Archive | October 2012

CT132. 10 ZULHIJJAH: MINA, MAKKAH SAKSI 15 TAHUN

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

10 ZULHIJJAH 1418H BERSAMAAN 

26 APRIL 1996 (AHAD), 4.30 PETANG

Tika takbir Eidul Adha masih berkumandang bergema menggegarkan sarwa jagat ini. Saat bersatunya himpunan jutaan insan seluruh dunia yang mencintai Rabbnya di langit ‘Arafah, bumi Makkah menjadi saksi sahnya ibadah haji mereka dalam syukur yang tidak terhingga.  Continue reading

CT131. CABARAN HAJI (7): ROKOK

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Posting Cabaran Haji (7): ROKOK telah lama terangkum dalam deretan kandungan pelbagai cabaran haji  bagi usaha MENGINTIP JALAN KE SYURGA. Cuma belum berkesempatan ditulis kerana memberi laluan kepada tulisan ZIARAH DALAMAN sehinggalah berlakunya kejadian yang menghebohkan bumi Malaysia minggu lepas berpunca dari PUNTUNG ROKOK. Continue reading

CT130. ZIARAH MADINAH (3): MAQAM RASULULLAH SAW

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Saya dan SPH berada di luar bangunan Masjid Nabawi, Madinah. Kubah Hijau menandakan kawasan Maqam Rasulullah saw dan dua sahabat baginda, Abu Bakar al-Siddiq dan Umar al-Faruq r.hm.

*

Hampir setiap hari, selepas sarapan pagi, saya dan SPH  akan melakukan Ziarah ke Maqam Rasulullah saw yang terletak di dalam Masjid Nabawi sebelum kami melanjutkan urusan lain. Ziarah ini hanya di bahagian luar sahaja iaitu di hadapan bangunan berkubah hijau. Jemaah wanita tidak berkesempatan mendekati maqam baginda saw, hanya dapat meilhat dari jarak jauh menerusi paras atas kain kanvas yang merentangi sempadan dua gender tersebut. Continue reading