Tag Archive | Madinah

CT204. BUNGA KEMBANG PAGI MASJID NABAWI (3): SENJA NAN INDAH

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

Kembang3Fatima1SenjaNanIndah

Sudah lama tidak menulis tentang pengalaman di Dataran Masjid Nabawi bersama Bunga Kembang Pagi (Payung Elektrik) setelah posting kedua CT186 (2): TIANG LAMPU BERPAYUNG yang lalu. Pengalaman yang bakal dikongsikan ini lebih menarik kerana saya dan SPH berkesempatan menyaksikan kembang payung elektrik menutup tirai mekarnya di senja nan indah. Continue reading

CT197. TASMIK AL-QURAN DENGAN ORANG ARAB (1): HAFIZAH DARI MADINAH

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

HafizahFatima1TasmikAlQuran

Pernahkah kita terfikir bahawa jauh di masa depan, sesuatu akan berlaku di dalam kehidupan kita. Bahagia atau derita, gembira atau sedih, manis atau pahit, berjaya atau gagal dan sebagainya. Continue reading

CT185. KHAHANISAH – MASJID NABAWI SAKSI PERTEMUAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuuh

NisakFatimaa1MasjidNabawi SaksiPrtemuan

*

REHAT

Setelah selesai membaca al-Quran, aku berehat sambil muhasabah diri tentang apa yang telah aku lakukan seharian di Kota Madinah hari ini, 12 Oktober 2011 (Rabu). Jeda waktu solat Maghrib dan Isyak tidaklah lama. Untuk membuang rasa mengantuk yang mulai bertandang, aku membuat sedikit senaman kepala dengan menoleh ke kiri dan ke kanan. Continue reading

CT137. ZIARAH MADINAH (5): MENUJU MASJID QUBA

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Di hadapan Hotel Moltaqa al-Alam, bas nombor 2 yang bakal membawa rombongan kami sepanjang hampir 3 jam untuk Ziarah Luar menunggu dengan setia sehingga tempat duduk dipenuhi oleh 40 jemaah haji KT 33, Sarawak. Jam tangan menunjukkan pukul 7.15 pagi, ketika saya dan SPH mengambil tempat di baris ketiga akhir dalam bas. Bersama kami adalah pasangan Tuan Haji Sharkawi dan Kak Bedah serta Pak Bakar dan Kak Senah. Continue reading

CT98. DI SEPANJANG PERJALANAN INI…. MOLTAQA KE MASJID NABAWI (2)

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

DI SEPANJANG PERJALANAN INI…….

……, saya merasa beruntung menjadi penghuni Hotel Moltaqa al-‘Alam. Kepenatan yang dialami sejauh 450 meter berulang alik ke Masjid Nabawi membawa sejuta kenangan yang mengasyikkan. Allah telah merencanakan bahawa saya dan SPH bersama 161 jemaah haji KT33 dari Sarawak, baki dari 284 yang sepatutnya menghuni Hotel Anwar Madinah Movenpick terpisah jauh kerana Allah mahu menghidangkan sesuatu yang menarik agar tidak luput dari ingatan sepanjang hayat. Continue reading

CT97. DI SEPANJANG PERJALANAN INI… MOLTAQA KE MASJID NABAWI (1)

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

CT97. DI SEPANJANG PERJALANAN INI… merupakan episod bersiri perjalanan saya sama ada bersama SPH atau bersama dua teman saya, Kak Kasma dan Kak Senah setiap hari melalui beberapa lokasi di antara Hotel Moltaqa al-‘Alam hingga ke Masjid Nabawi. Catatan perjalanan ini dibekalkan dengan beberapa foto yang sempat diambil oleh kamera saya  SPH yang hanya bermuatan 599 keping sahaja. Maka saya harus berjimat cermat dalam “menangkap” objek yang dikira amat menarik kerana kamera ini saya gunakan di Madinah dan Makkah. Saya amat kecewa sekali kerana tidak mempunyai kamera yang bermuatan lebih banyak sehingga dapat menjentik ribuan foto. Continue reading

CT95. HADIAH DARI LANGIT … 30 MINIT DI RAUDHAH

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Tempat yang paling utama untuk diziarahi di Madinah adalah Masjid Nabawi atau Masjid Nabi. Kelebihan menziarahi Masjid Nabawi dijelaskan oleh Rasulullah saw dalam dua sabda :

“Tidaklah digalakkan (disunatkan) bermusafir (untuk tujuan ibadah) melainkan ketiga buah masjid iaitu, Masjidil Haram, Masjidil Aqsa dan masjidku ini.” – Sahih Bukhari dan Muslim

“Pahala solat di masjidku ini adalah 1000 kali lebih baik daripada solat di lain-lain masjid selain Masjidil Haram.”  – Sahih Bukhari dan Muslim

Bertitik tolak dari hadis di atas yang sudah saya faham melalui informasi siri kursus haji dan pembacaan buku, membuat saya semakin rindu untuk menjejak kaki di Masjid Nabawi sebagai ziarah awal di malam pertama berada di bumi Madinah. Continue reading

CT93. B 0909 T 09 H 09 HB 09

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Setelah melalui barisan panjang untuk pemeriksaan paspot, saya dan suami (baca: SPH) bergegas mencari bas yang akan membawa kami ke hotel penginapan, Moltaqa Al-Alam. Waktu Madinah menunjukkan jam 8.26 malam. Parkir bas hanya 30 meter dari pintu keluar bangunan imigresen. Walaupun tidak jauh, tetapi saya merasa beban berat ditanggung dalam keadaan kurang sihat kerana sakit lutut, lenguh kaki dan batuk. Dalam fikiran saya, mahu segera duduk di dalam bas untuk berehat dan tidur setelah lama berdiri dan berbaris. Penatnya mulai terasa kini. Continue reading

CT81. PENGISIAN TRAVELOG HAJJAH (1): KEMBARA JIWA DAN MINDA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Pengisian yang akan dibincangkan dalam Travelog Hajjah (1): KEMBARA JIWA DAN MINDA akan meliputi pelbagai peristiwa yang mungkin ditulis secara tidak tersusun. Hal ini berlaku kerana idea-idea yang dicapai melalui kilang memori tidak seragam mengikut masanya. Ada sesetengah keadaan tidak ditulis di atas buku “Small Oblong” berwarna hijau, berukuran 168mm x 108mm sebanyak 300 muka surat. Buku itu dibeli oleh suami setiap sebuah seorang. Maka saya tidak membawa buku nota lain yang nantinya membuat saya kesal di kemudian hari. Continue reading