Archive | April 2013

CT164. CABARAN HAJI (13): HAJI MUDA

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

HajiMudaFatima1HajiMuda

Foto di Dataran Masjidil Haram – bahagian belakang. Ini adalah bangunan untuk BERSAIE, di dalamnya terdapat Bukit Safa (berhampiran) dan Bukit Marwah (jauh ke hadapan). Di bawah bangunan ini terdapat BABUS SALAAM di mana Imam Haramain akan masuk melalui salah satu pintu yang terus menuju ke Kiblat Kaabah (Pintu Kaabah).

*

Dalam posting CT161. CABARAN HAJI (11): HAJI TUA saya telah menjelaskan beberapa cabaran yang akan dihadapi oleh Haji Tua jika tidak mempunyai persediaan yang rapi. Di sini saya mengingatkan, cabaran yang sama  akan berlaku kepada Haji Muda jika mengambil ringan usaha perjalanan rohani yang hebat ini. Saya juga menjelaskan definisi Haji Muda adalah dirujuk kepada mereka yang berumur 55 tahun dan ke bawah (awal umur baligh). Continue reading

Advertisements

CT163. CABARAN HAJI (12): HAJI KANAK-KANAK

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

HajiKanakFatima1Haji

MENABUNG DI USIA MUDA

Pihak Tabung Haji Malaysia telah melakukan kempen kepada ibu bapa di Malaysia supaya memulakan tabungan haji untuk anak-anak sejak kecil lagi agar mereka dapat menunaikan haji dalam usia muda. Saya melihat usaha kempen ini memberi manfaat besar kepada masa depan anak-anak sebagai simpanan pendidikan, sekali gus simpanan Haji. Continue reading

CT162. KASUT “TAWAF” KU (2) – HADIAH DARI TANAH SUCI

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

KasutTawaf2Fatima0HadiahTanahSuci

Hari Ahad (7 April 2013), saya sekeluarga pulang ke kampung di Sri Aman untuk mengunjungi emak yang akan berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan Umrah bersama abang sulung pada 11 April 2013 selama 14 hari. Selain itu, meraikan kepulangan adik saya, Rose  dari Tanah Suci kerana menunaikan Umrah Wajib bersama suami. Continue reading

CT161. MENUNGGU GILIRAN HAJI

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

GiliranFatima1MenungguHaji

*

NIAT BERHAJI

Saya mula memasang niat untuk menunaikan haji dalam usia muda ketika melihat emak dan bapak pergi haji untuk kali pertama pada tahun 1994. Saat itu, usia saya baru meningkat 26 tahun dan sedang menyambung pelajaran di peringkat Diploma Pendidikan di Maktab Perguruan Islam, Bangi, Selangor. Continue reading