Archive | June 2014

CT262. RAMADHAN, HADIRMU KU NANTI

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

RamadhanFatima1kunantimu2014

*

SALAM RAMADAN

WAHAI YANG MENYENTUH  HATI…

Pertemuan denganmu
ku seru dalam setiap doaku

kau yang teristimewa
memenuhi seluruh hatiku
dengan segala rindu
yang tidak pernah bertepi Continue reading

CT261. ULTAH EMAK KE 72 TAHUN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

EmakFatima1Ultah72tahun210614sabtu

*

RANCANGAN

HARI INI, 21 JUN 2014 (SABTU). Seawal jam 7.40 pagi, saya berangkat dari Sarikei untuk pulang ke kampung di Sri Aman. Perjalanan mengambil masa 2 jam atau 2 jam 30 minit.

Saya ditemani Ieesyah, anak keempat untuk menjadi teman bicara agar tidak menggantuk. Ieesyah sangat gembira hendak bertemu dengan adik susuannya, Hamizah (anak ke 3, Hanim). Selain itu untuk menayangkan telefon Samsung Y Neo yang dihadiahkan Abah pada hari lahirnya ke 9 tahun pada 25 Mei yang lalu.
Continue reading

CT260. RINDU EMAK DAN BAPAK

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

RinduFaMaFatima1RinduFatima*

 RINDU

Saat menulis posting ini, hati saya berbunga bahagia dan senyum ceria kerana baru pulang dari kampung melepaskan rindu dengan Emak dan Bapak.  Walau pertemuan hanya 6 jam, ia sangat mengesankan saya dan terisi penuh makna.
Continue reading

CT258. UMRAH WAJIB (3): TAWAF DI BAWAH LINDUNGAN KAABAH

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

LKaabahFatima1TawafKaabah

*

BIMBANG

Setelah berjalan melalui ruang hadapan dalam bangunan lama Masjidi Haram, kumpulan kami di bawa menuju ke tempat LAMPU HIJAU. LAMPU HIJAU adalah arah sudut HAJARUL ASWAD sebagai penanda permulaan dan penamat pusingan TAWAF.  Continue reading

CT257. UMRAH WAJIB (2): LANGKAH PERTAMAKU DI MASJIDIL HARAM

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

LPertamaFatima1MasjidilHaram2011

Pintu Masuk Utama (Main Gate) Masjidil Haram, no.79 Al-Malik Fahd Abdul Aziz

*

MASUKLAH PADANYA DENGAN SELAMAT DAN AMAN

Apabila petugas Tabung Haji mengarahkan kumpulan kami untuk bergerak mengikuti mutawwif memasuki Masjidil Haram melalui Pintu No. 79 yang mempunyai 3 pintu masuk, saya jadi gementar dan tidak sabar. Rasa teruja dengan senyuman yang riang menggambarkan rasa hati yang bahagia. Alhamdulillah.
Continue reading

CT256. WANGIAN MANDI PILIHAN ANDA ?

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

WangiFatima1PilihanAnda

*

APAKAH ANDA SUDAH MANDI ?

…. :D, soalan yang sensitif bagi sesiapa yang tidak mahu ditanya tentang ini. Katanya itu hal peribadi ? Tapi jika orang mencium bau busuk badan kita sepanjang berurusan dengan kita, apakah ia masih menjadi hal peribadi lagi ?  Continue reading

CT255. MERAIKAN AWARD (2)

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Award2Fatima1Raikan2

*

Kali terakhir saya meraikan award adalah di posting CT156. MERAIKAN AWARD. Maaf kepada Wahyu dan Acep Aprilyana yang telah lama memberi award di bawah, tetapi belum saya titipkan dalam posting khusus sebagai menghargai pemberian mereka yang mengingati saya sebagai kenalan blogger di dunia maya. Continue reading

CT254. UMRAH WAJIB (1): RINDU KIAN MENGGAMIT

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

GamitFatima1RinduKianMenggamit

*

HARI PERTAMA DI MAKKAH

19 Oktober 2011 – Rabu

*

HOTEL SEVILLA BARAKAT. BILIK 927.  Sayup-sayup terdengar deringan alarm telefon Nokia yang sudah saya set pada jam 2.00 pagi tadi.  Saya memaksa diri untuk bangun walaupun baru dua jam melelapkan mata. Continue reading