Archive | February 2013

CT154. ZIARAH MADINAH (8): PERJALANAN KE BUKIT UHUD

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

UhudFatima1PerjalananBukitUhud

Berusaha menyaingi kelajuan bas, saya siap sedia dengan kamera untuk menangkap hujung kaki sebelah kiri Bukit Uhud dan Bukit Ar-Rummah di hadapannya

Kunjungan ke Ladang Kurma dalam catatan CT151. Ziarah Madinah (7): Ladang Kurma, memberi seribu kenangan yang sukar dilupakan. Walau hanya 1 jam namun sempat merasa panasnya udara persekitaran sehingga peluh menitik ke wajah. Tempat yang penuh misteri. Alhamdulillah, akhirnya impian untuk melihat Ladang Kurma dan  berdiri dengan dikellilingi pohon-pohon kurma yang banyak sangat membekas di jiwa saya. Entah akan bertemu lagi dengan Ladang Kurma ini di kemudian hari atau akan di bawa ke Ladang Kurma yang lain pula.  Continue reading

Advertisements

CT153. 20 TANDA CINTA MENURUT IBNU QAYYIM

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

TandaCintaFatima1Qayyim

Membicarakan tentang CINTA bukanlah suatu perkara yang mudah. CINTA merupakan manifestasi pelbagai rasa yang dimulai oleh suka, kasih dan sayang. Kemudian, jalinan tiga serangkai itu akhirnya menumbuhkan tunas-tunas CINTA yang teguh. CINTA pada kemuncaknya dapat menghasilkan pengorbanan yang besar. Jika tidak dilandasi keimanan dan ketakwaan, pasti CINTA akan digauli oleh nafsu yang akan mendorong cinta itu tercemar dan mudah rapuh. Continue reading

CT152. CINTA ITU… SUNGGUH MERESAHKAN

 Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Cinta2Fatima1Resah

Empat hari lalu, saya menerima panggilan telefon dari seorang mantan pelajar saya yang sedang mengajar di salah sebuah negeri di utara Semenanjung. Lama sudah tidak kedengaran berita setelah mendapat posting mengajar di sana. Pertemuan terakhir adalah pada hari konvokesyen, beberapa tahun sebelum saya menyambung pengajian peringkat sarjana (master) pada pertengahan tahun 2008. Continue reading

CT151. ZIARAH MADINAH (7): LADANG KURMA

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

KurmaFatima1LadangKurmaMadinah

Setelah berada di Masjid Quba selama 1 jam seperti yang saya catatkan dalam CT138. ZIARAH MADINAH (6): MASJID QUBA, MASJID PERTAMA DALAM ISLAM, kami meneruskan perjalanan sekitar 15 minit menuju ke Ladang Kurma sebagai destinasi kedua dalam Ziarah Madinah. Hati saya terasa sayu memandang sayup-sayup Masjid Quba yang semakin mengecil dari penglihatan. Jauh di sudut hati, saya berdoa agar suatu hari nanti akan kembali semula melabuh diri untuk ibadah yang lebih panjang ke masjid pertama dalam Islam ini sambil tangan meraup seluruh wajah. Aamiin. Continue reading