Archive | September 4, 2012

CT124. AFRIKA OH AFRIKA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Sebaik masuk ke bilik 0909, Hotel Moltaqa al-Alam, saya dengan senyum manis memaklumkan kepada Kak Senah dan Kak Kasma tentang keputusan solat Jumaat yang baru sahaja saya dan SPH perolehi daripada petugas Tabung Haji Travels dalam perjalanan balik ke hotel. “Alhamdulillah,” ucap Kak Senah dan Kak Kasma serentak. Jawaban itu membunga mesra hati kami dan menyegerakan diri untuk ke Masjid Nabawi kerana jam sudah merekodkan angka 11.05 pagi. Continue reading