaman lalu diadakan acara memberi duit raya oleh keluarga.
Kini, BUDAYA DUIT RAYA sudah sebati dengan masyarakat Islam di Malaysia
*
SAMPUL DUIT RAYA FATIMA
Di bawah ini, beberapa contoh sampul duit raya yang saya kumpul dari tahun 2012 dan 2013 sebagai satu HOBI BARU yang mengasyikkan. Sampul-sampul ini saya perolehi dari anak-anak saya, anak-anak saudara, pemberian dari institusi kewangan dan hadiah percuma dari pembelian barangan di pasaran.
Sampul yang berbentuk lanskap dari institusi kewangan di Malaysia. Biasanya institusi kewangan akan memberi secara percuma (free) kepada para pelanggan bank mereka yang muslim, seminggu sebelum hari raya. Saya selalu mendapat sampul seperti ini. Alhamdulillah, sudah jimat wang. 🙂
*
Contoh sampul yang berbentuk potret – menegak. dari institusi kewangan di Malaysia
*
Sampul berbentuk potret dari syarikat-syarikat yang yang dilanggani oleh pemberi sampul
*
Sampul berbentuk wang Ringgit Malaysia yang sangat menarik untuk diisi dengan duit yang sama nilai dengan sampul tersebut. Sampul ini dijual di pasaran. Sampul ini dicetak CONTOH agar tidak mengelirukan dengan wang sebenar.
*
Sampul percuma dari pembelian Beras Syarikat Faiza, Comel dan kiut, kan.
*
KELUARGA BESAR
Saya juga harus menyediakan banyak sampul untuk diisi pelbagai jumlah wang Ringgit Malaysia. Biasanya saya memberi jumlah yang berbeza. Pemberian saya bukan semata-mata kepada anak-anak atau anak saudara sahaja, tetapi juga kepada Emak, Bapak, adik beradik atau saudara mara yang lain.
Tujuan ini untuk berkongsi rezeki, kegembiraan dan kebahagiaan di hari raya. Lagi pun kita jarang bertemu dan inilah waktunya dalam setahun sekali kita merasai nikmat berkumpul sekeluarga. Pemberian juga berdasarkan kemampuan masing-masing. Tidak ada paksaan untuk memberi sesiapa. Ini yang berlaku dalam keluarga saya.
Memang banyak wang yang perlu dikumpul untuk pemberian ini terutama apabila mempunyai keluarga yang besar seperti saya. Yang paling seronok dan gembira tentulah anak-anak. Kelemahan dari pemberian ini apabila anak-anak membandingkan jumlah wang yang mereka terima dan siapa yang paling banyak memberi wang kepada mereka.
Bagaimana di tempat anda, adakah budaya memberi duit raya juga berlaku ?
*
Anak-anak saya bergambar dengan Emak, Bapak dan sebahagian dari sepupu mereka pada hari raya tahun 2013 yang mengumpul semua adik beradik saya dan sepupu yang kami anggap seperti adik beradik kerana kami dibesarkan dalam rumah yang sama semasa kecil.
***************
13 Julai 2014 (Ahad)/ 15 Ramadhan 1435H/10.10 malam– Sarikei, Sarawak
AKU…. merasa kecewa apabila keinginanku gagal diperolehi. Namun aku pasrah setiap sesuatu yang ingin kita miliki belum tentu dapat kita perolehi apabila Allah SWT telah menentukan apa yang sepatutnya menjadi milik kita. Maka, redha adalah jalan terbaik untuk kita melepas segala yang bukan menjadi milik kita. Mudahan kita bersabar dan bersyukur dengan apa yang ada pada kita. Ya Allah, aku redha dengan setiap ketentuan-MU. Aamiin.
– SITI FATIMAH AHMAD –
***************
Dedikasiku Untukmu... Raihlah kesempatan yang wujud di dalam hidup ini kerana kesempatan yang berlalu tidak akan datang untuk kali yang kedua. Selamat menunaikan ibadah puasa, semoga diredhai Allah SWT. Wassalam. 🙂
*
KU SIMPAN RINDUKU DI SAYAP EMBUN
*
Assalamu’alaikum Wr. Wb
Apakah duit raya itu sama dengan post card Lebaran ? Designnya bagus sekali Mbak…
Waasalamu’alaikum Wr.Wb
Salam dari Yogya
Yuni Andriyani
Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Yuni….
