Archive | August 2012

CT123. SOLAT JUMAAT DI MASJID NABAWI

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Semalaman kami (saya, Kak Senah dan Kak Kasma) membincangkan persoalan wanita boleh atau tidak melaksanakan solat Jumaat di Masjid Nabawi esoknya. Sehingga jam 11.30 malam, waktu untuk tidur, persoalan tersebut masih belum menemui jalan penyelesaian. Buntu dan membingungkan. Continue reading

CT121. ZIARAH MADINAH (1): KOTA MADINAH YANG DICINTAI RASULULLAH SAW

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

SALAM GLOBAL dan SALAM GLOKAL merupakan 2 tag baru di blog LMGS G2 yang dikhususkan untuk siri-siri perjalanan saya menjelajah muka bumi Allah di luar negeri (global) dan di dalam negeri (glokal).

Insya Allah, andai umur ini masih diizinkan untuk menapak jejaknya, saya akan berusaha merealisasikan apa yang menjadi impian dan cita-cita sejak kecil. Mudahan ada wajaran yang dapat diambil sebagai pedoman dan ibrah yang menjadikan saya hamba yang lebih bersyukur dengan segala kurnia Allah swt. Aamiin. Continue reading

CT120. HIDANGAN RAMADHANKU

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Posting kali ini adalah untuk merehatkan sedikit minda dan fikir buat sementara waktu sebelum melanjutkan lagi Travelog Hajjah di Bumi Haramain.

Hari ini  15 Ramadhan kita berpuasa. Sungguh cepat masa berlalu dan tinggal separuh bulan lagi untuk bersedia mengiringi kepergian Ramadhan yang ditunggu setahun yang lalu. Menjelma pula Syawal, hari kemenangan. Hati ini bagai mengharap biarlah seluruh bulan dalam tahun ini adalah bulan Ramadhan. Tentu sekali mustahil berlaku kerana ketentuannya sudah demikian sejak azali lagi. Setiap bulan Islam mempunyai keistimewaan masing-masing dan tidak ada yang memudharatkan. Continue reading