Archive | December 2012

CT144. REVIU KAMERA: CANON EOS 650D

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

KameraFatima1Reviu

Telah saya maklumkan dalam posting CT141. DARI LENSA MATAKU (1): FOTOGRAFER AMATUR bahawa kamera CANON EOS 650D adalah kamera idaman saya. Kenapa saya ingin memilikinya telah saya jelaskan. Selain itu, apabila membaca ulasan tentangnya dari Majalah Dunia Kamera, telah menguatkan lagi hasrat untuk membelinya. Sekurang-kurangnya saya sudah mengetahui fungsi dan ciri-ciri yang ada pada EOS Digital ini. Continue reading

Advertisements

CT143. 22 DISEMBER 2012: SELAMAT HARI IBU UNTUK SAHABATKU… IBU-IBU DI INDONESIA

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

HariIbuFatima1Indonesia2012

Setiap hari adalah HARI IBU. Setiap hari juga adalah HARI BAPA. Demikianlah Islam mengajar kita untuk menghargai kedua-duanya. Tidak ada hari yang tidak ada kedua-duanya yang menghiasi hidup kita sejak kecil hingga dewasa. Antara IBU dan BAPA, jujurnya kita lebih banyak bermanja dengan IBU. IBU adalah syurga ratu hati buat semua anak-anaknya. Continue reading

CT142. CAHAYAKU YANG CEMERLANG

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

CahayaFatima1acemerlang

KEPUTUSAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) bagi seluruh sekolah di Malaysia telah dikeluarkan pada jam 10.00 pagi kelmarin (19 Disember 2012 – Rabu). Posting ini sepatutnya saya terbitkan semalam sebagai satu penghargaan buat anak tersayang,  CAHAYA, berusia 15 tahun. Tetapi disebabkan saya ada sesi kuliah dengan pelajar j-QAF di kampus, postingan ini ditangguh pada hari ini. Continue reading

CT141. DARI LENSA MATAKU (1): FOTOGRAFER AMATUR

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

LensaFatima1Mataku

DUNIA  FOTOGRAFI atau dunia kamera memang memberi “kegilaan” kepada sesiapa sahaja dan di mana-mana berada. Tanpa mengira usia, jantina, bangsa dan darjat, aktiviti ketik mengetik sudah menjadi kebiasaan dan tidak menghairankan. Cuma mereka yang mengetik foto sahaja kadang kala merasa diri diperhatikan saat sedang merakam. Timbul rasa malu dan ini menghadkan pergerakan untuk mencari sudut terbaik bagi menghasilkan gambar yang menarik dan memuaskan. Continue reading

CT140. “BARISAN” YANG MENGKAGUMKAN DI “TOILET” KUALA LUMPUR LCC TERMINAL

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

WCFatima1KLCCT

Semalam, 9 Disember 2012 (Ahad), ada dua peristiwa yang mengesankan saya. Juga menggugah hati. Satu berlakunya di udara dan satu lagi di tandas @ toilet bahagian bagasi ketibaan domestik Kuala Lumpur LCCT (Low Cost Courier Terminal). Namun yang cukup mengkagumkan saya adalah apa yang saya temui dan lihat di toilet tersebut. Continue reading

CT139. SYAIR FATIMA BUAT RASULULLAH SAW

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

SyairFatima1BuatmuRasulullahSAW

Dalam syair, aku bermadah seloka membongkar segala rasa yang menguncup sekian lama untuk bertemu dan bersua muka dengan utusan Allah yang tercinta, rahmat bagi sekalian alam. Mengharap semuanya pasti akan berlaku pada suatu waktu yang ditentukan walau pertemuan itu hanya di dalam sebuah mimpi. Continue reading

CT138. ZIARAH MADINAH (6): MASJID QUBA, MASJID PERTAMA DALAM ISLAM

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

QubaFatimaa11MasjidQubaMadinah

Alhamdulillah, setelah bas berhenti di parkir belakang Masjid Quba, seluruh jemaah haji KT 33, Sarawak berpusu-pusu keluar dari perut bas untuk berkumpul di hadapan bas yang bersebelahan dengan gerai-gerai menjual pelbagai jenis buahan seperti buah tin, zaitun, delima dan kurma, baik yang segar mahupun kering. Ramai jemaah haji membanjiri gerai gerai tersebut untuk membeli ole-ole dibawa pulang ke hotel. Continue reading