Sampul duit raya itu adalah berbentuk ambelop (envelope) untuk diisi duit di dalamnya. Memang desainnya cantik dan pelbagai jenis. Kerana itu, saya menjadikan ia satu hobi yang menarik untuk menggantikan setem.
Terima kasih, mba Yuni dan salam semanis kurma. 🙂
Ass…….
Jadi ingat waktu saya di Singapore untuk merayakan har raya bersama keluarga, sering sekali meberikan duit di hari raya dengan di bungkus kertas seperti ini. he,, he,,, he,,, besok saya minta makanan khas bunda untuk Hari Raya di buat postingan ya bun, biar berbagi informasi. ha,, ha,, ha,,,
Salam untuk keluarga di sana.
Salam
Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra Kesuma….
Budaya beraya di Malaysia dan Singapura hampir sama kerana dua negara ini pernah menjadi satu di awal kemerdekaan Malaysia yang kemudiannya terpisah atas alasan politik.
Iya, mudahan saya ada cerita untuk makanan khas hari raya dari saya. Masih belum terfikir lagi mahu masak menu apa nanti, hehe.
Terima kasih atas kunjungan mas Indra dan salam hormat. 🙂
assalamualaikum wr wb bunda
kalo di tp saya tradisi memberikan duit kepada anak anak tetap masih berlaku bunda…hanya saja tidak dg menggunakan sampul atau semacam amplop seperti di atas….
dan saya sdh menyimpan satu posting hampir sama dg tema ini hehehe…
salam bund 🙂
Wa’alaikum salaam wr.wb, Purnomo Jr….
Ternyata di sana juga sudah mempunyai budaya memberi duit raya. Kalau dimasukkan dalam envelop khas pasti lebih menambah ceria hari raya seperti yang berlaku di Malaysia. Dan boleh menjadi koleksi jika berminat mengumpul sampul duit hari raya.
temanya mungkin sama tetapi isi tulisan dan pengalamannya tetap berbeda, Purnomo. Silakan posting agar saya dapat membaca dan mengetahui budaya di sana pula.
Terima kasih Purnomi atas kunjungan dan informasinya.
Salam Ramadhan. 🙂
assalamu ‘alaikum, umiku sayang…
tess
Wa’alaikum salaam wr.wb, anakku Neni sayang….
Hehehe…. kenapa ada tess pula.
mesti sakit mata nih. 😀
afwan ummi, neni hanya mampu mengoreskan salam,
tak sempat membaca dengan baik tulisan ummi,
semoga masa masih berpihak pada ananda
trus berjaya dilaman, menjelajah bersama umi… aamiin
Tidak apa nanda Neni, Umi faham akan kesibukan yang sedang dijalani. umi doakan neni sukses dalam pembentangan hasil tesisnya. Semua akan menjadi mudah apabila kita bermohon harap kepada Allah SWT dalam segala urusan.
Terima kasih sudah berkunjung ke blog Umi. Kunjungan ini membuat hati umi bahagia dan tersenyum ria.
Selamat menjalani ibadah puasa.
Salam sayang dan rindu selalu dari Umi buat Neni. 🙂
subhanallah…:) sahhalallaahu umuuronaa..semoga Allah mudahkan urusan kita semuwa..akhirat…maupun dunia,amien
Alhamdulillah, kita doakan neni akan lulus dengan cemerlang dalam pengajiannya, nanda Uvi. Umi juga doakan Uvi sukses dan semakin baik kehidupannya kini. Aammin.
Salam rindu dari Umi. 🙂
Assalamualaikum bunda Fatimah,
kalau di tempat saya ada yang memberi uang pada hari raya kepada anak-anak, ada juga yang tidak, tetapi tidak diberi amplop-amplop cantik seperti diatas.
Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma….
Mungkin hari raya tahun ini, mbak boleh dibuat sesuatu yang baharu dengan memasukkan duit dalam sampul berwarna warni. Tentu lebih menceriakan anak-anak.
Terima kasih atas kunjungannya, mbak. 🙂
Saya malah baru tahu mbak tentang sampul duit raya ini 🙂
Btw, DE bagi bagi kartu pos lagi mbak, silahkan kalau berminat, biar nggak ketinggalan, silahkan di klik di http://duniaely.com/2014/07/14/13-kartu-pos-cantik-dari-austria-buat-pembaca-dunia-ely/
Terima kasih 🙂
Di Jerman tidak ada ya mbak. Bagaimana di kampung mbak di Jawa Tengah, apakah budaya ini ada dilakukan ?
