Tag Archive | Bukit Uhud

CT155. ZIARAH MADINAH (9): BUKIT UHUD

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

UhudBFatima1BukitUhud

Cuaca sangat panas. Haba hangat mulai menggigit seluruh jasad. Mata semakin silau dengan dahi yang berkerut seribu. Tanpa menghirau kegelisahan manusia yang berkunjung ke Bukit Uhud, matahari dengan taatnya menekuni amanah Yang Maha Esa. Dalam terik mentari, Abdul Salam, mutawif yang setia menemani rombongan kami mengambil tempat dan secepat mungkin memberi taklimat. Dia terdedah banyak di bawah matahari sedangkan kami cuba menyorok diri dibayangan bas. Continue reading

CT154. ZIARAH MADINAH (8): PERJALANAN KE BUKIT UHUD

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

UhudFatima1PerjalananBukitUhud

Berusaha menyaingi kelajuan bas, saya siap sedia dengan kamera untuk menangkap hujung kaki sebelah kiri Bukit Uhud dan Bukit Ar-Rummah di hadapannya

Kunjungan ke Ladang Kurma dalam catatan CT151. Ziarah Madinah (7): Ladang Kurma, memberi seribu kenangan yang sukar dilupakan. Walau hanya 1 jam namun sempat merasa panasnya udara persekitaran sehingga peluh menitik ke wajah. Tempat yang penuh misteri. Alhamdulillah, akhirnya impian untuk melihat Ladang Kurma dan  berdiri dengan dikellilingi pohon-pohon kurma yang banyak sangat membekas di jiwa saya. Entah akan bertemu lagi dengan Ladang Kurma ini di kemudian hari atau akan di bawa ke Ladang Kurma yang lain pula.  Continue reading

CT121. ZIARAH MADINAH (1): KOTA MADINAH YANG DICINTAI RASULULLAH SAW

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

SALAM GLOBAL dan SALAM GLOKAL merupakan 2 tag baru di blog LMGS G2 yang dikhususkan untuk siri-siri perjalanan saya menjelajah muka bumi Allah di luar negeri (global) dan di dalam negeri (glokal).

Insya Allah, andai umur ini masih diizinkan untuk menapak jejaknya, saya akan berusaha merealisasikan apa yang menjadi impian dan cita-cita sejak kecil. Mudahan ada wajaran yang dapat diambil sebagai pedoman dan ibrah yang menjadikan saya hamba yang lebih bersyukur dengan segala kurnia Allah swt. Aamiin. Continue reading