Terima kasih mbak Ely atas makluman ini. Saya sudah ikut serta dan sudah diluncur postingan itu, mbak. Mudahan bermanfaat untuk percubaan pertama saya. 🙂
Salam semanis kurma. 🙂
Assalamu’alaikum wr.wb.
Alhamdulillaah…, sampul duit raya yang dismpan dalam album itu bisa mengawetkan kenangan ya, Mbak. Semoga hal demikian bisa memacu sebuah motivasi untuk lebih senang dalam bersilaturahim. Hal ini juga menambah khazanah tentang beragam sampul duit raya yang beragam desain dan indah-indah.
Selamat Ramadhan ya, Mbak. Salam dari JOgja.
Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet…
Alhamdulillah, saya sangat teruja mengumpul sampul raya ini kerana ia sangat menarik dan cantik. Boleh dikongsi tatap kepada para tetamu yang datang ke rumah.
Kalau orang Cina, mereka juga suka mengumpul sampul angpau, malah ada tempat khusus menjual sampul angpau untuk mereka yang mempunyai hobi seperti ini.
Terima kasih mas Amazzet atas kunjungan dan salam hormat selalu. 🙂
Assalamu’alaikum wr.wb.
Kalo di tempat saya masih pake amplop biasa berwarna putih polos… Asik juga kalo amplopnya warna wrni menarik seperto foto di atas, patut dicoba di lebaran kali ini 😀
Wa’alaikum salaam wr.wb KF….
Cuba ditukarkan amalan dari envelop putih kepada envelop berwarna. Reka sendiri lebih bagus kerana ada usaha kreativiti padanya dengan menggunakan kertas pembalut hadiah. Di Malaysia, tidak perlu membuat sendiri kerana banyak dijual di kedai-kedai.
Terima kasih KF atas kunjungan dan komentarnya.
Salam sejahtera. 🙂
assalamu’alaykum…
alhamdulillah akhirnya Allah kurniakan nanda tuk bertandang ke laman umi lagi, merasa ada yang kurang tiap kali sambung dengan internet…subhanallah, ternyata inilah ubatnya :)…mudah-mudahan Allah sentiasa langgengkan persaudaraan ini mi’….
do’a ummi untuk keberhasilan nanda dalam meraih kebahagiaan akhirat selalu dirindu…
salam unutk adik beradik di rumah 🙂
Wa’alaikum salaam wr.wb, anakku Uvi yang baik…
Subhanallah walhamdulillah, betapa senang dan bahagianya Umi saat membaca komentar ini. terlepas rindu Umi yang telah lama tidak mendengar khabar dari Uvi.
Kemana sahaja menghilangnya anak Umi ini. Umi fikir nanda Uvi sudah lupakan Umi. Hanya nanda Neni sahaja yang selalu menghubungi Umi, cuma akhir-akhir jarang juga kerana sibuk dengan tesis S2nya.
Umi berharap jika Uvi ada waktu luang, hadirlah menyapa Umi agar Umi dapat mengetahui perkembangan Uvi di sana. Umi selalu mendoakan kebahagiaan Uvi di mana sahaja Umi berada. Mudahan Allah SWT selalu meredhai dan merahmati Uvi juga keluarga.
Adik-adik di rumah semuanya baik dan sudah berjaya dalam pelajaran mereka. Didoaka Uvi selalu sihat dan bahagia di sana.
Salam rindu juga ingatan mesra dari Umi buat nanda Uvi yang soleh. 🙂
Salam perkenalan 😉 sudi x tukar2 sampul duit raya? 😀
Alhamdulillah, silakan.
Rupanya ada juga peminat sampul duit raya ini.
Terima kasih. 🙂
salam kenalan zura. ada fb x ..saya pun kumpul sampul raya
Ramai juga yang minat kumpul sampul raya ni, ya.
Mudahan minat itu dapat memberi keceriaan dalam hidup.
Harap Zura dapat menjawab soalan Azizan di atas.
Terima kasih Azizan dan salam sejahtera. 🙂
Boleh Juga Bund